Social Icons

Pages

Thursday, April 11, 2013

NOH OMAR ANTARA SENARAI CALUN2 UMNO BE END YANG DILUPUSKAN UNTUK PRU13...




APA LAH DAH JADI NGAN UMNO BE END NI... SUASANA SEMAKIN SERABUT DAN TAK MENYELESAKAN... BANYAK JUGA DILUPUTKAN TARIKHNYA...

ADA YANG TENGAH MENANGIS, TERMENUNG, BERKIRA-KIRA NAK USUNG BENDERA PKR, ADA YANG NAK USUNG BENDERA PAS, ADA PLAK TU YANG DOK KATA DAP TU KOMUNIS TAPI NAK USUNG BENDERA DAP... HA HA HA KAH!!!!


PELIK SUNGGUH PUAK TAK ADA ISTIQAMAH DALAM PERJUANGAN... MASING-MASING NAMPAK PERIUK NASI NAK MASUK PASIR, MULA CABUT KERIS NAK BENAM KAUM SENDIRI... KAH!!!!

AKU DOK KATA LAMA DAH... MACAI MACAI UMNO BE END TAK PERCAYA... UMNO BE END BUKAN NAK JAGA ORANG MELAYU... DEPA JAGA PEGHUT DEPA JE... KAH!!!!

LA NI JELAS DAN TAHUAN LAAAA... KORANG TUNGGU APA LAGI???? NAK BENGONG LAGI???? INI KALI LAH.... UBAHHHHHH !!!!!!!!!!! KAH!!!

NAMA NAMA HEBAT YANG DIGUGURKAN :
1.   Nor Mohamed Yakcop
2.   Awang Adek Hussein
3.   Shahrizat Jalil (she already announced not to contest)
4.   Noh Omar
5.   Abdullah Ahmad Badawi
6.   Abdullah Md Zin
7.   Abu Seman Yusop
8.   Azalina Othman
9.   Azmi Khalid
10. Baharum Mohamed
11. Bung Mokhtar Radin
12. Halimah Mohd Sadique
13. Hamim Samuri
14. Ismail Kassim
15. Jamaluddin Jarjis
16. Lilah Yassin
17. Mohd Nazri Aziz
18. Mohd Johari Baharum
19. Mohd Zin Mohamed
20. Rafidah Aziz
21. Rosnah Abdul Rashid Shirlin
22. Tengku Adnan Tengku Mansor
23. Shahrir Samad

TIDAK DI BENARKAN BERTANDING
1.  Reezal Merican
2.  Abdul Azeez Abdul Rahim

TIADA KELAYAKAN
1.  Abdul Rahim Tamby Chik
2.  Mohd Isa Samad
3.  Radzi Sheikh Ahmad
4.  Syed Hamid Albar

Wednesday, April 10, 2013

ORANG ASLI BUAT SAKIT KEPALA NAJIB BERTAMBAH-TAMBAH LAAA... ALAHAI PANADOL....







Dok Kalut dengan MCA tak bagi kerusi, MIC nak kena lepaskan kerusi, UmNo bawahan nak protes... Nah haih... fix-asset Be End dari Orang Asli plak nak bertanding...

Nasib ya nasib... kenapa lah malangnya nasib mu... apa lah ilmu yang ko pakai, semakin memBRIM, KLIM, tah apa apa lagi, Orang Asli pula jadi cerdik... Awat la jadi lagu tuuuu




ORANG ASLI DIJANGKA LETAK CALON DI KAWASAN BN


Kumpulan masyarakat Orang Asli, yang dianggap sebagai deposit tetap BN sejak sekian lama, dijangka akan mengetengahkan beberapa orang wakil sebagai calon mereka untuk bertanding dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Naib presiden Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia Simpan Suda ketika dihubungi  Malaysiakini  berkata, antara kawasan yang menjadi tumpuan kali ini adalah kawasan parlimen Rompin dan Bera di Pahang serta Tapah di Perak.

Menurutnya, antara nama yang disebut-sebut sebagai calon adalah peguam dan aktivis Amani Williams-Hunt @ Bah Tony dan seorang lagi adalah timbalan pengerusi biro Felda dan Orang Asal PKR, Bob Manolan Mohamad.

orang asli protest in putrajaya 170310Menurutnya, Bah Tony disebut-sebut sebagai calon parlimen Tapah manakala Bob Manolan, yang juga seorang Timbalan Ketua Cabang PKR, untuk kawasan dalam Parlimen Bera.


Kedua-dua kawasan parlimen itu dikuasai orang kuat BN dalam pilihan raya 2008 – kerusi Tapah disandang Datuk M Saravanan dari MIC dan Bera oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dari Umno.


Simpan yang pernah berkhidmat dua kali sebagai pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli pula berkata beliau sendiri bersedia untuk menjadi calon parlimen Rompin bagi merebut undi dari kira-kira 14,000 pengundi Orang Asli di kawasan itu.


Orang kepercayaan pengerusi BN, Datuk Seri Dr Jamaluddin Mohd Jarjis mengekalkan kerusi parlimen Rompin dalam pilihan raya 2008 dengan majoriti lebih 10,500 undi.


Mengulas lanjut, Simpan bagaimanapun berkata, calon untuk kawasan parlimen Rompin hanya akan diputuskan dalam pertemuan bersama 28 orang Tok Batin minggu depan – beberapa hari sebelum tarikh penamaan calon 20 April, katanya.


Menurutnya, mesyuarat itu juga akan menentukan sama ada wakil masyarakat Orang Asli itu akan menyokong calon Umno atau Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.


"(Pada)18 hari bulan esok barulah tahu siapa (calon) ke mana, (sokong) sebelah mana, itu tak tahu lagi," katanya kepada Malaysiakini.


Meski sokongan berkenaan masih belum jelas, calon dari kalangan Orang Asli itu dijangka akan menjejaskan majoriti BN sekiranya mereka benar-benar akan bertanding.


Ditanya mengenai kecenderungannya sendiri, Simpan juga tidak mahu menyebut perkara itu dengan nyata.


"Saya ini nak kata (sokong) Umno ke parti mana tak tahu. Tapi (ketua umum PKR Datuk Seri) Anwar Ibrahim datang ke rumah saya di Port Dickson (di Kampung Sunggala)," katanya sambil tertawa.


Kemunculan lebih ramai calon dari masyarakat Orang Asli ini dijangka akan meningkatkan tumpuan mereka untuk membawa isu yang membelenggu komuniti masing-masing – khususnya tuntutan berkaitan hak dan pemilikan tanah.


Kumpulan masyarakat Orang Asli setakat ini hanya mendapat seorang wakil di Parlimen – Senator Muhammad Olian Abdullah dari Umno. - MK -

MEDIA PERDANA TAK SIAR KESALAHAN SALAH LAKU TRIO SEKS


8 April - Mahkamah Jalan Duta menjatuhkan hukuman ke atas TRIO SEKS kerana menayangkan video lucah di Hotel Carcosa Negara pada Mac lalu

TRIO gila seks - Datuk T yang mengaku salah di denda telah dijatuhkan hukuman denda kepada Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan Bekas Bendahari Agung Perkasa, Datuk Shuaib Lazim.

Eskay di denda RM3,000, Shuaib RM1,500 dan Rahim RM1,000 atas kesalahan itu.

Persoalannya : ADAKAH MEDIA ARUS PERDANA MENYIARKAN KEPUTUSAN MAHKAMAH INI???

Kita tentu memikirkan kenapa membuat video seks ... tak ada pertuduhan???? Munkin undang2 negara ini membenarkan buat video lucah tetapi ada undang2 penyebaran dan penayanga... he he he pelik tak undang2 RIMBA ni?????

Inilah undang2 yang membiarkan pokok tumbuh meliar, kemudian mencantas rantingnya... akan menjadi hutan belantara la kehidupan manusia dari akhlak dan moral insan.

PATUT LA KATA NAMA CALUN 14 APRIL PI KE 20 APRIL - MASIH KELAM KABUT RUPANYA



MCA kecam usaha pembantu PM ambil Wangsa Maju


MCA Wangsa Maju menuduh Umno tidak mengamalkan 'semangat BN' dan mendakwa buktinya ialah usaha setiausaha politik Perdana Menteri, Datuk Shafie Abdullah, untuk "merompak" kerusi Parlimen Wangsa Maju daripada MCA.

NONESetiausaha Organisasi MCA Wangsa Maju,  Lim Choon Hong berkata Shafie (kiri) telah menjadi ketua BN Wangsa Maju dan "langkah seterusnya adalah mereka (Umno) akan mengambil kawasan pilihan raya kami".

Malah, Lim memberitahu satu sidang akhbar pagi ini bahawa ia tidak pernah pun dibincangkan dengan mereka.

Manakala timbalan ketua bahagian berkenaan, Ng Kiat Ling berkata MCA Wangsa Maju telah bekerja keras sejak bertahun-tahun di kawasan itu yang telah menjadi kerusi tradisi untuk parti itu di wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

"Anda (Umno) kini mahu mengambilnya (Wangsa Maju). Ini tidak adil kepada kami!" Kata Ng.

Wangsa Maju Umno telah mengintai kerusi itu sejak 2008 dan mahu Shafie, yang juga ketua Umno bahagian tersebut, bertanding di situ.

Jumaat lepas, Shafie menghadiri sesi solat dan makan tengah hari bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Wangsa Maju. Ini menimbulkan cakap-cakap bahawa Shafie telah mendapat restu kepimpinan Umno pusat untuk bertanding di Wangsa Maju.

Sejak minggu lalu, akhbar Cina membuat spekulasi bahawa MCA akan memberi laluan kepada Umno di beberapa kawasan Parlimen, termasuk Wangsa Maju dan Gelang Patah di Johor.

Bagaimanapun, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sehingga ini hanya mengesahkan bahawa Tronoh - sebuah kerusi DUN di Perak -  akan "dipinjamkan" kepada MIC.

Presiden MCA itu menjelaskan justifikasi di sebalik keputusan ini di  Facebook beliau, di mana beliau juga menggesa ahli MCA supaya bertenang dan mengelak daripada mensabotaj BN.

mca member ngo support yew teong look 100413 2Spekulasi bertiup kencang untuk seketika bahawa MCA telah bersetuju Umno mengambil alih kerusi Wangsa Maju dan ini meningkatkan lagi rasa tidak puas hati dalam MCA di peringkat akar umbi.
Kira-kira 3,000 ahli MCA dan penyokong berkumpul di majlis makan malam malam tadi, menuntut supaya ketua bahagian MCA Wangsa Maju, Yew Teong Look (kanan) dinamakan sebagai calon BN bagi kerusi tersebut.

Beberapa anggota parti meluahkan kemarahan mereka kepada presiden MCA kerana tidak memaklumkan kepada akar umbi mengenai dakwaan keputusan untuk memberikan kawasan tradisi MCA itu kepada Umno.

Perhimpunan merangkap makan malam itu yang diadakan di Danau Kota, Setapak, dianjurkan oleh kira-kira 80 organisasi tempatan. - MK -

KRONOLOGI KAPAL SELAM SCORPENE - APA SKRIP SETERUSNYA????



Skandal yang memakan belanja dan nyawa telah berlalu begitu lama. Sejak 2006 sehingga 2013 tanpa menjelaskan kepada rakyat marhaen sedangkan penghakisan wang rakyat begitu banyak sekali.

RM530 juta... bukan sikit oiiii... 20 keturunan

Ketamakan dan AMANAH sudah terhakis dari mereka yang mengaku ISLAM telah menyalahgunakan kuasa dan AMANAH mereka. 


makan tak habis tu... nak makan apa??? Nak ke sekali telan permata bernilai RM24 juta????.. Paling mahal pun nasi lemah RM50 sekali makan je... 

05 Jun 2002 Kerajaan Malaysia menandatangani dengan DCNS Perancis dan Sepanyol Navantia untuk perolehan dua kapal selam kelas Scorpene. Kontrak di buat secara rundingan terus dengan syarikat-syarikat pembuatan. Syarikat Primekar Sdn Bhd (kepunyaan keluarga Abdul Razak Baginda) dikaitkan dengan orang kuat dan sahabat Najib, menjadi perantara. 


Kontrak dibahagikan kepada dua bahagian
1. kos dua kapal selam Scorpene bersama-sama pakej meliputi Sokongan Bersepadu Logistik dan Latihan berjumlah Euro 969.15 juta dan

2. bayaran kepada Primekar Sdn Bhd dalam nama "PERKHIDMATAN PENYELARAS" untuk tempoh 6 tahun berjumlah Euro 114.95 juta.

Dengan kadar pertukaran matawang Euro :
Pembayaran untuk kos kapal selam antara RM2.14 Bilion (kadar pertukaran RM3.2 per Euro tahun 2002) hingga RM5.43 Bilion (tukaran RM5.6 per Euro 2008). Manakala kadar komisyen kira-kira RM540 Juta.



26 Julai 2006 - TLDM mengumumkan dua kapal selam diberi nama KD Tunku Abdul Rahman dan kapal kedua KD Tun Razak



06 Oktober 2006 - Altantuya datang kali kedua menuntut komisyen. Kedatangan kali pertama pada bulan Ogos di tahun yang sama..

Kali terakhir Altantuya dilihat keluar dari Hotel Malaya tempat penginapannya...

07 November 2006 - Polis menemui cebisan daging dan pakaian mayat Altantuya di Puncak Alam, Shah Alam. 2 Anggota UTK : Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar di dakwa membunuh Altantuya.

17 November 2006 - Abdul Razak Baginda di dakwa bersubahat dengan 2 anggota UTK.

18 Jun 2007 - perbicaraan kes bunuh Altantuya bermula... Pendakwaan berlangsung selama 151 hari dengan 84 saksi. Razak Baginda, Azilah dan Sirul sebagai tertuduh.


01 Julai 2008 - Penyiasat Persendirian, P. Balasubramaniam mendedahkan hubungan Altantuya, Razak Baginda dan Najib Razak dalam satu akuan bersumpah.



Bala menarik balik akuan bersumpah keesokannya.

05 Julai 2006 - Peguam Bala, Americk Singh Sidhu mengesahkan bahawa akuan bersumpah yang dibuat oleh Bala adalah secara rela.

31 Oktober 2008 - Razak Baginda dibebaskan, manakala Azilah dan Sirul dipanggil membela diri.

15 Januari 2009 - Azilah dan Sirul mula memberi keterangan bela diri.

09 April 2009 - Azilah dan Sirul dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Motif pembunuhan tidak ditemui.

03 September 2009 - Kapal selam KD Tunku Abdul Rahman tiba di Pelabuhan Klang selepas 54 hari pelayaran dari Perancis. Dilaporkan kapal selam hanya terapong, tidak boleh menyelam kerana kesilapan teknikal.

08 April 2011 - Laman web Perancis, Rue89 mendedahkan bahawa syarikat Perancis tidak pernah membayar Primekar Sdn Bhd sebanyak RM493 juta sebagaimana di dakwa oleh Kerajaan Malaysia (UmNo Be End). Perkara didedahkan berdasarkan perbicaraan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene yang berjalan di Perancis.

18 April 2011 - Suara Rakyat Malaysia - Suaram memutuskan melantik seorang hakim bebas di Mahkamah Perancis bagi membicarakan kes dakwaan rasuah pembelian Scorpene. Tiga peguam dilantik mewakili Suaram ialah Joseph Breham, William Bourdon dan Renaud Semerdjian.

10 Mei 2011 - Kerajaan Perancis mendedahkan dua komisen bernilai RM32.5 juta. Rasuah terbongkar ketika siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa Perancis namun tidak diketahui di bayar kepada siapa. 

Penemuan ini menunjukkan Kerajaan Malaysia membayar 2 kali rasuah kepada pihak tertentu.

Oktober 2011 - Isu rasuah menggegarkan masyarakat London. Peguam Joseph Breham akan mengadakan ceramah di majlis amal bagi memungut derma kos guaman kes Scorpene.


Skandal Scorpene tercetus pada berikutan siasatan pihak berkuasa Perancis menemui tiga e-tiket penerbangan ke Macau. 2 tiket disahkan didaftarkan atas nama Abdul Razak Baginda dan Altantuya Shariibuu.


Tuesday, April 9, 2013

MACAI UMNO KATA PR BAWA SEKSUALITI MERDEKA... BETUL KE????


SEMASA TUN MAHADEY MEMERINTAH... MARINA MENDAPAT PERUNTUKAN BESAR KERANA YAYASAN AIDS NYA MEMBAWA MASUK GAY DAN LESBIAN KEMALAYSIA... 

SIAP MENTERI KESIHATAN MASA TU, DATO FARID ARIFFIN MENUNGGU DI PINTU MASUK DENGAN KOMDOM PERCUMA UNTUK DIAGIHKAN.....

KES 1998 DULU... PUAK UMNO HAK BARU CELIK, MANA TAU INI SEMUA... KALAU DAH BERKEMBAN TU... DAH TAK ADA MALU LAGI... KALAU MALU TAK ADA... IMAN ADA KE???

PERKASA TELAH MEN"DAJAL"KAN AMBIGA KERANA SEKSUALITI MERDEKA... YANG HAIRANNYA... MARINA TAK PLAK DIDAJALKAN... HE HE HE ... TAKUT... PERKASA TAK ADA BOLA SEBAB MARINA ANAK TUN MAHADEY KUTTI... PENAUNG PERKASA BACUL....HE HE HE


YANG PELIKNYA TU... TUN MADEY KUTTI ADALAH PENAUNG PERKASA .. PERKASA TAK ADA "TELOR" NAK MELABLEKAN MARINA SEBAGAI DAJAL MAKSIAT LGBT.

ATAU MENUNTUT DILUCUTKAN KEWARGANEGARAAN MARINA & MAHADEY KUTTI NI????

ADA SESIAPA DIANTARA MACAI MACAI YANG BERANI KE DEPAN UNTUK BERTANYA KEPADA MADEY KUTTI ATAU MARINA???? 

Keganasan Bermula di Parit Sepadan, Parit Tengah, Dun Bukit Naning Muar



7 April malam, petugas kami telah dapati keganasan UmNo Be End telah bermula dengan membakar bendera PKR.

Nampak gayanya UmNo Be End dimana mana serupa je... mentaliti low.. kata UmNo Be End hebat... kenapa takut pada bendera... he he he

Macam Umno Be End pusat gak... kata hebat tapi fitnah DSAI tak berhenti henti... so.. konklusinya... UmNo Be End dari atas sampai bawah semuanya SAMPAH dan HAMPEH...

Tak caya???? Tengok lah di mana mana... kalau bas Jelajah Merdeka Rakyat kena baling batu, kena simbah cat, sekat dan macam macam gangguan... Trailer Jelajah PAS ditahan dengan menggunakan JPJ, Polis dan segala gangguan lain...

Hebat ke camtu... HEBAT SI LANUN......

RM100BILION LESAP-BILA SPRM NAK SIASAT MAHATHIR????



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM di desak menyiasat Tun Dr Mahathir Mohamed yang di palit skandal kehilangan wang pembayar cukai semasa sepanjang pentadbirannya.

Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Lee Khai Loon berkata, SPRM perlu  tegas terhadap pemerintah dan penjawat awam berpangkat tinggi supaya rasuah tidak sewenang-wenangnya berlaku.

"Kita tidak mahu SPRM hanya berani ambil tindakan ke atas ikan bilis dan membiar jerung bermaharajalela," katanya pada kenyataan media 1 Mac lalu.

Beliau merujuk pendedahan Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkaitan kehilangan RM100 Bilion sepanjang 22 tahun pentadbiran Mahathir.

Mahathir pula tanpa menafikan pendedahan itu, sebaliknya mencadangkan audit penuh terhadap penerimaan gelaran Tun dan bekas Perdana Menteri.

Monday, April 8, 2013

DSAI UMUMKAN CHUA JUI MENG DI SEGAMAT & HASAN KARIM DI LEDANG




TANGKAK, 9 APRIL : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Pengerusi Majis Pimpinan KEADILAN Johor, Datuk Chua Jui Meng sebagai calon Parlimen P140 Segamat , Johor

Manakala Naib Pengerusi KEADILAN Johor, Hasan Karim diumumkan sebagai calon bagi Parlimen P144 Ledang.


Pengumuman dibuat Anwar pada ceramah jelajah Merdeka Rakyat di Batu 16, Jalan Muar, Kg Anjung Batu, Tangkak malam tadi.

Pencalonan kedua mereka menamatkan spekulasi sebelum ini berkenaan kedudukan kerusi Parlimen yang bakal ditandingi pada pilihan raya umum ke-13.

Chua Jui Meng adalah graduan Lincoln’s Inn, London, manakala Hasan Karim, berkelulusan Bachelor of Laws dari University of London.

Penyertaan kedua mereka ke dalam KEADILAN pada 2009 dengan masing-masing berlatar belakang undang-undang mengubah lanskap politik negeri ini dan memberi saingan kuat kepada Umno-BN. 

UMNO PERTAHANKAN KALIMAH ALLAH??? TOLAK CALUN ULAMA MUDA...


Tahniah Umno Perlis kerana mengikhtiraf Ulama...

Tahniah ke takziah ya... aku sendiri tak pasti,, kut mana... apa pun kini terbukti memang umno mengiktiraf ulama!!


Ahli Umno Kangar protes pencalonan Fathul Bari
  | April 8, 2013
Protes tersebut diadakan sejurus sebelum presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba bagi mempengerusikan mesyuarat khas majlis tertinggi Umno Khamis lalu.

KUALA LUMPUR: Belumpun diumumkan senarai calon BN, sekumpulan ahli dan pimpinan Umno bahagian Kangar mengadakan perhimpunan di depan ibu pejabat Umno di PWTC Khamis  lalu kerana membantah cadangan pencalonan ulamak muda, Fathul Bari Mat Jahaya sebagai calon BN bagi parlimen Kangar. 

Perhimpunan tersebut diadakan sejurus sebelum presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba bagi mempengerusikan mesyuarat khas majlis tertinggi Umno.

Parlimen Kangar diwakili oleh bekas Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad.
Menurut sumber, empat bas bertolak dari Kangar pada malam Rabu untuk menyertai perhimpunan.

“Mereka bertegas menolak orang luar termasuk Fathul Bari sebagai calon Kangar  tidak kira siapapun yang memutuskannya,” kata sumber.

Difahamkan Timbalan Ketua Umno bahagian Kangar Azam Rashid dan Naib Ketua Bahagian merangkap Adun Sena Jamil Saad ; Mat Hassan (Adun Kuala Perlis); Aziz Had (Setiausaha Umno bahagian); Ramli Sharif (AJK); Radzi Dan (AJK); Haliza Hamid (Ketua Puteri) dan Aziz Majid (Ketua Pemuda) hadir dalam perhimpunan tersebut.

Bantahan

Azam dipercayai turut menyerahkan memorandum bantahan kepada Najib mengenai cadangan pencalonan Fathul Bari sebagai calon BN parlimen Kangar.

Menurut mereka,  Umno dan BN Kangar mempunyai ramai tokoh yang boleh diketengahkan. Selain Radzi, Kangar turut mempunyai beberapa nama lain yang berwibawa untuk bertanding di Kangar seperti Azam sendiri, Datuk Hashim Suboh (bekas Ketua Penerangan Umno Perlis) dan Azihani Ali (Exco Wanita Umno Malaysia ) Mat ketika dihubungi hari ini berkata,beliau menghadiri perhimpunan berkenaan.

“Perhimpunan tersebut hanya suara ahli Umno bahagian supaya menghormati kehendak Umno Kangar.

“Keputusan untuk mencalonkan Fathul Bari belum muktamad,” kata beliau.

Radzi yang hadir sama dalam perhimpuna itu, bagaimanapun enggan mengulas. Usaha menghubungi Aziz juga tidak tidak berjaya kerana panggilan telefon tidak dijawab.


Pasal apalah tak mau dia jadi calon,, sebab dia menikah dua dgn wanita Filipina ka,,, tak kan itu tak boleh kut... Sumber Klik Di Sini