Pages

Saturday, August 31, 2013

PAS KAWASAN BATU DI PIMPIN AKTIVIS KIRI????



Pelik bin Ajaib... kenapa pimpinan PAS Kawasan Batu merelakan YDP nya di labelkan sebagai Aktivis KIRI????

Yang Pelik lagi tu YDP Kawasan Batu sendiri, Chegu Ishak Surin sendiri seperti meredhai dirinya sebagai AKTIVIS KIRI PAS???? Macam TAK CERDIK sikit la... tak cerdik dalam bahasa kampong dipanggil BUDUS...

Aku ingat beliau tak akan hadhir kerana istilah yang digunakan... Malangnya beliau hadhir dalam majlis yang mencemar nama baik PAS...

Rupanya baru aku tau... ada kiri, ada kanan, ada atas bawah dalam PAS ni... Aku kesal dan mahu pimpinan PAS Pusat sampai ke akar umbi yang ikhlas memperujuangkan ISLAM yang syumul mengambil tindakan men'klorok'kan minda terhasut dengan SO SIALis ni....

Aku serahkan kepada PAS untuk mengambil tindakan terhadap aktiviti bodoh sesetengah pimpinan PAS bawahan yang terlampau 'eager' nak mengulum gula2 kemenangan.....



Thursday, August 29, 2013

TAHNIAH MACAI2 UMNO BE END - GST KOMPOMKAN KORANG BANGANG



KUALA LUMPUR - Kerajaan akan cuba yang terbaik untuk memasukkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam Bajet 2014, kata Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Mohd Irwan berkata matlamat utama adalah untuk memelihara negara dan tidak membebankan rakyat.
   
“Akan ada beberapa rebat dan barangan dinilai sifar bagi barangan keperluan seperti beras dan susu tepung,” katanya semasa taklimat pertengahan tahun Program Transformasi Ekonomi, di sini, hari ini. 

   
Beliau berkata GST akan mengambil masa 14 bulan untuk dilaksanakan selepas ia diumumkan.
   
“GST merupakan suatu yang perlu, ia bukan satu pilihan,” katanya.

   
Mengenai rasionalisasi subsidi, beliau berkata pengumuman akan dibuat paling awal minggu depan.

   
“Ia akan menjadi liberalisasi beransur2 dan tidak akan menjejaskan ekonomi. Pembaharuan akan mengambil kira orang ramai,” katanya.

   
Beliau berkata ekonomi berdepan tempoh mencabar disebabkan pertumbuhan rendah dan penurunan imbangan akaun semasa.

   
Dalam hal ini, beliau berkata, perbelanjaan kerajaan bagi projek2 perlu diutamakan.

   
“Kami perlu mengenal pasti apa projek yang mempunyai kandungan import tinggi dan kesan berganda rendah. Bagaimanapun, projek2 swasta boleh diteruskan,” katanya.


   
Projek prasarana besar seperti transit aliran massa, katanya, perlu diteruskan. – SHO

Saturday, August 24, 2013

KUDETA TAHAN 75 LAGI AHLI IKHWANUL MUSLIMIN

Memang ianya peristiwa yang berulang pada masa tertentu di tempat2 tertentu. Perjuangan menegakkan kalimah Tauhid amat tidak disenangi oleh musuh2 Islam. Musuh2 Islam terdiri dari Kuffar, Munafiq, Fasiq dan Juhalak akan bergabung untuk memusnahkan perjuangan suci ini. 

Ikhwan Muslimin pernah diHARAMkan sejak 30 tahun dahulu. Ikhwan Muslimin yang membantu Mesir mengundurkan tentera Israel dalam peperangan Mesir-Israel 1967 sehingga memaksakan Amerika Syarikat memaksa Mesir bersetuju menerima Pemeterian Camp David dengan menghapuskan hutang Mesir sebanyak US70B.

Apakah tindakan Kudeta Al-Sisi akan memberikan kesan yang sama panjang tempohnya atau lebih???

Apakah tindakan Kudeta Al-Sisi akan melahirkan ramai generasi Illuminati yang menjadi tentera Kuffar menentang agama sendiri???


Di Malaysia juga pernah dilakukan sedemikian laku. Seandainya ianya berlaku di Malaysia, pejuang Islam mesti membeli dengan harga yang mahal. Islam akan kembali “ghurabak”.

KAHERAH - MESIR - Pasukan keselamatan Mesir menahan 75 lagi anggota kanan Ikhwanul Muslimin di Kaherah.

Menteri Dalam Negeri kerajaan sementara, Mohamed Ibrahim berkata, tangkapan bersepadu itu dilakukan bagi menghalang rancangan anggota Ikhwanul dan penyokong Presiden Mesir yang digulingkan Mohammed Mursi untuk terus melakukan demonstrasi mega di beberapa wilayah di negara itu.


“Kami akan melakukan operasi pembersihan ahli Ikhwanul sehingga semuanya ditahan. Mereka adalah ancaman buat negara dan keselamatan awam,” katanya dipetik Press TV


Menurutnya, kesemua mereka ditahan didakwa mengikut tuduhan hasutan hingga mencetuskan keganasan.


Ahli ditahan antaranya, Syeikh Baha Saber, Ustaz Khalid Yusuf, Al Haj Jaudah Muhammadain dan pegawai kanan di Kementerian Kehakiman Ustaz Majdi.


Kelmarin, empat pemimpin kanan kumpulan itu ditahan termasuk jurucakap rasmi Ahmed Aref dan pada 20 Ogos lalu pasukan keselamatan menahan Musyidul Am Mohamed Badie di utara Kaherah.



Sementara itu, sebelum ditahan Ahmed Aref dalam laman Facebooknya menyatakan, ‘Penangkapan di kalangan pemimpin Ikhwanul tidak memberi kesan kerana kami dan rakyat Mesir menolak rampasan kuasa. Kami mengulangi isu ini bukan politik atau berkaitan dengan parti, tetapi urusan negara yang diatur dan dirancang oleh kumpulan lain’.SOL

Friday, August 23, 2013

BANGLASIA - PROJEK BN 2014 SERAMAI 1.4 JUTA BANGLA DIIMPOT




KUALA LUMPUR: PAS memandang kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa seramai 1.4 juta pekerja Bangladesh yang dijangka dibawa masuk secara berperingkat ke negara ini menjelang awal tahun depan dengan serius.

“Apakah peluang pekerjaan di negara begitu banyak sehingga memerlukan tenaga kerja sebegitu besar dari negara Bangladesh?


“Apakah kerajaan sudah memikir impaknya terhadap indeks jenayah dan orang setempat dengan kebanjiran warga asing ini?” tanya Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, melihat kepada kebanjiran warga asing yang sudahpun tidak terkawal kini, apakah kerajaan sudah ada jalan memastikan warga asing ‘tidak hilang’ dari pemantauan negara dan memastikan mereka dihantar pulang apabila habis tempoh kontrak pekerjaan mereka.


Kenyataan penuh beliau di bawah.


Merujuk kepada kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa seramai 1.4 juta pekerja Bangladesh yang dijangka dibawa masuk secara berperingkat ke negara ini menjelang awal tahun depan.


PAS memandang perkembangan ini dengan serius. Apakah peluang pekerjaan di negara begitu banyak sehingga memerlukan tenaga kerja sebegitu besar dari negara Bangladesh?

Apakah kerajaan sudah memikir impaknya terhadap indeks jenayah dan orang setempat dengan kebanjiran warga asing ini?


Melihat kepada kebanjiran warga asing yang sudahpun tidak terkawal kini, apakah kerajaan sudah ada jalan memastikan warga asing ‘tidak hilang’ dari pemantauan negara dan memastikan mereka dihantar pulang apabila habis tempoh kontrak pekerjaan mereka?


Bagaimana pula impaknya pada rakyat Malaysia yang dikahwini warga Bangladesh ini? Apakah warga Bangladesh ini akan terus diberi kerakyatan semata2 mengahwini rakyat tempatan?


Bagaimana kerajaan boleh memastikan golongan ini tidak ‘diMelayukan’ dan dijadikan warganegara semata2 kerana beragama Islam?


Zahid mewar2kan bahawa warga Bangladesh akan diberi kad pengenalan khas itu akan dilengkapi teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), biometrik, fungsi kad debit dan kad simpan nilai (seperti Touch & Go).


Tapi bagi PAS, perkara itu bukanlah terpenting, kerana sebelum ini terdapat pelbagai kes di mana kad pengenalan sementara dan berwarna merah juga dapat didaftarkan sebagai pengundi oleh SPR.


Apakah jaminan kerajaan untuk memastikan golongan ini tidak diberikan kad pengenalan biru dan dapat mendaftarkan diri sebagai pengundi di dalam daftar SPR?


Kerajaan perlu telus untuk memaparkan jumlah yang diminta oleh setiap sektor pekerjaan. Dan apakah peluang pekerjaan tersebut tidak boleh diisi rakyat tempatan?


Krisis ekonomi yang sedang melanda Indonesia dan Thailand tidak harus dipandang ringan. Dengan kebanjiran 1.4 warga Bangladesh ini, apakah rakyat Malaysia perlu bersaing untuk mendapatkan pekerjaan, lebih2 lagi sekiranya kemerosotan ekonomi berlaku.


Rakyat Malaysia, terutamanya Bumiputera dan kaum Melayu harus peka kepada isu ini. Terlalu banyak contoh di negara kita di mana warga asing yang beragama Islam dan mengambil keputusan untuk memeluk Islam mengambil kesempatan semata2 untuk dilihat sebagai seorang Bumiputera dan Melayu untuk menikmati hak2 sebagai rakyat Malaysia. Mereka tidak akan memilih untuk menjadi orang Cina dan India atau bangsa lain.


Sekiranya situasi ini berterusan, anak2 kita akan bersaing dengan anak2 warga asing ini terutamanya dari pelbagai segi sosial dan ekonomi.


Kerajaan perlu memastikan masalah pengangguran di dalam negara diselesaikan dahulu. Jangan kerana semata2 ada industri yang inginkan buruh murah, maka kedaulatan negara digadaikan. Kerajaan seharusnya mencari penyelesaian bagaimana rakyat sendiri boleh memenuhi ruang pekerjaan ke dalam industri yang memerlukan tenaga buruh rendah dan bukannya dengan mengambil jalan mudah dengan mengambil 1.4 juta warga Bangladesh.


Apakah ini satu lagi cara untuk pihak tertentu mengaut keuntungan hasil daripada komisyen membawa masuk warga Bangladesh yang ramai ini?


Mohon kerajaan BN menjawab. HD
 

Thursday, August 22, 2013

KES ALTANTUYA: AZILAH, SIRUL BEBAS



PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini, hari ini, melepas dan membebaskan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) polis yang disabitkan kesalahan membunuh seorang wanita Monggolia, Altantuya Shaariibuu, tujuh tahun lalu.

Koperal Sirul Azhar Omar dan Cif Inspektor Azilah Hadri meraup wajah dan mengucapkan terima kasih kepada panel hakim selepas keputusan itu diumumkan.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali,  Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu.


 
Mahkamah Tinggi pada 2009 telah mensabitkan dan menjatuhkan hukuman mati ke atas mereka atas kesalahan membunuh Altantuya, yang ketika itu berumur 28 tahun, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara 10 malam 19 Okt dan 1 pagi 20 Okt 2006. SH

Cerita awal rujuk SINI

Monday, August 19, 2013

UPAH SAMSENG BELASAH CUCU SEDARA - TAK SOKONG JADI KETUA WANITA CAWANGAN




SUNGGUH DAHSYAT!!!!!.. KERANA TIDAK MENYOKONG DIRINYA SEBAGAI KETUA WANITA UMNO CAWANGAN...SANGGUP UPAH BEBERAPA LELAKI BELASAH CUCU SAUDARA PEREMPUAN SENDIRI!!!!!

Ada seorang ketua wanita UMNO cawangan Selandar dalam bahagian Alor Gajah, Melaka yang bekerja sebagai penyelia KEMAS mengupah beberapa orang lelaki untuk memukul cucu saudara beliau hanya disebabkan cucu saudaranya itu tidak menyokong beliau dalam pemilihan sebagai Ketua Wanita UMNO peringkat Cawangan..


Laporan polis berkenaan kejadian tersebut telah pun dibuat oleh mangsa di Balai Polis Alor Gajah, Melaka . 


Petikan ringkas dari laporan polis itu menyatakan mangsa dan adik beliau telah pergi ke sebuah Masjid untuk bersumpah muhabalah atau sumpah laknat dimana adik mangsa yang turut dipukul telah difitnah oleh suspek yang mengatakan bahawa si adik telah minum arak di tempat kerja lama beliau.


Untuk menghalang perkara tersebut, maka ketua wanita cawangan yang dimaksudkan telah mengupah beberapa orang lelaki untuk menghalang perkara itu dan mereka (lelaki yang diupah) telah bertindak memukul mangsa serta adik perempuannya hingga mendatangkan kecederaan.


Dimaklumkan kesemua suspek kini sedang diburu olih pihak polis.



Jika apa yang di beritahu ini benar dan sahih.. menggambarkan betapa budaya samseng UMNO kini sudah menular sampai ke sayap wanita di peringkat paling bawah... sanggup belasah cucu saudara sendiri kerana tidak menyokong dirinya sebagai Ketua Wanita UMNO Peringkat Cawangan jer.OK

GEMPAR! AHLI PARLIMEN JERMAN BERI PENGHORMATAN ROH SYUHADA



Allahuakbar!! Orang bukan Islam pun tahu hormat orang yang telah mati, Tentera Mesir pulak boleh bakar mayat-mayat para syuhada!!

Kelihatan keseluruhan Ahli Parlimen Jerman berdiri beberapa minit sebagai tanda berkabung kepada roh-roh rakyat Mesir yang syahid sekaligus mengutuk tindakan yang dilakukan oleh Jeneral As-Sisi dan tenteranya.


Kita kat Malaysia sebok bergembira kesana sini, berkonsert sana sini… umat Islam di bunuh, kita tak sensitif langsung… alasannya kita bersyukur… Negara aman….  – HD

Wednesday, August 14, 2013

MESIR: PAS DESAK NAJIB PANGGIL SIDANG KHAS PARLIMEN



KUALA LUMPUR: PAS mendesak Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak agar segera memanggil sidang khas Parlimen bagi membincangkan keganasan terbaru di Mesir.


Ketua Whip Parlimen PAS Datuk Mahfuz Omar, berkata pada persidangan khas itu, kerajaan juga digesa membawa usul bagi membantah tindakan pemerintah sementara Mesir di bawah kuasa tentera yang telah membantai rakyat sendiri awal pagi ini.



“Datuk (Seri) Najib selaku ketua parlimen perlu bertindak segera. Kepimpinan Malaysia perlu dilihat berani menyatakan pendirian. Biar kita dapat keputusan atas nama parlimen.



“Saya yakin, kita di Pakatan Rakyat akan bersetuju dengan usul yang dibawa bagi membantah tindakan tersebut. 




“Parlimen pernah menyaksikan sejarah kita (Pakatan Rakyat) dan kerajaan bersama dalam beberapa isu termasuk isu Palestin sebelum ini,” katanya kepada Harakahdaily.


Dalam operasi bermula awal pagi tadi waktu tempatan, pihak tentera Mesir menggempur Medan Raba’ah yang menjadi pusat perkampungan himpunan penyokong legitimati dan penyokong Presiden Dr Muhammad Morsi.


Serangan yang didakwa menggunakan kereta perisai, jentolak, penembak tepat, gas pemedih mata dan peluru hidup itu memakan korban ratusan orang dan ribuan lagi cedera di medan itu.



Beberapa agensi berita termasuk RNN turut melaporkan bahawa pasukan penembak tepat juga mengambil tempat dari atas helikopter dan tentera turut menggunakan gas beracun.



Sehingga kini, angka rasmi kematian tidak dapat disahkan, namun beberapa sumber memaklumkan ianya mungkin mencecah 500 orang setakat ini.



Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, melalui sidang khas itu nanti, Pakatan Rakyat akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan berhubung langkah yang wajar diambil selaku negara anggota PBB dan OIC.



“Kita juga desak kerajaan Malaysia memanggil duta Mesir untuk memberi nota bantahan dan amaran berhubung tindakan kejam kerajaan sementara tersebut,” katanya.HD


Thursday, August 8, 2013

DR MAHATHIR DI GELAR SEBAGAI “MANUSIA PENUH KONTRADIKSI” : PAK LAH



Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad enggan mengulas kepada kritikan Tun Abdullah Ahmad Badawi terhadapnya dalam sebuah buku yang baru diterbitkan.

Sebaliknya, Dr Mahathir berkata bahawa beliau sedang mengkajinya sebelum membuat beberapa rujukan terhadapnya.


Dr Mahathir demikian ketika dikerumuni pemberita di majlis hari terbuka Aidilfitri di rumah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.



Ditanya sama ada beliau telah membaca buku ini, Dr Mahathir berkata: “Saya belum membaca buku itu, tetapi saya telah membaca (laporan mengenainya melalui) malaysiakini.com”.

Dalam buku baru bertajuk 'Awakening: The Abdullah Badawi Years in di Malaysia, Abdullah memberitahu editor buku tersebut bahawa Dr Mahathir mencampuri pentadbirannya dan menggelar beliau sebagai  “manusia penuh kontradiksi” MK

BUKU PAK LAH KEJUTKAN UMNO TIDOR



Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju dengan pandangan bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi bahawa isu pembaharuan dalam Umno merupakan salah satu cabaran terbesar yang dihadapinya.


Najib mengulas komen Abdullah dalam sebuah buku baru bertajuk “Awakening:The Abdullah Badawi Years in Malaysia”, termasuk isu Umno enggan untuk melakukan perubahan.


Najib berkata perubahan minda rakyat adalah “tugas yang amat besar” yang boleh mengambil masa beberapa generasi.


Katanya, beliau bersetuju dengan pandangan itu kerana Umno perlu berubah dan ia bermula dengan proses meminda perlembagaan parti.



Bagaimanapun, tegas beliau, mengubah fikiran rakyat adalah satu lagi tugas yang besar sekali, yang mungkin mengambil lebih daripada masanya sebagai presiden Umno.



“Ia mungkin memerlukan beberapa generasi untuk berubah,” kata Najib dalam sidang akhbar di majlis hari terbuka Aidilfitri di kediaman rasminya di Putrajaya.


Sementara itu, Bernama melaporkan Najib berkata untuk Umno menjadi relevan, ia perlu bergerak dengan masa supaya ia mencerminkan perubahan nilai2 dalam masyarakat.
    

“Saya percaya Umno telah mendapat mesej itu tetapi seperti mana2 parti politik, ia mengambil masa untuk berubah,” katanya pada sidang media di rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana di Putrajaya.



Beliau berkata: "Saya simpan komen saya dulu sehingga saya baca buku itu. Saya tidak boleh mengulas berdasarkan komen orang lain. Saya perlu membaca buku itu, (dan komen) berdasarkan tafsiran saya mengenai buku itu."

    

Najib juga berkata bahawa ia adalah mudah untuk mengkritik sebuah parti yang memegang kuasa seperti Umno.

    

“Ia adalah mudah untuk berjanji tetapi janji harapan tidak mudah apabila anda perlu menunaikannya. Anda mesti ingat bahawa banyak pihak di dunia menabur janji harapan dan telah gagal mengotakannya," katanya.

    

Apabila ditanya mengenai kenyataan Abdullah bahawa cabaran yang paling besar untuk beliau (Najib) adalah bantahan terhadap transformasi negara, Najib berkata program transformasinya adalah kesinambungan daripada apa yang telah dimulakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mencapai Wawasan 2020 di mana ianya disokong oleh penggantinya, Abdullah.

    
“Kini, ia adalah masa saya. Saya perlu mengotakannya. Jadi, itu adalah pandangan saya. Ini adalah kesinambungan (kerja) tiga perdana menteri untuk mencapai wawasan hebat untuk Malaysia," katanya.

“Saya kini bertanggungjawab untuk memenuhi wawasan ini untuk seluruh rakyat Malaysia. Beginilah saya melihatnya,” katanya sambil menjelaskan bahawa ia adalah komitmen untuk semua rakyat Malaysia yang teruja dengan Wawasan 2020.
    
Najib juga turut meminta semua rakyat Malaysia saling menghormati antara satu sama lain bagi memelihara keharmonian.
    
“Prinsip asas adalah bahawa jika kita mahu menjadi harmoni, umat Islam tidak harus menyinggung perasaan orang bukan Islam dan bukan Islam tidak boleh menyinggung perasaan umat Islam.
    
“Jika ada cara lain untuk melakukannya, ia adalah lebih baik tidak menyakiti perasaan orang. Jika berdasarkan siapa yang betul dan siapa yang salah, kita tidak akan bersetuju sama sekali.
    
“Jika anda mengambil pendirian berdasarkan bahawa tidak harus menyakiti perasaaan, maka kita akan menjadi negara yang aman buat selama2nya. Ini adalah impian saya untuk Malaysia," katanya – MK


Buku Pak Lah berjudul "Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia" dilancarkan dua hari sebelum Hari Raya.. Berita ini keluar di Malaysiakini atau lebih tempat dikatakan diwar2kan oleh Malaysiakini.


Kulit luar buku itu menunjukkan ianya disunting oleh Bridget Welsh dan James Chin. Bridget merupakan pensyarah SMU, USA

Tuesday, August 6, 2013

MELELEH AIR LIOR KAN - REZAB SELANGOR HAMPIR CECAH RM3 BILION




KUALA LUMPUR: Laporan kewangan terkini dari Jabatan Perbendaharaan Kerajaan Negeri Selangor menunjukkan rezab kerajaan negeri terus meningkat dari RM2.7 bilion sebelum ini kepada hampir mencecah RM3 bilion.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, wang rezab itu kemudiannya akan diuruskan mengikut satu garis panduan yang akan diumumkan dalam Belanjawan 2014 pada bulan November nanti.


“Dalam Belanjawan November nanti, kita akan terangkan bagaimana kita mentadbirkan rezab negeri, bagaimana penggunaannya jika perlu.


“Hanya lima tahun lepas kita asyik sibuk memastikan simpanan kita terkumpul, baru kali ini kita dah ada simpanan terkumpul dan sekarang kita boleh buat beberapa program menggunakannya dengan lebih tertib dan lebih efisyen,” katanya dipetik Selangorku.


Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Jom Shopping Bantuan Raya di Pandamaran, Klang semalam.


Ujarnya, pada ketika ini kerajaan negeri tidak menetapkan sasaran jumlah tertentu yang perlu ada dalam rezab negeri sebaliknya bergantung kepada keadaan ekonomi semasa.

“Terpulang pada keadaan ekonomi negeri, kalau ekonomi meningkat, hasil negeri meningkat dan tentulah simpanan negeri dipertingkatkan.


“Ekonomi ini ada turun naik, kalau ekonomi turun kita boleh gunakan rezab ini untuk menolong Kerajaan Negeri dalam pentadbiran,” ujarnya yang juga Adun Pelabuhan Klang.HD



Berita yang melelehkan air lior puak yang kehausan dengan rezab ni… Ini membuatkan boleh jadi marah…

MCA MAHU BELAJAR DARI PARTI KOMUNIS CHINA


MCA akan menggabungkan kekuatan Parti Komunis China (CCP) dalam usaha memulihkan parti selepas prestasi buruk dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.

Timbalan Presiden MCA Liow Tiong Lai berkata, kekuatan struktur CCP, sistem pendaftaran anggota dan pengurusan maklumat Internet dikenal pasti selepas lawatan enam hari ke China.


“Lawatan ke China bagi mempelajari kekuatan struktural CCP dan menggabungkannya dengan rangka dasar transformasi MCA,” kata Liow dalam sidang media di ibu pejabat MCA hari ini.

Liow yang mengetuai pasukan petugas transformasi MCA bagaimanapun menegaskan parti itu bukannya melihat kepada fahaman Komunisme.

NONE
“Lawatan itu tidak menyentuh langsung soal ideologi,” katanya.


Liow berkata, CCP merupakan parti yang “terbuka dan liberal” dalam mendekati masyarakat dan kekuatan stukturnya membolehkannya wujud dan berfungsi untuk lebih 90 tahun – MK


Selepas Umno membuat pendekatan kerjasama dengan CCP, MCA pula mengorak langkah yang sama…


Tahniah dengan pembaharuan era BN di Malaysia… Di Malaysia.. macai2 BN mengatakan DAP sebagai kommunis… Umno & MCA yang sebilik ngan Parti Komunis China (CCP) tidak pula di cop sebagai “talibarut” komunis???