Pages

Sunday, April 22, 2012

KONVENSYEN PEMBERDAYAAN EKONOMI IBU TUNGGAL SELANGOR

السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللَّÙ‡ِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ
بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيمِ

23 April, Shah Alam : Hampir 2000 orang ibu tunggal dari seluruh Selangor terdiri dari berbagai bangsa berhimpun di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Salahuddin disini atas inisiatif Eksko Wanita Selangor untuk taklimat menjanakan ekonomi berbentuk SOHO.



Sebanyak hampir 30 booth usahawan diperkenalkan untuk mendaftarkan mereka dan akan diberikan latihan secara insentif bentuk2 keusahawanan dan minat mereka.



Kerajaan Selangor memperuntukan sebanyak RM30juta bagi menjayakan projek melatih ibu-ibu tunggal melakukan perniagaan secara SOHO (Small Office Home Office)

Rata-rata mereka mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana memberikan idea yang bernas untuk menjanakan  peluang menjanakan ekonomi ibu2 tunggal di Selangor....


Keikhlasan Kerajaan Selangor bagi membantu ibu-ibu tunggal mendapat riaksi ramai dari mereka yang hadir dan mereka mengambil kesempatan mendartarkan diri mereka dengan booth yang dilantik oleh Kerajaan Negeri untuk melatih mereka dengan biayaan kerajaan.


Kebanyakan ibu-ibu tunggal yang bergantung kepada bantuan Zakat dan Jabatan Masyarakat akan dilatih dalam bidang yang mereka minat....
M
ajlis tambah berseri dengan kedatangan isteri Menteri Besar Selangor, Puan Sri Salbiah Tunut

Tuesday, April 17, 2012

SURUHANJAYA DIRAJA AKAN DITUBUHKAN UNTUK PKFZ OLEH KERAJAAN PR


السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللَّÙ‡ِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ
بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيمِ


Ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang hari ini berjanji untuk membentuk suruhanjaya diraja (RCI) berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) sekiranya berjaya menawan Putrajaya.



“Biar saya rumuskan dengan mengisytiharkan jika Pakatan berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang, yang dijangka bila-bila masa, RCI akan dibentuk untuk menyiasat hingga ke dasar skandal PKFZ berjumlah RM12.5 bilion,” katanya.

Bercakap di Petaling Jaya pagi ini, Lim berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak setakat ini tidak menunjukkan komitmen untuk menyelesaikan skandal itu.

Ini ekoran pembentukan jawatankuasa yang diumumkan pada September 2009, diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, kata Lim yang juga anggota parlimen Ipoh Timur.

Sumber : KLIK DI SINI

Aku nak tengok puak2 penyeleweng ni di buru sampai lubang cacing… panas camna duduk dalam perut bumi….

Menggunakan kedudukan untuk menyamun harta Negara.. tak ingat AMANAH yang mereka sendiri pinta rakyat berikan…..



UMNO BE END HILANG KERUSI DI KEDAH... BANKRAP LAAA UMNO....


السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللَّÙ‡ِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ
بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيم



The Star 17 April 2012 melapurkan bahawa ADUN UmNo Be End adalah seorang yang bankrapsi... Boleh ke orang BANKRAPSI ni jadi ADUN sejak 7 April 2010....

Nampak sangat UMNO dah tak ada orang yang “terpakai” berbaki dengan depa….

“Dengan demikian, secara otomatik, ADUN berkenaan tidak layak sebagai ADUN di bawah Undang2 Tubuh Negeri Kedah Atikel 47(1)(b)”, kata Speaker Dewan, Datuk Dr Abd Isa semalam.

ADUN berkenaan, Datuk Syed Sobri Syed Hashim (gambar), Adun Kuala Nerang mewakili UMNO Be End memenangi kerusi tersebut menewaskan calun PAS dengan kelebihan 805 undi dalam PRU12 yang lalu.


INGAT ZAHID: “APA KAMU KATA KEPADA SULTAN KELANTAN”


السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللَّÙ‡ِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ
بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيم



KUALA LUMPUR, 17 April: “Tiba2 meletup berita, ada ahli Parlimen Pakatan Rakyat hina Yang di-Pertuan Agong ketika hari pertabalan baginda di Istana Negara,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
  
Katanya, berita itu menjadi sensasi apabila media memainkannya dan ditambah pula oleh perasa tambahan  daripada pemimpin Umno dan NGO yang sewaktu dengannya.

“Jika benar berita ini, sila bertindak segera ke atas pelaku tersebut. Negara kita ada undang2. Isu ini tidak boleh diselesaikan melalui media,” tegasnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily sebagai mengulas Datuk Seri Zahid Hamidi, Naib Presiden Umno yang mendesak supaya menubuhkan suruhanjaya untuk menyiasat insiden di Istana Negara itu.

Dalam isu menghina Raja, katanya Zahid jangan berlakon untuk hendak memburu siapa yang menghina Raja.

“Bukankah Zahid Hamidi orang yang pernah keluar kenyataan yang biadab kepada bekas Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra mengatakan baginda tidak layak menduduki takhta Sultan?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, kalau Zahid lupa, beliau boleh merujuk Berita Harian bertarikh 11 Februari 1993.

“Siapa Zahid? Adakah beliau Ahli Majlis yang terlibat menentu seorang Raja?”

“Adakah Zahid keturunan Raja sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan demikian rupa?” tanya Idris lagi.

Beliau berkata, Tan Sri Rahim Tambi Chik juga pernah menyatakan supaya amalan panggilan patik yang digunakan sewaktu berkomunikasi dengan sultan dihentikan, memadai dengan  menyatakan "saya Tuanku" sebagaimana laporan Berita Harian pada  3 Februari 1993.

“Isu ini sengaja dibangkitkan melalui media sebagai usaha untuk menunjukkan Pakatan Rakyat benci kepada institusi Raja manakala Umno pula dilihat pembela institusi Raja,” ujarnya.

Walaupun hakikatnya, kata Idris satu dunia tahu bahawa pemimpin Umno dan media Umno memperalatkan Islam, Raja dan Melayu untuk modal politik ketika parti itu tersepit.

Faktanya, tambah beliau selama ini ketiga2 perkara itu Umnolah yang khianat.

Menurutnya lagi, mereka akan berlakon sebagai hero dan pembela kepada tiga institusi itu ketika nyawa Umno berada di hujung halkum.

SUMBER : KLIK DI SINI

AKU TAK BERAPA INGAT CITER PERTABALAN TENGKU PETRA SEBAGAI SULTAN KELANTAN DI PADANG BOLA TU…. SAPA YANG BUAT YE? ANUAR MUSA TU, ADUN PAS KE?????

1.    Pada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan.

2.   Tahun 1983, Umno membelasah Raja2 Melayu di Parlimen kerana menolak cadangan supaya kuasa Yang DiPertuan Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan.

3. Umno juga cuba merampas kuasa dengan menabalkan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sultan Ismail Putera pada 29hb April 1993 di Ketereh Kelantan.

4.    Dato’ Zahid Hamidi yang menjadi Ketua Pemuda Umno ketika itu mencabar supaya Sultan Kelantan Ismail Petra turun takhta.

5. Pada 2008 Umno Terengganu mengumpulkan ahli2nya untuk berdemo membantah tindakan Sultan yang ketika itu menjadi Yang DiPertuan Agong kerana memilih Dato’ Mohd Said sebagai Menteri Besar dan menolak cadangan Umno yang mahukan Datuk Idris Jusoh dilantik semula. Kain rentang menghina Sultan dan memanggil baginda sebagai “Binatang” diarak dalam demontrasi itu.

Monday, April 16, 2012

“PULANGKAN WANG PTPTN JIKA MAHU MANSUH” : MENTERI PALING BENGONG


السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللَّÙ‡ِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ
بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيم



Pelajar yang terlibat dalam demonstrasi mendesak kerajaan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Kuala Lumpur dicabar supaya memulangkan semula pinjaman itu.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kumpulan pelajar terbabit perlu berbuat demikian untuk membuktikan bahawa mereka sememangnya enggan pembiayaan pendidikan itu diteruskan.

“Saya ingat mereka semua anak jantan, jadi mereka patut pulangkan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) di Kuala Lumpur, hari ini.

Mohamed Khaled berkata Universiti Selangor (Unisel) milik kerajaan negeri Selangor yang turut memperjuangkan supaya PTPTN dimansuhkan juga patut menyatakan pendirian mereka dengan tegas mengenai isu berkenaan.

“Mereka (Unisel) nak atau tak nak pelajar mereka mendapat PTPTN? Kalau betul nak mansuhkan PTPTN jangan buat iklan dalam akhbar siapa yang masuk Unisel boleh dapat PTPTN,” katanya.

Mengulas mengenai APEL, Mohamed Khaled berkata ia akan memberi lebih ruang dan peluang kepada individu yang berkerjaya yang sebelum ini tidak berpeluang mengikuti pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk berbuat demikian.

Beliau berkata menerusi APEL, individu yang mempunyai pengalaman kerja akan melalui satu proses penilaian khusus bagi menentukan tahap kompetensi mereka yang dilakukan oleh Pusat APEL, Universiti Terbuka Malaysia dan Universiti Wawasan Malaysia.

“Setelah penilaian dibuat, mereka yang layak akan diberi sijil bagi membolehkan individu terbabit mengenal pasti peluang pengajian tinggi yang bersesuaian di mana2 IPT.”

“Ini adalah satu lagi ruang asas bagi kemasukan ke IPT, kalau dahulu matrikulasi, tingkatan enam, A-Level tapi sekarang APEL,” katanya.

Mohamed Khaled berkata buat permulaan, kemasukan pelajar melalui APEL di semua IPT dihadkan kepada lima peratus sahaja daripada keseluruhan jumlah pelajar semasa.

Beliau berkata langkah itu dibuat bagi membolehkan pihak IPT memberi perhatian yang sewajarnya dalam menyediakan khidmat sokongan yang khusus untuk pelajar berkenaan.

Pada masa sama, Mohamed Khaled berkata pengenalan sistem APEL itu juga diharap dapat mengimbangi jumlah pelajar lelaki dengan pelajar perempuan di IPT.

“Apabila ada APEL ia beri peluang kepada golongan lelaki yang tidak dapat masuk IPT secara formal, dapat masuk melalui cara ini kerana pengalaman yang ada itu akan bolehkan mereka masuk,” katanya.
- Bernama


SUMBER KLIK DI SINI

Ha ha ha… aku ingat Mohamed Khalid ni anak jantan… Berhenti jadi menteri kalau bengong menyelesaikan tanggungjawab kepada anak bangsa… Pendidikan dan prasarana rakyat adalah KEWAJIBAN MUTLAK…

Menteri paling BENGONG mengeluarkan statement memBODOHkan diri sendiri menunjukkan UMNO KEKERINGAN makhluk berWIBAWA….

LAMAN DAKWA PEGUAM PEGANG US$30J UNTUK MUSA AMAN


السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللَّÙ‡ِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ
بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيم





Laman web Sarawak Report hari ini mendedahkan lebih banyak dokumen, didakwa daripada badan anti rasuah Hong Kong Independent Commission Against Corruption (ICAC), yang mendakwa seorang peguam Sabah mempunyai akaun bank Switzerland yang memegang hampir US$30 juta sebagai amanah kepada ketua menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman. 

Diantara dokumen yang didedahkan oleh Sarawak Report untuk renungan AG, IG & SPRM......



Dalam laporan terbarunya, laman itu mendakwa bahawa bukti daripada pihak berkuasa Hong Kong menunjukkan bahawa akaun itu dibuka atas nama peguam berkenaan dengan bank Switzerland, UBS di Hong Kong.

SUMBER KLIK DI SINI

MUSA AMAN MENG’AMAN’KAN NEGERI SABAH DENGAN TIMBUNAN HARTA BAK QARUN…

A
GAK2 LA… BERAPA RAMAI MACAM DIA YANG NAK KENA SEMBELIH DALAM PRU 13 NANTI??? APA??? SEMUA UMNO BE END??? BETULLLLLLLLL…….. HE HE HE


SPR PINDAH MB S'GOR, 19,000 PENGUNDI

السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللَّÙ‡ِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ
بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيم



Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata lebih 19,000 pengundi dipindahkan ke lokaliti berlainan dan bukan hanya melibatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Katanya, suruhanjaya itu juga berusaha memperbetulkan sempadan pilihan raya sejak 2004 menggunakan sistem Election Geographical Information System (Egis), katanya.

Tambahnya, SPR telah memperbetulkan kawasan mengundi melibatkan 19,342 pengundi katanya yang menambah, Khalid bukan satu2nya individu yang terlibat dalam proses itu.

Bagaimanapun, SPR tidak menjalankan apa2 persempadanan semula yang memerlukan kelulusan Parlimen dengan dua pertiga majoriti, katanya lagi kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada ahli parlimen hari ini.

SUMBER KLIK DI SINI

SPR MEMANG TALIBARUT UMNO BE END DALAM MENJAYAKAN UMNO MEMPERTAHANKAN KUASANYA….

KALAU PR MENANG… HANTU RAYA NI KENA KURUNG DALAM BOTOL LA…..


SURAT TERBUKA PRESIDEN PAS AJAK MUZAKARAH


السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللَّÙ‡ِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ
بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيم



Ramai kalangan individu dan kumpulan yang mengisytiharkan menjadi pejuang Melayu, secara laungan lisan yang bersuara dan tulisan yang dicatit di dada akhabar, majalah dan sepanduk yang direntang, semuanya penuh bersemangat yang berkobar2, sehingga sanggup melakukan apa sahaja. Bagi penganut Islam, yang menjadi kebanggaan bangsa Melayu juga, wajiblah benar2 ikhlas kerana Allah dan kepada Allah kembalinya, hendaklah menjadikan Islam itu satu2nya petunjuk yang diyakini benarnya menyelamatkan manusia seluruhnya, termasuklah bangsa Melayu.

Saya ulangi kenyataan saya, bahawa tidak menjadi salah, kecintaan seseorang itu, atau kumpulannya atau bangsanya terhadap bangsanya, kerana inilah sifat semula jadi manusia yang disebut fitrah atau naluri, tetapi sifat fitrah  juga adanya dalam alam dunia ini berbagai bangsa, suku kaum, berkeluarga  yang hidup secara bermasyarakat, sehingga tidak mungkin bersendirian. Inilah ketetapan Allah pencipta alam yang dipuji setiap rakaat sembahyang. Allah berfirman (maksudnya): 

Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa2 dan bersuku2 kaum, supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Al-Hujurat: 13)

Kita tidak dapat menghapuskan sifat fitrah kecintaan kepada bangsa, samalah juga tidak boleh menghapuskan wujudnya berbagai bangsa, serta tidak dapat menghapuskan wajibnya hidup bermasyarakat, sehingga Ibnu Khaldun, seorang tokoh ilmuan sedunia menegaskan :

Manusia itu bersifat masyarakat madani secara tabiinya”.

Nabi Muhammad s.a.w yang dilantik menjadi Rasul kepada seluruh manusia juga sayangkan bangsa dan tanah air, tetapi kesayangan dan kecintaan itu diatur dengan petunjuk Islam, tanpa merosakkan hubungan kemanusiaan di kalangan berbagai bangsa dan suku kaum serta berbagai agama yang wajib hidup bermasyarakat, walaupun menegaskan hanya Islam yang diakui benarnya. Namun tidak boleh memaksa sesama manusia, kerana keperluan manusia seluruhnya dalam kehidupan dunia, sebelum berpijak ke alam akhirat, tidak boleh dihasilkan secara individu sahaja dan satu bangsa sahaja dan satu suku kaum sahaja.

Sempadannya ialah menegakkan Islam yang adil untuk semua. Sempadannya haram berlaku zalim terhadap sesiapa sahaja, sehingga zalim itu diharamkan terhadap kaum lain dan diharamkan juga membela kezaliman kaum dan bangsanya sendiri. Sabda Rasulullah s.a.w:

Ù„َÙŠْسَ Ù…ِÙ†َّا Ù…َÙ†ْ دَعَا Ø¥ِÙ„َÙ‰ عَصَبِÙŠَّØ©ٍ ÙˆَÙ„َÙŠْسَ Ù…ِÙ†َّا Ù…َÙ†ْ Ù‚َاتَÙ„َ عَÙ„َÙ‰ عَصَبِÙŠَّØ©ٍ ÙˆَÙ„َÙŠْسَ Ù…ِÙ†َّا Ù…َÙ†ْ Ù…َاتَ عَÙ„َÙ‰ عَصَبِÙŠَّØ©ٍ   
سنن أبي داود - (ج 13 / ص 325)                           
“Bukan daripada kalangan kami orang yang menyeru kepada asabiyyah, bukan daripada kalangan kami orang yang berperang di atas tujuan asabiyyah dan bukan daripada kalangan kami orang yang mati di atas perjuangan asobiyyah”.

Asabiyyah itu ialah fanatik terhadap kaum bangsa sendiri kerana kasih tanpa dasar yang benar dan adil sehingga menzalimi terhadap kaum dan bangsa lain dalam semua urusan cara hidup dan beragama.

Maka Islam telah berjaya menyelamatkan bangsa Arab dengan Islam, sehingga menghapuskan asabiyyah kabilah suku kaum sesama bangsa Arab yang berperang sejak ribuan tahun dan permusuhan bangsa Arab terhadap bangsa lain, sehingga bangsa Arab setelah menganut Islam berjaya menjadi kuasa besar dunia yang mengambil alih pengaruh dua kuasa besar dunia Parsi dan Rom di zamannya.

Bangsa Arab yang memimpin negara kuasa besar Islam akhirnya berjaya menerima masyarakat majmuk kalangan berbagai bangsa dan berbagai agama yang berlainan dengan Islam. Walaupun penganut Islam diwajibkan berdakwah mengajak manusia kepada Islam, tetapi diharamkan memaksa terhadap penganut agama lain, diharamkan zalim, serta diwajibkan berlaku adil terhadap semua manusia, binatang dan alam seluruhnya. Akhirnya Islam berjaya mengumpulkan daripada masyarakat majmuk itu, ilmu duniawi yang memberi manfaat dari segi kemanusiaan daripada berbagai bangsa dan penganut agama, sehingga berjaya melahirkan tamadun majmuk yang menyumbang kepada dunia seluruhnya sehingga hari ini.

Kejatuhan dua kuasa besar dunia berlaku di zaman khalifah kedua  Umar bin al- Khattab r.a. Apabila khalifah dijemput datang oleh paderi besar Bait al-Maqdis yang sangat gembira dengan kejatuhan kuasa besar Rom yang zalim terhadap mereka sejak beberapa abad. Khalifah disambut oleh para pemimpin kalangan para sahabat yang berbangsa Arab menyampaikan ucapannya yang masyhur, antara lain menegaskan:

“Kita adalah kaum bangsa yang diberi kemuliaan dengan Islam, sekiranya kita mencari yang lain daripada Islam untuk mencapai kemuliaan kononnya, nescaya kita ditimpa hukuman menjadi kaum bangsa yang hina”.

Kenyataan ini berasaskan firman Allah: 

Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada yang bakhil, dan sesiapa yang bakhil sesungguhnya dia hanyalah bakhil terhadap dirinya sendiri, dan Allahlah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang sangat berhajat kepada pertolongan Allah; dan jika kamu berpaling daripada menegakkan agama Allah (Islam) nescaya dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini.” (Surah Muhammad: 38)

Firman Allah dan ucapan ini menjadi kenyataan, apabila bangsa Arab yang memimpin umat Islam tidak lagi berpegang kepada Islam kerana leka dengan kuasa yang dijadikan peluang mengumpul harta kekayaan dan kemewahan. Maka Allah menukarkan kepimpinan kepada kalangan kaum bangsa bukan Arab, penganut Islam yang berpegang dengan Islam yang sempurna secara silih berganti di kalangan berbagai bangsa yang menganut Islam dan beramal dengannya dalam seluruh cara hidup. Apabila seluruh bangsa umat Islam bersemangat bangsa masing2 dan berpuak, Islamnya menjadi sampingan amalan peribadi masing2, sehingga urusan politik, ekonomi, pendidikan dan lain2 dipisahkan daripada Islam, maka umat Islam dan tanah air bumi Islam dijajah oleh kuasa asing yang menindas mereka dengan hina.

Walaupun penjajah terpaksa memberi kemerdekaan pada akhirnya, tetapi mereka berjaya mengekalkan kemerdekaan di atas semangat bangsa mengatasi petunjuk Islam. Maka kemerdekaannya tidak sampai kepada matlamat yang sebenar, kerana jasad dan tanah sahaja ditinggalkan oleh penjajah, sedangkan akal fikran dan kefahaman masih dijajah, termasuk bangsa Arab sendiri yang kaya-raya dengan hasil semula jadi yang luasnya laksana laut. Apabila semangat kebangsaan Arabnya mengatasi petunjuk Islam, menjadikan mereka terus lemah dan dipermainkan oleh kuasa2 besar yang berebut dan berlumba2 mengambil kesempatan daripada bumi Arab, sehingga Arab boleh dilagakan sesama satu bangsa dan satu agama.

Inilah juga pendekatan semangat kebangsaan Melayu yang dibawa oleh UMNO sejak lebih lima puluh tahun mencapai kemerdekaan. Islam hanyalah satu religion atau agama, bukan al-Din yang dinyatakan oleh al-Quran. UMNO tidak mampu menempatkan dan melahirkan pemimpin yang perkasa dengan ilmu dan sakhsiah Islam, UMNO hanya berjaya melahirkan ramai pemimpin yang dicantas kerana kesalahan rasuah sesama sendiri, atau salah laku sesama sendiri dalam perebutan pertandingan kepimpinan negara apabila berjaya memimpin parti. Maka kepimpinan dianggap peluang untuk diri, keluarga dan rakan keliling, bukannya menunaikan amanah memperkasakan bangsa bersama Islam yang sempurna, dengan iman, ilmu dan akhlak dan mampu menguasai berbagai kaum dengan menegakkan Islam adil untuk semua, yang terkandung dalam ajaran Islam yang sempurna. Islam mengikut pendekatan UMNO, dilaksanakan secara terpilih bagi kepentingan duniawinya, bukannya memperhambakan diri menunaikan amanah daripada Allah yang menjadikan Islam adalah rahmat kepada seluruh alam.

Agama Islam yang diterima oleh penganut agama lain menjadi agama persekutuan, kerana penganutnya adalah bangsa Melayu yang diakui oleh semua kaum kerana majoritinya, tiba2 tidak berjaya memuliakan bangsa Melayu sendiri dengan iman, ilmu dan akhlak, selagi pemimpin UMNO diberi amanah memimpin negara di atas nama Melayunya sahaja  dengan pendekatan Islam terpilih mengikut para pemimpin UMNO. Walaupun orang Melayu diapikan semangat kebangsaannya yang bertopengkan Islam, sedangkan isi kandungan menipu umat, dengan media upahan dan media abdi kepadanya. Akhirnya bangsa Melayu bukan sahaja tidak boleh bertahan dengan UMNO,  bahkan jatuh terhumban bersamanya.

PAS berulang kali mengajak UMNO bermuzakarah, bukan berdebat menentukan menang dan kalah, tetapi UMNO sepanjang masa tidak bersedia. Debat bukannya kerana di musim pilihanraya dan ketika terdesak, bahkan diajak  sejak berpuluh tahun. Kalau UMNO ada Biro Agamanya, ilmuan agamanya, para mufti yang berada di bawah kerajaannya  yang mampu merojak sumber Islam dengan bahasa al-Quran, bukannya yang berwajah ulama dalam UMNO tetapi buta bahasa al-Quran atau terlalu lemah bahasa al-Qurannya yang ramai dipergunakan. PAS juga ada Majlis Syura Ulama dan ahli Dewan Ulama yang terlalu ramai.

Tibalah masanya, para pejuang Melayu menyedari dan memahami bahawa slogan yang benar bukannya, pertahankan Melayu dahulu, Islam di belakangnya. Percayalah bahawa Melayu tidak selamat dengan diri mereka sendiri tanpa petunjuk Islam, sebagaimana Arab bangsa Rasulullah s.a.w porak-peranda sekarang, kerana kebangsaan Arabnya mengatasi Islamnya, tetapi yang sebenarnya ialah tegakkan Islam dan selamatkan bangsa dengan Islam, tunjukkan Islam yang sempurna, maka Melayu selamat dan semua kaum, bangsa dan penganut berbagai agama diselamatkan.

Islam yang terkandung dalam al-Quran dan hadith itu tidak menolak kasih kepada bangsa masing-masing, tetapi melarang zalim terhadap bangsa selain bangsa kita. Islam tidak menghapuskan hak sesuatu bangsa secara tabii, seperti bahasa ibunda masing2 dan budaya kaum masing2, tetapi melarang menjadi jahil dan keruntuhan akhlak dan Islam melarang paksaan dalam anutan agama dan Islam mewajibkan adil terhadap semua. Islam membetulkan cara hidup seluruhnya. Di sinilah perbezaan PAS dan UMNO.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS



SUMBER KLIK DI SINI

Sunday, April 15, 2012

PATUT LAA NAJIB TAK MAU UMNO AMBIL ALIH SELANGOR....

السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللَّÙ‡ِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ

بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيم


BILA DILIHAT KEPADA KEMAJUAN YANG DIATURKAN OLEH KERAJAAN PR SELANGOR.. AKU BERSETUJU DENGAN PANDANGAN NAJIB....


TAK PERCAYA??? CUBA TENGOK....







AGAK-AGAK KORANG... PATUT KE ORANG SEBIJAK NAJIB NAK MEMBUANG SEGALA KEBAIKKAN YANG KERAJAAN PR BERIKAN KEPADA RAKYAT SELANGOR????