Pages

Thursday, September 22, 2011

Dimanakah Asalnya Lagu Negara Ku

الســـلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاتـــه


بســـم الله الرحمن الرحيم






Lagu Negaraku merupakan ciptaan Malaysia

Negaraku, tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup, bersatu dan maju,
Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan,
Raja kita, selamat bertakhta.
Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan,
Raja kita, selamat bertakhta
-Negaraku





Lagu ni sebenarnya bukan sepenuhnya ciptaan rakyat kita. Liriknya merupakan hasil gubahan Saiful Bahri, yang diambil daripada Lagu Rasmi negeri Perak - Allah Lanjutkan Usia Sultan.



Sultan Abdullah merupakan pemerintah negeri Perak pada waktu itu telah menjalani hukuman dibuang negeri ke Kepulauan Seychelles oleh British kerana telah didakwa bersubahat membunuh Residen British, JWW Birch. Semasa dalam buangan, Baginda dikatakan telah banyak mendengar lagu yang popular pada waktu ituLa Rosalie.


Setelah pulang ke tanah, air, Baginda telah mengambil lagu ini sebagai Lagu Rasmi negeri Perak dengan liriknya digubah.



'La Rosalie' adalah hasil ciptaan Pierre Jean de Beranger yang berasal dari Perancis. Lagu ni sangat popular pada ketika itu sehinggakan telah banyak versi dicipta termasuklah versi Hawaii dan sebagainya.


Lagu ini telah dipersembahkan di sebuah Opera (Indonesian Bangsawan) di Singapura pada tahun 1940. Oleh kerana popularitinya yang sangat, sebuah melodi yang sama telah diberi sentuhan baru di Indonesia dan diberi nama Terang Boelan (Terang Bulan).


Oleh sebab itulah lagu Terang Bulan mempunyai identiti yang serupa dengan Lagu Negaraku kerana kedua-duanya diambil daripada melodi 'La Rosalie'. Jadi tak usahlah kita bertengkar siapa tiru lagu siapa.

Soekarno kemudiannya telah meminta rakyat Indonesia supaya tidak menyanyikan lagi lagu Terang Boelan kerana mirip kepada lagu Negaraku.


Terang Boelan/Terang Bulan



Apa pun ianya telah kita praktik kan sejak lama dahulu.... 

No comments:

Post a Comment