Pages

Saturday, September 7, 2013

PERDANA MENTERI SANGGUP POTONG GAJI 30% - PANASSSS



“Demi untuk membantu rakyat, Perdana Menteri dilaporkan telah memotong gajinya sebanyak 30% dan menjual sebuah jet dengan harga USD15 juta serta puluhan buah kereta2 mewah yang digunakan oleh Menteri Kabinet.

Tapi jangan haraplah Perdana Menteri yang dilaporkan itu adalah Perdana Menteri Malaysia, beliau adalah Perdana Menteri Malawi.”

Perdana Menteri Jual Pesawat Untuk Beri Rakyat Makan

Kerajaan Malawi menjual pesawat presiden untuk memberi makan lebih dari 1 juta rakyatnya yang kelaparan.

Dana yang diperoleh daripada jualan pesawat itu sebesar USD15 juta. Bahkan puluhan kereta mewah para menteri juga terpaksa dijual untuk menyokong program ini.

Presiden Joyce Kota menjadikan jualan pesawat tersebut sebagai prioriti pemerintahannya.

“Dana USD15 juta yang kami dapat dari penjualan jet presiden akan digunakan untuk membeli jagung tempatan untuk membantu memberi makan rakyat yang menderita, dan sebahagian lagi digunakan untuk pengeluaran kacang," kata juru cakap Kementerian Kewangan Malawi Nations Msowoya seperti dilaporkan oleh The Nation, Jumaat (6/9/2013).

Jualan pesawat kepada syarikat Virgin Islands, Bohnox Enterprise itu telah diumumkan Mei lalu. Jet mewah itu dapat mengeringkan perbendaharaan negara.

Sebabnya, kos penyelenggaraan dan insurannya mencapai USD300 ribu setahun.

Kerajaan Malawi pernah membuat negara2 bantuan barat berang kerana ketika presiden terdahulu, mendiang Bingu Wan Mutharika telah membeli 14 pesawat penumpang Dassault Falcon 900EX pada tahun 2009 yang menyumbang 40 peratus daripada bajet.

England, penderma bilateral utama Malawi mengkritik pembelian pesawat tersebut. England bahkan mengurangkan bantuan untuk pemerintahan Mutharika hingga 3 juta pounds.

Keadaan ini menimbulkan goncangan ekonomi di tengah kelaparan yang melanda negeri itu.

Namun Kota yang menggantikan Mutharika yang meninggal akibat serangan jantung pada April 2012, mendapat pujian penderma Barat atas langkah2 penjimatan yang dilakukannya.

Wanita itu bahkan telah menurunkan gajinya sebanyak 30 peratus dan berjanji akan menjual 35 kereta negara Mercedes Benz yang digunakan para menteri kabinet. ~detik news

Itu Perdana Menteri negara lain.. walaupun negaranya miskin beliau sanggup menjual aset milik negara yang digunakan oleh kroni2nya demi untuk membantu rakyatnya..

Tapi dinegara kita pula, Perdana Menteri hanya menyusahkan rakyat demi kesenangan kroninya.. contohnya subsidi untuk IPP itu...


Subsidi minyak kononnya terpaksa dikurangkan tapi subsidi IPP langsung tak berani disentuhnya..

Sikit info untuk dikongsi bersama tentang subsidi kepada IPP ini..


     Setiap tahun, anggaran jumlah penggunaan petrol dan diesel adalah sebanyak 10 bilion liter (petrol) dan 6.5 bilion liter (diesel) .  

     Pada kadar subsidi sebanyak 83 sen bagi seliter petrol dan RM1 bagi seliter diesel, jumlah subsidi petrol dan diesel adalah sebanyak RM14.8 bilion setiap tahun, iaitu hanya 59% dari jumlah subsidi bahan api yang dibelanjakan kerajaan.  

     Sejumlah RM10 bilion subsidi (atau 41% peratus) setiap tahun adalah subsidi gas dan LPG yang ditanggung oleh kerajaan.  

    Ini tidak termasuk anggaran subsidi gas kepada penjana bebas (IPP) sebanyak sekitar RM8 bilion setiap tahun.  

   Ini bermakna, subsidi korporat yang diberikan melalui subsidi gas kepada industri dan penjana bebas (dianggarkan sekitar RM13 bilion setiap tahun) adalah hampir sama dengan subsidi petrol dan diesel yang diberikan kepada rakyat.

Sebenarnya menurut seorang Pembantu Menteri, Najib naikkan harga minyak sebab nak bantu orang-orang miskin... baca laporannya di ( SINI )
Jangan sampai ada maC41 kata pindah pi duduk sana la plak... hehehe

TERENGGANU DARUL RUNTUH - RUNTUH LAGI....


KUALA TERENGGANU: Sebuah tangki air di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Berangan di sini didakwa telah meletup dan pecah.

Tangki air tersebut meletup kira-kira jam 11.30 malam pada 4 September lalu, hampir sama dengan kejadian yang berlaku di Sekolah Menengah Paka, Dungun pada 14 Julai 2012.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut (gambar)ketika mendedahkan perkara itu, menggesa kerajaan negeri mengambil perhatian terhadap bangunan dan binaan kerajaan yang dilihat kerap runtuh dan rosak di negeri ini.

“Saya sudah peringatkan pihak kerajaan kerana ianya melibatkan keselamatan rakyat, saya hairan lepas satu-satu peritiwa (yang berlaku) dan yang terakhir tangki air yang pecah. Pecah, mendap, runtuh… ia melibatkan keselamatan orang ramai.

“(sedangkan) Bila sesuatu projek dilaksanakan ia melibatkan banyak agensi dan jabatan kerajaan yang memastikan perkara (binaan) yang dibina itu mengikut spesifikasi (yang telah ditetapkan),”ujarnya.

Beliau berkata demikian pada satu siding medianya di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) sempena Majlis Sambutan Rumah Terbuka PAS Terengganu di Jalan Sultan Omar, dekat sini, semalam.
Menurutnya, kejadian binaan dan bangunan kerajaan yang runtuh dan rosak ini jarang berlaku waktu dahulu, namun ia sudah macam satu ‘kelaziman’.

Kata Abdul Wahid, kejadian itu berlaku seperti stadium runtuh, tanah mendap, sekolah senget, tangki air pecah dan lain-lain lagi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam berpendapat sekiranya tindakan sewajar tidak diambil, rakyat akan hilang keyakinan kepada jabatan dan agensi kerajaan.


Oleh itu, katanya perkara terbabit perlu diambil perhatian yang serius oleh pihak kerajaan BN Terengganu.

Friday, September 6, 2013

PEMANDU DI JPM - APA TUJUAN DITUBUHKAN - KEHABISAN RM337JUTA????



Secara sulit, para menteri Kabinet Najib sendiri juga tidak sebang dengan Dato Seri Idris Jala, Menteri Di JPM, yang mengetuai PEMANDU, kata Ahirudin bekas pengarang di beberapa akhbar pro-BN.
Syed Akbar pula melalui pengiraannya, PEMANDU sudah membelanjakan RM337 Juta dalam masa 4 tahun ini.
Beliau juga mendakwa sekumpulan orang muda dalam PEMANDU ini yang memerintah Negara bagi pihak Pi Em Najib.
Farah merupakan lulusan Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Beliau tiba2 muncul dan menjawat jawatan penting dalam PEMANDU. Farah menguruskan program berkaitan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Indeks Prestasi Utama (KPI) serta memantau PDRM bagi pihak Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.
Farah.. boleh memanggil semua Ketua Polis Daerah jika beliau mahu bertemu dengan mereka…
The Benchmark menulis, Farah suka berparti dan juga memiliki tabi’at meminum arak serta membuat beberapa perjalanan keluar Negara yang di lablekan sebagai lawatan kerja cukup dikenali dan di gelar sebagai “Party Queen” dipejabatnya, PEMANDU.

Hubungan Farah dengan beberapa lelaki warga asing menjadikan beliau sasaran kuasa asing dan beliau mungkin akan diugut sehingga terpaksa mendedahkan maklumat sulit Negara ke tangan pihak asing.


Inilah rupanya penasihat Najib yang sedang menjahanamkan Negara. Mereka di PEMANDU di bayar berjuta2 RM dari duit rakyat sebanyak RM337 juta hanya menjadi pakar rujuk Pi Em Najib….
Nota :
Seandainya kebenaran ini terserlah… sememangnya UmNo Be End sedang menjerumuskan Negara kedalam kancah kemusnahan dan pembaziran. Yang zalimnya ialah penindasan terhadap rakyat marhaen dengan kenaikan harga minyak dan mata rantainya dari kenaikan harga minyak….

Yang paling kasihan ialah maC41-maC41 yang bertungkus lumus mempertahankan UmNo Be End demi keMelayuan yang dijualkan oleh rayuan Pi Em Najib… 

Tidak penolakan akan berlaku ugutan untuk dia membocorkan rahsia Negara kalau maruahnya terlalu “murah” diperdagangkan… bermakna Negara akan menjadi PARAH..

Thursday, September 5, 2013

JANGAN AMBIL HAK "I (AKU)" KERANA PERASAN HEBAT KE DIRI...



SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA YANG AKAN MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN....


Membicarakan soal JODOH ni, Ramai yang mengambil hak “AKU (I)” dalam menentukan jodoh masing2... kadang2 kita tengok sampai lupa ke diri... Bukan nya mereka tidak tahu yang JODOH pertemuan, rezqi, ajal maut & tanah kubur itu hak “AKU (I)”??? 



Kadang2 melihat macam tak cukup2... tapi penghujungnya macam tak habis2 plak... Mereka melantun2 dengan tutur bicara tanpa sempadan, menghasut dan menyebar fitnah... tanpa melihat sudut kebenaran sehingga tercalit dosa2 kepada mereka yang cenderong kepadanya...



Mereka lupa yang “AKU (I)” tempat rujukan manusia Islam. Hanya ketentuan “AKU (I)” yang akan menentukan jodoh itu... 



Itu la manusia... sombong & takbur tak kena pada tempatnya... mengambil sifat yang bukan haknya... sombong & takbur adalah hak "AKU (I)" .. sombong & takbur adalah “tudung AKU (I)”...



Kita lihat ... lengkap kah kebijaksanaan kita :



1. C*NTA - Kalau “I (AKU)” tiada, apa ertinya kecintaan kepada kita, Cinta makhlok lebih tinggi dari CINTA “I (AKU)”  apakah nafsu semata2???



2. *MAN - Kalau “I (AKU)” tiada, apa ertinya keimanan kepada kita, sedangkan kita menutur ucap seolah2 kita tak beriman???



3. *NDAH - Kalau “I (AKU)” tiada, apa ertinya keindahan kepada kita, sedangkan bahasa2 longkang dan fitnah yang kita lontarkan???



4. *KHLAS - Kalau “I (AKU)” tiada, apa ertinya keikhlasan kepada kita sedangkan kita memanjang mencari jalan nak mengHALALkan apa yang "AKU (I) haramkan ???



5. H*DUP - Kalau “I (AKU)” tiada, apa ertinya kehidupan kepada kita, apakah kehidupan kita seumpama HAIWAN???



6. ZUR*AT - Kalau “I (AKU)” tiada, apa ertinya pada zuriat kepada kita, melahirkan zuriat yang tidak bertamadun??? Zuriat yang bermasalah???



7. MAT* - Kalau “I (AKU)” tiada, apa ertinya kematian kepada kita, sedangkan menuju kematian kita akan diganggu & cuba disesatkan oleh syaitan???



Allah berpesan : “Ingat lah Aku, Aku ingatkan kamu”




Sama2 lah kira merenung sebentar siapakah kita????

Wednesday, September 4, 2013

BERAPA KALI PEMIMPIN NEGARA BERKORBAN ELAUN DEPA DEMI NEGARA SEJAK 56 TAHUN MERDEKA


SHAH ALAM – Memotong elaun menteri dan mengurangkan penganjuran majlis keramaian berbajet besar antara langkah yang boleh diambil kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaannya. Pengerusi PertubuhanMuttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, cara tersebut pernah digunakan khalifah pemerintahan Islam suatu ketika dulu bagi mengawal perbelanjaan negara.

“Langkah pengurangan subsidi untuk berjimat hanya berkesan dalam jangka masa pendek. Sebaliknya, kerajaan perlu memikirkan cara yang lebih komprehensif.


“Kerajaan boleh mencontohi khalifah terdahulu yang memotong kemudahan orang besar dan mengurangkan majlis keramaian yang tidak penting dan melibatkan belanja yang banyak. Jika dilaksanakan dengan bersungguh, kerajaan mampu untuk berjimat dan mempunyai lebihan peruntukan kewangan untuk negara,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Katanya lagi, pendekatan tersebut mungkin dilihat tidak signifikan dari sudut ekonomi, tetapi dapat memberi contoh di mata masyarakat.


“Jumlah yang berjaya dijimatkan mungkin tidak besar. Tetapi, sekurang-kurangnya beban kenaikan tidak hanya dirasai oleh rakyat, malah pemimpin dan orang berpendapatan tinggi.


“Misalnya, elaun petrol untuk menteri perlu dikurangkan selaras dengan kenaikan harga minyak. Jika kerajaan sendiri beri contoh untuk berjimat, barulah masyarakat dapat terima,” katanya.


Menurutnya, sebarang isu ekonomi perlu ditangani secara serius oleh kerajaan.


“Kenaikan harga minyak misalnya bagaikan teori domino yang mempunyai kaitan dengan banyak perkara. Apabila harga minyak meningkat, golongan seperti peniaga, pemandu bas dan teksi dan ramai lagi akan terkesan.



“Malah, kos hidup yang tinggi juga boleh menjadi faktor peningkatan kes jenayah. Oleh itu, kerajaan perlu beri perhatian lebih dalam isu ekonomi,” katanya.

Monday, September 2, 2013

20 SEN PUNYA CITER - PEMANDU MENGAMUK - TOKEH ENGGAN MENJUAL RON95


Kes berlaku disalah sebuah stesen minyak Shell di Durian Tunggal,  Melaka malam tadi.

Sebaik saja Najib Razak pemimpin agung UMNO yang menjadi kesayangan dan kemegahan para ahli, penyokong dan pendokong UMNO mengumumkan akan harga petrol RON95 dan Diesel naik 20 sen seliter mulai jam 12.01 malam nanti, maka berpusu2lah rakyat pergi ke stesen minyak untuk mengisi petrol sebelum jam 12 tengah malam.

Disebuah stesen minyak di Melaka didapati engganmenjual petrol RON95 kepada pelanggan atas alasan kononnya minyak sudah kehabisan .. sedangkan semua rakyat tempatan tahu betapa towkey stesen minyak ini ingin mengambil kesempatan untuk buat untung atas pengumuman  Najib Razak harga petrol RON95 dan Diesel naik 20 sen seliter sedangkan dalam stock minyaknya dia beli untuk dijual kepada harga lama RM1.90 sen seliter dan bukannya RM2.10 seliter.

Jadi nak buat untung mudahlah ...Apa lagi naik minyaklah kawan tu ... terus dilanggarnya salah satu pam minyak yang terdapat distesen itu.


Ini bukti jelas betapa kehidupan rakyat dengan harga RM1.90sen seliter pun sudah cukup tertekan inikan pula harga RM2.10 seliter.

SAYA UNDI BN - MINYAK NAIK 20 SEN - SYUKURRRR






SAYA UNDI BN ... MINYAK NAIK 20 SEN !!!! SYUKUR!!!!  ... ayat ini terlekat pada satu pam minyak malam tadi.

Apakah benar para pengundi dan penyokong UMNO/BN amat gembira dan bersyukur dengan berita yang disampaikan oleh Najib Razak petang tadi yang RON95 dan Diesel akan naik 20 sen seliter mulai hari ini????


Kalau benar jelas UMNO amat bertuah sebab apa jua yang pemimpin UMNO lakukan waima akan menjerut leher rakyat termasuk ahli2 dan para penyokongnya .. para ahli dan penyokong UMNO akan bermati2an mempertahankan tindakan tersebut dan terus memberikan sokongan tanpa berbelah bagi.



Tidak pernah lagi ada parti yang memiliki para ahli dan penyokong seperti ini dalam dunia.