Pages

Saturday, October 29, 2011

PROF AZIZ BARI TERIMA PELURU, NOTA UGUTAN BUNUH



 Ø§Ù„سَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللَّÙ‡ِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ
بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيمِ



PROF AZIZ BARI TERIMA PELURU &

NOTA UGUTAN BUNUH

Kuala Lumpur, 29 Okt – Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari menerima sampul surat berisi sebutir peluru dirumahnya di Bandar Baru Selayang  pada jam 11.45 pagi tadi. 


“Saya menerima surat dengan sebutir peluru dengan nota berkata ‘jangan kurang ajar dengan Sultan, maut nanti’,” Kata Aziz kepada The Malaysian Insider.

Sejarah Malaysia telah membuktikan segalanya yang bertentangan dengan Pihak berwajib akan menerima ugutan ‘peluru’… Macam terlalu biasa je… Karpal Singh dapat…. Mat Sabu pun dapat…. 


Yang tak dapat sorang je…. MAHATHIR ANAK LELAKI MOHAMED ISKANDAR KUTTI…. DIA AJAK LAWAN RAJA PUN TAK ADA APA-APA…. UMNO TERENGGANU PANGGIL ‘NATANG’ KAT RAJA PUN TAK ADA APA-APA….


NAK SIMPAN LAGI KE UMNO NI????????


Cerita selanjutnya

PRU13 - UMNO BE END DALAM CACA MERBA




 Ø§Ù„سَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللَّÙ‡ِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ
بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيمِ


BERSIH 2.0 TELAH BERLALU
Tuntutan 8 perkara BERSIH 2.0 terhadap SPRM semakin ketara terbongkar segala pemBOHONGan SPR dengan UMNO selama ini...




Hari demi hari terbongkar dan pengakuan mereka terhadap apa yang BERSIH 2.0 tuntutkan. Kini Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan untuk meneliti segala kepincangan yang SPR lakukan demi berpaksi kepada statusnya SURUHANJAYA Di Raja atau SURUHAN menJAYAkan UMNO/Be End.

12 Oktober 2011 - Dewan Rakyat diberitahu sebanyak 27,293 warga asing telah diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (Menterinya : DS Hishamuddin Hussein Onn) taraf kewarganegaraan Malaysia. Kalau al-Marhum Dato Onn masih hidup... sudah tentu beliau menangis melihat perangai cucunya....


Suruhan menJAYAkan Umno juga mengakui seramai 40,000 nama tidak sahih dan meragukan terdapat dalam daftar pemilih SPR kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Yusof. Pengerusinya yang sebelum ini terlalu SOMBONG dengan mengISYTIHARkan TUTUP PINTU kepada parti-parti lain dari bertemu dengan mereka....


Malaysia memang lah sebuah negara BOLEHLAND dengan apa juga yang mereka (penguasa) kehendakki... akan dibolehkan...





TIADA LAGI KEADILAN... TIADA LAGI SLOGAN DEMI BANGSA, AGAMA DAN TANAH AIR...... SEMUA NYA ADALAH RETORIK DAN PEMBOHONGAN SEMATA-MATA DEMI KERAKUSAN KUASA DAN KESINAMBUNGANNYA......



Thursday, October 27, 2011

MEMALUKAN : LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2010 DIEDARKAN SEBAGAI KERTAS PERINTAH 40, TAHUN 2011



 Ø§Ù„سَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللَّÙ‡ِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ
بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيمِ



MEMALUKAN : LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2010 DIEDARKAN SEBAGAI KERTAS PERINTAH 40, TAHUN 2011

Laporan Ketua Audit Negara: Kepincangan, Kelemahan Dan Ketirisan Berterusan

Selasa, 25hb Oktober 2011

Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang GAGAL DIKEMUKAKAN DALAM DEWAN RAKYAT BERSEKALI DENGAN LAPORAN EKONOMI DAN DOKUMENTASI BELANJAWAN NEGARA sejajar dengan amalan Parlimen Malaysia sekian lama, akhirnya diedarkan sebagai Kertas Perintah 40, Tahun 2011 kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat pada hari Isnin, 24 Oktober 2011. Pengedarannya lewat 17 hari dari tarikh pembentangan Bajet 2012 pada 7 Oktober 2011 yang lalu. 

Kegagalan pengedarannya dibangkitkan berulang kali oleh Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, meskipun sebenarnya Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Kementerian/Jabatan Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan telah siap ditandatangani oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Haji Amrin Bin Bujang pada 8 Julai 2011 dan Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Kewangan Dan Aktiviti Serta Pengurusan Syarikat Subsidiari Badan Berkanun Persekutuan ditandatangani pada 16 Jun 2011. SEWAJARNYA TIDAK TIMBUL MASALAH LEWAT MENGEDARKAN LAPORAN tersebut KECUALI LAH ADA MUSLIHAT UNTUK MENYEMBUNYIKAN FAKTA SEBENAR DARI PENGETAHUAN RAKYAT.

Hasil dari penelitian prestasi terhadap pelaksanaan aktiviti di bawah 32 Kementerian/Jabatan Persekutuan dan pengurusan 7 syarikat Kerajaan, Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan bahawa dari segi pelaksanan aktiviti/projek yang dijalankan terdapat beberapa kelemahan yang berpunca daripada penyeliaan yang kurang rapi, ketiadaan pemantauan yang berkesan, kekurangan peruntukan kewangan dan kekurangan kakitangan serta kepakaran. Laporan Ketua Audit Negara juga mendedahkan kelemahan, kepincangan dan penyelewengan yang berlaku dalam 45 aktiviti/projek di bawah pelbagai Kementerian/Jabatan Persekutuan.

Mengaibkan adalah pendedahan terhadap kepincangan beberapa aktiviti/projek yang mensasarkan golongan berpendapatan rendah dan rakyat termiskin. Antara projek dan aktiviti tersebut adalah:

1. Kelemahan pengurusan Program Pembasmian Kemiskinan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM691.52 juta pada tahun 2010 dan didapati mengalami kegagalan 54.4% daripada pencapaian objektifnya.“Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) adalah agensi penyelaras Program Pembasmian Kemiskinan di bawah RMKe-9.

Matlamat utama program ini adalah bagi mensifarkan miskin tegar pada bulan Disember 2010 di seluruh negara. Pada tahun 2010, sejumlah RM691.52 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan program ini. Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri (PPPN) atau Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri (JPPN) bertanggungjawab menyelaraskan pelaksanaan projek di peringkat negeri. Pengauditan yang dijalankan antara bulan September hingga Disember 2010 mendapati masih lagi terdapat seramai 2,472 orang miskin tegar di seluruh negara dan pelaksanaan projek peningkatan ekonomi kurang memuaskan kerana 37 (54.4%) daripada 68 projek yang dilawati gagal mencapai objektifnya. Juga terdapat kelemahan dalam pengurusan program seperti tempoh pelaksanaannya tidak mencukupi; peserta tidak layah diberi bantuan; peserta tidak tahu terlibat dengan projek; barang tidak diterima sepenuhnya dan tidak lengkap; bantuan tidak diterima oleh peserta; projek tidak dilaksanakan oleh pembekal; pembekal mengambil keuntungan daripada peserta; mentor tidak memainkan peranannya; perjajian projek champion tidak lengkap; komitmen peserta rendah dan kelemahan pemantauan.” - Laporan Ketua Audit Negara 2010, muka surat xvii.

2. Kelemahan pengurusan Skim Insentif Peningkatan Hasil Padi di bawah Kementerian Pertanian yang mendedahkan kegagalan Kerajaan Persekutuan membayar insentif berjumlah RM110.67 juta kepada 73,291 pesawah kerana peruntukan tidak mencukupi.“Insentif Peningkatan Hasil Padi (IPH) adalah untuk memberi galakan kepada petani untuk meningkatkan hasil padi semasa dan meningkatkan tahap sara diri. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 September 2006 telah bersetuju skim IPH dilaksanakan dan pembayarannya dibuat mulai bulan Mac 2007. Sejak skim ini dilaksanakan sehingga tahun 2010, sejumlah RM230.62 juta telah dibelanjakan daripada peruntukan skim IPH dan sejumlah RM72 juta daripada peruntukan Dasar Jaminan Bekalan Makanan. Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga November 2010 mendapati objektif skim IPH untuk meningkatkan pengeluaran padi telah dapat dicapai. Bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan dalam pengurusan IPH seperti tiada perjanjian yang mengikut BERNAS yang dilantik sebagai agensi pelaksana skim; peruntukan tidak mencukupi mengakibatkan Kerajaan belum membayar insentif berjumlah RM110.67 juta kepada 73,291 pesawah; kadar insentif yang tidak munasabah bagi pesawah yang mengusahakan tanaman lebih 2 hektar dan kelewatan BERNAS menyelesaikan siasatan terhadap kes di mana peningkatan hasil padi melebihi 10% daripada anggaran hasil yang ditetapkan.” - Laporan Ketua Audit Negara 2010, muka surat xxii.

3. Kelemahan pengurusan penyenggaraan jalan persekutuan yang diswastakan di negeri Sarawak setelah sejumlah RM462.46 juta telah dibelanjakan. Program penswastaan penyenggaraan jalan persekutuan di negeri Sarawak dilaksanakan oleh 3 syarikat konsesi iaitu PPES Works (Sarawak) Sdn Bhd, Endayan Construction Sdn Bhd dan HCW Engineering Sdn Bhd. Mengikut perjanjian penswastaan, jalan persekutuan yang perlu disenggarakan setakat 14 Julai 2003 ialah sepanjang 1,326 km dan telah meningkat kepada 1,566 km setakat 31 Disember 2009. Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga Disember 2010 mendapati secara umumnya keadaan jalan persekutuan adalah kurang memuaskan walaupun sejumlah RM462.46 jua telah dibelanjakan untuk penyenggaraannya bagi tempoh tahun 2005 hingga 2010. Selain itu, terdapat beberapa kelemahan seperti kerja penurapan jalan tidak dibuat dan kerosakan pavement tidak dibaiki; jentera yang digunakan untuk memampatkan kerja penurapan jalan tidak mengikut spesifikasi serta penyenggaraan bahu/perabot.perparitan jalan tidak memuaskan.” - Laporan Ketua Audit Negara 2010, muka surat xxv.

4. Kelemahan pengurusan projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Ke 2 di pelbagai kementerian dan jabatan yang terdedah kepada pelbagai bentuk penyelewengan perbelanjaan, bayaran dan peruntukan:



“LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA TURUT MENYENTUH PAKEJ RANSANGAN EKONOMI KEDUA (PRE 2) BERJUMLAH RM60 BILION YANG DILANCARKAN PADA 10 MAC 2009 BERTUJUAN MERANGSANGKAN EKONOMI NEGARA DALAM TEMPOH YANG SINGKAT. PRE 2 telah dirancang untuk dilaksanakan dalam tempoh 2 tahun iaitu tahun 2009 dan 2010 dengan peruntukan berjumlah RM15 bilion. Sehingga 31 Disember 2010, Kementerian Kewangan telah mengagihkan RM13.23 bilion kepada 27 Kementerian/Jabatan/Skim untuk melaksanakan 51,560 projek. Daripada jumlah yang diagih, hanya RM10.09 bilion (76.3%) telah dibelanjakan melibatkan 49,169 (95.4%) projek. Pengauditan yang dijalankan pada tahun 2010 terhadap 9 program di 6 Kementerian/Jabatan yang melibatkan 201 projek mendapati kesemuanya telah siap dilaksanakan dengan bayaran berjumlah RM426.69 juta kecuali satu projek iaitu Pembinaan Jambatan Sungai Padas Kedua, Beaufort, Sabah. 





LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENDEDAHKAN WUJUDNYA BEBERAPA KELEMAHAN SEPERTI PRESTASI PERBELANJAAN YANG TIDAK MENUNJUKKAN PRESTASI SEBENAR PELAKSANAAN PROJEK; PEROLEHAN/PEMBEKALAN PERALATAN/KERJA/PROJEK TIDAK MEMATUI PERATURAN/KURANG BERKUALITI/TIDAK MEMUASKAN/KURANG JELAS/TIDAK TEPAT/TIDAK DIPATUHI. SELAIN ITU, TERDAPAT KES DI MANA PEMBAYARAN DIBUAT SEBELUM PERALATAN/KERJA DIBEKALKAN/DISIAPKAN/DISIAPKAN DENGAN SEMPURNA; BERLAKU LEBIHAN BAYARAN DAN PERUNTUKAN TIDAK DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN ASAL PROJEK.” - LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2010, MUKA SURAT XLIII............BANYAK TUUUUUUUUU... SELESAI MASALAH ORANG2 MISKIN & PENDAPATAN SEDERHANA.. ENTAH LAH.... ROBINHOOD MELAYU... IALAH UMNO....

DR MAHATHIR PUNCA KABINET CAMPUR TANGAN DALAM LAPORAN AUDIT


السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللَّÙ‡ِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ
بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيمِ


DR MAHATHIR PUNCA KABINET CAMPUR TANGAN DALAM LAPORAN AUDIT


Kelewatan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara adalah kerana kelemahan institusi yang disebabkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi  perdana menteri, kata pakar perlembagaan negara Profesor Abdul Aziz Bari.



Pakar undang-undang UIA itu berkata Mahathir telah meminda perlembagaan persekutuan pada tahun 1993 dengan melucutkan raja-raja daripada kekebalan mereka dan menyediakan peruntukan bagi kerajaan untuk “memberi arahan” kepada Yang di-Pertuan Agong.

Ini dilakukan dengan cara memasukkan Artikel 40 (1A) dalam perlembagaan yang menyatakan bahawa Seri Paduka perlu bertindak mengikut nasihat jemaah menteri.


“Pada dasarnya ini merupakan legasi yang ditinggalkan oleh pentadbiran Mahathir, yang mahu monarki disenyapkan,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Menurut beliau, pada masa yang sama, negara mempunyai seorang eksekutif yang tidak  memperdulikan kuasa badan yang lain dan monarki yang tidak pasti peranannya.

Kenyataan Abdul Aziz itu dibuat bagi mengulas kelewatan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara yang tertangguh dua minggu. Laporan itu biasanya dibentangkan pada hari yang sama dengan pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Bajet 2012 dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Oktober lalu.


Kelewatan itu dikatakan kerana jemaah menteri mahu meneliti laporan berkenaan sebelum ia  dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong kerana kebimbangan bahawa laporan audit tersebut akan mencuri tumpuan berbanding Bajet 2012.

Menurut Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, mengemukakan laporan kepada jemaah kabinet sebelum diperkenan oleh Seri Paduka adalah amalan yang diguna-pakai sejak 1982, iaitu sejurus selepas Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Kata beliau, ia bertujuan untuk membolehkan kabinet membiasakan diri dengan isu-isu yang dibangkitkan dalam laporan itu dan menjelaskannya di Dewan Rakyat. Cerita Selanjutnya....

K'JAAN TERLEBIH BAYAR RM4.6 JUTA PENCEN



السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللَّÙ‡ِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ
بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيمِ



K'JAAN TERLEBIH BAYAR RM4.6 JUTA PENCEN


Laporan Ketua Audit Negara mengesan pihak kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam telah terlebih membayar RM4.66 juta sebagai pencen kepada pesara dan waris mereka di antara 2007 dan 2010.

Daripada jumlah itu, RM2.57 juta telah terlebih bayar kepada 1,975 kakitangan awam yang telah meninggal dunia. Hanya RM850,000 berjaya dikutip semula daripada 965 waris mereka.

Baki, RM1.72 juta, yang perlu dituntut daripada 1,010 yang lain, masih belum dituntut sepenuhnya. Seramai  206 individu lagi membayar balik secara ansuran bulanan bagi jumlah RM390,000.

Bagi baki pencen terlebih bayar seterusnya berjumlah RM1.33 juta, wang itu tidak dapat dituntut kerana waris berkenaan tidak dapat dikesan, telah meninggal dunia atau memilih untuk tidak mengendahkan notis yang dihantar kepada mereka.

Antara lain, laporan audit mendapati bahawa pencen yang terlebih bayar itu adalah akibat rekod kematian yang ketinggalan zaman.

Ini berlaku walaupun terdapat sistem komputer bersepadu yang dikenali sistem Power - Pensions  Online Workflow Environment  - untuk mengemas kini rekod kematian yang diperolehi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Sekiranya, maklumat kematian yang diterima daripada JPN tidak sepadan dengan maklumat dalam sistem Power, satu laporan tidak sepadan dikeluarkan. Berdasarkan laporan ini bagi tempoh tahun 2007 sehingga September 2010, didapati data kematian 2,262 pesara/penerima pencen tidak dapat dikemaskini kerana maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan dan tarikh lahir tidak sepadan dengan maklumat dalam sistem Power,” kata Laporan Ketua Audit Negara itu. Baca selanjutnya....

LEBUHRAYA SENAI-DESARU GAGAL UJIAN JALAN



السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللَّÙ‡ِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ
بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيمِ



LEBUHRAYA SENAI-DESARU GAGAL UJIAN JALAN


Laporan Ketua Audit Negara 2010, berhubung pengauditan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mendapati beberapa kontraktor telah membina lebuhraya Senai-Desaru di beberapa bahagian dengan turapan Dense Bituminous Macadam (DBM) YANG KURANG DARIPADA KETEBALAN MINIMUM 95 MM.


“Lawatan Audit pada bulan Oktober 2010 juga mendapati kualiti kerja pembinaan lebuh raya KURANG MEMUASKAN. Mengikut spesifikasi kontrak, ketebalan minumun turapan DBM yang dibenarkan adalah 95 mm manakala ketebalan turapan DBM mengikut lukisan Approved Detail Design adalah 100 mm,” petik laporan itu.

Menurutnya laporan itu lagi, ketebalan paling rendah yang dicatatkan adalah 72 mm manakala bacaan tiga lagi ujian yang dijalankan menunjukkan ketebalan - 81 mm, 89 mm dan 79 mm.

“Permukaan jalan didapati beralun dan tidak rata di sepanjang lebuh raya bagi Pakej 1 dan 2. Selain itu, beberapa bahagian permukaan lebuh raya telah rosak, kasar dan berlubang walaupun baru setahun dibuka  kepada pengguna.”

Ia juga mencatatkan bahawa Pakej 3 iaitu pada kilometer 77, tidak siap mengikut masa pada 18 Julai 2008 dan terpaksa dilanjutkan sebanyak tiga kali sehingga 31 Disember, 2010, kerana kontraktor utamanya menghadapi masalah kewangan, kenaikkan harga barangan yang digunakan dan masalah cuaca.

“Bagaimanapun, pihak Audit mendapati river protection di tebing jambatan lima sungai tersebut masih belum dibina. Keadaan tebing jambatan yang belum dibina river protection adalah di Sungai Layau dan Sungai Papan.”

Bagi Pakej 3 juga, kontraktor sepatutnya membina ‘pelindung sungai’ atau  river protection  bagi menghalang hakisan kerana projek itu merentasi lima batang sungai. Baca selanjut di sini.

SEMBILAN KEMENTERIAN TERLEBIH BELANJA RM3.73B



 Ø§Ù„سَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللَّÙ‡ِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ
بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيمِ


SEMBILAN KEMENTERIAN TERLEBIH BELANJA RM3.73B

KUALA LUMPUR, Oct 24 —  Sembilan kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan peruntukan operasi keseluruhan tahun lepas. Terlebih belanja sejumlah RM3.73 bilion, menurut Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan hari ini.


Kementerian itu termasuk Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan, Kementerian Dalam Negeri, Pertanian dan Industri Asas Tani Kementerian, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.


Laporan itu  menyatakan  bahawa  berbelanja  di beberapa kementerian  itu  tidak dapat dielakkan kerana aktiviti tambahan dan tidak berjadual pembayaran.


“Menurut peraturan-peraturan kewangan, perbelanjaan hanya boleh dilakukan jika peruntukan kewangan yang diluluskan mencukupi. Audit memeriksa mendapati bahawa kaedah ini tidak diikuti oleh beberapa kementerian yang telah terlebih belanja selain apa yang telah diperuntukkan sepenuhnya. Ini  menunjukkan  bahawa  masih  terdapat  kelemahan  dalam perancangan  dan pengurusan perbelanjaan walaupun isu initelah sering dibangkitkan,” kata laporan itu.

Laporan itu  juga mendapati  75 kes  berbanding  perbelanjaan  dalam  14  kementerian  yang berbeza dari segi bayaran perkhidmatan dan bekalan berjumlah RM306.01 juta.

Terdapat juga 17 kes dalam tempoh lapan kementerian tahun lepas di mana peruntukan sebanyak RM98.8 juta pada tidak dibelanjakan.

Kementerian Kesihatan sudah dicemari dengan tuduhan memberi RASUAH kepada 2 buah hospital di Jalan Pudu kerana diserang oleh 'water canon' FRU semasa BERSIH 2.0 dahulu.
Kelik di sini : Sumber . Adakah ini semua yang melibatkan terlebih belanja????