السَّلاَمُ
عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ
ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
HIMPUNAN SEJUTA ANTI MURTAD
Firman Allah dalam surah An-Nahl : 25
وَأَلۡقَوۡاْ إِلَى ٱللَّهِ
يَوۡمَٮِٕذٍ ٱلسَّلَمَۖ وَضَلَّ عَنۡهُم مَّا كَانُواْ يَفۡتَرُونَ (٨٧
“Dan pada hari itu mereka
semua menyerah diri bulat-bulat kepada Allah dan hilang lenyaplah dari mereka
(yang musyrik itu) apa yang telah mereka ada-adakan (sebagai sekutu-sekutu
Allah): (87).”
Rakyat Kecewa UMNO Tarik Diri Himpunan Sejuta Umat
Rakyat Malaysia yang beragama Islam khususnya penyokong kuat UMNO kecewa apabila parti itu membuat keputusan untuk tidak menyertai Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Shah Alam Sabtu ini.
Presiden Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Rahim Thamby Chik berkata, keputusan UMNO kelmarin amat memeranjatkan semua lapisan masyarakat terutamanya penduduk kampung dan luar bandar yang selama ini melihat parti itu antara pelindung agama Islam.
“Keputusan yang mengecewakan rakyat itu konsisten dengan dasar bercelaru dan membingungkan oleh UMNO sejak akhir-akhir ini, daripada negara Islam Hadhari kepada negara 1Malaysia, British hero kemerdekaan dan kini keputusan tidak menyertai perhimpunan demi menyelamatkan akidah umat Islam.”
“Saya bukan ahli UMNO tetapi saya juga dapat merasakan denyut nadi umat Islam di negara ini yang melihat keputusan itu lebih berbaur politik daripada perjuangan agama. Mungkin kerana mereka telah diberi amaran dan takut kepada MCA,” katanya.
Beliau mengulas keputusan UMNO Pusat untuk tidak menyertai Himpun yang dianjurkan oleh lebih 48 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana majlis tersebut tidak melibatkan parti-parti politik.
Namun, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, dilapor menyokong penganjuran acara berkenaan tetapi bukan atas dasar parti politik di samping mengajak semua umat Islam menyokong usaha murni itu.
Rahim dalam pada itu menjangka antara alasan yang akan digunakan oleh sebilangan pemimpin UMNO yang tidak menyokong Himpun dalam ceramah mereka kelak adalah dengan menuduh perhimpunan itu ditaja PAS.
“Tiada alasan kukuh kerana nyata sekali perhimpunan itu ditaja oleh NGO Islam. Tambahan pula, soal agama tidak boleh dipolitikkan tanpa mengira ideologi, fahaman, kedudukan individu atau kumpulan tertentu.Tindakan UMNO tidak menyokong Himpun akan menjadikan parti itu tidak relevan lagi kepada perjuangan Islam. Saya berharap pemimpin UMNO jangan menjadi fanatik, kita perlu rasional dan menggunakan akal yang diberikan Allah dengan sebaik-baiknya,” ujarnya.
Sementara itu, Rahim berpendapat, kini sudah jelas terdapat usaha memurtadkan umat Islam oleh pihak tertentu di Selangor dan rakyat berharap UMNO yang berada dalam pembangkang negeri tampil menyekat usaha tersebut.
“Saya difahamkan 37 orang Islam telah dimurtadkan dan kini di bawah kaunseling JAIS tetapi mungkin lebih ramai golongan murtad yang belum dikenal pasti. Ramai pemimpin agama menyarankan UMNO menggubal sebuah enakmen anti murtad di Selangor sebagai langkah awal agar tindakan berkesan dapat diambil terhadap mereka yang cuba memurtadkan orang Islam. Jika enakmen pun tidak mampu, bagaimana mereka mahu melaksanakan hudud?”,katanya.
P/s: Raja Video seks mahu bercakap pasal Islam. Korek lubang la wei. Ko solat sunat sebelum asar pun satu rakaat. Witir ke bro Thamby? Haha. Bodoh nak mampus. Jangan bercakap tentang agama la wei kalau sudah tolak Islam. Haha.. Apabila lanun cuba jaga peti simpanan wang. Inilah rupanya.. hahaha
Sumber
Sumber 1
Anda juga munkin berminat untuk melihat :
Aqidah - Definasi & Kepentingan
Benarkah Agama & Politik Kena Pisahkan????
Hudud : Antara Perintah Dengan Realiti Berbilang Kaum
Melayu : Bolehkah Bersatu Bangsaku????
Apakah Matlamat Hidup Kita Sebenarnya????
Dialog Tiga Sekawan
Jaga Hati
Islam Di Sekat Di UIA, Syaitan Mana Punya Kerja????
Anda juga munkin berminat untuk melihat :
Aqidah - Definasi & Kepentingan
Benarkah Agama & Politik Kena Pisahkan????
Hudud : Antara Perintah Dengan Realiti Berbilang Kaum
Melayu : Bolehkah Bersatu Bangsaku????
Apakah Matlamat Hidup Kita Sebenarnya????
Dialog Tiga Sekawan
Jaga Hati
Islam Di Sekat Di UIA, Syaitan Mana Punya Kerja????
harap bersabar kerana segala kejahatan yg selama ini dilakukan semakin hari semakin jelas di pertontonkan oleh ALLAH S.A.W.
ReplyDeleteJom kitaa laga2kan orang melayu,., itu saja cara nak runtuhkan ISLAM
ReplyDelete