Pages

Tuesday, February 28, 2012

JAIP : KES KHALWAT BADRULAMIN TIDAK KUAT, BLOG UMNO BERBOHONG

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم




KUANTAN, 27 Feb: Laporan kes khalwat yang dikatakan melibatkan Dr Badrulamin Baharon tidak kuat kerana ketika pegawai JAIP sampai bilik berkenaan sudah penuh dengan orang.

Menurut laporan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), pegawai mereka hanya sampai ke bilik 8365 Hotel Swiss Garden hanya sekitar jam 4.30 pagi.

Dalam bilik berkenaan sudah ada Badrulamin, wanita berkenaan dan beberapa lelaki lain.

Ini bermakna, JAIP tidak menangkap Badrulamin berdua2an.

Pintu bilik berkenaan pula sudah terbuka dan Badrul dikelilingi oleh beberapa lelaki, kata sumber dari JAIP.

Blog Umno mula menyiarkan pelbagai laporan berkaitan tangkapan ini termasuk kononnya Badrul hanya memakai tuala ketika ditangkap.

Blog itu juga melaporkan kononnya Harakah membuat laporan muka depan penangkapan ini.
Padahal, Harakah tidak pernah membuat laporan berkenaan.

Sumber KLIK DI SINI

Ni lah kalau nafsu nak buat fitnah duduk depan mata, tak fikir panjang dah.... terus je wat fitnah... bukan kat Badrulamin je... HARAKAH pun kena... Lembu2 ni ingat Harakah macam UTUSEX kot........


NFC : LEMBU BELI PASARAYA MEWAH DI S'PURA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم




PETALING JAYA, 28 Feb: PKR hari ini mendedahkan pengurusan National Feedlot Corporation (NFC) juga terlibat dalam perniagaan pasaraya mewah di negara di Singapura.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar) ketika mendedahkan perkara itu berkata perniagaan pasar raya itu dikendalikan melalui sebuah syarikat bernama Farmhouse Supermarkets Pte Ltd yang sahamnya dimiliki bersama oleh keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

“PKR berjaya menjejaki syarikat ini melalui carian penglibatan perniagaan anak kepada Shahrizat iaitu Wan Izzana Fatimah Zabedah yang menyenaraikan kesemua syarikat yang dimiliki beliau.”

“Farmhouse Supermarkets Pte Ltd dipercayai dibiayai oleh Malayan Banking Berhad dan united Overseas Bank Limited, melalui kaedah yang sama digunapakai untuk pembiayai pembelian dua kondominium,” kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Sebelum ini beliau pernah mendedahkan NFC turut memiliki tiga buah restoran mewah di Singapura dan pelaburan berjumlah RM44 juta dalam tiga kondominium mewah di negara itu.

Menurut Rafizi lagi, syarikat perniagaan itu aktif dalam mengambil pekerja melalui pengiklanan dan dipercayai sebagai persediaan pasaraya itu yang akan dibuka tahun ini.

Katanya lagi, siasatan PKR juga mendapati Farmhouse Supermarkets itu telah pun menjadi ‘anchor tenant’ kepada sebuah pasaraya mewah yang bernama ‘Star Vista’.

“Kita juga mendapati syarikat tersebut juga telah menandatangani perjanjian dengan CapitalMalls (pemaju) bagi 28 unit ruang kedai di tingkat dua kompleks tersebut.

“Semakan harga pasaran bagi ruang kedai komersial di pasaraya di Singapura menunjukkan julat kadar sewa bagi satu meter persegi adalah antara S$350 hingga S$500 sebulan bergantung kepada lokasi,” sambungnya.

Atas andaian tersebut, Rafizi berpendapat jika keluasan 28 unit itu dianggarkan sekitar 3,000 meter persegi tanggunggan sewaan bulanan yang terpaksa dibayar oleh syarikat tersebut adalah sekitar S$900,000 sebulan atau RM2.2 juta sebulan.

“Sudah tentu perniagaan pasaraya ini akan dibiayai oleh dana awam yang disalurkan bagi tujuan penternakan lembu seperti yang dimandatkan oleh NFC seperti yang berlaku di dalam pembelian2 aset mewah lain sebelum ini.

“PKR mendesak supaya NFC berterus terang mengenai komitmen kewangan yang telah dibuat melalui Farmhouse Supermarkets Pte Ltd termasuk perjanjian sewaan yang telah dimeterai,” tegasnya.

Sumber KLIK DI SINI

Monday, February 27, 2012

PM JANJI - TAPI DAH BANYAK KALI DAH KENA BOHONG….

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم



PM JANJI LEBIH KUASA BAGI SPRM JIKA BN DAPAT 2/3 – DAH BANYAK KALI DAH KENA BOHONG….

BN terus menaburkan janji pilihan raya hari ini dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak  berkata sekiranya mereka merampas kembali majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang,

Antaranya, Najib yang juga pengerusi BN itu berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan diberi lebih kebebasan.

Sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan Anti Rasuah, seperti yang dicadangkan oleh lembaga penasihat SPRM, akan ditubuhkan untuk membolehkan badan pemantau anti-rasuah itu mempunyai kawalan penuh ke atas pegawai2nya, termasuk kuasa untuk melantik dan memecat mereka, katanya.

“Saya bersetuju dengan pandangan lembaga penasihat SPRM bahawa untuk mencerminkan kebebasan SPRM, sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan Anti Rasuah perlu diwujudkan. Suruhanjaya ini akan diberi kuasa untuk melantik dan memecat kakitangan SPRM.”

“Tetapi isu ini perlu pindaan perlembagaan. Insya-Allah jika BN diberi mandat dua pertiga dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang, pindaan perlembagaan akan dijalankan dan suruhanjaya ini akan ditubuhkan,” kata Najib semasa merasmikan Program Pegawai Integriti Bertauliah di Putrajaya hari ini.

Buat masa ini, kakitangan SPRM adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, sama seperti semua agensi kerajaan yang lain.

Antara perkara lain yang juga dipertimbangkan oleh kerajaan, kata Najib, adalah status Ketua Pesuruhjaya SPRM, yang boleh dinaik taraf sebagai jawatan berdasarkan perlembagaan persekutuan seperti jawatan Peguam Negara, Ketua Audit Negara dan hakim2, untuk memastikan kebebasan dan ketelusan.

Sumber KLIK DI SINI

KALAU NAJIB BENAR2 IKHLAS.. KENAPA TAK LAKUKAN SEKARANG???? TAK PERLU 2/3.. KALAU PR TAK SOKONG… KAMI SOKONG UMNO BE END…

ACI BUAT SEKALI…….. KITA NAK TENGOK PI EM, UMNO & BE END MEMANG KOTAKAN JANJI MEREKA???? HE HE HE PANCING… JANGAN TAK PANCING…… 


ISA BARU JE 3 BULAN KATA NAK MANSUHKAN... KENA BOHONG BERKALI KALI KALI KALI..... HE HE HE


UMNO SEMAKIN SAMSING SEBAB TERSEDAK


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ





UMNO SEMAKIN SAMSING SEBAB TERSEDAK

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, jika tidak ada campurtangan penyokong Pakatan Rakyat pada ceramahnya di Gambang, Pahang semalam, beliau pasti mendapat 'mata lebam' seperti bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Katanya, serangan terhadapnya oleh lelaki pada ceramah di Felda Lepar Hilir I pada malam semalam itu hampir2 mengenainya

“Ia hanya beberapa inci (hampir mengenai), kamu pasti tidak mahu ukur, ia sangat tidak menyenangkan,” kata Nurul Izzah.
NONE
Menurutnya lagi, penyerang yang memakai baju merah perlahan2  memasuki tempat ceramah di sebuah kedai kopi sebelum melancarkan serangan.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Petaling Jaya hari ini, Nurul Izzah berkata sekiranya tiada penyokong yang menahannya, beliau pasti menerima nasib seperti Anwar yang dipukul menjelang perbicaraan kes liwat pertamanya lebih sepuluh tahun lalu.

Nurul Izzah mendedahkan, polis tempatan berjaya mengenali identiti penyerang itu sebagai Asrullah Affendi Abdullah. Bagaimanapun, maklumat lain masih belum diketahui setakat ini.

Nurul Izzah turut menunjukkan kepada pemberita beberapa keping gambar ketika kejadian bagi menyokong dakwaannya.
NONE

Pagi tadi, akhbar web PKR Keadilandaily melaporkan, anggota Umno setempat sengaja mengganggu ceramah Pakatan dengan menganjurkan sesi karaoke dan menghantar SMS ugutan sebelumnya.

Menurut Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, ketika giliran Nurul Izzah berucap, kumpulan itu mula menyerbu ke lokasi ceramah sambil melemparkan kata2 kesat kepada anak perempuan Ketua Umum PKR itu.

Dakwanya, "budak2 muda" itu cuba memukul Nurul Izzah sehingga beliau dan puteri Anwar itu terpaksa diiringi polis meninggalkan kawasan berkenaan.

Sumber KLIK DI SINI

KALAU SETIAP KALI UMNO MELATIHKAN ANAK MELAYU MENJADI SAMSING…. MEMANG JELAS UMNO BUKAN MEMARTABATKAN AGAMA & BANGSA… TETAPI MENYAHUDIKAN AKHLAK ANAK BANGSA…..

KEMASUKKAN ULAMA MUDA SEMEMANGNYA GAGAL… HASSAN ALI, JATI DAN MUPETI NAK CAKAP APA SEKARANG???? AKHLAK SEPERTI BINATANG BUAS TELAH TERBUKTI……..

PERBUATAN UMNO BERTERUSAN DARI KES LUBUK MERBAU 19/02/1985 PEMBUNUHAN ASY-SYAHID TALIB… DISAMBUNG DENGAN KES MEMALI 19/11/1985 PEMBUNUHAN ASY-SYAHID IBRAHIM LIBYA BERSAMA PENGIKUTNYA…… SEKARANG…. UMNO MEMULAKAN SEMULA……. AKHLAK ISLAM KE TU?????

NAJIB MENGAKU SILAP, BIAR PR PERINTAH SELANGOR


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ






KUALA LUMPUR, 27 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggesa rakyat supaya tidak memberi ‘tempoh lanjutan’ kepada pembangkang untuk terus memerintah Selangor sebenarnya ditujukan buat partinya sendiri.

Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, ini kerana pembangkang di Selangor ketika ini adalah Umno BN manakala kerajaannya adalah Pakatan Rakyat.

“Beliau juga seperti menyindir partinya sendiri dengan kenyataan bahawa ‘pelbagai janji tidak tertunai’ semasa dalam pemerintahan Selangor di bawah Pakatan Rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, mungkin Najib tidak menyedari bahawa rakyat Selangor pada hari ini menikmati pelbagai ‘janji yang tertunai’ oleh kerajaan Pakatan Rakyat seperti yang dimaksudkan itu.

Katanya, selepas menang empat tahun yang lalu, janji2 Pakatan Rakyat satu demi satu ditunaikan, antaranya air percuma sebanyak 20 meter padu yang diberikan kepada setiap rakyat di negeri itu.

Selain itu, ujarnya dengan perkhidmatan berbentuk kebajikan seperti Skim Mesra Usia Emas (SMUE) untuk warga emas, skim tuisyen percuma, Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), Jom Shopping dan lain-lain lagi.

Sebaliknya, tambah beliau Umno yang memerintah berpuluh tahun lamanya ‘pelbagai janji tidak ditunaikan untuk rakyat’.

“Ini menyebabkan beliau menggelepar dan seakan menyalahkan pimpinan bawahannya,” ujarnya.

Bahkan, katanya lagi bekas Menteri Besar Selangor sendiri telah dijatuhkan hukuman kerana kesalahan rasuah.

Justeru, tambah beliau bagaimana mereka boleh membela rakyat di negeri paling maju itu, sekiranya pemimpin nombor satu negeri tersebut sendiri dihukumkan kesalahan dengan rasuah.

Beliau berkata, rakyat menganggap jika memberi ‘tempoh lanjutan’ kepada Umno BN lagi, mungkin lebih ramai  pemimpin Umno BN akan disabitkan dengan kesalahan rasuah serta kesalahan2 lainnya.

PM juga, ujar Riduan dalam kenyataannya mengakui melakukan kesilapan ketika memerintah Selangor dahulu dan merasa insaf serta memohon maaf kepada rakyat Selangor.

“Bagi DPPM, sekiranya PM sudah insaf sepatutnya beliau tidak berebut untuk mendapatkan Selangor kembali dan  menyerah dengan membiarkan Pakatan Rakyat memerintah buat penggal kedua,” ujarnya lagi.

Ini, katanya kerana Umno sudah memerintah Selangor selama berpuluh tahun dan sudah tentu ‘dosa’ beliau dan partinya bukan mengambil masa yang sedikit untuk dibersihkan.

Justeru, tambah beliau PM perlu mengelak partinya dari sebarang cita2 menduduki kerajaan Selangor bagi mengelak ‘dosa’ yang lama dilakukan kembali.

Justeru, beliau berkata sepatutnya PM bersyukur kerana dengan kekalahan partinya dalam PRU13  dapat ‘menginsafkan ‘ beliau.

“Sebaiknya, keinsafan beliau perlu diterjemahkan pada kerajaan negara ini yang berada di bawah tanggungannya, dengan membersihkan kabinet serta kerajaannya dari pelbagai skandal dan penyelewengan kuasa,” ujarnya lagi.

Sumber KLIK DI SINI

Saturday, February 25, 2012

PM BUKTIKAN DIA JAHIL PRINSIP PENTADBIRAN YANG BAIK


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ




SHAH ALAM, 25 Feb: Pengakuan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak bahawa beliau tidak menjemput Ketua Negeri Pakatan Rakyat pada Mesyuarat Menteri Besar menunjukkan beliau jahil tentang prinsip pentadbiran yang baik.

Beliau juga mengenepikan semangat federalisme yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata beliau hairan bagaimana PM dengan tanpa rasa bersalah mengakui bahawa mesyuarat tersebut adalah Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Barisan Nasional.

Sedangkan, katanya, mensyuarat tersebut turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

“Selaku penjawat awam, Ketua Setiausaha Negara sepatutnya bertindak secara profesional dan tidak boleh hadir dalam sebuah mesyuarat yang berbentuk kepartian,” kata beliau.

Tan Sri Khalid berkata, tindakan Najib ini seolah2 mahu membina laluan kepada tindakan yang tidak demokraktik kerana tindakan beliau itu umpama memberitahu kepada kakitangan perkhidmatan awam supaya mendiskriminasikan kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

“KSN sepatutnya mempunyai kekuatan untuk memberitahu Perdana Menteri bahawa mesyuarat itu satu diskriminasi dan beliau (KSN) tidak sepatutnya dilibatkan,” katanya.

Menteri Besar turut mempersoalkan pembiayaan mesyuarat berkenaan.

“Siapakah yang membayar untuk mesyuarat tersebut? Kerajaan Pusat atau Barisan Nasional? Jika ianya dibiayai oleh Kerajaan Pusat, mana mungkin Perdana Menteri boleh dengan angkuh mengatakan mesyuarat itu adalah amalan biasa dan tidak melanggar mana2 aturan,” katanya.

PM selaku ketua negara harus menunjukkan teladan yang baik terutama kepada penjawat awam jika beliau benar2 mahu melaksanakan transformasi dalam negara ini, tegas Khalid.

Sumber KLIK DI SINI

Siput babi adalah sejenis binatang yang mempunyai dua nama... ish ish ish... nampak macam bagus... tapi nama ke dua tu yang tak terpakai sekepiang punnnnnn...........

Bengong yang teramat ketara..... he he he



TONY PUA : PERJANJIAN PINJAMAN NFC PALING CEKAI


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



TONY PUA : PERJANJIAN PINJAMAN NFC PALING CEKAI

Ahli Parllimen Petaling Jaya Utara, MP Tony Pua hari ini mendedahkan kandungan perjanjian pinjaman antara National Feedlot Corporation (NFC) dengan kerajaan, yang mengesahkan persepsi bahawa ia berat sebelah dan pembelian hartanah mewah melanggar perjanjian tersebut.
NONE

Dokumen 35 muka surat itu dengan jelas menyatakan bahawa tujuan pinjaman mudah dari kerajaan itu pada kadar faedah tahunan dua peratus adalah semata2 untuk projek Pusat Fidlot Kebangsaan.

Oleh itu, katanya, kenyataan sebelum ini yang dibuat oleh pengarah NFC bahawa pinjaman itu boleh digunakan untuk pelaburan hartanah, adalah tidak betul sama sekali.

Dalam sidang akhbar di ibupejabat DAP di Kuala Lumpur hari ini, Pua turut mengedarkan salinan perjanjian pinjaman itu kepada pemberita.

Beliau juga menyifatkannya sebagai “satu perjanjian pinjaman terburuk yang pernah dilihatnya”.

Pua mendakwa bahawa dokumen itu adalah tulen dan yang diberikan oleh sumber yang tidak dinamakan.


Sumber KLIK DI SINI



Hina sungguh Kementerian Kewangan Malaysia yang dipimpin Najib di perkosa oleh Muhyidin Yasin demi meluluskan Projek Lembuzat KRONI TI PI EM kemaruk pangkat.....

Semakin HINA kerana DUIT LEMBU boleh buat harta pesaka dengan membeli tanah, kondo dan kenderaan mewah tuuuu ... moooooohhhhhhhhhhh




Friday, February 24, 2012

BAI'AH PAS SELARI DENGAN TUNTUTAN ISLAM


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ





KUALA LUMPUR, 25 Feb: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib(gambar) menegaskan sumpah taat setia atau bai'ah yang diamalkan parti itu adalah selari dengan ajaran Islam kerana pelaksanaannya tidak bertentangan dengan syariat dan hukum syarak.

Beliau berkata, amalan berbai'ah dalam PAS juga dilaksanakan berdasarkan kepada al-Quran dan hadis dan berteraskan ketaatan kepada Islam dan kesetiaan kepada pemimpin yang memperjuangkan Islam.

Menurut beliau lagi, perkara ini dapat dilihat melalui firman Allah s.w.t sepertimana yang terkandung dalam Al-Quran, antaranya ialah sepertimana yang terkandung di dalam Surah Al-Fath.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada ayat 10 dan 18 daripada surah tersebut yang menceritakan tentang bai'ah dan akibat sekiranya tidak melaksanakan bai'ah.

Maksud ayat yang ke 10 daripada surah Al-Fath:

إِنَّ ٱلَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ ٱللَّهَ يَدُ ٱللَّهِ فَوۡقَ أَيۡدِيہِمۡ‌ۚ فَمَن نَّكَثَ فَإِنَّمَا يَنكُثُ عَلَىٰ نَفۡسِهِۦ‌ۖ وَمَنۡ أَوۡفَىٰ بِمَا عَـٰهَدَ عَلَيۡهُ ٱللَّهَ فَسَيُؤۡتِيهِ أَجۡرًا عَظِيمًا (١٠ 
“Sesungguhnya orang2 yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad, untuk berjuang menentang musuh), mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar”.

Manakala ayat 18 surah yang sama pula bermaksud: 

 لَّقَدۡ رَضِىَ ٱللَّهُ عَنِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ إِذۡ يُبَايِعُونَكَ تَحۡتَ ٱلشَّجَرَةِ فَعَلِمَ مَا فِى قُلُوبِہِمۡ فَأَنزَلَ ٱلسَّكِينَةَ عَلَيۡہِمۡ وَأَثَـٰبَهُمۡ فَتۡحًا قَرِيبًا (١٨
“Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang2 yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahuiNya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu Dia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya”.

Menurut beliau lagi, para sahabat juga turut berbai'ah kepada Rasulullah sepertimana yang tercatat dalam hadis nabi serta diriwayatkan dalam sirah nabawiyyah.

Justeru itu, jelasnya yang juga Adun Manir, Terengganu apa yang dilakukan oleh PAS dalam isu ba'iah adalah selari dengan tuntutan Islam dalam usaha untuk menegakkan agama Allah s.w.t di atas muka bumi ini.

Sumber KLIK DI SINI

JAMIL KHIR: BAI'AH MEMANG ADA DALAM ISLAM...


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ




JAMIL KHIR: BAI'AH MEMANG ADA DALAM ISLAM...

YAN - Sumpah bai'ah di kalangan calon2 Pas adalah menjurus kepada kepentingan politik parti itu semata2 sedangkan dalam Islam bai'ah adalah janji untuk mematuhi amanah dan memikul tanggungjawab, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. (gambar bawah)
Jamil Khir Baharom

Katanya, bai'ah memang ada dalam Islam, yang merupakan pertautan janji daripada kepimpinan untuk mematuhi amanah dan memikul tanggungjawab yang diberikan.

“Saya rasa bai'ah (ini atas dasar) nak jadi calon, atas rasa kebimbangan lompat parti dan sebagainya. Adakah kita mempunyai barisan Yang Berhormat yang tidak kita yakini dia punya perjuangan dan sebagainya.”

“Kenapa bai'ah ini skop nak jadi calon sahaja kerana pada zaman Rasullah dan para sahabat kita lihat bai'ah diberi kepada kepimpinan tapi hari ini bai'ah kepada bakal2 calon. Ini satu tanda tanya kepada masyarakat umum dan masyarakat ramai,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis sambutan Maulidur Rasul di Masjid Dulang Kecil di sini, hari ini.

Selasa lepas, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilapor berkata setiap calon Pas yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai'ah, satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat daripada bersumpah.

Abdul Hadi berkata ini bagi menentukan calon tidak menyeleweng daripada dasar Islam, cara dan matlamatnya.

Di KUALA LUMPUR, Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, tujuan sebenar Pas mengenakan sumpah bai'ah kepada anggota parti itu kerana bimbang ada antara mereka yang akan meninggalkan parti atas sebab2 tertentu.

Beliau berkata, Pas sebenarnya takut kepada bayang2 sendiri kerana khuatir wakil rakyatnya akan lompat parti yang mana boleh menghakis kuasa politik mereka.

“Jika benar Pas merupakan parti yang kuat, mengapa paksa calon wakil rakyatnya supaya bersumpah,” katanya dalam entri terbaru laman blog Umnocheras.blogspot.com, hari ini.

Syed Ali, yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan berkata amalan berbai'ah yang dilakukan PAS akan menjadikan anggota parti itu sebagai ‘pak turut’ dan ia bertentangan dengan semangat demokrasi.

“Sumpah ikrar taat kepada pemimpin secara membabi buta yang dilaksanakan parti itu bakal menjerut ahlinya sehingga mereka tidak boleh bersuara,” katanya. - Bernama 

Sumber KLIK DI SINI

SYED ALI TERLALU EMOSIONAL DENGAN KEFAHAMAN CHETEKNYA... BAI'AH IALAH MENGHALANG KEPENTINGAN PERIBADI YANG BERTOPENGKAN PERJUANG KERANA ALLAH...

BANYAK TU PUN PAYAH NAK FAHAM... MACAM MANA NAK FAHAM KALAU PERJUANGAN BANGSA MELEBIHI PERJUANGAN AGAMA... HE HE HE... BERHIJRAHLAH KERANA ALLAH... KALAU BERHIJRAH KERANA SELAIN DARI ALLAH... DAPAT LAH KAMU DENGAN APA YANG DI NIATKAN HIJRAH KERANANYA....