Pages

Saturday, January 14, 2012

DEDAH SEMUA PROJEK DI BAWAH JK IMPAK BESAR


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ




DEDAH SEMUA PROJEK DI BAWAH JK IMPAK BESAR


ALOR SETAR, 14: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana menerima cadangan beliau untuk membekukan semua aset NFC (Pusat Fidlot Kebangsaan).

Namun begitu, bagi menunjukkan ketelusan sikap Datuk Seri Najib, Husam mendesak agar beliau mendedahkan semua projek yang diluluskan oleh Jawatankuasa Berimpak Besar (High Impack Comittee) serentak dengan projek NFC.

Beliau juga mencadangkan agar Jawatankuasa Khas Parlimen ditubuhkan bagi menyiasat skandal ini.

Husam berkata demikian bagi mengulas tindakan Najib membeku semua aset NFC sehingga penyiasatan ke atasnya selesai.

Najib mengumumkan pembekuan aset NFC sementara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan ke atasnya.

Najib juga mengarahkan timbalannya, Tan Muhyidin Yassin yang menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika itu dan Datuk Sri Noh Omar, menteri itu sekarang menjalankan siasatan bagaimana isu ini boleh diselesaikan.

Dua hari lepas, Menteri Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Sri Shahrizat Jalil yang dikaitkan dengan skandal ini mengambil cuti selama tiga minggu bagi membolehkan kes ini disiasat dengan adil. 

Enam bulan lalu, ketika kes ini baru memuncak,  Husam mencadangkan agar aset NFC dibekukan sehingga penyiasatan kes ini selesai.

Langkah ini bertujuan untuk menyelamatkan apa-apa hak kerajaan yang masih tertinggal dalam syarikat itu ekoran salahguna pinjaman kerajaan yang dibuat oleh NFC.

NFC adalah syarikat yang diterajui oleh keluarga Shahrizat. Pengerusi Eksekutifnya adalah suami beliau manakala pengarah-pengarahnya adalah anak-anak beliau.

NFC memperolehi pinjaman mudah kerajaan sebanyak RM250 juta untuk meningkatkan pengeluaran daging negara. Namun begitu, Ketua Audit Negara dalam laporannya memaklumkan projek ini telah gagal akibat penyalahgunaan wangnya.

Pelbagai pihak pula selepas itu, khasnya PKR, mendedahkan NFC telah membeli kondo mewah di Bangsar dan Singapura di samping menguruskan percutian mewah keluarga Shahrizat dan membeli kereta mewah.

"Saya cadangkan Datuk Najib dedahkan semua projek yang diluluskan semasa NFC diluluskan oleh mesyuarat High Impack Comitte yang beliau pengerusikan.

"Ini kerana, kalau perjanjian NFC hanya ditandatangani kerajaan setahun selepas pinjaman diberikan, sudah tentu ada masalah prosedur kepada semua projek yang diluluskan bersama projek NFC ini," kata Husam kepada Harakahdaily.

Husam bersetuju dengan pandangan bahawa bukan Shahrizat sahaja yang patut dipersalahkan dalam kes ini.

"Benar dia mungkin tidak terlibat dengan kelulusan projek ini kerana dia bukan menteri yang berkaitan, namun kalau dia terlibat dalam percutian mewah keluarga yang menggunakan wang NFC, dia sudah terlibat dengan mendapat manafaat darinya," kata Husam.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata, bukan Shahrizat sahaja yang bersalah dalam skandal ini kerana projek ini terletak di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang ketika itu dipimpin oleh Tan Sri Muhyidin Yasin.

Projek ini pula diluluskan oleh Jawatankuasa Impak Besar yang mesyuarat kelulusannya dipengerusikan oleh Datuk Seri Najib.

SUMBER

No comments:

Post a Comment