Pages

Saturday, February 4, 2012

BAUCER BUKU 1MALAYSIA TIDAK BERKESAN


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


BAUCER BUKU 1MALAYSIA TIDAK BERKESAN


KUALA LUMPUR, 3 Feb: Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan menyifatkan baucer buku 1Malaysia tidak berkesan melainkan ianya dipanjangkan tempoh sehingga ke satu tarikh yang munasabah.

Ini, katanya kerana baucer buku dikeluarkan saat para pelajar menghadapi pepepriksaan akhir dan selepas peperiksaan mereka akan bercuti panjang sedangkan tempoh sah baucer pula akan tamat pada 31 Mac depan.

Baucer itu juga, katanya tidak boleh dijual beli dan hanya dibenar untuk menukarnya dengan buku pada nilai RM200 sahaja.

Justeru, ujarnya baucer itu seeloknya diberikan di awal pembukaan semester untuk sesi baru pengajian kerana waktu itulah mereka memerlukan buku.

Tambahnya, begitu juga jika diberikan pada permulaan pengajian matrikulasi atau sewaktu Pesta Buku Antarabangsa pada bulan April.

Baucer tidak menepati masa yang sesuai dan inilah menyebabkan sebahagian pihak menjual baucer tersebut untuk mendapatkan wang tunai, katanya kepada Harakahdaily.

Ini, ujarnya kerana keperluan mereka buat masa ini bukan buku disebabkan peperiksaan akhir telah berlangsung dan mereka akan bercuti.

Justeru itu, katanya Dewan Pemuda PAS Malaysia menyarankan agar kerajaan mengkaji juga bebanan lain yang dihadapi oleh mahasiswa seperti kos yuran, sewa rumah yang tinggi, kos hidup, PTPTN dan lain2.

“Sedang Islam meletakkan bahawa kerajaan wajib memberi pendidikan percuma pada rakyat bukan sekadar anugerah wang one off seperti baucer buku tersebut, katanya.


HE HE HE .. Penulis sendiri menerima maklumat ada sebahagian penuntut IPTS tidak menerima bocer mereka. Mereka dirompak oleh Kolej dengan memaksa mereka menghabiskan bocer RM200 dalam masa 3 hari dikedai buku kolej dengan cara menolak nilai pembelian.

Pelajar yang tidak dapat membeli buku2 yang ada hubungkait dengan sabjek yang dipelajari juga terpaksa menghabiskannya dalam masa 3 hari dengan membeli buku2 yang tidak berfaedah seperti majalah2 mengarut.

Dalam kontek sebenarnya ialah KOLEJ MEROMPAK PELAJAR. Penulis berharap agar kolej yang bercadang merompak pelajar berfikir semula dengan tindakan zalim ini. 

No comments:

Post a Comment