Pages

Tuesday, December 10, 2013

TERESA KOK : KHIR TOYO MINTA MAAF DAN BAYAR KOS


Bekas Menteri Besar Selangor Mohamad Khir Toyo meminta maaf kepada anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok atas penyiaran artikelnya di blog lima tahun lalu berkaitan isu azan.


Khir juga bersetuju membayar sejumlah wang yang tidak didedahkan sebagai kos untuk Kok.


Sebagai balasan, Kok bersetuju menarik balik samannya.

Perkara ini dirakamkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah Badjenid hari ini.


Khir membacakan kenyataan maafnya di mahkamah terbuka: 


“Saya, Mohamad Khir Toyo, defendan pertama dalam saman ini, tanpa pengakuan liabiliti memohon maaf kepada YB Teresa Kok Suh Sian kerana menyebabkan penerbitan di blog saya www.drkhir.com pada 9 Julai 2008 seperti dinyatakan dalam kenyataan tuntutan.”


“Saya menyesal menerbitkannya dan bersetuju membayar kos.”


Kok pada Disember 2008 memfailkan tindakan terhadap Khir dan Utusan Malaysia dalam saman RM30 juta setiap seorang.


Utusan Malaysia plak bila nak minta maaf??? Munkin nak bayar tinggi lagi kot....

Kaya lah MP PR asyik dok kena FITNAH ngan puak2 pemFITNAH ni ...

Sunday, December 8, 2013

SYIAH: PAS SOKONG MOHAMAD SABU SAMAN ZAHID HAMIDI


Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini menyifatkan tuduhan kononnya Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu terlibat dengan ajaran Syiah sebagai serangan peribadi yang keterlaluan.

Bercakap kepada Harakahdaily hari ini, beliau berkata justeru itu PAS menyokong usaha Mohamad untuk mengambil tindakan undang2 ke atas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang membuat tuduhan itu.

Menurutnya, sehingga kini PAS tidak pernah menerima sebarang laporan berhubung tuduhan yang dikaitkan ke atas Mohamad itu.

“Saya sebagai Setiausaha Agung PAS tidak pernah menerima sebarang laporan berhubung pembabitan Mohamad Sabu seperti yang disebut itu.

“Maka bagi saya, wajarlah Mohamad Sabu mengambil tindakan undang2 terhadap Zahid,” kata Mustafa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahmad Zahid ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno 2013 di PWTC semalam yang menuduh Mohamad mengamalkan ajaran Syiah.

Dalam ucapan itu juga, Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri bertindak mengumumkan memberi kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menahan pemimpin kedua tertinggi PAS itu.

Dalam pada itu, Mohamad dalam reaksinya semalam berkata, beliau akan berbincang dengan peguam bagi mengambil tindakan undang2 terhadap Zahid ekoran tuduhan terhadapnya itu.

“Saya tak dengar sendiri apa dia kata, jadi kena bincang dengan peguam dulu,” kata Mohamad.

Beliau dalam pada itu dengan keras menafikan tuduhan Zahid tersebut dan menyifatkannya sebagai tuduhan berniat jahat.


SayaAhli Sunnah Wal Jama’ah, seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama’ah,” tegas Mohamad.

Najib Puji Bini Tapi Hina Diri Sendiri & Anifah Aman Tak Gheti Buat Kerja




Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merakamkan penghargaan kepada isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor yang disifatkan turut memberi sumbangan kepada rakyat Malaysia.

Najib yang juga Presiden UMNO memberikan dua contoh sumbangan yang diberikan oleh Rosmah yang tidak pernah diceritakan sebelum ini.

"Pada program Flotila dua tahun lepas, salah seorang pelajar kita telah disalah anggap oleh kerajaan Mesir sebagai perisik.

"Saya minta isteri saya mohon bantuan isteri kepada Hosni Mubarak, yang berkuasa pada ketika itu dan dalam masa dua jam, pelajar kita dibebaskan.

"Sewaktu Ops Piramid, apabila kita nak bawa balik pelajar menaiki pesawat Charlie, melalui Jeddah. Kerana hubungan baik dengan keluarga diraja Saudi, pelajar kita dibenarkan terbang tanpa visa.

"Bukan itu sahaja, kerajaan Saudi turut berikan penerbangan dua buah pesawat Jumbo dengan percuma," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Soalnya... bini ko ni bukan ada kelayakan untuk menggunakan jet peribadi... Bini ko bukan berjawatan menteri... Bini ko hanya pemanas badan ko jer...

Kalau bini ko hebat... Ganti kan Anifah Aman dari jadi Menteri Luar yang nonsense and useless ituuuu (dari cara promotion yang ko lakukan terhadap bini ko masa PAU tu... 

Saturday, December 7, 2013

UmNo Ngan Shiah Tiada Beza Kesesatan Mereka



Pada satu ketika, mereka mengatakan ABU - Allah bersama UmNo... 

Pada ketika yang lain, mereka mengatakan yang mereka tak pakai Al Quran ( tak guna atau tak berpandukan Al Quran la kot - tak kan bermaksud lain sebab Al Quran bukan pakaian seperti baju, seluar dan sebagainya)


Pada ketika yang lain mereka mengatakan Islam dalam pentadbiran... 

Main ngan puak ni, celaru habis rakyat... ada masa tertentu... mereka juga berlagak seperti TUHAN yang menyerukan manusia ramai meletakkan keyakinan kepada mereka.... 



Adakalanya, apabila melihat tindak tanduk mereka, mereka telah menjadi setaraf Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana menuntut keyakinan terhadap mereka sebagai tempat bergantung... Ini sudah lebih... 

Minta Allah sisihkan aku dan keturunan aku dari terlibat dalam hasutan SYIRIK dajal2 kecil sebelum dajal sebenarnya... Na'uzubillahi minzaalik....