السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
KEMELUT KEDAH SELESAI, DUA EXCO TERIMA LANTIKAN
Pergolakan
kepemimpinan di negeri Kedah berakhir hari ini dengan pengumuman dua exco
kerajaan negeri - Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh -
menerima pelantikan semula jawatan mereka selepas berpuas hati dengan penubuhan
jawatankuasa bagi mengawal selia pentadbiran negeri berkenaan.
“Matlamat
saya sudah tercapai, saya akan sertai semula exco,” kata Phahrolrazi.
Katanya, dengan penubuhan jawatankuasa itu, sekurang2nya kuasa Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak tidak dominan sehingga tidak boleh dipersoal.
Katanya, dengan penubuhan jawatankuasa itu, sekurang2nya kuasa Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak tidak dominan sehingga tidak boleh dipersoal.
“Dengan
penubuhan Jawatankuasa Pemandu, ini bermakna akan ada pihak yang memantau
pentadbiran negeri,” kata beliau lagi.
Pada
sidang media di Alor Setar hari ini, mereka juga berharap, Azizan akan mematuhi
hala tuju yang ditetapkan daripada PAS di peringkat Pusat.
Jawatankuasa berkaitan juga sudah berjalan di Kelantan bawah pimpinan Menteri Besarnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Jawatankuasa berkaitan juga sudah berjalan di Kelantan bawah pimpinan Menteri Besarnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Ditanya sama ada keputusan itu dianggap tamparan kepada Azizan, Phahrolrazi berkata perkara itu terpulang kepada interpretasi pemberita.
Sementara
itu, Ismail yang dihubungi Harakahdaily berkata, beliau juga menerima baik
keputusan PAS Pusat dan akan menyertai semula exco sebagaimana yang diarahkan.
“Sekarang semua dah beri perhatian dan mekanisma pentadbiran juga dibentuk melalui Jawatankuasa Pemandu, kami akan sertai semula exco selepas diarahkan," katanya.
Portal rasmi PAS itu juga melaporkan beliau memberi jaminan akan bekerja bersungguh2 untuk memperkuatkan PAS bagi menjatuhkan Umno di negara ini.
“Kami tidak ada niat lain melainkan untuk kepentingan jamaah.”
“Kami bukan nak jadi Hasan Ali. Tok Guru Haji Hadi tok guru kami, ustaz kami. Kami hormati mereka," katanya.
Sebelum ini, ketika dihubungi Malaysiakini, Dr Ismail berkata, beliau tidak akan menerima lantikan semula jawatannya selagi tiada penambahbaikkan dalam 'pentadbiran' negeri pimpinan Datuk Seri Azizan Razak.
Katanya, perubahan perlu dilakukan memandangkan pelbagai masalah2 dalaman yang telah timbul.
“Jika perubahan tidak ada, saya tidak akan terima (jawatan exco). Perubahan mesti dilakukan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
“Saya nak perubahan tertentu dalam pentadbiran negeri. Saya juga mahu (PAS) Pusat ambil perhatian terhadap masalah yang kami hadapi.”
“Dah lama benda ini kami sebut tapi tidak buat apa2. Jadi kami ini seolah2 ‘kamikaze’ untuk perkara ke arah kebaikan.”
Walaupun
enggan mengulas sama ada beliau merujuk supaya menteri besar diganti, Ismail
berkata, isu berhubung "orang yang mentadbir" perkara kedua.
Ditanya lagi sama ada Azizan perlu meletakkan jawatan, Ismail berkata, terpulang kepada kepimpinan Pusat PAS untuk membuat keputusan.
“Kami sudah beritahu apa yang kami tidak puas hati. Bergantung pada Pusat untuk menilai. Kalau perlu (letak jawatan), buat. Pusat lebih layak buat keputusan,” katanya.
Marah
sebab tak faham
Setiausaha
Agung PAS Datuk Mustafa Ali pagi ini berkata, Ismail dan seorang lagi exco
Datuk Phahrolrazi Zawawi perlu menerima semula jawatan mereka kerana sudah diputuskan
dalam mesyuarat khas di Alor Setar pada Sabtu lalu.
Selain
itu, Ismail menjelaskan, apa yang dilakukannya ini bukanlah sebagai tanda
kecewa terhadap parti tetapi demi kebaikan.
“Saya harap
orang faham apa yang saya buat. Ada orang yang marah dengan tindakan saya ini.
Saya anggap mereka tak faham. Bila tak faham, mereka marah.”
“Saya bukan kecewa dan saya bukan kejar jawatan. Apa yang saya nak ialah perubahan ke arah lebih baik. Untuk perubahan yang baik itu payah dan yang susah itu kami pilih.”
“Saya cuma mahu pertahanankan Kedah pada pilihan raya akan datang dan seterusnya ke Putrajaya”, ujarnya.
Sumber KLIK DI SINI
HARAPAN UMNO
KEDAH SEMAKIN HANCUR DENGAN PENYATUAN SEMULA PIMPINAN PAS KEDAH…. ISHHHHHHHHHH
No comments:
Post a Comment