Pages

Wednesday, March 21, 2012

CULA UNDI DITAHAN POLIS, DEMOKRASI ALA UMNO

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم


Dua sukarelawan PKR Lembah Pantai - yang kerusinya diwakili naib presidennya Nurul Izzah Anwar - ditahan polis ekoran dakwaan menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa membuat culaan pilihan raya di kawasan itu.
nurul izzah pc 050112 02
Setiausaha politiknya Fahmi Fadzil berkata, kedua2 lelaki itu ditahan di sebuah masjid di Pantai Dalam petang semalam dan dibawa ke Balai Polis Jalan Pantai untuk disoal-siasat.

“Dua lelaki muda berkenaan kemudian disiasat selama enam jam sebelum dibebaskan awal malam semalam,” dakwa Fahmi.

Beliau juga mendakwa tangkapan itu dibuat ekoran terdapat laporan polis dipercayai dibuat oleh penyokong Umno yang tidak selesa dengan kehadiran mereka.

Mereka yang ditahan, Muhd Hanan Asyraf Rozani, 22, Mohd Ridhwan Jahari, 23.

Kedua2 mereka bagaimanapun disiasat atas dakwaan menyamar sebagai penjawat awam.

Nurul: Penipuan tersembunyi?

PKR Lembah Pantai mengadakan culaan di kawasan parlimen itu selama tiga hari iaitu Sabtu, Ahad dan Selasa lalu dan kira2 15 petugas terlibat dalam proses itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Fahmi juga berkata keadaan tidak selesa Umno juga mula terasa sejak hari pertama culaan apabila petugas PKR didakwa "diganggu" oleh penyokong parti lawan yang mahu mereka keluar daripada tempat itu.

suhakam inquiry 150809 puspaPeguam Puspawati Rosman (kanan) ketika dihubungi yakin anak guamnya tidak bersalah kerana memakai tanda nama dan membawa surat kuasa daripada pejabat parlimen Lembah Pantai ketika ditahan.


Sementara itu, Nurul Izzah di laman Twitternya terus mengaitkan insiden yang didakwa mengganggu kerja2 parti politik itu dengan penyokong Umno.

“Selama ini kerja culaan dibuat oleh mana2 parti tanpa gangguan.”

“Kenapa tiba2 intimidasi sebegini? Penipuan yg tersembunyi?" soalnya lagi.


SUMBER : KLIK DI SINI

Demo kerasi ala UmNo yang sentiasa bersikap keras apabila kuasa hampir tercabut dari ubun2. Umno yang berada dalam keadaan ‘SAKARATUL MAUT’ amat bimbang mengakhiri hayat dalam keadaan ‘papa kedana’ kerana sambutan semua kaum termasuk Melayu yang kononnya dibela mereka MERUNDUM MACAM DAHAN PATAH…

No comments:

Post a Comment