Social Icons

Pages

Friday, September 21, 2012

KOMPOM DAHHHH… DALIL UMNO MEMANG KAKI FITNAH


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


KHALID SAMAD MENANG LAGI KES KE ATAS ADUN UMNO


PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini sebulat suara menolak rayuan  Exco Kerajaan Negeri Perak dan juga ADUN Sungai Rapat, Perak, Hamidah Osman dengan kos bagi mengenepikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam yang diberikan pada 1 Jun yang lalu.

Dalam keputusannya hari ini Mahkamah Rayuan yang dianggotai oleh Hakim Datuk Ramly Haji Ali, Datuk Zaharah Ibrahim dan Datuk Anantham Kasinather memutuskan bahawa mereka bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Mahkamah Sivil dan bukannya Mahkamah Syariah yang mempunyai bidangkuasa bagi mendengar kes tort.

Pada 1 Jun yang lalu Hakim Datuk Haji Zainal Azman telah menolak permohonan Hamidah bagi membatalkan saman Khalid Samad ke atas beliau atas  tulisan yang mengandungi tuduhan fitnah ke atas Khalid Samad di blog Hamidah http://hamidahosman.blogspot.com pada atau sekitar Januari 2010.

Antara lain di dalam blognya, Hamidah menyiarkan gambar super imposed Khalid Samad sebagaimana sebelah.
 
Dan beliau juga menulis antara lain “Golongan yang menyokong pengunaan ini terdiri daripada golongan Islam Liberal dan menariknya Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad menyokong kehendak Mubaligh Kristian mengantikan perkataan ‘God’ kepada didalam Bible kepada perkataan Allah. Kak Midah yakin kekesalan pasti bersarang jauh disudut hatinya dengan keputusan mahkamah ini.”

Beliau juga menulis “Sekalung tahniah buat parti PAS kerana melalui pembesarnya iaitu Khalid Samad, isu penggunaan nama Allah ini tercetus dan menaikkan semangat pihak kafir untuk menjahanamkan iman umat Islam di negara ini."

Atas tulisan beliau di blog tersebut Khalid telah melalui peguamnya, Tetuan Mohamed Hanipa & Associates memfailkan writ saman ke atas Hamidah di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas kausa tindakan fitnah.

Pada pendengaran rayuan hari ini Khalid Samad diwakili oleh Cik Azhana binti Mohd Khairudin dari Tetuan Mohamed Hanipa & Associates manakala Hamidah diwakili oleh Datuk Hafarrizam Haron dari Tetuan Hafarizam Wan & Aishah Mubarak.

Dengan keputusan Mahkamah Rayuan tersebut kes ini akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 20 dan 21 November 2012.Klik Sumber

Aku cuba2 meninjau blog tersebut… nampaknya Kak Midah Si Eksko tu memang tak ada telor….. DAH REMOVE... he he he

TUBUH LA AJK BANTERAS POLITIK WANG@RASUAH POLITIK... ADA BERAN....


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ




POLITIK WANG: DAP CABAR PRESIDEN MCA BUAT LAPORAN

IPOH – DAP Perak memberi tempoh 24 jam kepada Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek membuat laporan berhubung pendedahan yang dibuat beliau berkaitan politik wang, yang dikaitkan dengan  salah seorang pemimpin wanita MCA.

Setiausaha DAP Negeri, Nga Kor Ming berkata, laporan itu perlu bagi membuktikan integriti MCA dan Barisan Nasional (BN) sendiri dalam menentang amalan rasuah meskipun ia dilakukan ahli parti.
 
“Ini bukan pendedahan yang kita buat, tetapi dibongkar sendiri oleh pemimpin tertinggi kalangan BN, jadi sewajarnya beliau (Sok Lek) tampil membawa perkara ini kepada pihak berkaitan apatah lagi pihaknya menegaskan mereka mempunyai bukti yang kukuh,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi DAP, V Sivakumar, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Canning, Wong Kah Woh dan Ketua Pemuda DAP Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How.

Terdahulu, Soi Lek dilaporkan berang dengan tindakan seorang pemimpin wanita parti itu apabila dikatakan membelakanginya selaku pengerusi dengan melobi kalangan kompenan BN untuk mendorongnya dipilih mewakili MCA di Parlimen Gopeng pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kor Ming berkata, sekiranya dalam tempoh 24 jam tiada laporan dibuat, pihaknya melalui Pemuda DAP Ipoh Timur akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pendedahan itu.

“Jika beliau tiada keyakinan untuk membawa perkara itu, kita sedia membantu,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, DAP Perak akan membentangkan 23 resolusi sempena Konvensyen Tahunan DAP Perak ke-17 yang dijadualkan berlangsung 23 September ini.

Resolusi yang akan dibentangkan di hadapan 1,246 ahli daripada 174 cawangan DAP seluruh negeri itu antara lain mendesak agar Perdana Menteri menetapkan satu tarikh yang tepat untuk PRU13 bagi mengelak ketidakstabilan politik dan ekonomi negara.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng dijangka hadir menyampaikan ucapan dasar.Klik Sumber – 

Kalau dah ada rasuah politik atau politik wang... lapor la kat polis ke, SPRM ke?? atau tubuh la AJK BANTERAS POLITIK WANG@RASUAH POLITIK...

Ada Berani ke Soi Lek????? 



Thursday, September 20, 2012

KARIKATUR PERANCIS HINA ISLAM DI CELA - KARIKATUR MALAYSIA HINA ISLAM, CAMNA????


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



M'SIA SELAR KARIKATUR ANTI-ISLAM DI MAJALAH PERANCIS

Malaysia mengutuk sekeras2nya penerbitan karikatur anti-Islam di sebuah majalah satira mingguan di Perancis. 
    
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia amat kesal dengan tindakan biadab itu yang menggambarkan agama Islam secara negatif dan turut menyinggung sensitiviti umat Islam di seluruh dunia, terutama apabila karikatur ini diterbitkan selepas penyiaran video anti-Islam.
    
“Malaysia berpendirian bahawa kebebasan bersuara perlu dilaksanakan secara berhemah dan penuh tanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
    
Anifah (gambar kanan)  berkata masyarakat antarabangsa perlu mengambil pendirian tegas dan menolak ekstremisme dalam semua bentuk dan pada masa sama mengambil langkah2 untuk membendung perbuatan provokatif dengan apa cara sekalipun.
    
“Dalam hal ini, Malaysia menggesa kerjasama antarabangsa lebih erat dalam mempromosikan dialog dan pemahaman agama dan budaya antara satu sama lain bagi membolehkan masyarakat dunia hidup bersama dengan aman,” katanya.
    
Karikatur anti-Islam dan video yang dirujuk Anifah itu mempersenda dan memfitnah Nabi Muhammad SAW dan Islam sehingga mencetuskan bantahan daripada masyarakat Islam di seluruh dunia Klik Sumber
 


FATWA SOI LEK, POLITIK WANG BUKAN RASUAH - APA KATA MAJLIS PETUA KEBANGSAAN????


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



POLITIK WANG BUKAN RASUAH?????

Fatwa terkini Chua Soi Lek mengatakan POLITIK WANG BUKAN RASUAH…
Apa kata MAJLISFATWA KEBANGSAAN????
Apa kata ULAMA MUDA/MUDAH & TUA/TUAK UMNO????
Apa kata JAMIL KHAIR BAHAROM/MASHITAH dan sewaktu????

Korang piker sendiri la… kalau FATWA Chua Soi Lek mendahului ULARMAK2… jawabnya HAYUT la dengan intergrasi UMNO…. – Klik sumber – 


UMNO PEJUANG BANGSA??? AGAMA??? TANAHAIR???? BAT??? KELAWAR MAKAN DARAH...


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



UMNO BUANG PAPAN TANDA TULISAN JAWI


Negeri Johor yang terkenal dengan budaya Melayunya… terkenal dengan tertubuhnya UmNo sebagai pejuang agama, bangsa dan tanah air…

Apa dah jadi dengan agama????
Apa dah jadi dengan bangsa????
Apa dah jadi dengan tanah air????

Korang piker sendiri la… kalau dulu nama2 jalan di dahului dengan tulisan jawi, sekarang demi MCA ke??? Entah la… tulisan jawi hanyut dengan intergrasi UMNO…. – Klik sumber – 

KALAU TAK NAK SOKONG BN KELUAR KOLEJ - PR MENANG, MANGKOK NI NAK KE LETAK JAWATAN????


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



PENTADBIR UTHM UGUT MAHASISWA AGAR SOKONG UMNO/BN
  
SUDAH banyak kali didedahkan sebelum ini bahawa mahasiswa diugut agar menyokong Umno/BN oleh pihak universiti, namun belum ada mahasiswa yang berani merakamnya untuk dijadikan bukti.

Namun kali ini sebuah rakaman didedahkan bagaimana pentadbir Universiti Tun Hussin Onn, UTHM Parit Raja, Prof Amir Hashim mengugut mahasiswa agar menyokong Umno/BN. 

Berikut rakaman yang dimaksudkan. Sila tonton dengan mata dan telinga anda sendiri bagaimana selama ini mahasiswa diugut agar menyokong Umno/BN. sumber – 


TAHNIAH GENERASIKU… KAMU TIDAK RELA MARUAH KAMU DIPERKOSA…

AGAKNYA PROF AMIR HASHIM NI SANGGUP TAK MENELAN KAHAR DIA DENGAN MELETAK JAWATAN SELEPAS UMNO/BE END KALAH DALAM PRU13 NANTI???

K
ITA TUNGGU DAN LIHAT…..



MAHADEY BIMBANG BE END KALAH... OH ANAK KU!!!!!!!!!!


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



MALAYSIA RISIKO JIKA BN KALAH – KATA MAHATHIR

Tun Mahathir mula meluahkan rasa bimbangnya dengan alasan yang tak munasabah atau munasarawak…

Aku malas nak komen panjang2 sebab apa yang aku nampak ialah kebimbangan yang teramat terhadap masa depan politik anaknya si Mukhriz …

Kelambatan dan penangguhan PRU 13 akan menghimpit Be End sehingga ke “dinding” dengan menyemarakan lagi isu2 besar yang bakal terbongkar selain yang sedia ada seperti : Contohnya

ISU BENIH PADI NEGARA OLEH NOH OMAR LEBIH RM30JUTA…..



ISMAIL SABRI GELOJOH - SIAPA NAK JAHANAM SIAPA????


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



PEJABAT AG: SIASATAN KE ATAS SUARAM TAK LENGKAP

Pejabat Peguam Negara mengarahkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk menyiasat lebih lanjut akaun dan kesalahan lain yang berkaitan mengikut Akta Syarikat 1965, yang didakwa dilakukan oleh Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Suara Initiatif Sdn Bhd.
    
Timbalan Peguam Cara Negara II Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah semasa dihubungi hari ini mengesahkan bahawa kertas siasatan (IP) yang dikemukakan SSM tidak lengkap untuk Pejabat Peguam Negara merangka pertuduhan.
    
“Siasatan tidak lengkap dan IP dikembalikan kepada SSM semalam,” kata Tun Majid ketika ditanya berhubung laporan media bahawa pertuduhan terhadap Suaram dan syarikat itu dijangka dibawa ke mahkamah, sama ada hari ini atau esok.
    
Sementara itu, seorang pegawai Bank Negara mengesahkan bahawa siasatan ke atas akaun dan “jejak wang” Suaram dan syarikat itu masih berjalan.

Pegawai itu berkata mereka masih mencari “sumber dana itu dan jejak wang dan transaksi lain yang disyaki”, dan Bank Negara juga bekerjasama dengan agensi2 lain bagi mengelak kemungkinan berlaku pertindihan siasatan sebelum mengemukakan IP mereka sendiri kepada Pejabat Peguam Negara untuk arahan lanjut.
    
Baru2 ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bahawa SSM dalam siasatannya mengesan pelanggaran serius sekurang-kurangnya lima seksyen dalam Akta Syarikat oleh Suaram dan syarikat itu.
    
Menteri itu mahu siasatan dibuat bagi menentukan sama ada sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Amerika yang didakwa menyalur dana Suaram berkaitan dengan penyangak mata wang George Soros.
    
Ismail Sabri meminta Bank Negara untuk menyiasat perkara itu mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 dan Kementerian Dalam Negeri dan Pendaftar Pertubuhan untuk menentukan status Suaram – MK – 

Aku melihat sendiwara pertembungan antara kumpulan Tun Mahadey Kutti / TS Muhyiddin dengan Najib… Sekiranya siasatan ke atas Suaram diteruskan, hayat Najib akan musnah…

Najib terpaksa mencari hayat baru sekarang… soalnya sekarang siapa dibelakang Najib???

Nampak gayanya Ismail Sabri pun tak tahu nasibnya selepas ini…. 



SAMBUT HARI RAYA DENGAN BERBAGAI RAGAM....


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ




Setiap pemimpin bertanggungjawab pada orang2 yang dipimpinnya, ke mana ingin dibawa orang2 yang dipimpinnya, samada dekat kepada Islam, atau jauh daripada Islam.
Dekat atau jauh dengan Islam pasti membawa natijahnya masing2 yang rasanya semua pun tahu. Sebab, pengakhiran hidup kita pun diakhiri dengan 2 tempat yang berbeza, satu syurga yang nikmat, & satu lagi neraka yang penuh azab.

Terkadang kita dikelirukan oleh nikmat fana dunia yang tak punya nilai di sisi Allah lalu kita tenggelam dalam keseronokan yang sia2 itu.
Dan andainya ini yang terjadi kepada para pemimpin rakyat, yang ideologinya dihimpit semangat kebangsaan sempit, matlamat material semata & menyuburkan budaya hedonisme,  apakah faedahnya untuk rakyat jika mereka terus menyokong pemimpin seperti ini? Tidak ada langsung.
Dimasa kemanisan IMAN terletak??? Dimana keTAQWAan disandarkan??? Korang fikir lah sendiri… Islam dibudayakan… diadat-istiadatkan….

Tuesday, September 18, 2012

IMEJ PEMERINTAH MALAYSIA... INIKAH DIA????


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



MALAS NAK CITER PANJANG2 DAH…. KORANG TONTON, FIKIR SENDIRI… ITU LEBIH BAIK….

KALAU WARAS… BERFIKIR SECARA WARAS… KALAU “WIRE” TU SHORT… AKU GERENTI… KORANG ADALAH GILA…….. HE HE HE



MAHATHIR BOLEH DISIASAT KERANA SUBAHAT KONSPIRASI ATAS ANWAR


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ




EKSKLUSIF Bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad, yang memainkan peranan penting dalam dalam pemecatan timbalannya pada masa itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mungkin boleh disiasat kerana bersubahat dengan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan atas dakwaan mereka dan menyembunyikan fakta material.

Melainkan, Mahathir boleh menunjukkan bukti bahawa beliau mengambil langkah perlu untuk menghalang Gani dan Musa daripada berbuat demikian, kata bekas ketua CID Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim, yang bertanggungjawab ke atas siasatan kes mata lebam Anwar.

Mat Zain berkata, beliau menyatakan demikian berdasarkan pengakuan Musa dalam satu wawancara dengan Malaysiakini bahawa bekas ketua polis itu mengambil sampel darah Anwar daripada siasatan mata lebam Mat Zain untuk ujian DNA bagi satu kes lain – melibatkan dakwaan liwat.

Musa merupakan penyiasat untuk kes dakwaan liwat tersebut.

Mahathir dalam memoirnya A Doctor in the House (bab 53, halaman 684) menulis bahawa beliau yakin bahawa Anwar terlibat dalam aktiviti homoseksual berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Musa dan ketua polis negara pada masa itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor.

Perkara itu, dan juga soalsiasat ke atas mangsa yang didakwa, menyebabkan Anwar dipecat dan kemudiannya ditahan.

Anwar kemudiannya didakwa atas tuduhan liwat, yang digelar Liwat I, melibatkan pemandu Azizan Abu Bakar.

Mat Zain juga mempersoallkan keperluan Musa untuk "mencuri" sampel darah Anwar daripada Hospital Kuala Lumpur untuk menjalankan ujian DNA, sedangkan Musa – yang merupakan penyiasat untuk kes dakwaan liwat dan penyalahgunaan kuasa – didakwa telah menyiapkan siasatannya untuk dua kes tersebut.

Katanya lagi, pengakuan Musa kepad Malaysiakini juga mengesahkan pengakuan Dr Zahari Noor dari HKL semasa perbicaraan Anwar pada Disember 1998, bahawa Musa dan ASP Mohd Rodwan Mohd Yusof pada 15 Oktober 1998 secara paksa mengambil sampel darah Anwar yang disimpan di HKL – yang bertujuan untuk ujian HIV tetapi secara salah digunakan Musa untuk ujian DNA.

“Ini menimbulkan persoalan sama ada Musa benar-benar telah menyiapkan siasatan dalam dakwaan liwat dan mempunyai bukti kukuh untuk membuktikan Anwar bersalah, atau ada tangan ghaib yang menghasut atau memaksa beliau mereka bukti DNA pada tilam, yang menyebabkan Musa mengambilnya (DNA Anwar) dari HKL. Jika tidak, apa tujuannya?,” kata Mat Zain. MK



PM TANAM KEBENCIAN, TAKUTKAN MELAYU DEMI SURVIVAL UMNO


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ




Naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, perdana menteri cuba menakut-nakutkan orang Melayu dan Islam apabila menyatakan bahawa pilihan raya umum akan datang merupakan penentu kepada kelangsungan golongan itu.

Beliau juga percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga presiden Umno berkata demikian kerana "takut" dengan akan kehilangan kuasa untuk membentuk kerajaan.

Dengan mengaitkan slogan 1Malaysia BN, Mahfuz turut memperolok-olokkan usaha itu sebagai "Skim Takut 1Malaysia".

“Mereka takut kehilangan kuasa pada pilihan raya umum akan datang. Masih ada harapan lagi orang Melayu untuk berubah pendirian supaya tidak bersama Umno dan BN.” 

“Saya boleh katakan, mereka ini sedang jalankan Skim Takut 1Malaysia (ST1M) yang menunjukkan pemimpin Umno ada ketakutan dengan ambil pendekatan menakutkan orang Melayu,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Dalam ucapannya ketika menutup persidangan perwakilan Umno bahagian Pekan pada Sabtu lalu, Najib dilaporkan berkata hanya parti Umno dalam BN yang dapat “meneruskan perjuangan bangsa dan agama.”

Laporan Bernama itu menyebut, Najib berkata orang Melayu tidak mempunyai tempat bergantung harap sekiranya Pakatan Rakyat membentuk kerajaan kerana gabungan parti itu tiada parti Melayu yang menjadi teras pemerintahan seperti Umno dan BN.

Tanam kebencian

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata kenyataan Najib itu menunjukkan bahawa pemerintahan negara akan jatuh ke tangan bukan Islam sekiranya Umno tewas dalam pilihan raya nanti.

“Kenyataan ini bersifat secara halus dan tanam sifat kebencian orang Melayu kepada bukan Melayu. Seolah-olah kalau Umno kalah, orang bukan Islam ambil alih pemerintahan. 

“Mereka tanam pada diri orang Melayu dengan kebencian,” katanya lagi. 

Sambil menyifatkan kenyataan itu sebagai satu kenyataan yang sempit’, Mahfuz berkata, PRU-13 sebenarnya yang akan menjadi penentu survival politik Umno. 

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Pokok Sena ini menegaskan agar pilihan raya akan datang dapat menjadi peluang bagi bangsa Melayu merdeka daripada Umno.

“Kita telah merdeka selama 55 tahun. Tetapi apa yang perdana menteri kata menunjukkan sifat yang masih lagi belum merdeka. Jadi (pilihan raya umum ke-13) akan menjadi peluang bagi bangsa Melayu merdeka daripada Umno,” katanya lagi. MK


SUARAM MUNKIN DIHARAMKAN....?????


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Suaram sedia hadapi 'kemungkinan paling buruk'

NGO hak asasi manusia Suaram bersedia untuk menghadapi “kemungkinan paling buruk” dalam tindakan kerajaan ke atasnya, termasuk kemungkinan diisytiharkan sebagai pertubuhan haram.

Anggota sekretariatnya, Cynthia Gabriel berkata Suaram bersedia untuk menghadapi kemungkinan itu memandangkan menteri perdagangan dalam negeri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa NGO berkenaan mungkin boleh dituduh atas beberapa dakwaan.

“Beliau juga membayangkan bahawa Suaram merupakan sebuah pertubuhan haram, jadi kita bersedia untuk apa saja,” katanya.
 
Tambahnya, NGO itu hanya akan mendedahkan rancangannya apabila tiba masanya.

Gabriel berkata, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sengaja menggambarkan Suaram sebagai entiti berbeza daripada syarikat yang didaftarkan – Suara Inisiatif Sdn Bhd – untuk mengisytiharkannya sebagai pertubuhan haram.

“Kami percaya pihak berkuasa sebenarnya main kotor kerana mereka cuba bezakan Suaram dan Suara Inisiatif, sedangkan (kedua-duanya) satu (entiti) sama,” katanya. MK

Sunday, September 16, 2012

SABAH “FIX ASSET” UMNO BN SEMAKIN CAIR…


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



PEMIMPIN KELUAR UMNO PETANDA BN SABAH “GULUNG TIKAR’

TUARAN 16 Sept: Tindakan beberapa pemimpin terkenal keluar dari Umno BN Sabah petanda rakyat Sabah mahukan perubahan dan menamatkan kesengsaraan di bawah regim parti itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berucap sempena sambutan Hari Malaysia ke-49 malam semalam, beliau yakin rakyat Sabah sudah bersedia untuk menolak Umno BN pada pilihan raya akan datang.

“Saya ingat lepas ini, Umno boleh gulung tikar,” kata Ketua Pembangkang itu sambil disambut tepukan hadirin pada sambutan Hari Malaysia  di Restoran Singgah Singgarung di sini.

Namun, kata Anwar, rakyat Sabah harus berhati2 dan tidak terpengaruh dengan dakyah Umno BN yang menggunakan agama untuk memecah belah perpaduan bagi menyekat arus perubahan.

“Tapi kita kena ingat, niat kita mesti ikhlas untuk melakukan membuat sesuatu yang baik dan sentiasa menjaga hubungan baik antara agama.

“Umno BN sengaja mempermainkan agama untuk menanam prasangka antara orang Islam, kristian dan agama lain supaya membenci antara satu lain untuk meneruskan kekuasaan mereka.

“Oleh itu, tingkat kefahaman dan saling menghormati antara kita agar tidak tewas dengan agenda pecah belah Umno BN,” katanya.

Hadir sama, Presiden PAS, Haji Hadi Awang; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan pimpinan Pakatan Rakyat lain.

Terdahulu, Anwar Ibrahim mengisytihar bekas menteri dan Naib Presiden Perkasa, Datuk Yahya Lampong keluar Umno di Restoran Singgah Singgarung, Tuaran, Sabah.

Kurang 24 jam sebelum itu, bekas Bendahari Umno Sabah, Tan Sri Ibrahim Menudin dalam satu program di Labuan, mengisytihar keluar Umno dan menyertai KEADILAN.

Ia menjadikan sekurang2nya empat pemimpin terkenal Sabah meninggalkan BN dalam tempoh sebulan termasuk Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing.sumber – 



Sementara itu pada 8 Ogos lalu: Sokongan rakyat Sabah terhadap Angkatan Perubahan Sabah (APS) pimpinan Datuk Seri Wilfred Bumburing terus menggegarkan politik negeri itu apabila ramai lagi pemimpin BN mengikut jejaknya menyokong Pakatan Rakyat.

Terbaru, John Hussein meletak semua jawatan sebagai ahli Parti Bersatu Sabah (PBS-BN) dan ketua kampung bagi kawasan Kiulu dalam Parlimen Tuaran.

Menurut beliau, notis 30 hari diserah kepada partinya dan kerajaan negeri sejak 1 Ogos lalu.

John turut meletak jawatan Ketua PBS Cawangan Kampung Simpangan Lama dan Naib Pengerusi PBS Bahagian Kiulu dan kini menyertai APS.

“Saya bersetuju dengan kenyataan Datuk Seri Wilfred bahawa sistem penyampaian BN gagal memenuhi matlamat yang dikehendaki rakyat.

“Sebagai contoh, pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nabalu mengambil masa yang sangat lama untuk dilaksanakan dan kini pembinaannya terus terhenti tanpa penjelasan munabasabah,” kata John dalam satu kenyataan.

Beliau akan bekerjasama dengan dua bekas pemimpin Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Bahagian Tuaran, Lesaya Lopog Sorudim dan Daukim Gilu untuk membentuk dan menggerakkan APS Bahagian Kiulu.

Sebelum ini, Naib Presiden Upko yang juga Senator Datuk Maijol Mahap; Pengerusi Tetap, Datuk Herman Tiongsoh serta Ahli Majlis Tertinggi, Denis Gimpah dan Petrus Guriting turut mengisytihar keluar BN bersama Wilfred pada 29 Julai lalu.

Wilfred merupakan Ahli Parlimen Tuaran, bekas Timbalan Presiden Upko, Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka dan bekas Pengerusi BN Tuaran.

APS adalah pertubuhan bukan kerajaan yang memfokus pengundi Bumiputera Bukan Islam Sabah bagi menyokong Pakatan Rakyat untuk memerintah Malaysia.

Wilfred memulakan jelajahnya sejak 1 Ogos lalu dengan menggempur Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan dan Parlimen Keningau yang diwakili Presiden PBS, Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan.

Pairin mewakili kedua2 kawasan itu sejak 1976 hingga kini dengan beliau ketika ini turut menjawat Timbalan Ketua Menteri Sabah – sumber –