Social Icons

Pages

Wednesday, October 19, 2016

RUU PAN Tak Sama Dengan RUU Yang PAS Bawa,,,???


Aku teruja juga bila MP Kota Raja yang pelari kerusi PAS ke PAN, Dr Siti Mariah Mahmud ngaku RUU PAN tak sama dengan RUU yang PAS bawa…

Agaknya camna lah ye… Apakah ianya sebahagian dari suntikan sekularisma yang mengawal kepala otak dia???

Aku amat berharap RUU yang PAN keluarkan terlebih baik adanya…


Mesti DAP tak akan hasut orang ramai menentang RUU kan kan kan…

Dah Jadi Penyembah Kubur La Plak....



Dakwaan Husam bahawa Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) mengatakan ahli PAS wajib menyertai perhimpunan Bersih 5 disangkal oleh Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nik Abduh.

“Itu arahan parti masa itu. Bukan arahan peribadi Allahyarham. Dia Mursyidul Am yang memutuskan sesuatu atas sifatnya sebagai ketua Majlis Syura Ulamak.

“Kalau nak pakai arahan yang boleh berubah2 sifatnya itu daripada orang yang sudah mati, itu perangai penyembah kubur namanya,” jelas Nik Abduh lagi.

Menurut beliau lagi arahan yang bersifat peribadi dan jamaie (parti) yang tidak berubah daripada TGNA ialah supaya ahli2 PAS istiqamah dengan perjuangan Islam dan jangan menentangnya. 

“Kenapa arahan yang ini tidak mahu ikut?” soal beliau.



Tuesday, October 18, 2016

PAS Gabung Yang Tidak Bergabung....



Aku di soal lagi hari ni masa ngeteh tadi sambil nunggu anak aku balik sekolah oleh pengerusi penaja PPBM... (S= Soal, J= Jawab)

S. Apasal PAS tak bergabung dalam barisan pembangkang?

J. Bukan kah saya dah beritau yang PAS bergabung yang tidak bergabung...

S. Haji buat saya pening la...

J. Benda mudah pun kau boleh pening ke?

S. Apa maksud bergabung yang tidak bergabung... Kita nak elakkan bertembung 3 penjuru...

J. Sebab tu PAS dah declare yang PAS akan bertanding di semua tempat yg PAS bertanding masa PRU13 yang lepas... Yang lain tu... Agih la sesama antara Bersatu, PKR dan DAP... Apa masalahnya...

S. Habis tu PAN camna plak???

J. Yang ko nak sebok pasal PAN apasal??? PAN bukan nak jatuhkan UMNO... PAN nak jatuhkan PAS... Ko tak tengok ke camna Husam, Mat Sabu dok nak jatuhkan PAS dan menangkan UMNO di Kelantan???

Lagi pun... Kalau PAN bertanding di mana² pun, ahli dan pengundi PAS tak akan undi PAN sebab KHIANAT depa kepada PAS... Ko nampak tak???

S. Ok... Nampaknya kami kena suluh benda ni lagi biar terang...

Tautan

Monday, October 17, 2016

TGHH Yang Faham Erti Melutut Sebenarnya...


Aku macam pelik plak tengok situasi yang berlaku…

Ada yang perasan ‘gah’ sebab berjaya ‘pecah’kan PAS dengan meng’hidup’kan PAN sebagai dedak depa… tetiba melutut…

Ada yang mengaku profesional, peduli dan ‘amanah’… sembang gedegar buluh jer kata hebat… kata tak perlukan PAS dengan tertubuhnya PH yang depa kata sebagai Pakatan Harapan tetiba jer menunjukan PH tu sebagai PAKATAN HAMPEH…

Puak PAN plak … lepas sorang… sorang dok keluar statement dan dok kelupor nak melutut ngan PAS tu per hal??? Sekali PAN KHIANAT melakukan KHIANAT, dia akan terus melakukan KHIANAT…

Orang zalim yang memohon maaf atas kezaliman yang dilakukan… kezaliman seterusnya akan dilakukan dengan lebih zalim dari yang pertama….

Macaipun macam ‘gila babi’ menyondol dengan fitnah yang menjadi amalan baru depa sebagai zikir harian…


Aku cuma nak tanya korang satu soalan jer… Korang dok FITNAH dan KHIANATI PAS sampai terlupa tanah kubur tu… wat per nak melutut ngan PAS???

TGHH Yang Faham Erti Melutut Sebenarnya... Terima kasih Tuan Guru Presiden…

Sumber

Islam Mengajar Ummatnya Kaedah Dalam Tindakan...



Sambungan hikayat takbir...

Perbualan aku dgn Hj Hashim Jahaya bersambung lagi...

HJ. Apasal PAS bantu Anwar?

Aku. Manalah saya tau... Tu urusan PAS. Kalau depa (PAS) ikut Islam... Saya rasa munkin PAS mengambil kaedah yang sama dgn yang ambil la kot...

HJ. “Kaedah cam na tu...”

Aku. “Islam mengajar umatnya keluar dari 2 darurat...”

Lagi pun Islam ngajar umatnya mengenai 2 najis mughallazoh ... Iaitu anjing dan babi... Walaupun anjing ni najis... Ada hadis yang menyebut 'selamat anjing kehausan, masuk syurga’...”

HJ. “Maksud tuan haji...”

Aku. “Maksud saya... Kalau PAS ambil kaedah yg saya sebut ni... Munkin PAS ada kaedah lain sebab PAS banyak ulama didalamnya...

Tuan Haji jangan ambil kaedah saya sebagai kaedah PAS sebab saya hanya orang biasa saja....

Kaedah ini ialah antara anjing ngan babi, PAS akan bantu anjing, jinakan anjing semata² untuk memburu babi... Tapi jangan kita lupa... Anjing ada penyakit gila...”

HJ. “Maksud tuan haji Anwar tu anjing dan Mahathir tu babi lah…”

Aku. “Saya tak kata camtu... Tu hanya kaedah yang saya faham...”

الله اعلم


Sunday, October 16, 2016

Akhir Zaman, Takbir Jadi Penyakit Mental...



Hikayat Perihal takbir...

Masa tu aku di Madinah... Seusai solat maghrib, gangguan perut berlaku... Selesai tunai hajat aku ke dewan makan nak mengeteh...

Aku bertemu dengan bekas SU Umno bahagian Kota Setar (masa tu la), orang kanan TMK... Nama dia Hashim Jahaya...

Hashim Jahaya (HJ) ni pernah bertanding dalam PRU tahun 90an lawan aTGFN di Kuala Kedah...

Tengah aku berbual²... Masuk beberapa pemuda... Tetiba aku dengar seseorang laungkan "takbir" dengan disambut oleh pemuda² tadi serentak "Allahu Akbar"

HJ. “Apalah depa ni... Tak tentu hala jadinya.. Takbir tak bertempat…”

Aku. “Saya tak kesah... Malah saya suka orang bertakbir hatta orang gila sekalipun... Takbir ni kalimah mulia... Tidak akan sesekali saya membencinya...

Saya jadi tak suka kalau takbir diucapkan dalam tandas jer...”


Bagi aku, manusia bertopeng jer tak sukakan takbir ni...

Apa Tujuan Rafizi The Clown Tuduh RUU355 Pecahkan PR???



Tulisan Rafizi:

Persidangan Dewan Rakyat yang bermula minggu depan akan dibayangi oleh satu usul yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang yang juga Presiden PAS yang kini sering dirujuk sebagai RUU355.

Pelbagai pihak mempunyai pandangan yang berbeza mengenai usul ini. Ia membawa kesan yang besar kepada negara dan rakyat sebelum ini apabila perbezaan pendapat yang (salah satunya) berpunca dari beberapa keputusan yang akhirnya dizahirkan menjadi usul RU355 ini, telah berjaya memecahkan Pakatan Rakyat.

Usul RUU355 ini tidak kurang panasnya kali ini.

Saya pasti pintu depan bangunan Dewan Rakyat akan dipenuhi dengan wartawan yang menunggu untuk menyerbu setiap seorang Ahli Parlimen untuk menanyakan sama ada mereka akan menyokong atau membangkang apabila diadakan pengundian.

Sebenarnya ramai yang salah sangka mengenai usul ini dan kesan pengundiannya jika ia dibenarkan dibentangkan di Parlimen kali ini. Salah sangka ini berpunca dari tiadanya pengetahuan mengenai Peraturan Mesyuarat yang menjadi undang2 perbahasan dan tatacara Dewan Rakyat. Jika ramai Ahli Parlimen pun kurang mahir mengenai perkara ini (lalu tidak dapat memahami kesan pembentangan usul oleh Ahli Parlimen Marang dan pengundiannya kelak), apatah lagi rakyat kebiasaan.

Begitu banyak peperangan Facebook berlaku dengan kata2 yang kesat semata2 kurangnya kefahaman mengenai Peraturan Mesyuarat ini. Begitu banyak yang prasangka terhadap orang Islam atau sesama Islam kerana tidak merujuk dahulu kepada Peraturan Mesyuarat.

Lalu apabila saya mengangkat tangan dalam satu mesyuarat minggu lalu dan merujuk perkara ini, ada yang melopong. Ada yang tepuk meja. Ada yang suruh saya diam dan duduk jauh2 kerana bimbang jika saya bercakap, ia boleh mengelirukan rakyat.

Sebenarnya seluruh negara terkeliru, sebab itu saya mahu menulis hari ini iaitu 2 hari sebelum sidang bermula.

Usul yang bakal dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang (jika ia dibenarkan) adalah untuk mendapat persetujuan Dewan Rakyat agar satu Rang Undang2 (mengenai menaikkan had hukuman Mahkamah Syariah) yang dicadangkan oleh Ahli Parlimen Marang tadi dirujuk kepada menteri yang berkenaan untuk dipertimbangkan.

Perhatikan saya “bold” dan saya “gariskan” dua perkataan – “dirujuk” dan “dipertimbangkan”.

Untuk usul itu dibentangkan, ia mesti mendapat kebenaran dari kerajaan. Maknanya ia mesti mendapat kebenaran dari Dato’ Seri Najib Tun Razak selaku ketua kerajaan. Kebenaran ini selalunya dizahirkan dalam bentuk keizinan yang diberikan menteri yang bertanggungjawab hal ehwal parlimen (sekarang ini ia dipegang Datuk Azalina Said Othman).

Jika Dato’ Seri Najib Tun Razak membenarkan, maka usul boleh dibentangkan dan dibahaskan.

Katakanlah usul diberi kebenaran oleh Perdana Menteri dan ia dibahaskan. Setelah dibahaskan maka berlaku pengundian.

Ramai yang menjangkakan akan tonggang terbaliklah Dewan Rakyat jika ia sampai ke peringkat pengundian, kerana jika ia diluluskan maka terlaksanalah hudud di Malaysia. Yang tidak setuju berpandangan ini satu bahaya yang kita mesti hentikan. Yang bersetuju menegaskan kalau tidak setuju maka orang itu menolak Islam.

Hakikatnya jauh panggang dari api, jauh undang2 dari 1MDB (pepatah kedua saya tambah sendiri).

Sekiranya selepas dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang, usul RUU355 itu diundi dan diluluskan – jauh lagi perjalanannya sebelum hukum hudud hatta menaiktaraf mahkamah syariah berlaku.

Sebabnya ialah pengundian yang dibuat selepas pembentangan dan perbahasan usul Ahli Parlimen Marang itu hanyalah bertujuan untuk mendapat persetujuan Dewan Rakyat untuk merujuk rang undang2 itu kepada menteri yang bertanggungjawab untuk dipertimbangkan.

Selagi menteri yang bertanggungjawab tidak kembali untuk membentangkan rang undang2 itu sebagai rang undang2 kerajaan dan dibahaskan kembali, maka undi yang dibuat susulan dari usul Ahli Parlimen Marang itu tidak lebih dari menyatakan sokongan moral tanpa ada kesan undang2.


Saya percaya ramai yang sudah mula memaki hamun saya bila sampai ke sini. Ini bukan rekacipta saya. Ini adalah Peraturan Mesyuarat yang mengawal tatacara apabila ada ahli yang bukan dari kerajaan berhajat untuk mencadangkan undang2 yang boleh dipertimbangkan kerajaan.


Bila aku terbaca posting ni... aku pelik dengan 'clown' PKR ni... 

Apa yang tak kena dengan RUU355???

Apa masalah dia dengan RUU355???

Apahal lak nak tuduh RUU355 sebagai pemecah PR???

Hebat sangat ke "Pakar Langkah Kejang PKR" ni menyuarakan ilmu sekularismanya???

Kalau masih jauh perjalanan RUU355, kenapa mesti dijauhkan lagi??? Itu BANGANG namanya...

PKR sememangnya TAK BOLEH DIHARAP untuk membantu memartabatkan Islam dibumi Malaysia...