Social Icons

Pages

Wednesday, October 19, 2016

RUU PAN Tak Sama Dengan RUU Yang PAS Bawa,,,???


Aku teruja juga bila MP Kota Raja yang pelari kerusi PAS ke PAN, Dr Siti Mariah Mahmud ngaku RUU PAN tak sama dengan RUU yang PAS bawa…

Agaknya camna lah ye… Apakah ianya sebahagian dari suntikan sekularisma yang mengawal kepala otak dia???

Aku amat berharap RUU yang PAN keluarkan terlebih baik adanya…


Mesti DAP tak akan hasut orang ramai menentang RUU kan kan kan…

Dah Jadi Penyembah Kubur La Plak....



Dakwaan Husam bahawa Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) mengatakan ahli PAS wajib menyertai perhimpunan Bersih 5 disangkal oleh Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nik Abduh.

“Itu arahan parti masa itu. Bukan arahan peribadi Allahyarham. Dia Mursyidul Am yang memutuskan sesuatu atas sifatnya sebagai ketua Majlis Syura Ulamak.

“Kalau nak pakai arahan yang boleh berubah2 sifatnya itu daripada orang yang sudah mati, itu perangai penyembah kubur namanya,” jelas Nik Abduh lagi.

Menurut beliau lagi arahan yang bersifat peribadi dan jamaie (parti) yang tidak berubah daripada TGNA ialah supaya ahli2 PAS istiqamah dengan perjuangan Islam dan jangan menentangnya. 

“Kenapa arahan yang ini tidak mahu ikut?” soal beliau.



Tuesday, October 18, 2016

PAS Gabung Yang Tidak Bergabung....



Aku di soal lagi hari ni masa ngeteh tadi sambil nunggu anak aku balik sekolah oleh pengerusi penaja PPBM... (S= Soal, J= Jawab)

S. Apasal PAS tak bergabung dalam barisan pembangkang?

J. Bukan kah saya dah beritau yang PAS bergabung yang tidak bergabung...

S. Haji buat saya pening la...

J. Benda mudah pun kau boleh pening ke?

S. Apa maksud bergabung yang tidak bergabung... Kita nak elakkan bertembung 3 penjuru...

J. Sebab tu PAS dah declare yang PAS akan bertanding di semua tempat yg PAS bertanding masa PRU13 yang lepas... Yang lain tu... Agih la sesama antara Bersatu, PKR dan DAP... Apa masalahnya...

S. Habis tu PAN camna plak???

J. Yang ko nak sebok pasal PAN apasal??? PAN bukan nak jatuhkan UMNO... PAN nak jatuhkan PAS... Ko tak tengok ke camna Husam, Mat Sabu dok nak jatuhkan PAS dan menangkan UMNO di Kelantan???

Lagi pun... Kalau PAN bertanding di mana² pun, ahli dan pengundi PAS tak akan undi PAN sebab KHIANAT depa kepada PAS... Ko nampak tak???

S. Ok... Nampaknya kami kena suluh benda ni lagi biar terang...

Tautan

Monday, October 17, 2016

TGHH Yang Faham Erti Melutut Sebenarnya...


Aku macam pelik plak tengok situasi yang berlaku…

Ada yang perasan ‘gah’ sebab berjaya ‘pecah’kan PAS dengan meng’hidup’kan PAN sebagai dedak depa… tetiba melutut…

Ada yang mengaku profesional, peduli dan ‘amanah’… sembang gedegar buluh jer kata hebat… kata tak perlukan PAS dengan tertubuhnya PH yang depa kata sebagai Pakatan Harapan tetiba jer menunjukan PH tu sebagai PAKATAN HAMPEH…

Puak PAN plak … lepas sorang… sorang dok keluar statement dan dok kelupor nak melutut ngan PAS tu per hal??? Sekali PAN KHIANAT melakukan KHIANAT, dia akan terus melakukan KHIANAT…

Orang zalim yang memohon maaf atas kezaliman yang dilakukan… kezaliman seterusnya akan dilakukan dengan lebih zalim dari yang pertama….

Macaipun macam ‘gila babi’ menyondol dengan fitnah yang menjadi amalan baru depa sebagai zikir harian…


Aku cuma nak tanya korang satu soalan jer… Korang dok FITNAH dan KHIANATI PAS sampai terlupa tanah kubur tu… wat per nak melutut ngan PAS???

TGHH Yang Faham Erti Melutut Sebenarnya... Terima kasih Tuan Guru Presiden…

Sumber

Islam Mengajar Ummatnya Kaedah Dalam Tindakan...



Sambungan hikayat takbir...

Perbualan aku dgn Hj Hashim Jahaya bersambung lagi...

HJ. Apasal PAS bantu Anwar?

Aku. Manalah saya tau... Tu urusan PAS. Kalau depa (PAS) ikut Islam... Saya rasa munkin PAS mengambil kaedah yang sama dgn yang ambil la kot...

HJ. “Kaedah cam na tu...”

Aku. “Islam mengajar umatnya keluar dari 2 darurat...”

Lagi pun Islam ngajar umatnya mengenai 2 najis mughallazoh ... Iaitu anjing dan babi... Walaupun anjing ni najis... Ada hadis yang menyebut 'selamat anjing kehausan, masuk syurga’...”

HJ. “Maksud tuan haji...”

Aku. “Maksud saya... Kalau PAS ambil kaedah yg saya sebut ni... Munkin PAS ada kaedah lain sebab PAS banyak ulama didalamnya...

Tuan Haji jangan ambil kaedah saya sebagai kaedah PAS sebab saya hanya orang biasa saja....

Kaedah ini ialah antara anjing ngan babi, PAS akan bantu anjing, jinakan anjing semata² untuk memburu babi... Tapi jangan kita lupa... Anjing ada penyakit gila...”

HJ. “Maksud tuan haji Anwar tu anjing dan Mahathir tu babi lah…”

Aku. “Saya tak kata camtu... Tu hanya kaedah yang saya faham...”

الله اعلم


Sunday, October 16, 2016

Akhir Zaman, Takbir Jadi Penyakit Mental...



Hikayat Perihal takbir...

Masa tu aku di Madinah... Seusai solat maghrib, gangguan perut berlaku... Selesai tunai hajat aku ke dewan makan nak mengeteh...

Aku bertemu dengan bekas SU Umno bahagian Kota Setar (masa tu la), orang kanan TMK... Nama dia Hashim Jahaya...

Hashim Jahaya (HJ) ni pernah bertanding dalam PRU tahun 90an lawan aTGFN di Kuala Kedah...

Tengah aku berbual²... Masuk beberapa pemuda... Tetiba aku dengar seseorang laungkan "takbir" dengan disambut oleh pemuda² tadi serentak "Allahu Akbar"

HJ. “Apalah depa ni... Tak tentu hala jadinya.. Takbir tak bertempat…”

Aku. “Saya tak kesah... Malah saya suka orang bertakbir hatta orang gila sekalipun... Takbir ni kalimah mulia... Tidak akan sesekali saya membencinya...

Saya jadi tak suka kalau takbir diucapkan dalam tandas jer...”


Bagi aku, manusia bertopeng jer tak sukakan takbir ni...

Apa Tujuan Rafizi The Clown Tuduh RUU355 Pecahkan PR???



Tulisan Rafizi:

Persidangan Dewan Rakyat yang bermula minggu depan akan dibayangi oleh satu usul yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang yang juga Presiden PAS yang kini sering dirujuk sebagai RUU355.

Pelbagai pihak mempunyai pandangan yang berbeza mengenai usul ini. Ia membawa kesan yang besar kepada negara dan rakyat sebelum ini apabila perbezaan pendapat yang (salah satunya) berpunca dari beberapa keputusan yang akhirnya dizahirkan menjadi usul RU355 ini, telah berjaya memecahkan Pakatan Rakyat.

Usul RUU355 ini tidak kurang panasnya kali ini.

Saya pasti pintu depan bangunan Dewan Rakyat akan dipenuhi dengan wartawan yang menunggu untuk menyerbu setiap seorang Ahli Parlimen untuk menanyakan sama ada mereka akan menyokong atau membangkang apabila diadakan pengundian.

Sebenarnya ramai yang salah sangka mengenai usul ini dan kesan pengundiannya jika ia dibenarkan dibentangkan di Parlimen kali ini. Salah sangka ini berpunca dari tiadanya pengetahuan mengenai Peraturan Mesyuarat yang menjadi undang2 perbahasan dan tatacara Dewan Rakyat. Jika ramai Ahli Parlimen pun kurang mahir mengenai perkara ini (lalu tidak dapat memahami kesan pembentangan usul oleh Ahli Parlimen Marang dan pengundiannya kelak), apatah lagi rakyat kebiasaan.

Begitu banyak peperangan Facebook berlaku dengan kata2 yang kesat semata2 kurangnya kefahaman mengenai Peraturan Mesyuarat ini. Begitu banyak yang prasangka terhadap orang Islam atau sesama Islam kerana tidak merujuk dahulu kepada Peraturan Mesyuarat.

Lalu apabila saya mengangkat tangan dalam satu mesyuarat minggu lalu dan merujuk perkara ini, ada yang melopong. Ada yang tepuk meja. Ada yang suruh saya diam dan duduk jauh2 kerana bimbang jika saya bercakap, ia boleh mengelirukan rakyat.

Sebenarnya seluruh negara terkeliru, sebab itu saya mahu menulis hari ini iaitu 2 hari sebelum sidang bermula.

Usul yang bakal dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang (jika ia dibenarkan) adalah untuk mendapat persetujuan Dewan Rakyat agar satu Rang Undang2 (mengenai menaikkan had hukuman Mahkamah Syariah) yang dicadangkan oleh Ahli Parlimen Marang tadi dirujuk kepada menteri yang berkenaan untuk dipertimbangkan.

Perhatikan saya “bold” dan saya “gariskan” dua perkataan – “dirujuk” dan “dipertimbangkan”.

Untuk usul itu dibentangkan, ia mesti mendapat kebenaran dari kerajaan. Maknanya ia mesti mendapat kebenaran dari Dato’ Seri Najib Tun Razak selaku ketua kerajaan. Kebenaran ini selalunya dizahirkan dalam bentuk keizinan yang diberikan menteri yang bertanggungjawab hal ehwal parlimen (sekarang ini ia dipegang Datuk Azalina Said Othman).

Jika Dato’ Seri Najib Tun Razak membenarkan, maka usul boleh dibentangkan dan dibahaskan.

Katakanlah usul diberi kebenaran oleh Perdana Menteri dan ia dibahaskan. Setelah dibahaskan maka berlaku pengundian.

Ramai yang menjangkakan akan tonggang terbaliklah Dewan Rakyat jika ia sampai ke peringkat pengundian, kerana jika ia diluluskan maka terlaksanalah hudud di Malaysia. Yang tidak setuju berpandangan ini satu bahaya yang kita mesti hentikan. Yang bersetuju menegaskan kalau tidak setuju maka orang itu menolak Islam.

Hakikatnya jauh panggang dari api, jauh undang2 dari 1MDB (pepatah kedua saya tambah sendiri).

Sekiranya selepas dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang, usul RUU355 itu diundi dan diluluskan – jauh lagi perjalanannya sebelum hukum hudud hatta menaiktaraf mahkamah syariah berlaku.

Sebabnya ialah pengundian yang dibuat selepas pembentangan dan perbahasan usul Ahli Parlimen Marang itu hanyalah bertujuan untuk mendapat persetujuan Dewan Rakyat untuk merujuk rang undang2 itu kepada menteri yang bertanggungjawab untuk dipertimbangkan.

Selagi menteri yang bertanggungjawab tidak kembali untuk membentangkan rang undang2 itu sebagai rang undang2 kerajaan dan dibahaskan kembali, maka undi yang dibuat susulan dari usul Ahli Parlimen Marang itu tidak lebih dari menyatakan sokongan moral tanpa ada kesan undang2.


Saya percaya ramai yang sudah mula memaki hamun saya bila sampai ke sini. Ini bukan rekacipta saya. Ini adalah Peraturan Mesyuarat yang mengawal tatacara apabila ada ahli yang bukan dari kerajaan berhajat untuk mencadangkan undang2 yang boleh dipertimbangkan kerajaan.


Bila aku terbaca posting ni... aku pelik dengan 'clown' PKR ni... 

Apa yang tak kena dengan RUU355???

Apa masalah dia dengan RUU355???

Apahal lak nak tuduh RUU355 sebagai pemecah PR???

Hebat sangat ke "Pakar Langkah Kejang PKR" ni menyuarakan ilmu sekularismanya???

Kalau masih jauh perjalanan RUU355, kenapa mesti dijauhkan lagi??? Itu BANGANG namanya...

PKR sememangnya TAK BOLEH DIHARAP untuk membantu memartabatkan Islam dibumi Malaysia...

Saturday, October 15, 2016

Royalti : Masa Kuasa Sekat, Desperate Gulakan... Gila ke???


Masa TMK di puncak kuasa, dia sekat royalti minyak Kelantan.

Dia sekat royalti minyak Terengganu dan ditukarkan kepada ‘wang ehsan’.

Ramai orang marah dia esp pembangkang.

Kini dia di pentas pembangkang, dia laung pulak ikrar akan pulangkan royalti minyak Kelantan jika pembangkang - dia - menang PRU.

Orang yang marah dia dulu pakat sokong dia pulak.

Aku rasa orang yang dok sokong TMK sekarang ni bab royalti minyak mungkin:

• Lahir selepas tahun 2003, atau
• Gila, atau
• Hilang ingatan sehingga 2003, atau
• Nyanyuk, atau
• Bangang abadi.


Pilih la mana² satu

Rugi Di Dunia, Rugi Di Akhirat...



Kembali aku dari Telok Mas... Aku mengopi kat gerai yang tak jauh dari rumah aku...

Terjumpa lah plak dengan pengasas Bersatu di kampong aku... Terus aku ditembak dgn soalan bertalu² mengenai PAS... (B-Bersatu, P-Pas)

B. Kenapa Pas tak nak sertai Barisan Pembangkang???

P. Pas memang dah pembangkang

B. Pas tak nak bincang pasal agihan kerusi???

P. Pas dah agih dah pun... Pas dah declare yg Pas akan bertanding di semua kerusi yang dia bertanding dalam PRU13 lalu... So... Yang lebih tu PH agihlah antara Bersatu, Pkr, Dap dan Pan... Apa masalahnya???

B. Susahlah mcm ni sebab kita nak jatuhkan umno???

P. Apa masalahnya... Pas dah lama nak jatuhkan Umno Bn... Tapi TMK, TSMY & dan Mukhriz cuma nak jatuhkan Najib jer... Umno tetap akan berkuasa...

B. Haji tak faham politik... Biar kita berkuasa dulu... Lepas tu apa nak jadi baru kita settle...

P. Islam mengajar umatnya jangan kena tipu 2 kali... Kalau kena tipu kali kedua, itu tanda tak beriman... TMK takpernah minta maaf atas pembunuhan Memali dari waris yang dibunuhnya... Tidak mustahil orang zalim akan menjadi lebih zalim kerana tak pernah rasa bersalah... Semasa berlaku dia tipu kata ada di Cina sedangkan Tun Musa dah dedahkan TMK ada di KL...

B. Jadi Haji setujulah Umno teruskan kezaliman??? Terus rompak harta negara???

P. TMK tak rompak ke??? TSMY tak rompak ke??? Lim Guan Eng tak rompak ke???

B. Rompak...

P. So... Apa bezanya antara umno, bersatu, pan, pkr dan dap??? Tak ada bezakan???

B. Apa stand Pas???

P. Pas stand dengan yang bersetuju dengan matlamat Pas... Martabatkan RUU355 dulu supaya mahkamah syariah tidak diganggu oleh mahkamah sivil...

B. Pas boleh menang ke???

P. Biar tak menang di dunia dengan menggadai aqidah dari menang putrajaya tapi hanyut diakhirat...

B. Jadi haji setuju la umno teruskan penindasan???

P. Ini bukan soal setuju atau tak... Soalnya siapa yang zalim sebelum berkuasa??? Pan mencuri kerusi Pas sebelum menang... Dap serang RUU355 yang tak der sangkut paut dengan depa... TMK pun serang RUU355... Pan pun serang... Pkr pun serupa... Cuba awak cerita apa beza umno bn dengan PH??? Tak ada beza kan...

Lagi pun TMK janji nak bayar royalti minyak kelantan & teganu... Kenapa masa ada kuasa, disekat... masa desperate boleh gula²kan... Apakah tak ada unsur² pembelitan???

B. Kalau camtu, Pas bertanding sendiri... Camna nak tadbir negara???

P. Kalau umno dapat 90 kerusi, Pan 10, Dap 30, Pkr 30 dan Bersatu 20... Siapa boleh bentukan kerajaan??? Pas memang x boleh bentuk dengan hanya 30 kerusi... 

Apakah yang akan Bersatu buat??? Tak timbul ke kuasa gabungan Umno Bersatu perintah Malaysia??? Apa kah TMK nak jaga rakyat yang pernah ditindas selama 22 tahun??? Bukan setakat rugi di dunia... Akhirat juga hilang...

B. Balik dulu haji yer...


Aik... Tetiba jer lari balik... Tanya la lagi...

Friday, October 14, 2016

Ini lah bila BARUA DAP Berbicara



Aku tak tau Zek Al-Khinzir ni pengikut PAN ke, PKR ke, DAP ke, UMNO ke atau Bersatu ke....

Yang jelas kat aku, Zek Al-KHinzir ni pernah mengatakan TGHH sebagai Al-Khinzir...

Dia ni yang jelas bagi aku... memang ANTI ULAMA TEGAR dan AJARAN ISLAM...

Inilah fahaman SEKULAR tajaan YAHUDI...

Dah TUA NAK MAMPUS masih BODOH PIANG... tak malu kat anak bini kat anak bini, sedara mara ke??? Tak ada rasa MALU tu bermakna tak ada IMAN...

Insaflah... Tak yah lah jadikan hujah gambar berbicara dengan 'edit' dan FITNAH...


Ini lah bila BARUA DAP Berbicara

DAP masih dengan AUTAnya..


Aku tak tau apa yang DAP nak dari PAS...

Aku rasa macam pelik la plak bila DAP dok bercakap pasal PR lagi...

Apa Lim Kit Siang cakap bila DAP Sarawak putuskan hubungan dengan PAS???

Apa Lim Kit Siang cakap bila anak nakal dia, Lim Guan Eng putuskan hubungan dengan Presiden PAS tapi 'kelupor' nak berhubung dengan PAS???

Apa Lim Kit Siang cakap kalau PAS Johor berhubung dengan Dr Boo tapi tak berhubungan dengan Lim 2 beranak yang 'hilang ingatan' tuuu???

Apakah Lim Kit Siang kata kalau PAS 'masuk campur' urusan pemilihan DAP dan menaja serpihan DAP???

Aku rasa ngalahkan si 'nyondol' menyondol macam Lim anak beranak menyondol semasa pra-pemilihan Muktamar PAS 2015 lalu...

Aku rasa DAP dah perasan cukup hebat dah dengan kewujudan PPBM ciptaan TMK...

Aku rasa jiwa Lim 2 beranak dah cukup kacau dengan kes 'rasuah' anak 'nakal'nya beli banglo 'underprice' dari pengarah syarikat yang beli tanah kerajaan pun 'underprice'...

We just wait and see what DAP & PAN trying to manipulating the issue...

PAS is still strong and 50% voters will ignoring DAP, PAN and who ever related with them...

Apakah korang tak nampak DAP masih dengan AUTAnya..???

Awat yang GILA TALAK terok sangat ni???


Awat yang GILA TALAK terok sangat ni???

Setakat tu je ke ilmu yang DAP perturunkan kat PAN...

Aku yakin PAN akan semakin di BENCI oleh pemuda PAS yang di hina oleh PAN DEDAK DAP ni...

Dah habis pikiag dah kot puak PAN ni bila 'fail to reach the demand as expected by the tokkong'...

Sebab tokkong dah mula fokus kat TMK... PAN mula 'hilang arah'... Mula nak dedakan anak muda PAS...

KERAS PERUT AKU TENGOK PAN SEMAKIN GILA...


Thursday, October 13, 2016

Kemana Hilang Wang & Air Sabah Ratusan Juta RM 2???


TERJAWAB SUDAH TEKA TEKI !!!!!

Siapakah yang bertanggungjawab terhadap kehilangan berjuta2 wang Jabatan Air Sabah…

Akhirnya terjawab sudah siapa sebenarnya VVIP yg terlibat dgn kes Jabatan Air Sabah (JAS).


VVIP itu tidak lain dan tidak bukan… adalah SABAH OFFICIAL NO1. (SO1)… Siapakah SO1???

SO1 telah memberi syarikat YUDA WATER SB Konsesi Air Sabah yg terbesar di negeri Sabah selama 20 tahun!!!!!!!!

Siapa pemilik YUDA WATER SB ????? Dia adalah TEO CHEE MING abang kepada Timbalan Pengarah JAS.


Siapa Timbalan Pengarah JAS??? TEO CHEE KANG.

Kedua2nya sedang direman SPRM sekarang.

Peruntukan untuk konsesi adalah datang dari kerajaan negeri dan SO1 adalah orang yang berkuasa melantik syarikat ini!!!!

Tautan

Racun Semburan Untuk PAS Pra PRU14...



Bila aku tertengok poster ni... Aku gelak sampai keras perut...

Korang nak tau tak pasai apa...

Ni bukan pasal sikap terdesak Parti Pribumi Bersatu Malaysia nak cari ahli...

Ni bukan pasal TMK nak tunjuk PPBM bersekutu ngan PAS...

Bukan... Bukan... Bukan... Bukan laaa

Ni semua belit TMK laaa... Mafhum mukhalafah kepada peristiwa ialah RACUN... Racun serangga sedang disembur untuk membunuh PAS...

Semangat Pengundi yang sedang membenci DAP begitu tinggi. Kecuali pengundi PAN jer yang dok HEMOI...

Bila TMK & PPBM gagal mendekati PKR secara TOTAL... PPBM menjulang DAP bersungguh untuk mendapatkan pengundi Cina...

Memandangkan pengundi PAS menyumbangkan 50% jumlah keseluruhan pengundi dalam PRU13 lalu yang telah dibuktikan dalam PRK Sg Besar & PRK K. Kangsar lepas...

Dengan mengait untuk 'keberuntungan' terdesak itu merupakan 'RACUN' yang akan memusnahkan pembangkang dalam PRU14 akan datang...

Pakar 'Divide & Rule' ini sedang melakukan pembelahan pembangkang yang sudah terbelah itu bertambah merudum hasilnya dalam PRU14 nanti...


Bagi aku... Inilah usaha terkini TMK melalui PPBM untuk tetap mempertahankan UMNO BN untuk terus kekal sebagai warisan Lord Reid...

Tuesday, October 11, 2016

PRU 14 Semakin Hampir... Siapa Yang Melutut Ni???


Suasana PRU 14 semakin gawat. Dalam situasi gila babi puak PH mengharungi kemelut dengan ‘bodoh sombong’ telah menghasilkan keselesaan terbaik buat UMNO-BN…

PAN yang caca merba melalui Husam Musa dan geng perosak yang kononnya nak rampas Kerajaan Kelantan dari PAS membuatkan pengundi semakin membenci PAN..

Fitnah Husam yang semakin menjadi2 dan terbongkarnya penyediaan ‘arak’ kepada penduduk Asal amat memalukan dan memualkan… Dia dok jual nama aTGNA yang kononnya akan masuk PAS adalah tidak relevan sama sekali…

Husam menghina aTGNA seolah2 tak pernah jumpa hadis yang menyebut : pengilang, pengedar, penjual, pembawa, penghidang, peminum semua ke neraka… Husam ni syaitan jelmaan apa???

So… Apa yang Salahuddin nak perjelaskan bersungguh2 tu??? Siapa yang KHIANATI PAS??? Siapa yang nak ubah perlembagaan PAS untuk menafikan Majlis Syura Ulama tu Salahuddin???

Macai siapa yang tak nak kerjasama dengan mana2 parti yang menolak DAP???

TMK… adakah Keling mudah lupa??? Adakah Melayu mudah lupa??? Munkin Melayu PAN macam Husam Musa, Mat Sabu, Dr Mariah Mahmud, Hanifa Maidin, Dr Zulkifli Ahmad, Salahuddin Ayob, Mazlan Aliman, AminulHuda, Dr Syed Azman dan beberapa lagi yang ‘kurang ingatan’ akan mudah lupa…

Kami pengundi tak pernah lupa perbuatan TMK kepada ulama kerana UMNO kamu… Kami tau TMK desperate sebab TMK tubuh bakal pupus…

Kami juga tak lupa yang TMK memang anti perundangan Islam atau hudud…

Kami juga tak pernah lupa yang TMK bertanggungjawab membunuh Syuhada Memali pada 19 November 1985…

Kami juga tak akan lupa yang TMK memFITNAH TGHH, Presiden PAS terima dedak UMNO yang TMK tubuh…

Kami juga tak akan menyokong TMK hanya kerana TMK bukan nak pulihkan sangat negara… TMK hanya berminat nak menurunkan DS Jibby jer… Nak tukar PM jer??? Sistem pentadbiran plak masih asal macam zaman TMK bermaharajalela selama 22 tahun???

Lim Guan Eng, Lim Kit Siang & DAP dah ‘puas’ ke pelihara PAN sebagai anjing buruan??? Melayu BODOH saja yang sanggup meletakkan politik diatas aqidah mereka… Melayu seperti PAN jer boleh digula2kan…


Tak per lah… apa2 pun kita tunggu keputusan pembentangan RUU355… Yang menyokong adalah sahabat PAS… Yang menentang adalah musuh PAS… push-stop...

Kemana Hilang Wang & Air Sabah Ratusan Juta RM???


.
Musa Aman, 

Kau fikir aku sebagai anak muda Sabah tidak baca bajet tahunan yang kau bentang setiap tahun?
Ada beberapa fakta digelapkan oleh kau dan UMNO-BN berkenaan kes ini di media.

Aku yakin SPRM tidak terlepas pandang barang bodoh ini.
.
Pertama,
Dalam Bajet Kewangan Kerajaan negeri Sabah tahun 2012, bajet khusus untuk projek bekalan air negeri Sabah diperuntukkan sebanyak
RM 458.80 Juta, Tahun 2013, RM 480.67 Juta, Tahun 2014 pula RM 627.92 Juta, Bajet tahun 2015, RM 571.71 Juta dan Bajet tahun 2016 ialah RM 715.36 Juta. Duit ini diluluskan oleh Musa Aman selaku Menteri Kewangan dan dikongsi bersama Menteri Pembangunan Infrastruktur, Pairin Kitingan.

Persoalan paling logik.
Mana duit ratusan jutaan ringgit ini sedangkan rakyat Sabah tidak dapat bekalan air bersih yang mencukupi?

Siapa curi duit ratusan jutaan ringgit ini?
Rakyat Sabah atau kau dan UMNO-BN yang curi?
.
Persoalan asas aku kedua sebagai rakyat dan anak muda Sabah kepada Musa Aman.

Kau tidak puas dengan skandal kayu balak dan kemudian kau terlepas kerana salahkan orang lain. Sekarang duit projek air anak kau iaitu Hafez Musa (Ketua Pemuda UMNO Sabah) memonopoli kontrak di seluruh negeri Sabah untuk tempoh 20 tahun sehingga 30 tahun.

Tapi, kenapa Semporna, Lahad Datu, Kunak dan daerah lain di Sabah masih tiada air?

Paling sadis di bawah kepimpinan kau, air untuk rakyat tiada tapi Jabatan Air Sabah paling banyak kutip duit hutang air rakyat Sabah setiap tahun.

Sekarang kau kutip GST bersama Pairin siap main ugut potong air rakyat Sabah, tapi mana air untuk rakyat?

Kau tahu jawapan ni dan aku yakin kau tutup barang rompakan wang paling bodoh ini.
.
Ketiga,
Kau dan Pairin melantik Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah ni.

Dan sambung kontrak lantikan secara "politik" untuk mereka kerana boleh pam duit untuk UMNO-BN.

Mereka antara yang paling lama berkuasa di Kota Kinabalu sebagai birokrat paling korup.

Kau mahu jadikan mereka ini sebagai "kambing hitam" bagi selesaikan game "politik rasuah" kau dan keluarga kau serta kroni kau?

Kau ingat generasi aku bodoh tidak tahu bahawa kau dan Pairin perlu bertanggungjawab kerana melantik Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah ini setiap tahun untuk "urus" duit air ini?
.
Kepada SPRM,
Aku harap kali ini mereka ini jangan dilepaskan. Walaupun besar kemungkinan mereka ini tidak akan “disentuh” oleh Peguam Negara kerana mereka ialah ahli UMNO-BN dan orang kesayangan Najib Razak yang mustahil untuk didakwa di mahkamah dan dijatuhkan hukuman.

Aku sebagai anak muda tetap optimis. Mereka ini tidak akan dilepaskan oleh rakyat Sabah pada PRU ke-14.

Selamat maju jaya Raja Korup Sabah!

PENGASAS GERAKAN ANAK MUDA
SELAMATKAN SABAH
PENGANALISIS POLITIK
KELULUSAN MASTER BIDANG SAINS POLITIK (2015)
KELULUSAN SARJANA MUDA BIDANG SEJARAH (2012)