السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Kenyataan Terbuka
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
8 Febuari 2012
REGIM
HARUS TAMPIL PERJELAS DAGANGAN SAWIT DENGAN ISRAEL
1.
SAMM dengan
ini menegaskan semula pendirian SAMM iaitu tidak mengiktiraf kewujudan negara
Israel. Umat Islam wajib menentang Israel kerana isu penjajahan kiblat pertama
umat Islam (al Aqsa) namun semboyan penentangan kepada Israel ini melangkaui
isu agama dan harus disambut oleh semua kerana ia isu kezaliman dan penindasan
serta penjajahan moden dengan mewujudkan negara haram Israel.
2.
Isu
hubungan Malaysia – Israel ini kembali menjadi perhatian apabila media milik
Umno dan para pemimpinnya sedang giat menggunakan petikan kata2
Anwar di WSJ yang berbunyi “I support all efforts to protect the
security of the state of Israel” untuk
melakukan serangan bertubi pada beliau sebagai penyokong zionis.
Ketua Umum
PKR itu turut mengeluarkan satu kenyataan mengecam pihak-pihak yang memutarkan
kenyataannya dan menjelaskan bahawa beliau ada menegaskan bahawa kemahuan dan
hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara
sendiri serta tidak terus dizalimi ketika ditemubual oleh WSJ pada hari Khamis,
26 Januari 2011.
“Saya juga
mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel
juga dihormati,” kata beliau, sambil menegaskan bahawa pendirian beliau selari
dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa2 Bersatu
(PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan
Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution.
3. Malaysia sebelum ini secara hipokrit telah menipu rakyat Malaysia
kononya negara ini tidak lansung mempunyai hubungan dengan Israel. Hipokrasi
pemerintah negara telah dirobek apabila 7 November lepas melalui sidang Dewan
Rakyat, SAMM dengan kerjasama dan melalui YB Er Teck Hwa, ahli Parlimen DAP
Bakri telah membangkitkan persoalan mengenai hubungan dagang Malaysia – Israel.
Tidak boleh lari dari soalan yang turut disertakan dokumen beberapa
borang kastam yang menjadi dokumen rasmi penghantaran/penerimaan barang
dagangan Israel-Malaysia akhirnya YB Mukhriz Timbalan Menteri kemneterian
Perdagangan Antarabangsa (MiTi) terpaksa mengakui bahawa hubungan dagang memang
wujud tetapi hanya dagangan ‘terkawal’ melibatkan syarikat asing (Multi
Nasional Company-MNC) yang beroperasi di negara ini. Ini kononya terpaksa
diberi kebenaran atas menjaga kepentingan pelabur yang datang ke Malaysia.
Mukhriz menyatakan selain dari itu tidak ada lansung hubungan dagang. Menteri
(MiTi) YB Mustafa Mohamad lansung diam dan tidak berani memberikan kenyataan
mengenai perkara ini. (klik sini)
keratan borang JK 69 yang mempunyai
pengesahan Kastam dan MiTi membuktikan kemasukan barang dari Israel
untuk dipasang dalam negara sebelum
dijual semula ke luar negara dari Malaysia.
4. Tidak berpuas hati Er Teck Hwa bangun mencelah beberapa kali dengan
menyebutkan ia bukan transaksi biasa. Er mendedahkan kewujudan borang JK 69
yang menunjukkan syarikat yang beroperasi di Malaysia mengambil barang (tidak
siap) dari Israel dan kemudian memasangnya di kilang di Malaysia kemudian
menjualnya sebagai produk dari Malaysia. Maka secara tidak lansung barangan
Israel berjaya sampai dipasarkan ke negara yang memboikot Israel dengan bantuan
Malaysia. Panik dan tidak mampu menjawab pendedahan Er Teck Hwa yang dibantu
SAMM maka hasilnya Er Teck Hwa diarahkan keluar dari dewan.
sidang media SAMM 8 Feb 2012, 11.30 pg,
di P.Pinang menunjukkan kepada wartawan
dokumen yang mengaitkan penghantaran
minyak sawit dari Malaysia ke Israel
5. Terbaru SAMM telah menemui beberapa dokumen membuktikan bahawa wujud
hubungan dagang lain secara terus dan melibatkan syarikat Malaysia. Dua dokumen
‘Booking Conformation’ melibatkan dua syarikat dari berpengkalan di Johor telah
didapati menghantar minyak sawit dari Pasir Gudang dan Tanjung pelepas terus ke
Ashdod iaitu pelabuhan terbesar Israel yang terletak 40 km dari Tel Aviv.
6. Dokumen ini telah didedahkan kepada wartawan dalam sidang media 8
Febuari 2012, 11.30 pagi di Komtar, Pulau Pinang.
7. Melalui carian di laman rasmi salah satu syarikat tersebut ada kaitan
dengan Felda. Persoalanya adakah minyak hasil sawit peneroka Felda turut
terlibat dihantar ke Israel ?
8. Hasil dari dokumen yang berjaya di akses menunjukkan tidak kurang dari
100 metrik tan Malaysia membekalkan minyak sawit ke Israel. SAMM yakin
jumlahnya lebih dari itu kerana terdapat banyak penghantaran tetapi sehingga
kini SAMM cuma mempunyai dokumen membuktikan dua penghantaran dan menurut
sumber ada lebih dari dua penghantaran setiap bulan
Rakyat sering di dera dengan putus
bekalan minyak sawit di pasaran tempatan tetapi dalam
pada masa itu negara terus membekalkan
minyak sawit lebih dari cukup untuk Israel
9. Jumlah penghantaran yang banyak ini bukan sahaja cukup untuk kegunaan
domestik Israel, tetapi menyebabkan Israel mampu memasarkan semula minyak
sawit. Malah sudah ada usaha Israel menyimpan stok minyak sawit dan jika ini
tidak dikawal maka Israel pasti mampu menjadi antara pemain utama pasaran
hadapan sawit maka ekonomi negara pasti terancam apabila Israel boleh mengawal
harga. Banyak kali rakyat negara didera kerana kehabisan minyak sawit dipasaran
tetapi dalam pada masa yang sama Malaysia dengan ‘selamba’ membekalkan minyak
sawit ke Israel.
Utusan Malaysia sebelum ini sudah
melaporkan bagaimana kapal mengibarkan bendera Israel disambut
di pelabuhan negara, kali ini bukan
sekadar kapal tetapi ada bukti kehadiran pihak berkuasa Israel sendiri
ke dalam negara bagi memastikan kualiti
dan keselamatan Minyak Sawit untuk dihantar ke Israel
9. Lebih memeranjatkan terdapat bukti bergambar yang membuktikan ‘pihak
kerajaan’ Israel juga telah hadir ke kawasan pelabuhan Malaysia untuk
memastikan ‘keselamatan’ dan ‘kebersihan’ minyak sawit yang dihantar. Bagaimana
ini boleh berlaku sedangkan Malaysia diwajahkan langsung tidak punya hubungan
dengan Israel ? Ternyata regim ini ‘munafik’ !
10. Satu surat rasmi akan dihantar ke MiTi untuk meminta penjelasan mengenai
perkara ini. SAMM menuntut regim tampil memberikan penjelasan dan menghentikan
segera semua bentuk hubungan dagang dengan Israel serta meminta maaf kepada
rakyat Malaysia dan Palestin kerana sikap hipokrit Malaysia.
11. Mengikut laporan Kesatuan Eropah Malaysia merupakan negara ke 15 yang
aktif membantu ekonomi Israel.
Sekian ;
che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
http://www.anakmudamalaysia.com
Sumber seterusnya
KLIK DI SINI
No comments:
Post a Comment