Pages

Friday, August 31, 2012

BAS JELAJAH MERDEKA DISERANG


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ





[DIKEMAS KINI] SHAH ALAM - Bas yang dilancarkan oleh PKR semalam sebagai kemudahan untuk menggerakkan Jelajah Merdeka Rakyat didakwa telah diserang di Kota Bharu, Kelantan awal pagi tadi.

Maklumat yang diperoleh siri mesej Twitter sejak awal pagi tadi menunjukkan bas tersebut, yang dipercayai tiba di destinasi pertama sejak dilancarkan semalam, disimbah dengan cat merah dan cerminnya pula dipecahkan.

Wartawan Sinar Harian di Kota Bharu melaporkan bahawa bas itu disimbah cat ketika diletakkan di hadapan Pasar Siti Khadijah.

Cermin depan bas PKR pecah dan disimbah dengan cat merah. - Foto Sinar HarianDifahamkan ia dilakukan oleh sekumpulan pemuda kira-kira jam 5 pagi tadi. 

Semalam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menaiki bas tersebut ketika berceramah di Tanah Merah.

Bas PRU PKR
Jelajah Merdeka Rakyat: Bas diserang di KB (Kota Bharu) jam 5 pagi - cat merah dan pecah cermin. Samseng bermarajalela. Staf ke IPD buat laporan, kata Anwar, yang juga Ketua Umum PKR menerusi Twitter sebentar tadi.
 
Dalam pada itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pula berkata, PKR akan mengadakan sidang media serentak di Kota Bharu dan juga ibu pejabat parti itu pagi ini untuk mengecam usaha menggagalkan jelajah  merdekarakyat.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihaknya akan mengumumkan butiran insiden itu pada sidang media pagi ini.

Butiran maklumat sedang dikumpulkan, akan dimaklumkan pada sidang media nanti oleh YB Azmin Ali (Timbalan Presiden) dan Rafizi, kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Anwar merasmikan Jelajah Bas sempena Aidilfitri di Petaling Jaya, semalam. Penggunaan kemudahan bas diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika 1 Syawal lalu.
Pada majlis semalam, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata,  PKR memulakan siri baru - Jelajah Merdeka Rakyat ke seluruh Semenanjung untuk mendekati dan menyampaikan mesej kepada rakyat agar beri peluang kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk mengubah Kerajaan Pusat.

Saifuddin berkata, siri jelajah itu diadakan secara berterusan sehingga Parlimen dibubarkan dan akan diteruskan sepanjang tempoh pilihan raya.

Menurutnya, jelajah itu juga adalah kesinambungan 20 siri program Merdeka Rakyat yang diadakan sejak tiga bulan lalu.

Menurutnya, ramai pemimpin PKR Pusat akan terlibat dalam siri jelajah itu dan mereka akan berada di Pahang, Kelantan, Kedah dan Perlis.

Bas itu mempunyai 19 tempat duduk, kemudahan wifi, tempat mesyuarat, tandas dan dilengkapi sistem bunyi dan pentas segera SH -


POLIS & UMNO TAKUT NGAN BISANYA PUISI A SAMAD SAID


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ




BISANYA PUISI A SAMAD SAID

Berikut aku perturunkan adalah petikan bait-bait penuh puisi A Samad berjudul Janji Demokrasi:

Malam amatlah indah walaupun kalbu masih terdera,
kita terpaksa menyambut senyum demokrasi yang lara.
Dataran Merdeka tak lagi dipupuk gah sejarahnya
kerana tak digalak ia untuk lebih bersejarah.
Kini di mana-mana sajalah Dataran Suara kita!


Angin sejarah yang tulen kini makin berhembus kencang
mencanda panji negara yang berkibar girang dan garang;
dan seragam gelombang kuning – diri kita yang sejati – 
menghimpun azam dan tekad untuk tulus damai berbakti,
menjeritkan: Janji Demokrasi, ya, Janji Demokrasi!


Kita mulai dihindar untuk mengalir ke Dataran;
di mana sajalah kini kita rai kemerdekaan.
Kita enggan menjadi wira ciplakan di dalam mimpi.
Kita laungkan jerit senyaringnya: “Janji Demokrasi!”
sehinggalah janji itu turut menjeritnya sendiri!




BACA SAJAK PUN SALAH KE???? NEGARA POLIS KE NI


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ




Polis siasat penganjur Janji Demokrasi

NONEPolis sedang menyiasat penganjur perhimpunan Janji Demokrasi di kawasan Dataran Merdeka di Kuala Lumpur malam tadi yang menarik kira-kira 10,000 orang.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata siasatan itu dibuat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Dalam mesej teks kepada Malaysiakini, beliau berkata, pihak polis akan terus menyiasat mereka di bawah Akta tersebut.

Malam tadi, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata polis akan "menyiasat kemudian" sama ada pengerusi bersama BERSIH, Datuk A Samad Said telah melanggar undang-undang dengan membaca sajak.


Pak Samad yang merupakan Sasterawan Negara, membaca sajaknya 'Janji Demokras' di dataran di luar ibupejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang terletak kurang 500 meter dari Dataran Merdeka.

 
NONEWalaupun telah mengisytiharkan perhimpunan itu haram di saat-saat akhir, tetapi tiada tangkapan terhadap ribuan orang ramai yang membanjiri kawasan itu dengan berpakaian kuning pada malam ambang Hari Kebangsaan.

Bagaimanapun, polis menahan dua orang yang didakwa membakar mercun – MK



Thursday, August 30, 2012

POLIS: JANJI DEMOKRASI MENYALAHI UNDANG-UNDANG


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



Anggota jawantankuasa penganjur Maria Chin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan bahawa Ketua Polis Daerah Dang Wangi Zainuddin Ahmad mengirimkan surat rasmi memaklumkan perkara itu kepadanya.

 

Alasan yang diberikan kepada penganjur:



Polis menetapkan perhimpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka malam ini bertentangan dengan undang-undang negara.

(1) Gagal memberi pemberitahuan bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kepada ketua polis daerah Dang Wangi.

(2) Gagal memperoleh persetujuan daripada pemunya tempat perhimpunan, iaitu Dataran Merdeka bawah Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012.

(3) 
Akan menggugat persiapan yang dibuat untuk menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos.

Sementara itu, polis Bukit Aman turut memuatkan pesan di Facebook supaya orang ramai yang berkumpul di Dataran untuk meraikan ambang merdeka mematuhi undang-undang dan menjaga tingkah laku – MK -



WWW1: UTUSAN DIPERINTAH BAYAR GANTIRUGI PADA NIZAR

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Utusan Melayu (M) Bhd membayar gantirugi kepada bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin atas saman yang difailkan ke atas penerbit akhbar tersebut pada Julai lalu.
NONE
Peguamnya Mohd Zamri Ibrahim berkata, keputusan interlocutori hari ini memerintahkan demikian memandangkan Utusan tidak diwakili peguam untuk pendengaran kes tersebut.

Sehubungan itu, pendaftar mahkamah Mazuliana Abdul Rashid memerintahkan Mohammad Nizar memfailkan taksiran bagi ganti rugi berkenaan untuk tuntutan daripada Utusan, katanya.

Kita kena kemuka taksiran kerana saman ini kita tak tentukan berapa yang kita hendak, katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, Utusan tidak lagi berhak untuk merayu keputusan tersebut namun masih berpeluang untuk mengenepikan keputusan hari ini yang dibuat tanpa kehadirannya itu.

Mohammad Nizar pula ketika dihubungi berkata, ketidakhadiran peguam Utusan hari ini menunjukkan akhbar tersebut tidak dapat membela laporan yang didakwa memfitnahnya itu.

Mereka tak hantar peguam, melambangkan mereka tak boleh bela diri mereka, katanya lagi.

Mohammad Nizar mendakwa, Utusan pada 31 Mei menerbitkan menerbitkan pernyataan fitnah berhubung kenyataannya berhubung pembelian nombor plat kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor.

NONEMohammad Nizar mendakwa pernyataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau adalah seorang penderhaka kepada sultan amnya, dan Sultan Johor khususnya, beliau adalah ahli politik yang anti-sultan dan seorang ahli politik yang cuba menghasut rakyat untuk membenci Sultan Johor.

Sementara itu, satu lagi saman Mohammad Nizar berhubung kes serupa ke atas stesen penyiaran Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) akan diputuskan pada 19 September, kata seorang lagi peguamnya, Mohd Fitri Asmuni.

TV3 baru kemuka pembelaan. Jadi kita beri jawapan dan pada masa sama, mahkamah minta TV3 cadang penyelesaian (dengan Mohamad Nizar)," katanya ketika dihubungi.

Jelasnya, TV3 mengemukakan pembelaan pada 22 Ogos lalu untuk kes yang didengar di hadapan hakim Datin Yeoh Wee Sian itu.

ADUN Pasir Panjang itu mendakwa TV3 pada 30 Mei lalu mengeluarkan berita melalui rancangan Buletin Utama pukul 8 malam, berhubung satu kenyataannya di Twitter MK -
 




Tuesday, August 28, 2012

SYAITUN MAHATHIR : SAYA TOLAK HUDUD PAS, MANA HUDUD UMNO????

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



22 TAHUN HANG MEMERINTAH SEBAGAI FIRAUN @ DIKTATOR… MANA HUDUD UMNO????? HANG BERLAKON HEBAT DIPENTAS DUNIA SEBAGAI PEJUANG ISLAM, DINEGARA SENDIRI HANG SERUPA ASSAD SYRIA JE… MEMBUNUH ULAMA, MENAHAN PEJUANG2 ISLAM, MENDERA ANAK2 MEMALI, BALU2…. ADA HANG INGAT????

ASY SYAITUN MAHADEY KUTTI SEMAKIN HARI SEMAKIN NYANYUK DAN SERABAI MINDA DIA… DIA DI SERANG SAKIT MENTAL YANG TERAMAT KERANA RISAUKAN ANAKNYA AKAN KALAH DALAM MENGUASAI KEDAH SELEPAS PRU13….

KERISAUAN BELIAU DAPAT DILIHAT DENGAN KOMEN2 TAK MASUK AKAL OLEH MEREKA YANG MENGERTI AGAMA… DIA TAK SABAR MELIHAT NAJIB SEMAKIN TERDESAK DAN TERSEPIT… LALU DIA MENGAMBIL LANGKAH MENYERANG PR SEOLAH-OLAH DIA MASIH PRESIDEN UMNO… HE HE HE

NAMUN TIADA SEORANG ULAMA SUUK @ UPAHAN YANG BERANI MENGOMEN….

ADAKAH MEREKA TAKUT KAN ASY SYAITUN ATAU PERIUK MEREKA TAK BERASAP?????

INI KENA TANYA MEREKA YANG BERLONGGOK DALAM KAIN BIK MAMA SEPERTI MAJLIS FATWA KEBANGSAAN, MUFTI DALAM PETI, RATU @ MODEL BUSANA MASHITAH YANG PERNAH MENGHALALKAN ZINA 4 TAHUN LEPAS, JAMIL KHIAGG TUIH TUIH YANG DARI TENTERA MENJADI BACUL… DAN LAIN2….

APA KORANG NAK JAWAB NANTI DEPAN ALLAH??? APA??? KORANG TAK MAMPUS???? KORANG TUNGGU LAAA.....

Petikan wawancara :
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web Politik

Saya tolak hudud Pas, bukan hudud Islam
Oleh: 
Tarikh: August 28, 2012

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah menolak pelaksanaan hukum hudud sepertimana yang terkandung dalam Islam, sebaliknya menolak hukum hudud yang akan dilaksanakan oleh Pas.

Saya tolak hudud Pas, saya tidak pernah kata saya tolak hudud Islam. Kita kena bezakan antara dua ini... lain langsung, katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.

Beliau berkata hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti pembangkang itu mirip kepada hukuman yang lebih berat dan tiada di dalam al-Quran.




SYAITAN: DR HARON DIN SANGGAH DR MAHATHIR


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ




Datuk Dr Haron Din menyifatkan Tun Dr Mahathir membuat silap percaturan apabila berkata 'berkawan dengan syaitan yang dikenali lebih baik dari malaikat yang tidak dikenali'.

Kenyataan dibuat Dr Mahathir itu ternyata memakan diri sendiri dan Umno-BN kerana umum terutamanya umat Islam mengetahui SYAITAN ITU ADALAH MAKHLUK ALLAH YANG PALING KEJAM DAN DERHAKA.


Sunday, August 26, 2012

KARPAL KEMUKA 'BUKTI' KENYATAAN DR M


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini mengemukakan petikan daripada hansard Parlimen yang didakwanya sebagai bukti bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kenyataan menghasut ke atas Raja-Raja semasa perbahasan di Parlimen yang membawa kepada pindaan perlembagaan 1993 ke atas kekebalan Raja-Raja.

Katanya, Mahathir menyatakan perkara itu ketika membentangkan usul bagi pindaan terbabit, berhubung penubuhan Mahkamah Khas bagi menghapus kekebalan Raja-Raja daripada proses perundangan.

Beliau seterusnya menggesa Mahathir supaya hadir ke perbicaraan yang sedang berlangsung ke atasnya.

Perbicaraan berkenaan adalah berhubung kenyataan MP Bukit Gelugor itu dalam satu sidang media pada 6 Februari 2009, bahawa tindakan undang-undang boleh diambil ke atas Sultan Perak atas peranan dalam krisis perlembagaan di negeri itu pada tahun berkenaan.

“Saya cabar Mahathir supaya datang ke mahkamah secara sukarela di perbicaraan saya dan mengakui serta menjelaskan apa yang dinyatakan di Parlimen pada 18 Januari 1993.

“Saya harap dia tidak akan lari daripada cabaran ini," kata Karpal dalam satu kenyataan.

Mahathir semalam mencabar Karpal supaya mengemukakan petikan berkenaan.

Berikut adalah petikan yang dikemukakan Karpal daripada hansard bagi persidangan Dewan Rakyat pada 18 Januari 1993:

“Jika Malaysia ingin menjadi sebuah negara yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, kekebalan yang diberikan kepada Raja-Raja perlulah dihapuskan." [Tepuk]’ [Hansard 18 Januari, 1993, halaman 16]

“Sebenarnya ketiga-tiga Perdana Menteri dahulu, sebagai Penasihat kepada Raja-Raja, telahpun menegur Raja-Raja berkali-kali semasa mereka berkhidmat. Saya tahu teguran ini dibuat kerana perkara ini telah dilaporkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan juga Majlis Tertinggi UMNO berkali-kali.

“Allahyarham Tun Hussein Onn semasa menjadi Perdana Menteri pernah dalam ucapan bertulis di suatu Mesyuarat Majlis Raja-Raja, yang dihadiri hanya oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia atau wakil-wakil mereka sahaja, menegur dengan kerasnya perbuatan Raja-Raja yang tidak harus dilakukan.

“Tetapi teguran ini tidak berkesan. Pekara-perkara yang disentuh terus dilakukan juga, bahkan ditingkatkan. Apa yang tidak pernah dibuat di zaman British dan pada tahun-tahun awalan Malaysia merdeka, dilakukan dengan semakin ketara da meluas." [Hansard, 18 Januari, 1993, halaman 19]…

“Kerajaan memang mendengar dan menyedari akan pandangan dan kemarahan sebilangan rakyat yang mengetahui perbuatan Raja. Demikianlah kemarahan mereka sehingga ada, terutama di kalangan generasi muda, yang menganggap Sistem Beraja sudah ketinggalan zaman.

“Tetapi oleh kerana Akta Hasutan dan larangan terhadap mengkritik Raja, Raja tidak mendengar dan tidak percaya kepada Penasihat mereka apabila maklumat disampaikan berkenaan kegelisahan rakyat. Raja dan keluarga Diraja nampaknya berpendapat bahawa semua ini adalah ciptaan Penasihat-penasihat Raja untuk menakutkan Baginda atau untuk merebut hak Raja.

“Dalam keadaan ini, Raja bukan sahaja akan meneruskan amalan-amalan yang tidak disenangi atau disukai oleh rakyat tetapi juga akan melakukan perkara-perkara yang lebih dibenci oleh rakyat. Jika trend ini tidak disekat, perasaan rakyat terhadap Raja tentu akan meluap dan menjadi begitu buruk sehingga pada suatu masa nanti rakyat mungkin tidak lagi dapat membendung perasaan mereka. Perasaan yang diluahkan dalam surat-surat kepada akhbar sebenarnya sudah lama wujud.

“Dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membaca petikan daripada satu rencana yang dihantarkan kepada akhbar The Straits Times pada 1946 oleh seorang tokoh Melayu yang terkemuka, apabila British mencadangkan penubuhan Malayan Union. Tokoh ini kemudian memegang jawatan yang tinggi dalam Kerajaan. Rencana ini tidak disiarkan oleh akhbar Straits Times tetapi ia disampaikan kepada saya baru-baru ini oleh penulis.

“Penulis ini menyatakan, dengan izin “All intelligent Malay leaders ought now seriously to give most profound and careful thought to the question whether the time has not arrived when the Malay Royalty ( I mean the Sultan and Raja) should gracefully withdraw themselves altogether”

“Jika pandangan seperti ini sudah ada pada tahun 1946, apakah ia tidak mungkin wujud semula pada tahun 1993 [Tepuk] jika Raja-Raja tidak dihalang  daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak diingini?” [Hansard, 18 January, 1993, halaman 20-22]…

“Sebelum ini terdapat banyak insiden dimana Raja menganiaya rakyat, Raja menyalahi undang-undang civil dan criminal, Raja menyalahgunakan wang serta harta Kerajaan dan Negara, Raja menekan dan menganiaya pegawai-pegawai" [Hansard, 18 Januari, 1993, halaman 26] – MK



Friday, August 24, 2012

BN PARTI SYAITAN, UMNO ADALAH IBLIS : PESAN DR M (BAPA IBLIS)


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



Dalam kumpulan syaitan, penghulu nya ialah Iblis. Maka jika Dr Mahathir kata BN adalah syaitan, maka UMNO sebagai ketua , mestilah Iblis. Bukan saya yang kata, Dr Mahathir, bekas Presiden UMNO yang kata. Oleh kerana ia datang dari Dr Mahathir, maka ianya mestilah suatu kebenaran. UMNO ialah parti Iblis.

Jumlah penduduk negara ini ialah kira2 29 juta orang. Dari jumlah tersebut, Melayu merupakan 65%, Cina 25% , India 7.5% dan lain2 sebanyak 1.3%. Dalam lain perkataan jumlah orang Melayu lebih kurang 19 juta orang.

Ahli UMNO ialah sebanyak 3.2 juta. Atau 1 dari 6 orang Melayu ialah ahli UMNO. Kita ramai dari ahli UMNO. Kita ramai, mereka sedikit. Jadi tak perlu takut apa apa pada UMNO. Kalau ahli UMNO mati, ada 5 lagi orang Melayu. Jadi TIDAK BENAR kalau UMNO mati, maka orang Melayu akan hancur.

Seorang ahli UMNO mati, ada 5 lagi Melayu yang boleh mendukung Islam dan mendaulatkan Raja2 Melayu. Jadi TIDAK BENAR juga kalau UMNO mati, maka Islam dan Raja2 Melayu akan musnah. Yang mati Dr Mahathir, Najib, Muhyidin, Noh Omar, Melayu lain terus hidup.

Demikian juga. Kalau MCA mati, orang Cina lagi kuat hidup. Kalau MIC mati, orang India tetap hidup.

Demikian juga kita menolak hasutan UMNO. UMNO kata kalau UMNO tewas maka orang Cina akan ambil alih pemerintahan negara. Kita ada 6 orang, Cina 3 orang dan India seorang. Bolehkah 3 orang melebihi 6 orang? Kalau India dan Cina bergabung, adakah 4 orang lebih besar dari 6 orang?

Oleh kerana UMNO cakap dalam bahasa bodoh, maka kita jawablah dalam bahasa yang bodoh2. Mungkin kita kena cakap bahasa bodoh2 mulai sekarang sebab Dr Mahathir kata, ahli UMNO semua nya hampas.

Yang jadi sasaran khianat puak UMNO ialah DAP. Kenapa??? Kerana kebanyakan cerdik pandai UMNO masuk DAP… tu je pasalnya…

Mengapalah UMNO mahu membodohkan orang Melayu?

Ingat, dari 6 orang Melayu hanya 1 sahaja ahli UMNO. Kita ramai, mereka sedikit. Mati seorang ahli UMNO, ada 5 lagi orang Melayu. Takde hal.

Kalau UMNO mati, maka agama Islam akan musnah? Kita tak perlu jawab kenyataan bodoh seperti ini. tidak semua orang Cina kristian. Lebih ramai Cina dan India bukan beragama kristian. Lebih elok orang Cina mengkristiankan orang Cina dan India terlebih dahulu daripada bercakap menegnai mengkristiankan orang Melayu.

Ramai dikalangan kita di lahirkan waktu malam. Tapi kita tidak lahir malam semalam. UMNO boleh kelentong ahli2 mereka jika mereka mahu, tapi janganlah anggap orang Melayu lain bodoh dan lahabau macam ahli UMNO.

Ini pun masih tidak disedari oleh orang Melayu.

KUALA LUMPUR, 22 Ogos —
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata lebih baik mengundi “syaitan yang dikenali” dalam Barisan Nasional (BN) dari Pakatan Rakyat (PR) yang hanya tahu memberikan janji.

“BN telah mendengar suara rakyat dan mengubah banyak polisi dan undang-undang,” kata bekas perdana menteri itu dalam blognya hari ini.

“Rakyat hanya perlu mendesak BN bagi membawa perubahan yang mereka mahukan.

“Lebih baik syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenal.”

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka akan mengadakan pilihan raya, tetapi serangan dari PR serta pendedahan skandal melibatkan pentadbirannya telah melambatkan cadangan beliau. (maknanya BENAR la dakwaan PR)


Pentadbiran Najib juga telah memperkenalkan beberapa polisi baru dan perubahan polisi dalam mematahkan serangan PR dan janji reformasi mereka jika mengambil alih kuasa.

Perdana Menteri juga telah menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin di Sabah selepas berlaku pembelotan beberapa ahli parlimen menyokong PR. (Mahathir ingat atau lupa??? Era siapa perintah ni??? Bukankah BAPA IBLIS yang perintah???)

Beliau juga berjanji untuk menghapuskan Akta Hasutan selain menghapuskan beberapa akta keselamatan awal tahun ini.
(Janji ditepati??? ISA dah mansuhkan??? PEMBOHONG BESAR ialah UMNO)

Tetapi PR telah berjaya membuat serangan dengan mendedahkan skandal melibatkan projek penternakan nasional serta kontrak melibatkan projek tambahan LRT.
(Semua dakwaan PR adalah BENAR)

Pembangkang juga berjanji menurunkan harga kereta lebih rendah untuk rakyat Malaysia.

Dalam blognya hari ini, Dr Mahathir membandingkan janji PR dengan presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, dengan janji perubahannya.

“Dalam kempennya untuk menjadi presiden, Barack Obama telah menjanjikan perubahan,” katanya.

“Beliau berjanji untuk menutup Kem Guantanamo, berjanji untuk tidak membawa tahanan ke mahkamah tentera, berjanji untuk membawa tentera keluar dari Iraq dan Afghanistan dan sekarang sudah empat tahun dan dia gagal untuk mengotakan janjinya.”

Menurutnya lagi, pembangkang di Malaysia telah meniru Obama dan menjanjikan perubahan.

Beliau mengakui bahawa BN telah memerintah Malaysia dalam tempoh yang lama, tetapi berkata BN mempunyai rekod yang baik.

“Lima tahun sebagai tempoh percubaan adalah sangat bahaya. Banyak perkara boleh hancur dalam masa lima tahun. Selain itu, tidak ada jaminan pembangkang bila menjadi kerajaan akan membenarkan BN kembali. Pegawai mereka akan mengugut sesiapa yang mahu menukar kerajaan.

“Walaupun kita lihat beliau yang mengaku berjuang untuk hak bersuara, tetapi dia sering menyaman orang yang mengkritiknya.

“Kuasa dalam bahagian lain kerajaan juga akan dirosakkan. Nepotisme dan kronisme akan berterusan seperti parti yang dipimpinnya,” kata beliau dengan merujuk kepada ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Puak UmNo tak perah jumpa ayat 60-65 dalam surah Yasin… Kalau jumpa… korang tunggu apa lagi… nak jadi IBLIS sama????

أَلَمۡ أَعۡهَدۡ إِلَيۡكُمۡ يَـٰبَنِىٓ ءَادَمَ أَن لَّا تَعۡبُدُواْ ٱلشَّيۡطَـٰنَ‌ۖ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوٌّ مُّبِينٌ (٦٠)
وَأَنِ ٱعۡبُدُونِى‌ۚ هَـٰذَا صِرَٲطٌ مُّسۡتَقِيمٌ (٦١)
وَلَقَدۡ أَضَلَّ مِنكُمۡ جِبِلاًّ۬ كَثِيرًا‌ۖ أَفَلَمۡ تَكُونُواْ تَعۡقِلُونَ (٦٢)
هَـٰذِهِۦ جَهَنَّمُ ٱلَّتِى كُنتُمۡ تُوعَدُونَ (٦٣)
ٱصۡلَوۡهَا ٱلۡيَوۡمَ بِمَا كُنتُمۡ تَكۡفُرُونَ (٦٤)
ٱلۡيَوۡمَ نَخۡتِمُ عَلَىٰٓ أَفۡوَٲهِهِمۡ وَتُكَلِّمُنَآ أَيۡدِيہِمۡ وَتَشۡہَدُ أَرۡجُلُهُم بِمَا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ (٦٥)
Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya dia musuh yang nyata terhadap kamu! (60) Dan (Aku perintahkan): Hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus. (61) Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf? (62) Yang kamu saksikan sekarang ialah Neraka Jahanam, yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah). (63) Rasalah kamu bakarannya pada hari ini, disebabkan perbuatan kufur yang kamu telah lakukan! (64)Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus) dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing) dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan. (65)

Percayakan Malaikat adalah RUKUN IMAN… Korang nak pertahankan UMNO ATAS ALASAN APA LA NI???? HABAG MAI SAT…



Thursday, August 16, 2012

TAK RIUH, TAK KELUAR MEDIA PERDANA, TAK PERLU PENTERJEMAH...


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ




MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menerima kunjungan bekas imam Masjid Al-Aqsa Sheikh Mahmud Syam di rumahnya petang semalam.

Sheikh Mahmud, bekas pensyarah Universiti Ghaza dalam rangka lawatan ke Terengganu menghabis masa kira2 setengah jam dengan Presiden PAS di rumahnya.

"Kami berbicara hampir setengah jam berkaitan isu semasa Gerakan Islam seluruh dunia," kata Ustaz Hadi dalam facebooknya.

Turut serta dalam pertemuan itu adalah anak Ustaz Hadi yang juga Exco Pemuda PAS Pusat, Mohamah Kholil Abdul Hadi.

Sheikh Mahmud sudah beberapa kali datang ke Malaysia dalam misi dakwahnya dan menerangkan perkembangan terkini berlaku di Palestin.

Sebelum ke Terengganu, beliau berada di Kuala Lumpur dan sempat memberikan tazkirah di beberapa buah surau dan masjid. - HD -