Pages

Thursday, October 10, 2013

DEMO-KERASI ALA UMNO-CALUN DITOLAK LAWAN MENTERI


Calonketua bahagian Umno Padang Rengas Shahidan Yussof kesal kerana pencalonannya untuk merebut jawatan itu dibatalkan tanpa sebarang jawapan serta pengesahan daripada Jawatankuasa Pemilihan parti.

“Saya masih setia dengan Umno. Cuma saya mahu penjelasan mengapa pencalonan saya dibatalkan,” katanya seperti dilapor Berita Harian hari ini.


“Saya hanya mengetahuinya melalui media dan pencalonan saya dibatalkan tanpa dimaklumkan secara rasmi kepada saya. Saya berusaha ke Pejabat Umno negeri tetapi jawapan yang diterima juga negatif,” katanya dipetik.

Datuk Seri Nazri Aziz yang juga menteri pelancongan adalah ketua Umno bahagian Padang Rengas.

Sebelum ini Nazri dicabar oleh Bendahari bahagian Datuk Jamal Nasir Rasdi dan Shahidan, yang bersara daripada perkhidmatan awam, sejak tiga tahun lalu.

Bagaimanapun Jamal menarik diri daripada persaingan dalam tempoh bertenang sebelum 24 September lalu, manakala Shahidan pula dibatalkan pencalonan kerana dikatakan gagal memenuhi keperluan ditetapkan jawatankuasa pemilihan.

Laporan itu juga menyebut, susulan pembatalan itu, Shahidan mendakwa dirinya seolah2 dilihat sebagai individu bersalah dan dianggap melakukan kesalahan jenayah kerana syarat pembatalan antaranya muflis serta memiliki rekod jenayah.

“Jika tiada penjelasan dibuat, bayangkan mungkin orang boleh menuduh saya muflis, bekas penjenayah atau melanggar peraturan parti. 

“Jika saya ada melakukan kesilapan teknikal ia juga perlu diperjelaskan supaya orang lain tidak membuat sebarang andaian buruk,” katanya seperti dilapor akhbar itu.

Sementara itu, akhbar Utusan Malaysia hari ini pula melaporkan penyandang ketua bahagian Datuk Seri Nazri Aziz menang tanpa bertanding ekoran penarikan diri Jamal dan pembatalan pencalonan Shahidan.


Laporan itu juga menyebut, pembatalan pencalonan Shahidan – yang juga bekas setiausaha Majlis Perumahan Negara – disahkan oleh Setiausaha Umno negeri Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib kelmarin namun mendakwa tiada alasan sebenar diketahui oleh Umno negeri.

Wednesday, October 9, 2013

TEMBAK MUKHRIZ-(VIDEO DI DALAM) SELERA DAUN PISANG JADI MANGSA


Entah malang atau apa yang menimpa Restoran Kak Yah “Selera Daun Pisang” di Pengkalan Chepa… tak lah aku tahu…

Apa yang aku lihat di sini ialah beberapa perkara telah cuba disorokan dari pengetahuan ramai…. Antara sebab2 besarnya ialah… :-

  1. 1.  Broker makan RM500 sebab nak menipu bosnya… ini perkara biasa dalam UmNo di musim2 pemilihan UMNO… anak2 bilis Umno merangkap maC41 cuba menangguk di air keroh..

  2. 2.  Cubaan musuh2 politik Mukhriz dalam UmNo mengambil kesempatan cuba ‘highlight’kan yang pertemuan ini di penuhi dengan gejala ‘rasuah’ kerana mengempen dan memberi makan….


Inilah perangai sebenar nya mereka yang terlalu meminati UmNo kerana setiap kesempatan yang ada, orang lain yang jadi mangsanya…

Mereka tanpa menoleh kekiri kanan untuk melihat perbuatan mereka akan mendatangkan dosa kepada mereka atau member kesan negatif terhadap ‘mangsa’ mereka seperti Kak Yah yang mencari rezqi halal dengan berniaga…


Allahu A’lam….


Tuesday, October 8, 2013

PEMBOHONGAN MAKIN TERBONGKAR - MENTERI KERJA CARI ALASAN



PERBELANJAAN K-POP MEMANG TANGGUNGAN KERAJAAN – KETUA AUDIT NEGARA : TS AMBRIN BUANG

“Perbelanjaan ini dibuat menerusi peruntukan kerajaan yang disalurkan menerusi Majlis Belia Malaysia (MBM) dan ia tidak pernah dipertikaikan mana-mana pegawai kementerian atau MBM sewaktu perbincangan dengan mereka ketika audit dijalankan.

“Kerana itulah isu ini dibangkitkan dalam laporan audit,” katanya dalam satu maklum balas emel kepada media.


Semenjak 2 menjak ni, semua menteri dan orang2 kanan kementerian dan agensi2 kerajaan yang terlibat memerah kepala hotak depa untuk mencari alasan di atas keborosan depa meleburkan wang negara.

Rupa2nya kelulusan mereka bukan untuk mencari “jalan” selamatkan negara, ekonomi dan rakyat marhaen… tapi digunakan akal pinjaman Allah untuk mencari “ALASAN” dan BERBOHONG terhadap apa yang mereka KHIANATkan dan menZALIMi rakyat.…


Kesalahan mereka adalah BESAR disisi SYARAK:

  1. TIDAK AMANAH – mereka khianat, berbelanja tanpa sempadan dengan tidak memberi munafaat kepada rakyat semata2 mencari nama.
  2. MEMBAZIR – sikap membazir adalah dilaknat Allah kerana Allah berfirman “Sesungguhnya sikap suka memBAZIR itu adalah dari kalangan saudara SYAITAN.”
  3. BERBOHONG – sikap ini juga di larang oleh Nabi saw dengan sabda yang mafhumnya : “Siapa yang berbohong, bukan dari kalangan kami”.
  4. ZALIM – dengan keborosan mereka, Negara terpaksa dan dipaksa menaikkan harga barang2 keperluan untuk menampong perbendaharaan Negara. Dengan ini berlaku lah satu penindasan dan kezaliman terhadap rakyat yang rata2 miskin.

HARGA GULA DAN TEPUNG NAIK UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT



Keputusan kerajaan menaikkan harga tepung dan gula adalah demi menjaga kestabilan ekonomi negara di samping menjaga kesejahteraan hidup rakyat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek (gambar).

Beliau berkata, niat kerajaan hanya untuk menjaga kepentingan negara dan rakyat perlu menunggu pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam Bajet 2014 pada 25 Oktober ini dan kenaikan harga dua barangan asas itu akan dilakukan bergantung kepada hasil kajian yang sedang dijalankan.

“Kita akan melihat pelbagai faktor sebelum sebarang keputusan diambil termasuk fiskal serta kedudukan mata wang negara biarpun keputusan diambil mungkin tidak popular namun ia terpaksa dibuat bagi menjaga kestabilan ekonomi serta kesejahteraan hidup rakyat,” katanya dipetik daripada Berita Harian Online.

Tiga hari lalu Hasan dilaporkan oleh akhbar New Straits Times (NST) membayangkan kenaikan harga gula dan tepung bakal berlaku.

Kenyataan tersebut bertentangan dengan jaminan yang dibuat Hasan pada pertengahan September lalu apabila mendakwa pengeluar gula dan tepung memberi jaminan harga kedua-dua bahan asas itu tidak akan dinaikkan.

“Pengguna juga tidak perlu bimbang kerana mereka diberi jaminan bekalan bahan adalah cukup untuk keperluan mereka,” kata Hassan seperti dilaporkan Utusan Malaysia pada 13 September.

Selepas pilihan raya umum ke 13 (PRU13) pada 5 Mei lalu, kenaikan harga bagi barangan dan berlaku seperti harga bahan bakar RON95 dan rokok.


Kerajaan jugakan dikatakan bakal menaikkan tarif elektrik dan berkemungkinan akan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam Bajet 2014. – 8 Oktober, 2013.

Memang akan ada maC41 akan bersetuju dengan pendapat menteri ni… Memang depa akan sanggup menonjolkan kebodohan depa untuk pertahankan pendapat bodoh ini…

Aku rasa budak tadika pun tergelak membaca pandangan dari seorang menteri yang bertaraf maC41 tak sekolah… Apakah kabinet DS Najib semua dari datang dari kepala otak lembu kot…

Monday, October 7, 2013

1,703 PERWAKILAN TIDAK DIBENAR MENGUNDI PEMILIHAN UMNO



OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
OCTOBER 07, 2013
LATEST UPDATE: OCTOBER 07, 2013 11:02 PM

Jawatankuasa Pemilihan Umno mengumumkan seramai 1,703 perwakilan didapati muflis dan tidak layak untuk mengundi pada pemilihan Umno bulan ini.

Pengerusinya, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali turut mengumumkan jumlah muktamad calon yang akan bertanding merebut jawatan Majlis Tertinggi (MT) adalah seramai 260 orang selepas seorang didapati tidak layak bertanding.

“Jumlah muktamad calon yang akan bertanding pada pemilihan Umno di peringkat bahagian ialah seramai 33,012 orang.

“Calon tersebut disenarai pendek setelah 334 orang diisytiharkan muflis, 495 menarik diri dan 39 lagi terlibat dengan masalah disiplin,” katanya dalam satu sidang media di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. 

Dalam majlis itu juga, Tajol mengumumkan Pengerusi Unit Media Baru, Tun Faisal Ismail Aziz dibenarkan untuk bertanding jawatan MT Umno dalam pemilihan parti 19 Oktober ini.

Katanya, menurut Fasal 9.5 Perlembagaan Umno, hanya calon yang pernah memegang mana-mana jawatan ahli MT dan ahli jawatankuasa bahagian untuk satu penggal layak bertanding.

“Tun Faisal dibenarkan untuk bertanding jawatan MT berdasarkan Fasal 10.15 bagi langkah kesempurnaan perjalanan parti. Beliau adalah calon yang diketengahkan oleh Pergerakan Pemuda Umno Malaysia,” katanya

Semasa dihubungi The Malaysian Insider, Tun Faizal berkata beliau bersyukur kerana dibenarkan untuk bertanding di samping mengakui kurang berkempen dan hanya diperkenalkan sebagai calon ketika majlis bertemu perwakilan.

“Saya perlu bekerja keras untuk mendapat keyakinan perwakilan,” katanya.

Dalam pengumuman sama, Tajol berkata rayuan Pengerusi Umno Cawangan Gombak Setia, Profesor Datuk Dr Mohd Zainul Fitri Othman telah ditolak.

Sementara itu, Setiausaha Eksekutif Umno Datuk Rauf Yusuh berkata senarai yang dikeluarkan hari ini adalah muktamad dan segala rayuan tidak akan dilayan.

Ketika ditanya berhubung peraturan yang menyukarkan calon untuk berkempen, Rauf berkata isu itu perlu dirujuk kepada jawatankuasa disiplin dan bukannya jawatankuasa pemilihan.

Sebahagian calon yang bertanding pada pemilihan Umno kali ini mengecam peraturan berkempen yang terlalu ketat sehingga tidak berlaku adil kepada calon yang tiada jawatan dalam kementerian untuk berjumpa dengan perwakilan.


Antara syarat yang dikenakan kepada calon dengan tidak dibenar menggunakan media untuk berkempen, melobi atau menggunakan pengurus kempen. - 7 Oktober, 2013.

PINJAMAN TEKUN MEMANG HANYA UNTUK AHLI UMNO - CEO



Pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) memang ditubuhkan bagi membantu ahli Umno kata Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Datuk Abdul Rahim Hassan.

Ini kerana menurutnya, Tekun merupakan hasil usaha Umno bagi memperkasakan ekonomi kaum Melayu dalam parti itu. Bagaimana pun beliau menafikan Tekun menolak seratus-peratus permohonan mereka yang bukan dari Umno.

“Pembangkang selalu kata (Tekun) hanya memberi pinjaman kepada ahlinya, kami punyai hak untuk mempertahankannya kerana ia merupakan idea yang diasaskan parti.

“Namun tidak bermakna kita langsung mengendahkan permohonan lain asalkan mereka kaum Bumiputera kami terima tapi kepentingan sudah tentu kepada ahli Umno,” katanya dalam sidang media bagi Program Kerjasama Strategi Tekun Nasional & Sohonista di Kuala Lumpur hari ini.

Kata Rahim, Tekun ditubuhkan semasa Konvesyen Umno Pulau Pinang pada tahun 1994.

“Kerana itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak begitu menekankan perkembangan dan beliau sendiri berkata Tekun merupakan anak kandung Umno,” katanya.

Dana tambahan RM700 juta merupakan antara salah satu dalam Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dilancarkan oleh Najib baru2 ini.

Tekun akan menerima dana tersebut bermula tahun depan dan ia akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh lima tahun.

“Kita tidak dapat sekaligus ia secara berperingkat tapi memang setiap tahun kita menerima RM300 juta dan RM300 juta merupakan bayaran balik daripada peminjam yang kita terima.

“Tambahan dana itu adalah kerana seruan perdana menteri yang mahukan kita meningkatkan pinjaman sehingga ke RM100,000, jadi inilah wadah perjuangan Tekun iaitu membantu kaum Bumiputera tanpa mementingkan keuntungan,” katanya lagi.

Beliau berkata Tekun juga mengalakkan permohonan pinjaman dari usahawan muda dikalangan siswazah yang baru menamatkan pelajaran.

“Golongan muda antara yang perlu diberi perhatian, terutama perkembangan trend sekarang ramai usahawan terdiri daripada lepasan siswazah dilihat lebih suka menjalankan perniagaan sendiri.

“Kerana itu kita beri ruang kepada mereka untuk berniaga dengan program seperti Sohonista ini supaya mereka kemudiannya tidak menentang kerajaan akibat kegagalan kerajaan yang tidak mampu menawarkan peluang pekerjaan kepada semua lepasan mahasiswa dan inilah peranan Tekun," katanya. – 7 Oktober, 2013.


Ya Allah.. Laknatkan UMNO Be End... Mereka terlalu rakus, menindas dan melakukan kezaliman... Harta negara dijadikan harta Umno...

Umno nak perjuangkan "melayu"????... Poorah...

Sunday, October 6, 2013

BRUNEI KATA KAMI TAKUT LAKNAT ALLAH - MALAYSIA???



YANG PALING KAMI TAKUT IALAH LAKNAT ALLAH...

Malaysia mempunyai :
1. Menteri Agama Di JPM
2. Penasihat Agama PM bertaraf Menteri
3. Majlis Petua Kebangsaan
4. Majlis Petua Negeri2
5. 14 MUFTI seluruh negara di setiap negeri
6. ILIM
7. JAKIM
8. IKIM
9. Akademik Islam di UM, UIA, UKM, USM, UUM, UITM
10. Kadi Besar dan Kecil
11. Penceramah2 5 Bintang
12. ILMU (Ulama Muda UMNO)

M
ana suara mereka semua???? 

Munkin ada ada maC41 akan cakap... pergi la duduk sana...


hehehe

Saturday, October 5, 2013

JANGAN CAKAP LAGI TENTANG KEHILANGAN SENJATA POLIS! - ZAHID


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mempertahankan integriti pasukan polis dan mengatakan bahawa kehilangan senjata polis bukan disebabkan oleh pecah amanah, penyelewangan atau unsur rasuah.

Sebaliknya, kata beliau, kehilangan itu antaranya disebabkan kecuaian atau kelemahan ketika operasi dijalankan.

Beliau kemudian melarang perbincangan lanjut mengenai perkara itu dan berkata “tiada lagi” soalan dari Malaysiakini.

Ditanya mengenai senjata RM1.3 juta senjata polis yang hilang seperti yang dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012, Zahid berkata beliau positif bahawa tiada motif tidak baik dikaitkan dengan kehilangan tersebut.

“Mengenai laporan audit tentang kehilangan 1.3 juta senjata di PDRM, saya tahu kehilangan itu bukan disebabkan  oleh pecah amanah, bukan disebabkan penyelewangan, bukan disebabkan unsur rasuah.

“Kehilangan antaranya disebabkan kecuaian atau kelemahan ketika operasi dijalankan,” katanya kepada pemberita.

Zahid berkata beliau telah membuat susulan terhadap laporan audit itu dengan meminta ketua polis negara menyediakan prosedur operasi standard (SOP) dan mengenakan surcaj ke atas anggota yang terlibat.

Beliau berharap laporan audit tahun depan tidak akan mengandungi laporan seperti kehilangan senjata kerana beliau tidak mahu “imej polis tercemar oleh laporan Ketua Audit Negara”.

Katanya, kini semakin ramai yang mempercayai pihak polis, sambil menambah bahawa pasukan itu telah memperlihatkan integriti yang tinggi.


Zahid memberi amaran kepada Malaysiakini supaya melaporkan dengan tepat apa yang dicakapkannya.

“Malaysiakini, you tulis itu macam ar, betul-betul ah, jangan tulis lain...,” tegasnya.

Beliau juga meminta Malaysiakini supaya tidak lagi bertanya sebarang soalan susulan mengenai kehilangan senjata itu.


“You pun tulis tak betul. Tak mau layanlah Malaysiakini. You tulis semua tak baik tentang saya, tentang KDN, patut you tak payah datang sinilah, malulah datang,” katanya lagi.

Aduhhh… agaknya yer… inilah ilmu yang pelajari dari APCO Israel yang di jemput untuk jadi penasihat kut… Order to obey…. Hehehe kediktatoran untuk menutup kelemahan… apa barang cam ni… tak cerdik langsung…

Tak cerdik is equivalent to BODOH la… add-up with bad manner and animalities character… hehehe… Malaysia bolehland… no respect to this kind of emosional minister… idiots…

ZAHID TAK BERAKHLAK LANGSUNG (VIDEO DI DALAM) - GERTAK WARTAWAN MALAYSIAKINI


Malaysiakini  meminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya menghentikan cubaan untuk menakut2kan wartawan dari portal berita bebas itu.

Wartawan mempunyai tugas asas untuk bertanya soalan berkepentingan awam, yang mana para menteri mempunyai tanggungjawab untuk menjawab, kata pengasas bersama  Malaysiakini, Premesh Chandran dan Steven Gan dalam satu kenyataan bersama hari ini.


Mereka menyifatkan tingkah laku Zahid (kanan) dalam satu sidang media semalam sebagai “perilaku yang tidak wajar sebagai seorang menteri”.

Menteri dalam negeri membuat kecaman terhadap Malaysiakini yang didakwanya “memutarbelitkan” cakapnya dan mendatangi wartawan Lawrence Yong selepas sidang akhbar tersebut. [Lihat video]




“Jika menteri dalam negeri itu percaya bahawa Malaysiakini telah salah lapor kenyataannya, beliau sentiasa boleh menghubungi kami untuk memperbetulkannya,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Premesh dan Ketua Pengarang Kumpulan, Gan.


“Jika beliau merasakan kami tidak adil kepadanya, kami sentiasa bersedia untuk bertemu dengannya atau mana2 menteri lain untuk berbincang mengenai laporan kami. Setakat ini, kami tidak menerima sebarang aduan dari beliau atau pejabat beliau.”



Pengasas portal Malaysiakini itu mengingatkan menteri berkenaan bahawa adalah menjadi tugas wartawan untuk memastikan akauntabiliti mereka yang dipilih untuk memegang kuasa.


Menurut mereka, memandangkan wujudnya persepsi bahawa jenayah semakin meningkat dan tidak terkawal, maka  menteri dalam negeri sepatutnya mengambil kira kebimbangan awam dan bertindak balas dengan sewajarnya.


Ini bukan kali pertama Zahid menuduh Malaysiakini “memutarbelit” berita.


Zahid memberi amaran bahawa beliau memantau setiap perkataan, setiap ayat,  setiap perenggan dan setiap item berita Malaysiakini semasa sidang akhbar sulungnya sebagai menteri dalam negeri bulan lepas.


Sementara itu, Ketua Pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar memuji wartawan Yong (kiri dalam gambar) kerana tenang ketika berdepan dengan tindakan Zahid itu.

Yong cuba bertanya kepada Zahid mengenai kehilangan senjata dan peralatan polis yang lain bernilai kira2 RM1.3 juta, seperti yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dikeluarkan pada hari Selasa.


Ketua Audit Negara melaporkan bahawa gari paling barang banyak hilang sebanyak 156, diikuti 44 senjata dan 29 kenderaan polis.

Fathi menggesa Umno supaya melayan semua organisasi media dengan rasa hormat dan secara saksama.


“Umno adalah satu2nya parti politik di negara ini yang mengharamkan Malaysiakini membuat liputan programnya, terutama mesyuarat Majlis Tertinggi,” tambahnya.

Tuesday, October 1, 2013

AUDIT 2012 - KONGSI GELAP MANA DALAM PDRM????



Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan bahawa pasukan Polis Diraja Malaysia merekodkan sejumlah 309 barangan dalam bentuk senjata api, gari dan kenderaan yang didapati hilang.

Barangan yang hilang itu direkodkan dalam tempoh 2010 hingga 2012, melibatkan kerugian berjumlah RM1.33 juta.

Ia melaporkan bahawa kehilangan gari mencatat kes paling tinggi, sebanyak 156, diikuti senjata api (44) dan kenderaan polis (29).

Jenis senjata api yang dilaporkan hilang itu bagaimanapun tidak dinyatakan.

Turut dilaporkan hilang ialah 26 walkie-talkie, enam kamera, empat komputer dan 22 radio.

Laporan berkenaan juga mendapati tahap pengurusan yang tidak memuaskan di ibu pejabat polis Bukit Aman dan tiga ibu pejabat polis kontinjen negeri.

Menurut laporan itu lagi, Jabatan Kastam Diraja Malaysia turut membazirkan RM600,000 dalam perolehan sebanyak 7,659 pasang kasut yang tidak mengikut spesifikasi.

Kasut berkenaan dilaporkan rosak selepas simpanan yang lama, laporan itu dipetik.

Keraguan teramat :
1.  Senjata api (44) dari jenis apa agaknya ye??? Apakah dikirimkan kepada puak SULU di Lahad Datu???
2.  Gari – berapa sebiji agaknya dilelong…
3.  Kenderaan Polis pun lesap, apa nak harapkan Polis melindungi rakyat???

4.  Pengurusan Bukit Aman pun hampeh… nak harapkan tempat lain??? Jadi sarang tikus la…

FACEBOOK MEDIA DEDAHKAN KEBENARAN AMAT DITAKUTI OLEH PUAK MUNKAR



Kementerian Komunikasi & Multimedia tidak menolak kemunkinan akan mengharamkan pengguna menggunakan media sosial seperti facebook.

Teringat aku akan cerita Singapura dilanggar todak. Berkata seorang budak kepada Sultan .. "kenapa kita mesti menggunakan betis, bukankah lebih baik kita gunakan batang pisang?"

Nasihat berguna ini dianggap merbahaya oleh "pembesar2 BODOH" lalu menasihat Sultan yang BANGANG... jangan disimpan budak ini ... nanti bila dia besar dia akan jadi lebih pandai, tempat tuanku juga akan di rampas.

Tak sangka la plak dizaman la ni, ada juga pembesar2 BODOH + BANGANG + BENGONG + BAGHAL + BAHLUL = 5B masih ada rupanya....