Pages

Wednesday, November 16, 2011

JODOH ITU ADALAH KETENTUAN ALLAH


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ




KALAU SUDAH JODOH APA NAK BUAT...


Benar lah sesungguh nya Ketentuan Allah itu tidak ada siapa pun yang dapat menduga... Allah akan melorongkannya sampai menjadi... Tidak ada sebarang kuasa boleh menafikan  ketentuan Allah dalam hal-hal yang bersangkutan dengan jodoh pertemuan, rezqi, ajal maut dan tanah kubur.  

Sama-samalah kita mendoakan agar mereka berbahagia dalam menjalankan kehidupan harian mereka... Jangan sampai terkeluar ucapan menghina SUNNAH yang berlaku seperti :

“ishhhh... tak geli ke ngan orang tua?”
“kalau aku biar tak kawin dari ngan orang tua”


Kerana sesungguhnya mereka mencela SUNNAH yang berlaku diantara Rasulullah ﷺ dengan Ummul Mukminin Sadatina Aishah رضي الله عنها

TANAH MERAH: “Jika boleh, saya mahukan anak ramai yang boleh mewarisi  segala harta saya. Pada perkahwinan lalu, saya tidak memperoleh zuriat sebab itu saya membuat keputusan berkahwin lagi,” kata warga emas, Mat Ibrahim, 64, yang bertemu jodoh dengan gadis berusia 26 tahun.

Perkahwinan Mat boleh diibaratkan seperti perkahwinan selebriti apabila dia bernikah dengan wanita pilihan hatinya, Noor Mahayu Samsudin pada tarikh istimewa iaitu 11 November lalu atau bersamaan 11.11.11.

Mat yang juga Imam Masjid Mukim Bechah Laut, di sini, dinikahkan jam 11 malam pada tarikh berkenaan di Batu 11, di sini, dan memberi hantaran berjumlah RM5,011 kepada isterinya.

Majlis resepsi perkahwinan pasangan mempelai itu diadakan semalam dengan diiringi 11 das tembakan senapang patah oleh penduduk kampung, diarak dengan 60 kereta dan 40 motosikal, malah meriah dengan kehadiran lebih 1,000 tetamu.- Sinar Harian

SEPADAN...Mat dan Noor Mahayu mengenakan persalinan merah jambu pada majlis resepsi mereka di Tanah Merah, semalam.
SEPADAN...Mat dan Noor Mahayu mengenakan persalinan merah jambu 
pada majlis resepsi mereka di Tanah Merah, semalam.

TAHNIAH USTAZ MAT... MABRUK 'ALAIK.... SELAMAT PENGANTIN BARU..... 
BERBAHAGIA DAN BERKEKALAN HINGGA KEHUJUNG HAYAT.......



No comments:

Post a Comment