Pages

Wednesday, July 31, 2013

PEREMPUAN MELAYU HINA AIDIL FITRI DENGAN ANJING.... (Video Di Dalam)




Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata beliau menerima banyak pertanyaan berhubung satu video di Youtube yang didakwa menunjukkan seorang pemuda menyambut hari raya dengan tiga ekor anjing.

Laporan Bernama menyebut, beliau telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menyiasat video yang didakwa menghina Islam itu.

“Saya menerima banyak pertanyaan mengenai hal ini walaupun SKMM belum menerima sebarang laporan mengenainya.”

“Oleh itu saya telah mengarahkan SKMM mengambil tindakan untuk menyiasat video tersebut,” katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Menurut laporan itu, video didakwa bertajuk '1 Hari di Hari Raya' itu menunjukkan seorang individu berjalan bersama anjing berkenaan dengan bunyi latar alunan takbir hari raya.

Video sepanjang hampir dua minit itu seterusnya menunjukkan aksi seorang individu membasuh kaki anjing dan juga kakinya sendiri.

Individu berkenaan yang diperkenalkan sebagai “Chetz” itu mengenakan baju Melayu dalam video berkenaan dan seterusnya menghidangkan kuih dan makan bersama anjing tersebut, menurut laporan itu lagi.

Video berkenaan menunjukkan keterangan: “Raikan Aidilfitri bersama2 tanpa mengira spesies, warna kulit dan asal usul” dan turut menunjukkan gambar anjing tersebut.

Sementara itu, satu laporan Utusan berhubung video sama hari ini karya berkenaan sebagai “perbuatan biadab mempermain2kan kesucian agama Islam sengaja dilakukan dalam bulan Ramadan.” – MK


Polis hari ini menahan jurulatih anjing Maznah Mohd Yusof, yang mencuri tumpuan ramai dengan video ucapan Hari Raya Aidil Fitri bersama anjing.

Maznah mengesahkan perkara itu dan memberitahu beliau kini ditahan di Bukit Aman.

Maznah ketika dihubungi Malaysiakini dengan tenang berkata beliau telah disoal siasat oleh polis Cawangan Khas dan pegawai dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Mereka tanya niat saya memuatnaik video itu (tiga tahun lalu) dan pekara berkaitan,” katanya. 

Peguam Latheefa Koya sewaktu dihubungi berkata Maznah menghubungi beliau sewaktu berada dalam kereta polis.

Katanya, Maznah juga memaklumkan bahawa beliau dibawa ke Bukit Aman dan mungkin akan ditahan selama 24 jam  – MK


Bertuahlah emak bapa dia mendapat anak yang pandai mencari peluang “glamour” dengan mengHINA agama sendiri…

Benar lah… Islam tidak semuanya Melayu.. Melayu tidak semua Islam… 2 identiti yang berbeza menunjukkan kegagalan UmNo memperjuangkan Bangsa Melayu untuk memartabatkan Islam terbukti  gagal dan auta semata2

Ini berbeza antara kes dia dengan Alvin yang menghina Islam kerana Alvin memang bukan Seorang Islam… Dia ni ditakrifkan oleh kerajaan bahawa Melayu itu Islam????


Wednesday, July 24, 2013

PENGUNDI DILIHAT BERATUR AMBIL DUIT DI RUMAH KETUA KPG




Pengundi telah dilihat beratur untuk mendapatkan wang tunai di luar rumah sekurang-kurangnya dua ketua kampung di Kuala Besut hari ini, kononnya untuk elaun perjalanan mereka.


Mereka dilihat di kediaman ketua kampung Lay Out dalam daerah mengundi Tok Saboh dan kediaman ketua kampung di kampung yang berdekatan.

NONE
Malaysiakini tidak menyiarkan nama kampung tersebut sementara menunggu untuk mendapatkan respons daripada seseorang daripada pihak berkuasa.



Menurut beberapa pengundi yang ditemui Malaysiakini berhampiran pusat mengundi di SK Kampung Nangka dan di luar rumah ketua kampung itu - kebanyakan mereka  enggan dinamakan - wang itu untuk pengundi yang pulang dari luar untuk mengundi.



Jumlahnya ialah antara RM50 bagi mereka yang pulang dari Kota Baru, sehingga RM200 bagi mereka yang pulang dari Kuala Lumpur.

NONE
Bagaimanapun, apabila diminta untuk mengesahkannya, seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai ketua kampung Lay Out, 'Rajees' menjawab, "Saya jutawan di sini. Saya boleh memberikan wang kepada sesiapa sahaja yang saya suka."



Ketika ditanya mengapa pengagihan wang itu dibuat serentak dengan hari pengundian pilihan raya kecil Kuala Besut, beliau mendakwa wang itu untuk duit raya.



Beliau menambah bahawa borang-borang yang dikemukakan oleh pengundi bagi menuntut elaun itu adalah bagi tujuan pengauditan.

NONE
Beliau enggan memberitahu nama penuhnya atau membenarkan gambar diambil di rumah, di mana kira-kira 50 orang beratur untuk menuntut wang mereka, dengan bendera BN dan menghias pintu pagar.



Sementara itu, seorang penduduk tempatan yang ditemui berhampiran rumah Rajees, yang ingin dikenali hanya sebagai 'Rizal', berkata wang itu adalah untuk elaun perjalanan dan perkara yang sama berlaku semasa pilihan raya umum lepas.



Keadaan yang sama juga dilihat di kediaman ketua kampung lain pada sekitar tengah hari, di mana Malaysiakini ternampak seorang kerani menyerahkan RM200 kepada pengundi manakala yang lain beratur menunggu giliran mereka.

NONE
Bagaimanapun, seorang penduduk kampung kemudiannya meminta wartawan Malaysiakini supaya beredar dari situ.



Malaysiakini tidak dapat memperolehi jawapan konkrit dari penerima wang tersebut sama ada penyokong parti politik tertentu sahaja yang menerima wang tersebut.



Menurut seorang daripada mereka - seorang pemuda dari Kuala Lumpur yang hanya mahu dikenali sebagai Hilmi -  dia dihubungi melalui telefon sebelum hari mengundi dan di masukkan ke dalam senarai nama. Dia juga ditemui berhampiran rumah Rajee.

Tuesday, July 23, 2013

PENGERUSI SPR / RAFIZI SIAPA JANTAN, SIAPA PONDAN



Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Aziz Yusof mencabar ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mengulangi tuduhan bahawa beliau dan timbalannya mempunyai kaitan rapat dengan pembekal dakwat kekal pada pilihan raya umum lalu, di luar Dewan Rakyat.

Aziz berkata, tuduhan tersebut fitnah dan dakwaan serius terhadap mereka, keluarga dan suruhanjaya itu sendiri.

"Kami berharap dalam tempoh satu minggu bermula hari ini, kalau dia betul-betul anak jantan, ulang dakwaan itu di luar dewan.

"Apabila kami mendapat kenyataan itu, kami akan berbincang dengan peguam-peguam kami untuk mengambil tindakan selanjutnya," kata Abdul Aziz dalam sidang media di Kuala Besut hari ini.

Rafizi sebelum ini mendakwa Aziz dan Wan Ahmad mempunyai hubungan rapat dengan pembekal dakwat kekal yang digunakan semasa pilihan raya.

Beliau juga mengulangi dakwaan itu di lobi Dewan Rakyat bahawa kepimpinan SPR mempunyai kaitan dengan pembekal dakwat kekal pilihan raya, setelah diminta berbuat demikian oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Ekoran itu, beliau terlepas daripada dirujuk ke jawatankuasa hak dan kebebasan, yang diusulkan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN-Kepala Batas). - MK -

MUFTI NAK LARANG PASAL RATU CANTIK... LARANG LA ORANG ISLAM...




Macam biasa la... Bila musim ratu cantik mula bergaya.... Mufti pun mula la heboh dengan urusan dia... 

Yang Mufti ni pun satu hal la plak... Yang pi dok larang puak Melayu tu per hal nyer... Nak larang... larang orang Islam dah la... Syariat Islam untuk orang Islam je...

Puak Melayu nak mampus ke... apa ke... bio kan... Umno kan menjaga Melayu... Bak kata Tengku Adnan SUA Umno... Umno berteraskan Islam... Islam ala UmNo la... ada menteri agama sendiri... 

Aku semakin meluat dengan isu ni... Mufti pun tak keluarkan fatwa untuk sukan renang dan gimnastik, gimrama dan segala macam yang berseluar dalam je tu...

Terlepas pandang... Lantak korang la... nak sangat jawatan Mufti ... tapi cari jalan dok nak kena laknat Allah....

BHO

Thursday, July 18, 2013

YUSOFF KALLA KOMPOMKAN BERITA HARIAN PEMFITNAH



Sebelum ini...


KUALA LUMPUR, 4 JULAI: Bekas Naib Presiden Indonesia, Yusoff Kalla membantah tindakan media arus perdana Malaysia yang memutar belit kenyataannya, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar memberitahu, beliau dihubungi Yusoff pagi ini melalui telefon bahawa rakannya di Indonesia itu tidak menyangka kenyataannya diputar belit sedemikian.

“Tulisan itu tak benar. Saya akan bantah,” kata Anwar, membacakan pesanan teks yang dihantar Yusoff Kalla kepadanya.

“Dari awal saya tidak yakin beliau akan mengeluarkan kenyataan sekeras itu,” kata Anwar memaklumkan rasa tidak puas hati Yusoff pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Menurut Anwar, artikel itu adalah terbitan sebuah laman blog tajaan Umno.

Tambahnya, Yusoff telah menghantar empat surat bantahan kepada Ketua Pengarang Berita Harian, Eksekutif Berita Harian dan Ketua-ketua Pengarang Kumpulan Berita Harian dan New Straits Times.

“Teman di Jakarta tidak senang. Dia kata ini bukan Pak Yusuff. Bukan caranya dia buat begitu. (Namun) setakat hari ini dan kelmarin belum ada pembetulan,” kata Anwar

Justeru Anwar memberitahu, peguamnya dan Yusoff Kalla akan menyelaras tindakan undang-undang terhadap media yang memfitnah kedua mereka.

“Mana-mana ahli Parlimen yang ulang akan kita rujuk kepada jawatankuasa hak dan kebebasan Dewan,” katanya.

Berita Harian pada 29 Jun lalu melaporkan berita kononnya Anwar mendapat dana besar pihak asing dari Turki, Amerika Syarikat dan Filipina untuk aktiviti perhimpunan Blackout 505.


Laporan tersebut memetik satu wawancara khas Yusoff Kalla bersama portal berita Merdeka On-line di Jakarta, Indonesia.

Wednesday, July 17, 2013

ZAHID : PEGUAM NEGARA MASIH BENGONG TUGAS POLIS



Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta Peguam Negara melihat sisi lain polis yang kini menjalankan tugas tanpa “taring” susulan pemansuhan Ordinan Darurat (EO).
    
Beliau berkata hanya dengan cara itu mereka akan memahami beban yang terpaksa dipikul pasukan berkenaan dalam membanteras jenayah di negara ini.
    
“Kami tidak mahu menyanggah apa yang dilakukan oleh Peguam Negara untuk melakukan transformasi. Tetapi fahamilah tugas polis yang ‘toothless’, yang tidak ada gigi bila EO ini tidak ada.

    
“Jangan lihat dari segi perundangan sahaja, lihat dari aspek bagaimana masyarakat keseluruhan harus dijaga, bagaimana jenayah harus dibanteras dan hukuman harus dibuat kerana tidak semua perlakuan jenayah ada saksi dan bukti yang nyata,” katanya.

    
Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Agensi Anti-Dadah Kebangsaan di Kajang malam tadi.


Sehubungan itu katanya, undang2 baru yang bakal diperkenal bagi menggantikan EO harus menyamai peruntukan EO bagi memberi kuasa kepada polis memerangi jenayah terutama membabitkan kes berat.

    
Menurutnya sejak EO dimansuhkan, kejadian jenayah berat meningkat 90 peratus dan membabitkan bekas penjenayah.

    
Beliau sebelum ini dilapor berkata susulan pemansuhan EO, lebih 2,600 tahanan di Simpang Renggam, Johor dibebaskan dan ada antara mereka yang kembali terbabit jenayah.

    
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid turut meminta masyarakat memahami kedudukan polis yang semakin kehilangan kuasa.

    
“Kami bukan mohon simpati pada masyarakat tetapi fahamilah tugas polis, sebab kalau kadar jenayah naik polis yang kena (dipersalahkan), tetapi apabila polis tangkap, dilepaskan... kononnya masalah teknikal dan pendakwaan yang tidak kukuh,” katanya. 

    
Sebelum ini Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar juga meminta agar undang2 baru menyamai EO bagi membendung jenayah terutamanya membabitkan  senjata api yang kerap berlaku kebelakangan ini.


    
Katanya ketiadaan EO dan tiada saksi yang tampil membantu siasatan menyebabkan penjenayah semakin berani melakukan jenayah yang radikal dan agresif termasuk membunuh menggunakan senjatapi.MK – 


Taring yang macamana agaknya yang Zahid nak agaknya ye??? Lesen untuk membunuh??? Masih tak cukup lagi ke kuasa yang ada??? Peningkatan jenayah kerana Polis terlalu menumpukan kepada pencegahan politik demi kekuasaan politik UmNo Be End.... 

Kita sorot kembali... dadah berleluasa... siapa kah taiko2 dadah yang didakwa??? Berapa ekor??? Yang ada hanya pengedar bawahan atau macai2 je... Mana kepala2 besarnya??? 


Kematian dalam tahanan Polis semakin meningkat, kekejaman pihak Polis dibuktikan dimahkamah… Apa lagi yang Zahid ngan PDRM nak??? Nak jadikan negara ni sebagai Negara Polis???

MENTERI ENGGAN SAHKAN NAMA PEMBEKAL DAKWAT SPR



Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim enggan mengesahkan pihak yang disebut oleh MP Pandan Rafizi Ramli semalam merupakan pemilik dan syarikat pembekal dakwat kekal yang digunakan pada pilihan raya umum 5 Mei.


Shahidan tetap enggan mengesahkan perkara itu, walau diasak berkali2 oleh MP Pakatan Rakyat, termasuk Rafizi ketika menteri berkenaan berucap dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, kes berhubung perolehan dakwat kekal itu juga kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kes ini dah rujuk pada SPRM. Biar SPRM yang uruskan. Syarikat yang bekal, saya serah pada SPRM untuk mereka lihat bagaimana mereka boleh cerita pada umum,” kata Shahidan.


Ahli Parlimen Arau itu bagaimanapun berkata, tender untuk membekal dakwat berkenaan tidak lagi akan diberikan kepada syarikat sama memandangkan "nama syarikat pembekal dakwat kekal telah didedahkan". 


Menurutnya, ia bagi menjaga kerahsiaan dakwat tersebut agar tidak diketahui umum. 


“Syarikat ini tidak akan diberi tender lagi. Bila orang dah tahu ini syarikatnya, tak bolehlah. Biar orang lain pula yang ambil alih sebab dakwat ini biar menjadi rahsia kepada SPR.”


Rafizi semalam mendakwa syarikat yang membekal dakwat berkenaan ialah Integrated Challenger (M) Sdn Bhd.

Malaysiakini telah cuba menghubungi syarikat berkenaan dan turut mengunjungi pejabat syarikat tersebut di Shah Alam hari ini untuk mendapatkan reaksi berhubung dakwaan berkenaan namun masih belum berhasil.


Dalam ucapannya hari ini, menteri berkenaan juga menafikan bahawa syarikat yang disebut oleh Rafizi semalam turut membekal topi dan baju-T untuk kegunaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Syarikat yang bekal dakwat ini bukan syarikat sama membekalkan topi dan baju-T seperti yang disebut Pandan. Semalam Pandan kata dikawal oleh syarikat yang sama,” katanya.


Shahidan turut menamakan tiga buah syarikat pembekal topi dan lima buah syarikat yang membekal baju-T tersebut.


Kenyataannya itu bagaimanapun disangkal Rafizi yang mencelah dan mendakwa syarikat pembekal dakwat kekal dan pembekal topi dikawal oleh orang yang sama. 

“Syarikat bekal topi dikawal oleh orang yang sama (bekal dakwat kekal),” kata Rafizi.


Shahidan yang enggan mengalah kemudiannya meminta agar Rafizi membuktikan dakwaan tersebut terlebih dahulu. 


Turut menyertai perbahasan ialah Tian Chua (PKR-Batu) yang meminta Shahidan menerangkan sama ada kontrak membekalkan dakwat tersebut dibuat secara rundingan terus atau tidak. 


Mengulas perkara itu, Shahidan memberi jaminan bahawa perolehan berkenaan dijalankan mengikut prosedur.

“Kalau tak ikut prosedur sudah pasti dia akan ditangkap. Semua tahu pegawai kerajaan paham tentang prosedur. 


“Tidak ada siapa berani sekarang ambil kontrak kerajaan secara runding terus,” katanya lagi. 

BONGKAR !!! RAFIZI DEDAH PEMBEKAL DAKWAT KEKAL PRU-13 (video di dalam)



16 Julai 2013 - Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini mendedahkan pembekal dakwat kekal di Dewan Rakyat dengan menyatakan individu itu "rakan rapat" pemimpin tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mendakwa kontrak berkenaandiberikan secara rundingan terus.

“Kontrak dakwat kekal ini diraih oleh seorang pakar rundingan terus bernama Mohd Salleh Md Ali, nombor kad pengenalan 671112665021 (IC asal dari Singapura).


“Dikhabarkan pakar rundingan terus ini mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin negara, malah juga dikatakan rapat dengan Pengerusi SPR dan Timbalannya,” katanya di Dewan Rakyat.


Kontroversi dakwat kekal menjadi pertikaian dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu selepas ia mudah ditanggalkan walaupun hanya dengan membasuhnya.


SPR yang didesak mendedahkan pembekal dakwat itu berkeras enggan berbuat demikian atas alasan “isu keselamatan”.


Rafizi berkata, Mohd Salleh memiliki tiga syarikat yang mendapat banyak kontrak kerajaan secara rundingan terus, antaranya Integrated Challenger Malaysia Sdn Bhd yang didakwa membekal dakwat pada pilihan raya 5 Mei lalu.


“Ada tiga syarikat yang dikawal oleh niagawan bernama Mohd Salleh termasuklah satu syarikat bernama Integrated Challenger Malaysia Sdn Bhd.


“Daripada syarikat ini, ada dua lagi syarikat yang masuk menerusi rundingan terus yang dikawal oleh Md Salleh menggunakan nama kerani syarikatnya, Norsiah Yusof.


“Beliau adalah ahli pengarah dalam syarikat yang dikawal Mohd Salleh,” katanya ketika perbahasan perbekalan tambahan Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat hari ini.


Rafizi mencabar kerajaan untuk memberi penjelasan dan tidak hanya berdiam diri kerana perkara itu boleh mendorong kepada tanggapan buruk terhadap pengendali pilihan raya.


Beliau juga meminta menteri berkaitan mengesahkan pendedahannya mengenai pembekal dakwat kekal itu pada sesi penggulungan.


“Sebab itu dulu saya minta SPR dedahkan sebelum kita yang dedahkan. Ini kerana ia akan datangkan pelbagai persepsi tidak baik. Bukankah lebih baik beritahu awal2,” katanya.


Semalam, Pakatan Rakyat (PR) mengemukakan saman ke atas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana membuat kenyataan palsu berhubung dakwat kekal serta kandungan nitrat perak dalam dakwat berkenaan.


Minggu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim bertegas SPR tidak bercadang untuk mendedahkan syarikat pembekal dakwat...






Monday, July 15, 2013

UMNO DAH MULA GILA... WARTAWAN KANAN PUN HENTAM NAJIB... DOK TUNGGU UMNO LAGI...



Bulan puasa ni memang aku malas nak menulis... jadi aku pinjam je tulisan Selatan Online untuk blog aku ... nak share... sebab Melayu semakin SESAT di bawa UmNo sekarang...

Yang aku pelik tu... depa ni masih dok tunggu dalam UmNo lagi... Memang dah jadi adat UmNo dari zaman Tun Madey Kutti sebagai PM mesti pi Vatican City... nak berdakwah la konon kot... hehehe...


Bila Duta Vatican bercakap pasal kalimah... korang kalut la plak...

La ni.. hampa kalut nuuuuu... hehehe.... Mengikut Selatan Online :


Hari demi hari kedengaran suara-suara sumbang yang mempertikaikan kewibawaan dasar-dasar DS Najib yang jelas tidak menguntungkan umat Islam dan kaum Melayu negara ini. Semua pihak sudah mula bersuara tanpa selindung lagi. 

Hari ini warga blogger digegarkan dengan posting terbuka oleh dua Tokoh Wartawan Negara yang sungguh tajam, pedih dan lebam. 
 
Pada pukul 10.53 pagi blogger Zam Maidin, Tokoh Wartawan Negara 2006 di dalam posting blog nya menulis “Apakah Datuk Seri Najib lebih mementingkan perasaan Vatican City dari perasaan umat Islam di negara ini yang lebih penting kepada masa depan politiknya? 
 
Pandangan umat Melayu dan Islam di negara ini ialah Vatican City tidak penting kepada Malaysia,tidak merugikan negara ini walaupun tanpa ketiadaan dutanya disini. 
 
Mungkin kehadiran duta ini berguna bagi pilihanraya ke 13 tetapi tidak memberikan faedah kepada Plihanrya Kecil Besut sebaliknya cabarannya kepada Malaysia yang mendedahkan ketakutan kerajaan Malaysia untuk bertindak tegas akan memberi kesan kepada Pilihanraya Kecil Besut". zamkata.blogspot.com
 
Manakala pada pukul 11.13 pagi pula blogger Kadir Jasin juga yang merupakan penerima Tokoh Wartawan Negara 2011 pula menulis dengan penuh sentalan “Sebelum kita tuntut Archbishop Morino disingkir, tanyalah dulu kenapa Mohd Najib ke Vatican dan berjumpa Pope Benedict XVI pada 18 Julai 2011? 
 
Mohd Najib sendiri kata, lawatannya ke Vatican adalah untuk “berbincang dan bekerjasama dengan mereka yang cintakan keamanan, kedamaian dan mereka yang menghormati kepada kepimpinan Islam.
 
Jadi, dengan campur tangan Morino itu, adakah Mohd Najib telah berjaya menjalin kerjasama dengan mereka yang cintakan keamanan, kedamaian dan mereka yang menghormati kepada kepimpinan Islam?".  kadirjasin.blogspot.com
 
Melihat episod demi episod ini sama-sama lah kita tunggu bagaimana kah berakhirnya episod kepimpinan Najib.

Sunday, July 7, 2013

BONEKA AS KUASAI MESIR – AS NGAKU MASUK CAMPUR



SEJAK hari pertama penggulingan Presiden Mohamed Mursi, khabar angin bertiup kencang mengenai kemungkinan nama ejen Amerika Syarikat (AS) Mohamed ElBaradei bakal tersenarai dalam kerajaan sementara Mesir sebagai Presiden atau Perdana Menteri.

Namun kini segalanya terus menjadi persoalan apabila pemenang Anugerah Nobel Keamanan dan bekas Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu itu mungkin bergelar Perdana Menteri selepas berjaya dilobi AS dengan alasan untuk meredakan dan menangani krisis di negara itu selepas bergolak sepanjang minggu lalu.


Ketika perkara itu terus menjadi persoalan, Dataran Tahrir dan Dataran Raba’ah masih bermandi darah. Kumpulan anti Mursi didalangi pergerakan Tamarod yang suatu ketika dahulu pernah menggulingkan bekas Presiden diktator Hosni Mubarak pada 2011 meneruskan protes hingga puluhan nyawa terkorban dan ribuan cedera.


Agensi berita Mena dan beberapa sumber pegawai mengesahkan, pelantikan ElBaradei dibuat selepas Presiden sementara Adly Mansour mengadakan perbincangan dengan beberapa pemimpin dalam barisan kerajaan sementara termasuk tentera semalam.


Penasihat dan jurucakap presiden sementara, Ahmed al-Muslimani yang baru dilantik kelmarin berkata, ElBaradei adalah pilihan logik dan terkuat,” menurut laporan itu.


Sebelum lantikan dibuat, Angkatan Tentera Mesir diketuai Jeneral Abdel Fattah al Sisi sedaya upaya meyakinkan ‘parti atas pagar’ Salafi Al-Nour  untuk serta menyokong pelantikan itu.


Kini, Angkatan Tentera Mesir, pergerakan Tamarod, Parti Penyelamat Negara dan penyokong anti Mursi bersorak di Dataran Tahrir dan di hadapan Istana Ittihadiya  bagi menyokong pelantikan tersebut. Sementara, jutaan penyokong Mursi mengalirkan air mata dan masih terus berkabung atas penggulingan insan bergelar Hafiz itu.


Usaha penyokong Mursi untuk melihat pemimpin itu dibebaskan masih dilakukan dengan jutaan pengikutnya berhimpun melakukan solat Hajat dan berkhemah di luar Masjid Rabaa al-Adawiya, Kaherah dengan ulama terkemuka Mesir, Yusuf al-Qaradawi mengeluarkan kenyataan meminta jutaan rakyat Mesir meneruskan sokongan ke atas Mursi.


AS mengaku desak Mursi meletak jawatan sejam sebelum digulingkan


Penasihat kanan Mursi yang juga diarahkan untuk perintah berkurung ketika penangkapan Presiden itu, Essam al Haddad mendedahkan, sejam sebelum Mursi digulingkan, Penasihat Keselamatan AS Susan Rice menghubungi Mursi memaklumkan rampasan kuasa oleh tentera akan berlaku sekiranya beliau terus berdegil enggan meletakkan jawatan.


“Menteri Luar Arab sebagai wakil kepada AS telah menghubungi Mursi mendesak supaya melepaskan jawatannya itu bagi mewujudkan peralihan baru dalam Kabinet  atau tentera akan melakukan rampasan kuasa,” katanya.


Essam berkata, ketika itu beliau ada bersama Mursi di rumah Pengawal Keselamatan Republikan dan Mursi terus berkeras enggan melepaskan jawatan itu dan bersumpah untuk terus menyelamatkan Mesir.


“Mursi kemudiannya menghubungi Duta AS ke Mesir Anne W Patterson dan menyatakan pendirian beliau sebagai tidak akan melepaskan jawatan itu dan jangan masuk campur dalam urusan negara,” katanya.


Menurutnya, selepas Mursi selesai menghubungi Patterson, Rice kemudiannya menghantar  khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur sindiran.


“SMS berbunyi: ‘Ibu Amerika baru menghubungi kami, permainan ini akan tamat dalam tempoh sejam’-- (Ibu Amerika merujuk kepada gelaran sinis Mesir bagi kuasa Barat yang telah bertahun2 menyokong dan memberi berbilion dana kepada tentera Mesir). Sejam kemudian, SAH! Abdel Fattah mengumumkan penggulingan Mursi dan tentera mengambil alih kuasa,” katanya.



Campur tangan AS jelas


Jika disingkap, punca penggulingan dan desakan menjatuhkan Mursi melalui protes besar-besaran memang didalangi oleh AS dan tuduhan itu adalah jelas.


Pentadbiran Mursi selama setahun lima bulan itu goyah selepas dua kumpulan dalam pentadbiran beliau sering berselisih pendapat.


Ini kerana semua barisan penentang beliau terdiri daripada individu mempunyai hubungan rapat dengan AS manakala kumpulan penyokong beliau terdiri daripada gerakan Ikwanul Muslimin yang telah bertapak di Mesir lebih 80 tahun.


Sejak Mursi melantik Abdel Fattah sebagai komander tertinggi negara, Mursi selalu dituduh memonopoli kuasa dengan memberikan jawatan tertinggi kepada ahli Ikwanul Muslimin.

Essam berkata, lantikan Abdel Fattah merupakan kejutan kepada gerakan itu tetapi mereka menerima lantikan tersebut dengan hati terbuka selepas diberi keyakinan oleh Mursi apabila menggelar Jeneral itu sebagai ‘orang boleh dipercayai’.


“Ketika saya dan Mursi menghadiri mesyuarat di Washington Disember lalu, Barrack Obama mendesak supaya melantik wakil pembangkang untuk membarisi Kabinet. Setiausaha Negara, John Kerry pula pernah mencadangkan ElBaradei patut dilantik sebagai Perdana Menteri tetapi cadangan itu ditolak mentah oleh Mursi,” katanya.


Kini jelas, segala episod drama penggulingan Mursi tercatat dan dirancang dari awal oleh sekutu AS yang selama ini menjadi ‘musuh dalam selimut’ kepada pentadbiran MOHAMED MURSI...SHO

POLIS SIASAT DAKWAAN ATLET SUKMA DIROGOL


Polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung kes seorang atlet bola baling Sukan Malaysia (Sukma) 2013 yang mendakwa dirogol sekumpulan atlet lelaki di perkampungan sukan di Universiti Putra Malaysia, Rabu lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis memandang serius perkara itu kerana ia melibatkan imej sukan negara amnya dan perbuatan jenayah dalam kalangan atlet, khasnya.

“Laporan ini amat serius. Kita akan lakukan siasatan lanjut dan terperinci mengenai kes ini,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.


Akhbar hari ini melaporkan atlet remaja berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej universiti itu.



Mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dan susulan itu, polis menahan tiga atlet semalam untuk membantu siasatan. – MK

RM400 JUTA - SPR KATA BERBALOI... HEHEHE



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan RM400 juta yang dinyatakan pada persidangan Dewan Rakyat adalah jumlah siling yang diluluskan Kementerian Kewangan dan bukan jumlah sebenar perbelanjaan mengendalikan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Mei lepas.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata jumlah sebenar perbelanjaan PRU-13 hanya akan dapat diketahui apabila akaun perbelanjaan PRU13 ditutup memandangkan bayaran masih dilakukan pejabat-pejabat SPR negeri.

“Dalam soal bajet, kita telus kerana perbendaharaan akan pastikan setiap kos pada PRU disertai dengan butiran2 dan akhirnya akan diperiksa dan diaudit.


“Berdasarkan pengalaman kita, selalunya tidak melebihi jumlah besar atau jumlah siling yang diluluskan. Dasar SPR adalah ketika meminta peruntukan, kita tidak mahu apabila sampai setengah jalan, bajet tak cukup. Jadi kita akan membuat permintaan untuk jumlah atau anggaran besar itu,” katanya dalam temu bual dengan Bernama di Putrajaya.

Anggota Parlimen pembangkang mempersoal jumlah perbelanjaan SPR yang meningkat sekali ganda dalam tempoh lima tahun berbanding hanya RM200 juta pada PRU12.

Anggota Parlimen Rasah Anthony Loke Siew Fook menyifatkan sebagai tidak wajar pertambahan perbelanjaan seratus peratus walaupun bilangan pengundi yang terlibat hanya bertambah 20 peratus.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dalam jawapan bertulis kepada Loke pada Isnin lepas menyatakan kos perbelanjaan mengendalikan PRU13 adalah RM400 juta, dengan pecahan kos adalah elaun lebih masa RM5.018 juta, sewaan pengangkutan, borang semak daftar pemilih, peralatan ICT, sewaan talian, telefon dan faks dan lain2 RM98.465 juta, bayaran perkhidmatan dan saguhati semua petugas PRU RM204.1 juta serta perbelanjaan lain RM93.354 juta.


Wan Ahmad menjelaskan pertambahan siling peruntukan itu dibuat berdasarkan anggaran yang dikemukakan pejabat SPR setiap negeri sebelum dikemukakan untuk pertimbangan dan kelulusan Perbendaharaan.


“Setiap kali bila ada PRU, memang peruntukan meningkat sejajar dengan keadaan semasa. Biasanya Perbendaharaan lulus secara jumlah besar dan pengagihan bajet diberi berperingkat2, termasuk sebelum PRU,” katanya.


Sebagai contoh, setahun sebelum PRU13, SPR membuat pelbagai persiapan seperti mengadakan latihan kepada petugas2 di setiap negeri yang perlu dilakukan beberapa kali. Semua ini melibatkan kos dan merupakan sebahagian daripada peruntukan yang diluluskan itu, katanya. 


Katanya keseluruhan petugas SPR pada PRU13 kira-kira 235,000, termasuk pegawai pengurus, penolong pegawai pengurus, pegawai dan anggota penguatkuasa, petugas di tempat mengundi dan pemandu arah. 


Wan Ahmad juga menafikan para petugas diberikan bonus.


“Tidak ada bonus, cuma elaun sahaja. Laporan kata petugas SPR dapat bonus adalah tidak tepat sama sekali. Untuk elaun, itu memang meningkat sebab kita mengambil kira kos inflasi dan sebagainya.”


Beliau menjelaskan caj perkhidmatan dan saguhati untuk petugas SPR adalah besar memandangkan ia melibatkan pembekalan topi, baju-T SPR, vest SPR, payung serta cenderahati lain seperti pen, cakera padat (CD) dan buku panduan.


“Bayangkan semua ini untuk 235,000 petugas. Jangan lupa cenderahati turut diberi kepada mereka yang menghadiri taklimat pilihan raya, termasuk wakil2 parti politik dan petugas mereka,” katanya.


Beliau juga berkata SPR perlu menanggung kos petisyen pilihan raya selain menjelaskan perbelanjaan di sesetengah kawasan Parlimen memang lebih tinggi berbanding yang lain berikutan kedudukan geografi.


“Di Sabah dan Sarawak sahaja, untuk PRU-13, SPR menyewa lebih 60 helikopter dan lebih 1,000 bot laju,” katanya.


Walaupun Anggota Parlimen pembangkang mempertikai kewajaran pertambahan perbelanjaan SPR, rakan mereka daripada BN berpendapat pertambahan peruntukan itu sebagai sesuatu yang perlu dilakukan.


“Kalau tak cukup petugas, parti pembangkang juga yang kritik tak cukup. Kalau lebih, mereka kata membazir. Bagi saya, yang penting setiap peruntukan itu dibelanjakan dengan berhemah dan tidak ada penyalahgunaan,” kata Anggota Parlimen Simpang Renggam Liang Teck Ming.


Lagipun, tempoh pilihan raya umum ke-13 lebih panjang berbanding sebelumnya dan turut menyumbang kepada pertambahan perbelanjaan.


“Kali ini, kita ada dua minggu tempoh berkempen. Ia adalah satu angka berkadar. PR (pakatan pembangkang yang menggelarkan diri mereka sebagai Pakatan Rakyat) yang mahukannya (tempoh berkempen) lebih panjang, sekurang2nya 21 hari,” kata Anggota Parlimen Labis (BN-MCA) Datuk Chua Tee Yong.


Walaupun jumlah perbelanjaan pilihan raya kian meningkat, Wan Ahmad berpendapat ia tetap berbaloi dengan tujuan pilihan raya itu diadakan.


“Kita perlu melihat daripada sudut kesinambungan proses demokrasi. Tidak ada salah. Sebab itu ada negara2 maju yang sanggup berbelanja berjuta2 ringgit membantu negara mundur mengadakan proses demokrasi mereka.



“Bagi negara kita, tak ada satu sen pun kita minta sumbangan daripada luar sebab kita nak jaga kedaulatan proses demokrasi di negara ini,” katanya ketika mengakhiri temu bual. – MK