السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Rata2 mahasiswa IPTA mahupun IPTS adalah peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN ) untuk meneruskan pengajian
di peringkat yang lebih tinggi. Pelbagai isu yang dipaparkan di media
termasuklah berkaitan dengan tindakan peminjam yang gagal membayar balik
pinjaman akan disenarai hitam dan dikenakan tindakan mahkamah.
Satu tindakan yang serius apabila PTPTN mengambil langkah
membenarkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melaksanakan skim potongan gaji
secara automatik terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN) mulai 1 Januari, 2012. ( Berita Harian Metro )
Dalam perkara ini juga, terlalu dimaklumkan bahawa kegagalan pihak
PTPTN memasukkan wang kepada akaun pelajar juga suatu perkara yang tidak boleh
diketepikan di antara peminjam dan pihak yang member pinjaman.
Selaku badan tertinggi pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia,
PMUKM akan terkejut dengan aduan yang banyak pada semester ini berkaitan dengan
wang yang dimasukkan ke akaun pelajar adalah tidak cukup sebanyak RM500 seperti
dalam perjanjian. Ini menyebabkan mahasiswa mula tertanya2 ke
manakah hilangnya duit mereka.
Ini meragukan mahasiswa terhadap dasar sistem yang diperkenalkan
pihak PTPTN tersebut yang dilihat tidak konsisten dan tiada hitam putih dalam
sesuatu tindakan mereka tanpa dan tiada penjelasan yang diberikan kepada
pelajar terhadap tindakan tersebut.
Isu misteri “kehilangan” wang sebanyak RM500 dari PTPTN menjadi
hangat setelah rata2 mahasiswa telah membangkitkan perkara tersebut
dalam pertemuan antara PMUKM dengan mahasiswa pada 3 Mac 2012.
Dalam pertemuan tersebut, dibangkitkan juga isu berkaitan kesilapan
akibat kegagalan komunikasi antara pihak Bendahari UKM dan PTPTN apabila
sesetengah pelajar sudah dipotong jumlah pinjaman (sekitar RM2 ribu daripada
jumlah penuh pinjaman RM3,500 per semester).
Ini sangat menghairankan khususnya para pelajar yang berasal
daripada keluarga kurang berada dan memerlukan duit pinjaman tersebut apatah
lagi mereka perlu membayar jumlah yang mereka tidak menerima pinjaman yang
sepatutnya.
Ini juga sekaligus menimbulkan pertanyaan, ke manakah sebenarnya
pergi duit yang kononnya sudah ditolak daripada jumlah penuh, tetapi perincian
hutang masih menunjukkan keadaan sebaliknya.
PMUKM berharap PTPTN dan bendahari UKM membuat penjelasan rasmi
terhadap perkara ini dan paling penting kembalikan RM500 duit mahasiswa ke
dalam akaun pelajar.
Sumber KLIK DI SINI
AKU AMAT TAK MEMAHAMI ERTI TANGGUNGJAWAB SEBENARNYA YANG DITUNJUKKAN DISINI. MEREKA MEMINTA MENJADI PENGUASA/PENTADBIR/IBU BAPA KEPADA NEGARA INI... SETELAH BERKUASA, ANAK YANG DI JAGAI DAN DIASUH DI TINDAS DENGAN SISTEM PEMBELAJARAAN SECARA BERHUTANG....
HANYA IBU
BAPA YANG PINCANG SAHAJA MENGHARAPKAN ANAK2 MEMBAYAR SEMULA ‘INVESTMENT’
PELAJARAN ANAK2. UMNO/BE END JE YANG MENINDAS RAKYAT....
No comments:
Post a Comment