Pages

Sunday, January 22, 2012

SHAHRIZAT DAH SAMAN, ROSMAH & NAJIB BILA LAGI NAK SAMAN???????


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ





SHAHRIZAT DAH SAMAN, ROSMAH & NAJIB BILA LAGI NAK SAMAN???????


22 Jan: KUALA LUMPUR, 22 Jan: Rakyat sedang menunggu apakah penjelasan Datin Seri Rosmah Mansor dan juga suaminya Datuk Seri Najib Razak terhadap laporan akhbar Australia semalam.

Semalam, akhbar Sydney Morning Herald (SMH) melaporkan isteri Perdana Menteri itu berbelanja sehingga A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney dua minggu lalu.

Menurut Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, jika sekali lagi akhbar Australia membuat laporan tidak benar mengenai tabiat berbelanja mewah Datin Seri Rosmah Mansor, maka satu tindakan undang2  perlu diambil terhadap akhbar dan sumber berita akhbar tersebut.

Jika Rosmah dan Najib enggan berbuat demikian, ia memberikan gambaran kepada rakyat bahawa apa yang dilaporkan itu betul seperti yang berlaku apabila Najib enggan mengambil tindakan undang-undang terhadap begitu banyak akhbar di serata dunia yang pernah mendakwa tentang kaitan beliau dengan kes Altantuya Shaariibuu.

Kalau banyak kali sangat dilihat takut mengambil apa2 tindakan undang2, rakyat akan percaya apa yang dilaporkan mengenai Najib dan keluarganya itu benar, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Sebelum ini, akhbar Australia yang lain membuat laporan yang didakwa tidak benar mengenai tabiat berbelanja Rosmah tetapi Najib dan keluarganya tidak pula mengambil sebarang tindakan undang2  terhadap akhbar itu.

Rakyat yang berfikiran waras sudah tidak tahan lagi melihat wujudnya watak seperti itu di negara ini yang mengingatkan mereka kepada Laila Trabelsi, wanita yang mengambil kesempatan atas kedudukannya sebagai isteri Presiden Tunisia, kata Mahfuz lagi merujuk kepada isteri Zine El Abidine Ben Ali yang dihambat dari kekuasaannya oleh kebangkitan rakyat tahun lalu. Selanjutnya DI SINI

Tautan terdahulu..


Shahrizat telah membuat saman terhadap Ketua Wanita PKR dan Sdra Rafizi kerana mencemar nama beliau yang tak tau menahu akan urusan suaminya bersama lembunya.... he he he

Shahrizat bakal menjadi jutawan segera dengan saman ber
jumlah  RM100 Juta. DS Rosmah munkin boleh menyaman sebanyak RM1Bilion... he he he... kaya kaya kaya....... 

No comments:

Post a Comment