Pages

Sunday, March 25, 2012

JANGAN UNDI PEMBANGKANG DI SELANGOR - NAJIB


السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللَّÙ‡ِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ
بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيم


SEJAK SEMINGGU DUA NI... RTM SELALU MENYIARKAN PESANAN NAJIB KEPADA RAKYAT SELANGOR SUPAYA JANGAN MEMBERIKAN UNDI KEPADA PEMBANGKANG.

AKU MEMANG MENYOKONG PENUH PERINGATAN NAJIB KERANA PEMBANGKANG SELANGOR ADALAH UMNO/ BE END.

NAJIB SENDIRI PUN TAK BERMINAT DENGAN UMNO/ BE END SELANGOR KERANA TAK BERWIBAWA SEBAGAI PEMIMPIN.

UMNO SELANGOR DOK KIRA NAK JUAL TANAH 'MELAYU' KEPADA KRONI MEREKA JE... TENGOK SATIM DIMAN NAK JUAL KAT SYARIKAT 100% BUKAN MELAYU...

NAJIB SENDIRI DAH NAMPAK .. KALAU UMNO/BE END SELANGOR DI BERI MANDAT... HABIS RESERVE TUNAI RM2B YANG DISIMPAN OLEH KERAJAAN PR SELANGOR.. 

SYABAS NAJIB....





PEMIMPIN UMNO / BN TERENGGANU BELASAH TANAH


السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللَّÙ‡ِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ
بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيم



KUALA TERENGGANU 25 Mac: Sebagaimana dijanjikan, Pesuruhjaya PAS Terengganu mendedahkan nama penerima tanah dari kerajaan negeri Terengganu di kalangan wakil rakyat Umno.


(Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut menunjukkan gambar2 tanah yang didakwa milik Adun dan Ahli Parlimen BN/Umno.)


Mohamad Abdul Wahid Endut mendedahkan sebahagian dari nama2 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang ‘dianugerahkan’ tanah oleh kerajaan negeri.

Pendedahan kali ini lanjutan dari dakwaan yang dibuat pada 18 Mac 2012 lalu yang tidak disebut nama2 Adun-MP terbabit.

Antara nama2 pemimpin Umno-BN yang diberi keistimewaan memperolehi tanah seluas satu hektar seorang termasuk bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh.

Pertama, Ahli Parlimen Besut, Dr Abdullah Muhammad Zin. Dia dikurniakan tanah seluas satu hektar di kawasan Dendong, Mukim Tembila, Besut dengan No. Lot PT6964.

“Kedua, Adun Jertih, Datuk Seri Idris Jusoh. Bekas MB Terengganu dan dia (Idris) dapat juga di kawasan yang sama dengan keluasan satu hektar dan No. Lot PT6902.

“Ketiga, Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad, juga di lokasi tanah yang sama, keluasan juga satu hektar dengan No. Lot PT6904.

“Keempat, Muhammad Pehimi Yusoh iaitu Adun Kota Putera juga di kawasan sama, keluasan satu hektar dengan No. Lot PT6903. 

“Pemimpin kelima, Adun Batu Rakit, Karzan Che Mat. Tanah itu di kawasan Mengabang Bakong, Mukim Batu Rakit, Setiu. Keluasan tanah 0.9965 hektar, dengan No. Lot PT30794,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang medianya di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT), Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu, 24 Mac lalu. 

Abdul Wahid mendakwa mempunyai senarai ramai di kalangan pemimpin terdiri dari wakil rakyat Umno-BN yang dianugerahkan tanah berharga di tepi laut oleh kerajaan Terengganu.

Namun, katanya pendedahan nama2 pemimpin berkenaan akan dibuat secara berperingkat mengikut keadaan semasa.

“Hari ini, saya akan dedahkan lima nama dulu. Kita (PAS) tidak mahu dedah semua sekaligus. Kita akan buat macam isu Nasional Feedlot Corporation (NFC) Sdn. Bhd  jugalah lebih kurang. 

“Kita (PAS) dedah sikit2 nak tengok reaksi dia (pemimpin Umno). Kita akan bahas lagi perkara ini dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu pada 23 hingga 26 April 2012, depan. 

Menurutnya, jumlah satu hektar seorang kepada pemimpin Umno-BN tertentu tidak wajar dalam keadaan rakyat dinafikan hak tersebut.

Ini kerana, katanya, jika satu hektar itu dibahagikan kepada lapan bahagian untuk rakyat sebanyak 20 lot tanah boleh diagihkan.

“Satu hektar itu, jika dijadikan lot perumahan boleh diagihkan kepada 20 lot untuk 20 orang rakyat biasa. Jadi hak rakyat 20 orang telah dinafikan oleh seorang wakil rakyat BN yang dikurniakan tanah itu.

“Jadi untuk lima orang Adun dan Ahli Parlimen BN itu, kerajaan boleh berikan kepada 100 orang rakyat yang memerlukan tanah penempatan masing2,” ujarnya

Menurutnya, tindakan pemimpin Umno-BN tersebut tidak selari dengan slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” dan “Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan”.

Sumber : KLIK DISINI


AKU MAMPUIH TAK PERCAYA UMNO BELASAH TANAH. SUNGGUH AKU TAK PERCAYA UMNO... AKU TAK PERCAYA UMNO TAK BELASAH TANAH....

YANG NAMA UMNO TU???? SAMA PERANGAI DENGAN MAKHLUK 2 NAMA SATU JASAD... MASA WARAKNYA... MALU2... TERSENTUH JE.. SOROK MUKA DALAM MANGKUK... BERIMAN SUNGGUH... BILA BERTUKAR NAMA SATU LAGI... NYONDOL TAK NGIRA HARAM HALAL DAH.... TU LA SIPUT BABI

UMNO DENGAN MENYAMUN??? ISI NGAN KUKU… MANA BOLEH DIPISAHKAN… KALAU DIPISAHKAN??? DAH TAK NAMA UMNO DAH… NAMA PAS LA PLAK… HE HE HE


Wednesday, March 21, 2012

CULA UNDI DITAHAN POLIS, DEMOKRASI ALA UMNO

السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللَّÙ‡ِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ
بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيم


Dua sukarelawan PKR Lembah Pantai - yang kerusinya diwakili naib presidennya Nurul Izzah Anwar - ditahan polis ekoran dakwaan menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa membuat culaan pilihan raya di kawasan itu.
nurul izzah pc 050112 02
Setiausaha politiknya Fahmi Fadzil berkata, kedua2 lelaki itu ditahan di sebuah masjid di Pantai Dalam petang semalam dan dibawa ke Balai Polis Jalan Pantai untuk disoal-siasat.

“Dua lelaki muda berkenaan kemudian disiasat selama enam jam sebelum dibebaskan awal malam semalam,” dakwa Fahmi.

Beliau juga mendakwa tangkapan itu dibuat ekoran terdapat laporan polis dipercayai dibuat oleh penyokong Umno yang tidak selesa dengan kehadiran mereka.

Mereka yang ditahan, Muhd Hanan Asyraf Rozani, 22, Mohd Ridhwan Jahari, 23.

Kedua2 mereka bagaimanapun disiasat atas dakwaan menyamar sebagai penjawat awam.

Nurul: Penipuan tersembunyi?

PKR Lembah Pantai mengadakan culaan di kawasan parlimen itu selama tiga hari iaitu Sabtu, Ahad dan Selasa lalu dan kira2 15 petugas terlibat dalam proses itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Fahmi juga berkata keadaan tidak selesa Umno juga mula terasa sejak hari pertama culaan apabila petugas PKR didakwa "diganggu" oleh penyokong parti lawan yang mahu mereka keluar daripada tempat itu.

suhakam inquiry 150809 puspaPeguam Puspawati Rosman (kanan) ketika dihubungi yakin anak guamnya tidak bersalah kerana memakai tanda nama dan membawa surat kuasa daripada pejabat parlimen Lembah Pantai ketika ditahan.


Sementara itu, Nurul Izzah di laman Twitternya terus mengaitkan insiden yang didakwa mengganggu kerja2 parti politik itu dengan penyokong Umno.

“Selama ini kerja culaan dibuat oleh mana2 parti tanpa gangguan.”

“Kenapa tiba2 intimidasi sebegini? Penipuan yg tersembunyi?" soalnya lagi.


SUMBER : KLIK DI SINI

Demo kerasi ala UmNo yang sentiasa bersikap keras apabila kuasa hampir tercabut dari ubun2. Umno yang berada dalam keadaan ‘SAKARATUL MAUT’ amat bimbang mengakhiri hayat dalam keadaan ‘papa kedana’ kerana sambutan semua kaum termasuk Melayu yang kononnya dibela mereka MERUNDUM MACAM DAHAN PATAH…

TAK GUNA UBAH KERAJAAN KALAU NEGARA DAH BANKRAP


السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللَّÙ‡ِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ
بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيم



TAK GUNA UBAH KERAJAAN KALAU NEGARA DAH BANKRAP

 

KUALA LUMPUR, 21 Mac: “Kalau negara sudah bankrap baru rakyat mahu ubah kerajaan, tak boleh buat apa lagi,” kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar).
“Sekarang hutang negara berada pada tahap kritikal iaitu hanya dua peratus kurang dari had dibenarkan.”

“Kalau nak ubah kerajaan untuk selamatkan negara ini dari bankrap seperti yang menteri kabinet (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Tun Razak) sendiri jangkakan, ubah sekarang.”

“Kalau negara dah bankrap baru nak ubah kerajaan, tak boleh buat apa lagi,” kata beliau.

Mohamad juga mempersoalkan, apa lagi yang mahu dibohongi oleh Najib kepada kepada rakyat.

“Hari ini, timbalan menteri bercakap seolah2 rakyat bodoh sangat.”

“Kononnya tidak perlu bimbang walaupun negara mencapai hutang pada tahap 53 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) iaitu kurang dua peratus dari tahap 55 peratus dari daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang dibenarkan oleh perlembagaan negara.”

“Najib nak bohong apa lagi kepada rakyat? Transformasi apa lagi nak mengaburi mata rakyat sedangkan negara menuju bankrap seperi yang menteri dia sendiri akui dan hutang negara pula semakin menjerut leher rakyat,” beliau terus mempersoalkan.

Di Dewan Rakyat hari ini, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin mendakwa, hutang negara belum berada pada tahap kritikal atau membimbangkan, walaupun ia hanya dua peratus sebelum mencecah had pinjaman yang dibenarkan oleh perlembagaan.

“Ia tidak berada pada tahap yang kritikal pada masa ini. Had kita adalah 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kita kini cuma berada pada paras 53 peratus.”

“Jadi tidak perlu bimbang tentang hal itu,” katanya semasa sesi soalan.

Mohamad menyifatkan jawapan itu menghina akal dan intelektualiti rakyat.

Mengulas lanjut mengenai keadaan itu, beliau tertarik dengan istilah ‘cepat tangan’ yang digunakan oleh blogger Aspan Alias terhadap para pemimpin Umno.

“Istilah cepat tangan itu menuntut rakyat memberikan perhatian kepada perkara penting mengenai ketenatan ekonomi negara kini.”

“Keadaan ini berlaku kerana kerajaan murah hati kepada rakyat atau kerana perangai cepat tangan para pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN)," kata Mohamad.”

Dalam tulisannya yang bertajuk “Susah kalau dapat pemimpin yang ‘cepat tangan’”, Aspan berkata: “Saya selalu berkata yang sikap ini sudah menjadi budaya pimpinan kita. Sifat ‘cepat tangan’ ini memang sudah menjadi sebati dan amat payah untuk dibuang”.

Cara yang terbaik untuk mengelak dari kejadian seperti ini berlaku ialah dengan menolak parti yang dipimpin oleh pemimpin seperti ini, katanya.

Aspan yakin, mereka tidak akan memperbaiki diri mereka kerana sikap 'cepat tangan' itu sudah menjadi darah daging didalam diri pemimpin2 kerajaan yang tidak mempunyai 'accountability' terhadap kesalahan yang mereka lakukan sendiri.

“Tidak boleh nampak wang rakyat yang banyak terus sahaja meleleh air liur untuk membelanjakannya untuk kegunaan peribadi.”

“Apa transformasi yang boleh dilakukan oleh pemimpin seperti ini sedangkan diri sendiri tidak mampu untuk ditransformasikan,” katanya.

SUMBER : KLIK DI SINI

KALAU NEGARA DAH BANKRAP SEPERTI KATA DATO IDRIS JALA, NYESAL SUDAH TAK BERGUNA LAGI… MELAYU KEMANA? ISLAM LEBUR TERUS DIPERSADA ASOBIYAH UMNO…

Tanah rizab Melayu: Kelantan saman Utusan Pemfitnah


السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللَّÙ‡ِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ
بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيم




KOTA BHARU, 21 Mac: Kerajaan negeri Kelantan mengambil keputusan untuk mengambil tindakan undang2 terhadap akhbar Utusan Malaysia yang memfitnah mereka berkaitan isu tanah.
 
Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat Eksko Kerajaan Negeri Kelantan yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini.

Laporan itu kami sifatkan sebagai tidak berfakta, menghasut agar membenci kerajaan negeri dan fitnah, kata Dr Mohd Fadhli Hassan (gambar bawah), Exco kerajaan negeri Kelantan.

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini menyiarkan laporan muka depan kononnya rakyat Kelantan dianiaya ekoran dakwaan tindakan kerajaan negeri memajak tanah kepada syarikat bukan bumiputra.


     (Tiga Eksko Kelantan dalam sidang media mereka hari ini)

Laporan itu memetik kenyataan Datuk Mustapha Mohamad, Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan.

Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar notis saman kepada Utusan ekoran laporan media itu yang mendakwa beliau seorang biseksual.

Anwar menuntut penarikan balik berita itu, permohonan maaf dan bayaran gantirugi RM100 juta.

Dr Fadzli, Eksko Penerangan Kelantan dalam kenyataannya berkata, kerajaan negeri telah mengarahkan tindakan itu dilaksanakan.

Laporan itu berunsur fitnah dan ada niat politik untuk burukkan Kelantan, kata Dr Fadzli selepas menghadiri mesyuarat Eksko pagi ini.

Beliau mempertikaikan, bagaimana akhbar itu boleh menyiarkan berita sebegitu sedangkan tanah rizab Melayu di negeri ini yang dikatakan dilelong dan sebagainya tidak berbangkit langsung kerana ia tidak dijual.

SUMBER : KLIK DI SINI

MEREKA MENJADI PENYAMPAI PEMBOHONGAN PEMIMPIN MEREKA TANPA RASA TAKUT DAN BIMBANG DENGAN PEMBALASAN ALLAH. NABI SAW TELAH BERSABDA: "SESIAPA BERBOHONG; BUKAN DARI KALANGAN KAMI"

DALAM FIRMAN ALLAH : SEBUAH AYAT BERMAKSUD : "MEMFITNAH ITU LEBIH BESAR DOSANYA DARI MEMBUNUH"

Monday, March 5, 2012

MENIPU: CUKUP KE DENGAN MEMINTA MAAF WAHAI NAJIB?????

السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللَّÙ‡ِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ
بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيم


MENIPU: CUKUP KE DENGAN MEMINTA MAAF WAHAI NAJIB?????

Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini mendapati Ahli Parlimen Sabak Bernam,  Datuk Abdul Rahman Bakri, bersalah atas lapan tuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM80,000.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwa.

NONEAbdul Rahman, 47, dari Umno dituduh membuat lapan tuntutan palsu dengan nilai RM10,000 setiap satu yang berjumlah RM80,000 daripada peruntukan kawasannya berhubung majlis yang tidak pernah dijalankan.

Dia dituduh membuat tuntutan itu di antara 21 Januari dan 4 Februari 2008 ketika menjadi ADUN Sungai Ayer Tawar.

Sementara itu, pembantu beliau Mohd Rusli Busro, yang didakwa bersubahat dalam membuat tuntutan palsu juga didapati bersalah.

Abdul Rahman didakwa mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan.

Sementara itu, Bernama melaporkan tuntutan itu membabitkan pembelian hadiah, cenderamata dan jamuan Program Motivasi Pelajar di Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar; Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga di Dewan Simpang 4 Bagan Nakhoda Omar (BNO); Program Forum Perdana Peringkat Mukim BNO; Program Mesra Rakyat dan Sambutan Maulud Nabi dan Program Mesra Rakyat Hari Keluarga Guru Kemas.
 
Abdul Rahman didakwa melakukan semua perbuatan itu di Pejabat Daerah Sabak Bernam.

Bagi setiap pertuduhan, Abdul Rahman didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama.
 
Ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, dalam prosiding yang sama, pembantu kepada Abdul Rahman - Rosli Busro, 44 - didapati bersalah atas tuduhan bersubahat dengan Abdul Rahman melakukan kesemua kesalahan itu.

Hakim turut membenarkan permohonan peguambela kedua2 tertuduh, Affifuddin Hafifi dan Lim Kon Keen untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman terhadap anak guam mereka sehingga esok pagi di mahkamah sama.
 
Kedua2 peguam itu berkata mereka perlukan masa untuk persediaan mitigasi.
 
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa.
 
Seramai 39 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan dipanggil memberikan keterangan sepanjang perbicaraan kes itu.

Sumber KLIK DI SINI

HARAPANNYA IALAH INGIN MEMINTA MAAF SEPERTI APA YANG NAJIB AJARKAN…. MEMADAI DENGAN MEMINTA MAAF, SEMUA SUDAH DIHALALKAN… ISHHHHHHHHHH…

SUDAH DI MAAFKAN ... BOLEH DILAKUKAN LAGI..... 
HE HE HE

ADEGAN YANG UMNO KEDAH TAK SUKA.....


السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللَّÙ‡ِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ
بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيم



KEMELUT KEDAH SELESAI, DUA EXCO TERIMA LANTIKAN
NONE

Pergolakan kepemimpinan di negeri Kedah berakhir hari ini dengan pengumuman dua exco kerajaan negeri - Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh - menerima pelantikan semula jawatan mereka selepas berpuas hati dengan penubuhan jawatankuasa bagi mengawal selia pentadbiran negeri berkenaan.

“Matlamat saya sudah tercapai, saya akan sertai semula exco,” kata Phahrolrazi.

Katanya, dengan penubuhan jawatankuasa itu, sekurang2nya kuasa Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak tidak dominan sehingga tidak boleh dipersoal.

“Dengan penubuhan Jawatankuasa Pemandu, ini bermakna  akan ada pihak yang memantau pentadbiran negeri,” kata beliau lagi.

Pada sidang media di Alor Setar hari ini, mereka juga berharap, Azizan akan mematuhi hala tuju yang ditetapkan daripada PAS di peringkat Pusat.

Jawatankuasa berkaitan juga sudah berjalan di Kelantan bawah pimpinan Menteri Besarnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Ditanya sama ada keputusan itu dianggap tamparan kepada Azizan, Phahrolrazi berkata perkara itu terpulang kepada interpretasi pemberita.

Sementara itu, Ismail yang dihubungi Harakahdaily berkata, beliau juga menerima baik keputusan PAS Pusat dan akan menyertai semula exco sebagaimana yang diarahkan.

“Sekarang semua dah beri perhatian dan mekanisma pentadbiran juga dibentuk melalui Jawatankuasa Pemandu, kami akan sertai semula exco selepas diarahkan," katanya.

Portal rasmi PAS itu juga melaporkan beliau memberi jaminan akan bekerja bersungguh2 untuk memperkuatkan PAS bagi menjatuhkan Umno di negara ini.

“Kami tidak ada niat lain melainkan untuk kepentingan jamaah.”

“Kami bukan nak jadi Hasan Ali. Tok Guru Haji Hadi tok guru kami, ustaz kami. Kami hormati mereka," katanya.


Sebelum ini, ketika dihubungi Malaysiakini, Dr Ismail berkata, beliau tidak akan menerima lantikan semula jawatannya selagi tiada penambahbaikkan dalam 'pentadbiran' negeri pimpinan Datuk Seri Azizan Razak.

Katanya, perubahan perlu dilakukan memandangkan pelbagai masalah2 dalaman yang telah timbul.

“Jika perubahan tidak ada, saya tidak akan terima (jawatan exco). Perubahan mesti dilakukan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

“Saya nak perubahan tertentu dalam pentadbiran negeri. Saya juga mahu (PAS) Pusat ambil perhatian terhadap masalah yang kami hadapi.”

“Dah lama benda ini kami sebut tapi tidak buat apa2. Jadi kami ini seolah2 ‘kamikaze’ untuk perkara ke arah kebaikan.”

Walaupun enggan mengulas sama ada beliau merujuk supaya menteri besar diganti, Ismail berkata, isu berhubung "orang yang mentadbir" perkara kedua.

Ditanya lagi sama ada Azizan perlu meletakkan jawatan, Ismail berkata, terpulang kepada kepimpinan Pusat PAS untuk membuat keputusan.

“Kami sudah beritahu apa yang kami tidak puas hati. Bergantung pada Pusat untuk menilai. Kalau perlu (letak jawatan), buat. Pusat lebih layak buat keputusan,” katanya.

Marah sebab tak faham

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali pagi ini berkata, Ismail dan seorang lagi exco Datuk Phahrolrazi Zawawi perlu menerima semula jawatan mereka kerana sudah diputuskan dalam mesyuarat khas di Alor Setar pada Sabtu lalu.

Selain itu, Ismail menjelaskan, apa yang dilakukannya ini bukanlah sebagai tanda kecewa terhadap parti tetapi demi kebaikan.

“Saya harap orang faham apa yang saya buat. Ada orang yang marah dengan tindakan saya ini. Saya anggap mereka tak faham. Bila tak faham, mereka marah.

“Saya bukan kecewa dan saya bukan kejar jawatan. Apa yang saya nak ialah perubahan ke arah lebih baik. Untuk perubahan yang baik itu payah dan yang susah itu kami pilih.”

“Saya cuma mahu pertahanankan Kedah pada pilihan raya akan datang dan seterusnya ke Putrajaya”, ujarnya.

Sumber KLIK DI SINI

HARAPAN UMNO KEDAH SEMAKIN HANCUR DENGAN PENYATUAN SEMULA PIMPINAN PAS KEDAH…. ISHHHHHHHHHH