السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
PEMIMPIN UMNO TEMPELAK PENEROKA FELDA CAHAYA BARU
ALOR SETAR, 17 Jan: “Sudah
tidak boleh buat apa-apa lagi, nasi sudah menjadi bubur. Kamu semua yang
menyerahkan tanah-tanah itu kepada syarikat itu untuk dimajukan, jadi sekarang
kamu sendirilah yang mesti menerima akibatnya.”
Begitulah kata2 pemimpin2 Umno apabila 377 peneroka Felda Cahaya Baru di Masai, Johor Bahru, Johor mengadu kepada pemimpin2 parti itu, setelah menyedari mereka menjadi mangsa penipuan pihak2 yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan tanah2 milik mereka tergadai.
Pada hal, kejadian itu berlaku setelah mereka dipengaruhi oleh para
pemimpin Umno sendiri agar menyerahkan tanah2 milik mereka itu
kepada pihak pemaju terbabit dengan janji dan harapan akan menjadi jutawan
segera.
Wakil peneroka, Siti Khalijah Mohamad (gambar) berkata, namun apabila tibanya musim pilihanraya, pelbagai janji manis akan ditabur oleh para pemimpin Umno kepada para peneroka terbabit, termasuk akan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi, agar mereka memberikan undi kepada Umno BN.
Menurutnya, para peneroka terbabit berada dalam keadaan amat
tertekan sejak 17 tahun lalu dan kini ternyata tiada apa lagi yang mampu
diharapkan oleh mereka kepada para pemimpin Umno BN.
Tidak percaya Umno lagi
“Terus terang saya katakan, kini para peneroka sudah tidak mempercayai lagi kepada pemimpin2 Umno BN. Jadi kepada para peneroka lain di seluruh negara, tukarkanlah sokongan anda daripada Umno BN kepada Pakatan Rakyat bagi membela nasib kita sendiri,” katanya ketika ditemui Harakahdaily, di sini.
377 peneroka Felda Cahaya Baru kini sedang berhadapan dengan masalah rumit sehingga kemungkinan hilang hak milik ke atas tanah mereka kerana tanah2 itu telah digadai oleh pihak pemaju kepada bank.
Kejadian tersebut berlaku apabila 1,495 daripada 3,135 hektar tanah keseluruhannya termasuk kawasan kediaman yang dimiliki oleh 377 peneroka terbabit telah digadai oleh syarikat pemaju, Cahaya Baru Development Berhad (CBDB) kepada sebuah bank tempatan kerana hendak dibangunkan untuk tujuan komersial (projek perumahan dan perindustrian).
CBDB adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan pada 1 September 1993 untuk melaksanakan projek pembangunan semula kawasan Felda Cahaya Baru yang dianggotai 13 ahli lembaga pengarah yang terdiri daripada kalangan peneroka.
Bagi membangunan projek komersial itu, CBDB bersama Syarikat Lotus Consolidated (M) Sdn Bhd telah menubuhkan sebuah syarikat usaha sama yang bernama Pinggir Setar (M) Sdn Bhd.
Lotus Consolidated (M) Sdn Bhd telah mendapat pinjaman sebanyak RM100 juta daripada Allied Bank (M) Bhd pada bulan September 1996 dengan mencagarkan tanah2 peneroka Felda Cahaya Baru.
Daripada jumlah itu, RM75 juta telah dibayar kepada CBDB, manakala peneroka2 yang telah menyerahkan hak milik mereka kepada CBDB telah menerima RM140,000 tiap2 seorang sebagai pembayaran peringkat pertama.
Cadangan pembangunan komersial di Felda Cahaya Baru itu telah mendapat sokongan Kerajaan Negeri Johor ketika itu di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Muhyiddin Yassin, malah Kerajaan Johor sendiri telah bersetuju pada dasarnya pada 7 Jun 1995 bagi tujuan pembangunan tanah Felda Cahaya Baru.
Ini menyebabkan 377 orang peneroka Felda terbabit telah menandatangani surat serah kuasa tanah milik mereka untuk tujuan pembangunan komersial itu, manakala CBDB pula telah menggunakan surat serah kuasa para peneroka itu untuk mendapatkan pinjaman bank.
Bagaimanapun, projek pembangunan komersial di Felda Cahaya Baru itu sehingga kini tidak dapat dimulakan kerana tanah2 itu dikategorikan dalam kelas Tanah Rezab Melayu.
Kerajaan Johor pimpinan Menteri Besar sekarang, Datuk Abdul Ghani Othman, bagaimanapun tidak pula membantu peneroka2 terbabit yang kini ternyata tertipu dan teranianya oleh Lembaga Pengarah CBDB yang terdiri daripada pimpinan Umno dan juga janji2 kosong sokongan awal Kerajaan Negeri Johor terdahulu.
Pada 14 Januari lalu, Khalijah turut menyuarakan perkara yang sama ketika berucap pada acara Ucapan Suara Nurani Rakyat pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Ketika berucap bagi mewakili warga Felda pada acara yang dipengerusikan oleh Datuk Johari Abdul itu, beliau menegaskan, pihak pengurusan CBDB masih lagi belum menyelesaikan baki pampasan tanah2 tersebut kepada peneroka2 terbabit sehingga sekarang.
Katanya, tujuh peneroka yang menjadi anggota Lembaga Pengarah CBDB itu pula tidak menyerahkan surat kuasa bagi tanah mereka kepada bank, sedangkan 377 peneroka lain sudah berbuat demikian dan ini menjadikan tanah2 milik tujuh ahli Lembaga Pengarah CBDB itu tidak digadai.
“Maklumat berhubung pembangunan semula tanah2 peneroka secara komersial itu tidak dijelaskan secara terperinci kepada peneroka ketika mereka bersetuju menandatangani surat serah kuasa tanah milik mereka kepada CBDB.
“Beberapa ahli lembaga pengarah CBDB itu ternyata mempunyai kepentingan sendiri yang cuba dilindungi ketika memujuk peneroka2 menandatangani surat serah kuasa,” katanya.
Oleh kerana projek pembangunan itu tidak dapat dijalankan, tambahnya, tuntutan utama para peneroka itu kini adalah untuk mendapatkan kembali hak milik mereka ke atas tanah2 mereka yang telah tergadai itu.
“Mereka menuntut untuk membatalkan surat kuasa yang telah mereka tandatangani itu. Namun, sikap Kerajaan Negeri Johor yang mahu lepas tangan dan mengelakkan diri daripada memikul tanggungjawab itu amatlah dikesali, sehingga menyebabkan para peneroka terbabit terus berada dalam keadaan amat tersepit sehingga sekarang," tegas beliau.
Ucapan beliau mendapat perhatian khusus para pemimpin Pakatan
Rakyat kerana apa yang dicakapkan beliau adalah suara hati peneroka sendiri.
SUMBER
Ha ha ha ha… Nampak sangat puak2 UMNO menjahanamkan masa depan
anak bangsa sendiri…
Mencari kesenangan dengan memangsakan anak2 bangsa yang menyokong mereka.
Dimana UmNo kuat disitulah Melayu Merempat.
No comments:
Post a Comment