Pages

Wednesday, March 21, 2012

Tanah rizab Melayu: Kelantan saman Utusan Pemfitnah


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم




KOTA BHARU, 21 Mac: Kerajaan negeri Kelantan mengambil keputusan untuk mengambil tindakan undang2 terhadap akhbar Utusan Malaysia yang memfitnah mereka berkaitan isu tanah.
 
Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat Eksko Kerajaan Negeri Kelantan yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini.

Laporan itu kami sifatkan sebagai tidak berfakta, menghasut agar membenci kerajaan negeri dan fitnah, kata Dr Mohd Fadhli Hassan (gambar bawah), Exco kerajaan negeri Kelantan.

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini menyiarkan laporan muka depan kononnya rakyat Kelantan dianiaya ekoran dakwaan tindakan kerajaan negeri memajak tanah kepada syarikat bukan bumiputra.


     (Tiga Eksko Kelantan dalam sidang media mereka hari ini)

Laporan itu memetik kenyataan Datuk Mustapha Mohamad, Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan.

Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar notis saman kepada Utusan ekoran laporan media itu yang mendakwa beliau seorang biseksual.

Anwar menuntut penarikan balik berita itu, permohonan maaf dan bayaran gantirugi RM100 juta.

Dr Fadzli, Eksko Penerangan Kelantan dalam kenyataannya berkata, kerajaan negeri telah mengarahkan tindakan itu dilaksanakan.

Laporan itu berunsur fitnah dan ada niat politik untuk burukkan Kelantan, kata Dr Fadzli selepas menghadiri mesyuarat Eksko pagi ini.

Beliau mempertikaikan, bagaimana akhbar itu boleh menyiarkan berita sebegitu sedangkan tanah rizab Melayu di negeri ini yang dikatakan dilelong dan sebagainya tidak berbangkit langsung kerana ia tidak dijual.

SUMBER : KLIK DI SINI

MEREKA MENJADI PENYAMPAI PEMBOHONGAN PEMIMPIN MEREKA TANPA RASA TAKUT DAN BIMBANG DENGAN PEMBALASAN ALLAH. NABI SAW TELAH BERSABDA: "SESIAPA BERBOHONG; BUKAN DARI KALANGAN KAMI"

DALAM FIRMAN ALLAH : SEBUAH AYAT BERMAKSUD : "MEMFITNAH ITU LEBIH BESAR DOSANYA DARI MEMBUNUH"

No comments:

Post a Comment