Pages

Sunday, June 30, 2013

‘AWAS, FACEBOOK ANDA DIPANTAU, CIKGU’



Jabatan Pelajaran Negeri Johor membentuk pasukan khas untuk memantau aktiviti guru dan guru besar di media sosial.

Pasukan itu akan memantau kandungan yang dimuat naik di laman Facebook atau sosial mereka, lapor Sin Chew Daily hari ini.


Harian berbahasa Cina itu memetik Pengarah Pelajaran Johor Mohd Nor Ghani sebagai mengingatkan guru besar dan guru supaya tidak mengeluarkan kenyataan antikerajaan di Facebook bagi mengelakkan ia mempengaruhi pelajar.


“Saya tidak mahu sebarang elemen politik atau perkauman dalam pendidikan, ini akan menjejaskan pelajar,” beliau dipetik sebagai berkata.



Bercakap dalam sebuah forum pendidikan semalam, Mohd Nor juga berkata, golongan pendidik sebagai penjawat awam tidak patut melakukan kesalahan dan mencipta masalah untuk diri sendiri.MK

Friday, June 28, 2013

SPR: DAKWAT LEBIH BAIK UNTUK P'RAYA KECIL K BESUT



Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata suruhanjaya itu akan menggunakan dakwat kekal yang lebih baik dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut.

Laporan Sin Chew Daily di lamannya hari ini menyebut demikian dengan memetik kenyataan Wan Ahmad.

Penggunaan dakwat tersebut menimbulkan kontroversi apabila terdapat pengundi yang berjaya menanggalkanya dengan mudah ketika pilihan raya umum 5 Mei.

Isu berkenaan kini menjadi antara perdebatan utama di Dewan Rakyat apabila seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim menjelaskan bahawa bahan kimia dalam dakwat kekal itu digantikan dengan bahan pewarna makanan.

Shahidan juga menjelaskan bahawa, nama syarikat pembekal tersebut tidak boleh didedahkan, didakwa atas sebab keselamatan.

Sementara itu, seorang lagi menteri, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor juga menjelaskan, dakwat tersebut tidak mengandungi bahan kimia berbahaya bagi memastikan keselamatan rakyat.

Ia berbeza dengan dakwat kekal yang kekal sehingga dua bulan seperti digunakan di India, yang menurutnya memberi kesan yang bahaya kepada masyarakat. 

Blok pembangkang pula masih belum berpuas hati dengan penjelasan kerajaan dan mengancam untuk mendedahkan nama syarikat pembekal dakwat tersebut.


MP Pandan Rafizi Ramli mendakwa syarikat pembekal dakwat tersebut bukan sahaja tidak mempunyai pengalaman dan dana untuk membekal bahan tersebut.MK

Tuesday, June 25, 2013

'Dr M ketengah Mukhiz sebagai naib presiden Umno'



WAWANCARA Dr Mahathir Mohamad didakwa mengetengahkan anaknya Datuk Mukhriz sebagai naib presiden baru Umno dalam pemilihan parti tetapi beliau mungkin akan menghadapi tentangan daripada penyandangnya Datuk Seri Zahid Hamidi.

Anggota Parlimen Kluang daripada DAP Liew Chin Tong (kanan) berpandangan demikian ekoran Zahid menurutnya tidak pernah digemari bekas perdana menteri itu.

"Agak jelas bahawa Mahathir mahu Mukhriz untuk bertanding sebagai naib presiden, yang bermaksud seorang naib presiden sekarang akan tewas," katanya, merujuk Zahid sebagai mangsa berpotensi.

Zahid pada 1998 pernah menghentam Mahathir dan menuntut budaya kronisme dan nepotisme ditamatkan. Beliau selepas itu ditahan bawah Akta Kesematan Dalam Negeri.
Seorang lagi naib presiden Datuk Seri Shafie Apdal daripada Sabah dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein - sepupu Najib dan anak perdana menteri ketiga Tun Hussein Onn - dilihat bakal selamat.

Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk melihat bagaimana hasil pemilihan akan terhasil kecuali Umno memutuskan tiada pertandingan untuk jawatan itu - MK




KES ALTANTUYA: HAKIM TERKHILAF




PUTRAJAYA - Hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dalam mensabitkan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) kerana membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, Mahkamah Rayuan di sini diberitahu hari ini.
   

Peguam Datuk Hazman Ahmad berkata anak guamnya Azilah Hadri, 34, tidak memiliki atau mengawal bahan letupan C4 yang didakwa digunakan dalam pembunuhan wanita itu.
   
"Tidak ada bahan letupan C4 yang disimpan di dalam stor Unit Tindakan Khas. Mereka (Azilah dan seorang lagi tertuduh) tidak dilatih mengendalikan bahan letupan dan bom. Bom dikawal ketat di dalam stor polis," katanya.

   

Beliau berkata rekod log Azilah menunjukkan beliau hanya dibekalkan sepucuk pistol Glock dan peluru.

   

Keterangan yang dikemukakan semasa perbicaraan mendedahkan bahawa Altantuya ditembak dan mayatnya diletupkan dengan bahan letupan di kawasan hutan yang dibersihkan pada malam 19 Okt, 2006.


Hazman berhujah terdapat ketidaktekalan dalam keterangan saksi pendakwaan berhubung maklumat yang dikatakan diberi oleh Azilah yang membawa kepada penemuan lokasi kejadian.

   

Beliau berkata Azilah tidak pernah mendedahkan lokasi Puncak Alam tempat Altantuya ditembak dan diletupkan, dan menambah terdapat salah laksana keadilan terhadap Azilah memandangkan polis terlebih dahulu memperoleh maklumat mengenai lokasi kejadian.

   

"Terdapat percanggahan serius dalam keterangan saksi pendakwaan dengan apa yang Azilah perkatakan," kata Hazman, yang berhujah dalam rayuan Azilah dan Sirul Azhar Umar, 39, terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 mensabit dan menjatuhi hukuman mati ke atas mereka kerana membunuh Altantuya, 28.

   

Mereka melakukan kesalahan itu di Mukim Bukit Raja di Klang dekat sini antara 10 malam 19 Okt, 2006 dan 1 pagi 20 Okt, 2006.

   

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, yang dituduh bersubahat dengan mereka, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Okt, 2008 tanpa dipanggil membela diri selepas pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya.



Hazman berkata hakim perbicaraan terkhilaf dalam undang-undang dan fakta ketika menerima sebagai keterangan maklumat yang diberi Azilah mengikut Seksyen 27 Akta Keterangan dan menggesa Mahkamah Rayuan supaya tidak menerima maklumat itu.

   

Hazman berkata Azilah memberi keterangan bersumpah dan disoal balas bertalu-talu oleh pendakwaan namun hakim menolak pembelaan alibi anak guamnya itu sebagai penafian semata-mata.

   

Sementara itu, peguam Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili Sirul Azhar berkata kegagalan pendakwaan memanggil DSP Musa Safri untuk memberi keterangan menjadikan perbicaraan kes itu sebagai perbicaraan silap.

   

Beliau berkata hanya Musa yang dapat mengesahkan kebenaran afidavit yang difailkan oleh Abdul Razak yang diterima Mahkamah Tinggi, dan kemudian membebaskannya (Abdul Razak).

   

"Terdapat bahagian dalam afidavit itu yang memudaratkan tertuduh dan pembelaan dinafikan satu-satunya cara untuk mencabar afidavit itu," katanya.



Beliau berkata pendakwaan tidak merayu terhadap pembebasan Abdul Razak.



Kamarul Hisham berkata rekod telefon Abdul Razak menunjukkan lebih 30 teks mesej yang dihantar penganalisis politik itu kepada Musa antara 7 dan 19 Okt, 2006, dengan 12 daripadanya direkodnya pada 19 Okt, 2006, malam Altantuya dibunuh.

   

Beliau juga berhujah di hadapan panel tiga anggota diketuai Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali bahawa penghakiman Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yassin tidak menyatakan motif pembunuhan itu.

   

Dua lagi hakim ialah Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat.

   

Kamarul Hisham turut berhujah Sirul Azhar terdedah kepada 'publisiti buruk' semasa perbicaraan sungguhpun tiga akuan berkanun dan salinan kenyataan beramaran dipercayai diberi oleh Sirul Azhar yang dimuat naik dalam laman web internet, menjadikannya satu perbicaraan silap.

   

Bagaimanapun, Apandi menempelak, dan bertanya di manakah dalam penghakiman itu hakim membayangkan bahawa beliau telah dipengaruhi.



Beliau berkata tidak mungkin bagi hakim secara umumnya akan terpengaruh dengan laporan media memandangkan mereka tidak ada masa untuk melayari laman web berikutan beban tugas mereka.

   

"Sekiranya penghujahan ini dibenarkan, maka semua perbicaraan jenayah, akan menjadi perbicaraan silap," kata Apandi, dan menambah hakim bertindak berdasarkan fakta dan keterangan yang dikemukakan dalam perbicaraan.


   

Pendakwaan yang diketuai Peguam Cara Negara II Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah akan berhujah esok. - SHO


Aku terfikir… apakah Hakim Mahkamah Tinggi yang mensabitkan 2 UTK yang terkhilaf ni tak berapa cerdik la agaknya ye… sebab tu la banyak khilaf yang dilakukannya...   entah la…

Deepak pula nak kata apa yer???? So... siapa yang lakukan??? Altantuya bunuh diri sendiri??? Kalau yer pun nak bunuh diri... wat per la mai jauh2... nyusahkan orang je... kan.. kan...

Yang menghancurkan dirinya tu "benda Allah aper lah agaknyer ye???? Ish ish ish... Semakin bodoh rakyat Malaysia ni...


Apa pun… Kadi Rabbul Jalil akan mengadili mereka yang terlibat… di dunia munkin terlepas… di Akhirat??? Aku harap FITNAH ni selesai dan dapat lah menyelamatkan PM aku dari diheret lagi.... 7 tahun tau beliau & isterinya serta keluarga terseksa dengan tuduhan keterlibatan dengan pembunuhan Altantuya ni.... 

Friday, June 21, 2013

IMIGRAN DAPAT KERAKYATAN JADI SU CAWANGAN UMNO




RCI SABAH Suruhanjaya siasatan diraja berhubung kes imigran hari ini diberitahu bahawa seorang warga Filipina yang memasuki Sabah menerima kad pengenalan biru dengan cara meragukan dan seterusnya menjadi seorang setiausaha Umno cawangan.


Shukur Abdullah, 53, berkata beliau tiba di Kudat bersama ibu saudaranya dengan menaiki bot pada 1976 sebagai seorang pelarian sewaktu konflik di selatan Filipina.


Setibanya di Kudat, Shukur berkata beliau memperolehi IMM13, satu dokumen untuk pelarian, selain pas bekerja dan seterusnya mengahwini seorang warga Filipina pada 1982.



Permohonannya untuk mendapatkan kad pengenalan hijau untuk taraf penduduk sementara ditolak namun cubaan keduanya, kali ini untuk mendapatkan kad pengenalan biru yang membawa taraf kewarganegaraan diluluskan.



“Saya menggunakan surat akuat dengan sokongan ketua kampung saya untuk permohonan itu,” katanya yang menambah, beliau menerima kad pengenalan biru kurang setahun selepas membuat permohonan tersebut - MK -

Wednesday, June 19, 2013

SAPA YANG TAK TIDOR MALAM - MUHYIDDIN / NAJIB ATAU KAK ROS???




Nampak sangat dah tak sabar-sabar ahli nak naik atau nak jatuhkan... hehehe 


Boleh jadi juga di taja kerana sesuatu... hehehe

Nampak gayanya Tengku Razaleigh Hamzah tak sempat hantar pencalunan camni...  Tak per... UmNo kan parti Demo Kerasi... calun jangan tak calun... pilih jangan tak pilih... salah pilih... tak pulih... hehehe


SUMBER

MELAHIRKAN DALAM TANDAS - SOSIAL TELAH MENJADI SO SIAL


Wahai gadis-gadis di luar sana.. saban hari berita seperti ini dipaparkan. Apakah satu hari nanti diri kamu juga akan melalui perkara yang sama..???


Ingatlah... kita sebagai manusia, dikurniakan akal dan iman... awasi lah nafsu kamu supaya tidak menjerumuskan diri sebagai HAIWAN... 

Seandainya Malaysia sebuah negara Islam contoh menerima pakai Kanun Jenayah Islam, anda akan disebat sebanyak 100 rotan untuk menebuskan keampunan dihadapan Allah kelak,

Kenapa cinta manusia yang diburu, sedangkan CINTA ALLAH diabaikan... bijak kah sedemikian... SHO

TPP - TAK DER FEKDAH


SHAH ALAM - Pakar ekonomi menyifatkan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) tidak mempunyai kesan positif kepada pengguna sebaliknya hanya memberi beban kewangan kepada golongan berpendapatan rendah.

Pensyarah Ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Amir Baharuddin berkata, walaupun perjanjian itu masih belum dimeterai, kerajaan perlu melihat sejauh mana kesan TPP kepada orang ramai sebelum membuat keputusan muktamad.

"Saya tidak nampak perjanjian ini beri sebarang faedah kepada pengguna, malah TPP lebih banyak beri kesan buruk kerana harga barang akan naik. Kerajaan perlu lihat adakah kesan baik lebih banyak dari buruk atau sebaliknya sebelum bersetuju menyertai perjanjian ini," katanya kepada Sinar Harian ketika mengulas sama ada perjanjian TPP akan beri kesan secara langsung kepada golongan berpendapatan rendah jika dilaksanakan.

Menurutnya, pengguna akan terima kesan akibat terma perjanjian tersebut yang pastinya menguntungkan Amerika Syarikat (AS)sebagai kuasa utama ekonomi dunia dan bukan negara lain.

"Kita perlu melihat sejarah lampau sebagai contoh dari perjanjian Pangkor 1874 sehingga perjanjian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), semuanya tidak menguntungkan kita. 

"Kita juga perlu ingat, jika AS tergesa-gesa untuk membuat sesuatu perjanjian pastinya, perjanjian itu tidak akan beri kebaikan kepada orang lain," katanya.



Selain Malaysia dan AS, sembilan lagi negara yang menyertai TPP adalah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam manakala Jepun dijangka menjadi negara ke-12 menyertai TPP semasa rundingan seterusnya pada 15 hingga 25 Julai ini di Kuala Lumpur.

Perjanjian TPP dipercayai akan memberi kesan buruk kepada Malaysia terutama dalam bekalan ubat-ubatan dan industri padi.

Amir berkata, kesan ke atas kedua-dua industri ini adalah yang paling ketara kerana AS masih memegang autonomi terutama terhadap ubat-ubatan asli.

"Kesan terhadap padi pula adalah, jika AS menjual harga padi dengan murah, ini akan memberi saingan hebat kepada syarikat tempatan. Kemungkinan pengeluaran beras negara akan berkurangan," katanya.

Menurutnya, negara tidak dapat membeli barang yang lebih murah dari negara-negara luar selain peserta TPP, dan kebanyakan barang keperluan pengguna negara ini adalah produk AS.
Kajian Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menunjukkan TPP akan menaikkan harga ubat-ubatan 60 hingga 80 peratus lebih tinggi berbanding sekarang.

Menurut laporan MTEM, AS mahu semua negara TPP bersetuju dengan hak Harta Intelek (IP) yang hanya akan beri pulangan tinggi kepada syarikat farmasi negara itu.

Difahamkan, penekanan kepada hak IP ini hanya memberi keuntungan kepada syarikat gergasi kerana ubat generik, iaitu ubat lebih murah berbanding ubat asli namun mempunyai kesan yang sama dalam perubatan, tidak akan dibenarkan untuk dijual di pasaran negara peserta TPP.

TPP juga dijangka beri kesan buruk ke atas industri padi negara apabila beras dari AS yang menerima subsidi tinggi kerajaan negara itu, turut dipasarkan di Malaysia.

Bulan lalu, Kesatuan Kerjasama Pertanian Pusat Jepun turut menentang keputusan kerajaan negara itu menyertai rundingan TPP kerana petani Jepun bimbang mereka akan terpaksa bersaing dengan produk padi dari AS melalui penghapusan cukai produk pertanian.


SHO dan DISINI