Pages

Saturday, November 12, 2011

LEMBU BELI CONDO RM9.8 JUTA


  السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ




LEMBU BELI CONDO RM9.8 JUTA


Audit Negara menyelongkarkan penyelewengan satu projek Barisan Nasional yang telah mengkayakan KRONI mereka. Projek bernilai RM250 juta telah menitiskan air mata rakyat marhaen.... Penyalahgunaan wang untuk kepentingan peribadi amatlah dikesali kerana amanah ini untuk dimartabatkan untuk rakyat dari Projek Impak Tinggi di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan.
Pinjaman sebanyak RM250 Juta telah diberikan kepada Agroscience Industries Sdn Bhd yang dimiliki oleh Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail (suami Datuk Shahrizat Jalil) dan disahkan oleh orang dalam industri. Datuk Dr Mohamad Salleh adalah bekas ketua Technology Park Malaysia (TPM) dan Pengerusi IJN. Berdasarkan maklumat yang diterima, Fidlot Kebangsaan Corporation Sdn. Bhd. adalah sangat dimilikki oleh ahli keluarga dan dikawal ketat (anak lelaki dan anak perempuan) yang beroperasi dari pejabat mewah di 3A01, Block A, Pusat Dagangan Phileo Damansara 1, No 9, Jalan16/11, Off Jalan Damansara.


Yang dilaporkan oleh BERNAMA Februari 18, 2008

Objektif Projek Fidlot Kebangsaan : Bagi memenuhi permintaan yang kian meningkat untuk daging, pembangunan industry daging lembu akan dilaksanakan melalui penubuhan Pusat Fidlot Kebangsaan Yang berpangkalan di Gemas, Pusat Fidlot Kebangsaan merupakan satu projek bersama antara Negeri Sembilan dan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dan dijangka akan memainkan peranan penting dalam mencapai sasaran 28% tahap sara diri bagi daging lembu pengeluaran menjelang tahun 2010. Mandat sebagai integrator bagi projek itu, Fidlot Kebangsaan Corporation Sdn. Bhd. Dimiliki oleh Agroscience Industries Sdn. Bhd. dengan penyertaan dari Kerajaan Malaysia. Kepentingan komersial ialah pembangunan industry daging lembu Malaysia yang terancang, bersepadu dan mampan melalui pembangunan perladangan ternakan bersepadu sepenuhnya dan kemudahan pengeluaran daging lembu yang menguruskan pengimportan ternakan fidlot, penyembelihan, pemprosesan, pembungkusan dan pemasaran daging lembu di Malaysia.



Reported by BERNAMA February 18, 2008



Agriculture and Agro-Based Industry Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said this was because beef price in the world market had increased, and without entering into contracts with beef-suppyling nations such as Australia, there would be no guarantee of continuous supply and stable price.


He said this was also in line with the government’s aim of increasing beef production to 40 percent by 2015.

“I have suggested the setting up of a consortium to import cattle for farms in the country on a continuous basis.

“I have met the biggest Australian beef producer and supplier which is keen to collaborate with Malaysian beef suppliers,” he told reporters after opening the ‘Pembangunan Industri Pengeluaran Daging Lembu’  seminar here today.

Muhyiddin said the consortium would be set up in two months’ time and the ministry had proposed that National Feedlot Corporation Sdn Bhd lead the consortium.

Penyelewengan NFC



Membuat pembayaran sebagai hutang kepada Nasional Meat & Livestocks Corporation, sebuah lagi syarikat milik persendirian kepunyaan keluarga Shahrizat untuk pembelian sebuah kondo : One Menerung



1.  2/12/2009 NFC telah memindahkan wang dari akaunnya di CIMB Taman Tun Dr Ismail kepada Bandaraya Development Berhad sebanyak RM699,870.00 sebagai pembayaran penuh harga kondo One Menerung.


2. 2/12/2009 NFC telah memindahkan wang dari akaunnya di CIMB Taman Tun Dr Ismail kepada Bandaraya Development Berhad sebanyak RM694,150.00

3. 2/12/2009 NFC telah memindahkan wang dari akaunnya di CIMB Taman Tun Dr Ismail kepada Bandaraya Development Berhad sebanyak RM4,199,000.00


4. 2/12/2009 NFC telah memindahkan wang dari akaunnya di CIMB Taman Tun Dr Ismail kepada Bandaraya Development Berhad sebanyak RM4,164,000.00






Kesemuanya berjumlah RM9,758,000 (RM sembilan juta tujuh ratus lima puluh lapan ribu sahaja)




Jumlah di atas adalah sebahagian daripada hutang NMLC yang berjumlah RM83 kepada NFC  pada 31/12/2009
PERBUATAN MEMINJAMKAN UNTUK TUJUAN PERIBADI ADALAH PECAH AMANAH, PENGKHIANATAN & TIDAK BERWIBAWA SAMA SEKALI TERHADAP DANA RAKYAT.

Dengan ini pengakuan yang diperkatakan oleh Menteri Asas Tani dan Ketua Pemuda Umno mengatakan akaun NFC adalah akaun khas yang memerlukan kelulusan kerajaan dan sentiasa dipantau adalah pengakuan BOHONG.


Dana yang disalurkan telah digunakan untuk One Menerung Kondo ini tidak terlibat dengan Tenakan Lembu... Jadi Keluarga Lembu manakah yang akan duduk dan menetap disini?????? Lembu Australia atau Lembu Pakistan?????

Keterlibatan Ramai Pimpinan :

1. Perdana Menteri - Berbohong dengan mengatakan Jumlah RM181.9 Juta telah dipindahkan dari RM250 Juta yang dipindahkan setakat ini.

2. Timbalan Perdana Menteri - juga bekas Menteri Pertanian yang meluluskan projek ini dan pinjaman kepada NFC.

3. Menteri Pertanian - Noh Omar yang membuat kenyataan bahawa hanya RM141Juta yang telah diberi dari jumlah RM250 Juta dalam bentu geran RM6Juta dan Tunai RM135 Juta.

4. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.... terlibat secara langsung kepada kepentingan keluarga sendiri.

5. YB Rembau kerana terang2 memutarbelitkan fakta. Ini kerana kelulusan projek ini dizaman YB Kepala Batas yang juga bapa mertua YB Rembau yang menguasai tingkat 4 di masa itu.

6. TB Rembau mengatakan ini satu bentuk pelaburan.... cerita selanjutnya

PAC seharusnya tidak lelap mata ditilam empuk untuk mengharet mereka yang mempunyai kepentingan dalam skandal JIJIK ini....

No comments:

Post a Comment