السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
TIPU PINJAMAN NFC TU MACAM MANA PULA?
Berita dari Lidah Rasmi UMNO ini melaporkan seramai 22 ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) didapati bersalah dan didenda sepanjang Julai hingga September lepas kerana terlibat dengan penipuan pengeluaran.
Salah seorang daripada mereka telah
dijatuhi hukuman penjara, manakala 16 lagi berkemungkinan dipenjarakan sehingga
enam bulan sekiranya mereka gagal membayar denda tersebut.
Itu adalah petikan berita tentang 22
Ahli KWSP yang telah didenda oleh Mahkamah kerana menipu pengeluaran.
Menipu di sini membawa maksud membuat
pengeluaran kononnya untuk membiayai perkara yang berkaitan dengan perumahan
tetapi menggunakannya untuk tujuan lain.
Biarpun wang yang dikeluarkan itu
adalah wang simpanan mereka sendiri, perkara yang telah dilakukan oleh mereka
adalah salah kerana tujuan ditubuhkan KWSP adalah sebagai tabungan untuk hari
tua para pekerja.
Dalam isu Scandal ‘Feed The Lord’
pula kita menyaksikan sebanyak RM250 Juta dana dari wang milik rakyat telah
disalurkan sebagai ‘Soft Loan’ kepada National Feedlot Corporation (NFC),
Syarikat milik Suami dan Anak Shahrizat yang dianugerahkan melalui tender
terbuka tapi terhad (Noh Omar kata).
Tujuan dana tersebut disalurkan ialah
untuk untuk mengusahakan industri lembu pedaging di Gemas, Negeri Sembilan,
untuk membangunkan projek tersebut bagi menampung keperluan daging negara
kepada tahap sara diri sebanyak 38 peratus.
Namun begitu hingga ke hari ini kita
telah melihat dana untuk tujuan menternak lembu tersebut telah diguna ikut suka
mereka seolah-olah wang RM250 Juta itu milik Mak Bapak mereka yang punya.
Kenapa pihak yang menyalahgunakan
wang sendiri didenda oleh Mahkamah tetapi hingga kini pihak yang menyalahguna
pinjaman untuk tujuan memelihara lembu hingga sekarang tidak disentuh oleh
pihak berkuasa?
Jawapannya mudah.. 22 ahli atau
pencarum KWSP itu adalah rakyat biasa tetapi seorang lagi yang telah
menyalahguna pinjaman RM250 Juta wang rakyat itu isterinya adalah pemimpin LEMBUMNO…
No comments:
Post a Comment