Pages

Thursday, September 22, 2011

الســـلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاتـــه

بســـم الله الرحمن الرحيم


SELAMAT DATANG KE GERUP TENTERA SEMUT

SEMUT ADALAH ANUGERAH ALLAH SEBAGAI MAKHLUK YANG BERSATU DAN BERAKHLAK. WALAU PUN KECIL, SEMUT BERSATU DALAM SEMUA HAL... DICIPTAKAN ALLAH SUPAYA MANUSIA MENGAMBIL IKTIBAR SUPAYA MEMENTINGKAN KEMUSLIHATAN BERSAMA.


DARI SINI, KITA MELIHAT SEMUT ITU BERPESAN KEPADA SEMUA BANGSA SEMUT YANG TIDAK BERPAKSI KEPADA SEJENIS BANGSA SEMUT.... ADALAH JELAS MANUSIA LEBIH HINA DARI BINATANG SEMUT KERANA BERJUANG ATAS DASAR KEBANGSAAN ATAU BAHASA MODENNYA NASIONALISMA, TIADA KEPENTINGAN DIRI, HASUT MENGHASUT, FITNAH MEMFITNAH....

Firman Allah dalam surah An-Naml : 18

قَالَتْ نَمْلَةٌ يَآ أيُّهَا النَّمْلُ الدْخُلُوْا مَسَـــاكِنَكُمْ لاَ يَحْطِمَنَّـكُمْ سُــلَيْمَانُ وَجُنُوْدُهُ وَهُمْ لاَ يَشْـعُرُوِنَ  

"Berkata seekor semut : Wahai semut semua, masuklah kamu kedalam tempat-tempat kamu, nanti kamu dipijak oleh Nabi Allah Sulaiman dan tentera-tenteranya, sesungguhnya mereka tidak menyedari akan kehadhiran kamu".


Perbualan Nabi Allah Sulaiman عليـــه الســلام dengan seekor semut :

Nabi Sulaiman : "Wahai Semut.. Berapa banyak kah makan yang kamu perlukan untuk sebulan?"

Semut : "Wahai Nabi Allah, sebiji beras."

Nabi Sulaiman pun mengurung semut dengan menyediakan sebiji beras bagi mencukupkan sebulan makanan keperluan semut. Setelah sebulan Nabi Sulaiman membuka kurungan semut. Baginda amat terkejut kerana semut telah membohonginya kerana beras berbaki separuh.

Nabi Sulaiman : "Wahai semut. kamu berbohong kepada ku. Kamu kata sebiji beras sebulan, kenapa masih berbaki separuh."

Semut : "Wahai Nabi Allah, Allah tidak pernah melupai hambaNya, manusia selalu terlupa. Aku amat bimbang Tuanku melupai aku. Aku berpuasa sehari dan berbuka sehari kerana bimbang sekiranya Tuan ku terlupa dan aku kehabisan makanan".

Nabi Sulaiman tersenyum mengenangkan kekuatan IMAN sang semut dan bersyukur kepada Allah yang Maha Mencipta.

Insya Allah... sama-sama lah kita mengambil pengajaran dari kisah yang Allah paparkan.......

No comments:

Post a Comment