Pages

Tuesday, January 31, 2012

DEWA PENYELAMAT KATA ROSMAH TAK ‘BELANJA SAKAN’...


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ




ROSMAH TAK BELANJA SAKAN

Pengerusi Festival Fesyen Islam (IIF) Raja Rezza Shah yang turut bersama dalam rombongan lawatan isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ketika membeli-belah di butik pereka Australia berkata, Datin Seri Rosmah Mansor tidak berbelanja sakan seperti yang didakwa.

Menjawab soalan yang dikemukakan oleh Malaysiakini, Datuk Raja Rezza berkata 61 helai pakaian yang dibeli di pusat membeli-belah Carl Kapp di Paddington, Sydney, Australia, baru2 ini sebenarnya adalah stok atau bekalan untuk sebuah kedainya di London.

Ditanya jika pakaian berkenaan termasuk pembelian daripada Rosmah, Raja Rezza berkata: Ya, ini adalah stok bagi kedai saya di London yang akan menjadi platform kepada pereka daripada pelbagai latar bangsa dan agama dari seluruh dunia.

Sumber KLIK DI SINI

HA HA HA ... AKU DAH KATA... BIK MAMA TAK SHOPPING... APA LA MAT SALLEH AUSTRALIA DI DENGKI SANGAT NGAN DIA.... HERAN SUNGGUH....


MACAM CINCIN DULU LA... CINCIN TU MAI MELAWAT MALAYSIA JE... HE HE HE YANG PELIK TU... APASAL BUNYI SIMPANAN DARI KECIL TUUUUU... 

MACAM2 BENDA LAWAK KAT MALAYSIA SEKARANG NI... YANG DEDAH SKANDAL KENA SAMAN... YANG BUAT SKANDAL BERAMAL UMRAH DAN BERCUTI... HE HE HE



TAUTAN CERITA:
1. AKHBAR AUSTRALIA: ROSMAH BELANJA RM325,000 DI SYDNEY


2. AKHBAR AUSTRALIA: LAPOR ROSMAH 'BERBELANJA BESAR'


3. SYDNEY MORNING HERALD PERTAHANKAN DAKWAAN ATAS ROSMAH

JATI : BERAS ATAU KAYU JATI... JADI BURUAN???

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


JATI - BERAS ATAU KAYU JATI... JADI BURUAN???

Shah Alam: Datuk Dr Hasan Ali benar2 menjadi GORILA… seperti kata hikayat Sarjan Hasan: Asan sudah jadi GOLILA

Apakah perjuangan sebenar Hasan Ali??? Agama? Dia sudah duduk dan diberikan kedudukan dalam PAS untuk berdakwah dan bekerja untuk ISLAM… Apa yang dia buat????

Apakah Hassan Ali berjuang untuk bangsa??? Semasa di pengarah BTN, habis kepala orang Melayu diputag jadi fenin dan taksub kepada bangsa nya termasuk dirinya.

Apakah Hassan Ali berjuang untuk raja2 Melayu??? Disini munkin ada sikit la sebab Chua Soi Lek tak boleh bagi pangkat Datuk.

Apa Hassan Ali buat bila MAMAK MAHADEY berarak seluruh Malaysia 1991 – 1993 menghasut rakyat menyokong dia membuat pindaan perlembagaan menghapuskan kuasa raja2???

Apakah Hasan Ali :
Belum dilahirkan diwaktu itu???
Masih menyusu diwaktu itu???
Belum waras dengan perjuangannya???
Lalai dengan namanya yang GAH sebagai seorang motivasi terkenal dan EMCEE Forum Perdana????

Apabila Hasan Ali dipecat kerana terbabas dalam menghambat matlamat peribadi… dia menyalahkan PAS… he he he ... KAMBING PUN SENYUM.....

Aku terkenang sejenis sepsis makhluk ciptaan Allah yang namanya memang alegic nak disebut… Tapi aku sebutkan juga untuk kita berfikir tentang kejadiannya…

Binatang ni mempunyai sifat malu yang tinggi. Kalau diganggu, dia akan menyorokkan wajah nya… Namanya sahaja yang membuat dia konpius tentang dirinya… Dia tak tau yang mana satu sebenarnya adalah namanya….

Binatang ni kita panggil namanya SIPUT BABI. Dia konpius sungguh…. Kalau siput… dia memang pemalu… lemah lembut… Tapi kalau namanya BABI… tu yang menyondol rata2. Kubang ke? Pokok ke? Sawah ke? Pagar pun dia langgar… sebab dia tak tau apa yang dia nak LANGGAR…. HENTAM SAJA LA….

HANYA HASAN ALI YANG TAU APA DIA NAK…. KAU LANGGAR JE... KAMBING PUN TERSENYUM MELIHAT KAU.....

Sumber KLIK DI SINI

KEPALA BABI DI MASJID DI RAWANG – ADAKAH IANYA PROVOKASI AGAMA????

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

KEPALA BABI DI MASJID DI RAWANG – ADAKAH IANYA PROVOKASI AGAMA????

Satu kepala babi ditemui di pintu masuk Masjid Nurul Iman di Batu 18 Rawang, Selangor, awal pagi ini.

NONEMenurut ADUN Rawang Gan Pei Nei (dua dari kiri) kepala kepala itu ditemui pada jam lima pagi oleh ahli jawatankuasa masjid apabila mereka membuka pintu pagar utama.

Pihak polis kemudiannya dihubungi dan tiba di lokasi pada jam 7.30 pagi. Setelah mengambil bahan bukti dan menyiasat di kawasan sekitar kira2 dua jam, mereka kemudiannya meninggalkan masjid itu.

Gan berkata anggota polis berkenaan adalah dari balai polis Rawang dan kes itu akan disiasat oleh jabatan siasatan jenayah.

Beliau mengutuk tindakan itu sebagai perbuatan provokatif yang cuba menyinggung sensitiviti agama, sambil menambah bahawa ia mungkin bermotifkan politik memandangkan pilihan raya umum  semakin hampir.

Menurut Gan lagi, kejadian seumpama itu bukannya berlaku secara spontan kerana Masjid Nurul Iman telah bertapak di situ selama 48 tahun.

Pilihan raya umum semakin hampir dan ada orang cuba untuk timbulkan masalah, katanya.

Gan menggesa pihak polis mempercepatkan siasatan dan membawa penjenayah ke muka pengadilan.

Tindakan provokatif

Ketua Polis Daerah Gombak Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan kejadian itu dan berkata ia disiasat bawah Seksyen 285 Kanun Keseksaan.

Kami belum buat tangkapan dan tak ada suspek lagi, katanya.

Sumber KLIK DI SINI

Kita melihat seolah2 ada pihak2 yang teramat bimbang dengan kemerosotan nilai mengadakan isu provokasi Agama untuk mendapat mileage untuk survival.

Polis seharusnya telus dengan kejadian yang tak bertanggungjawab untuk menghuru-harakan situasi aman Negara.

Kepala lembu dah tak boleh dah kot… munkin sebab kena freeze’.. entah la… kalau tak penuh kepala lembu kat tok kong Hindu plak… baru ye… rusuhan kaum akan spark’…

Berhati2 dengan makhlok yang tak boleh melihat manusia hidup aman damai…






Monday, January 30, 2012

KETUA NFC PAKSA SAYA 'RASUAH' POLIS


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


KETUA NFC PAKSA SAYA RASUAH POLIS

Ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail, yang dituduh menipu Pengerusi Eksekutif Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) Datuk Mohamed Salleh Ismail, mendakwa bahawa suami ketua wanita Umno itu memaksa beliau merasuah polis bagi menutup skandal syarikat berkenaan.

Beliau membuat dakwaan itu pada polis laporan yang dibuat di Hospital Besar Klang Jumaat lalu. Perkara itu didedahkan oleh PKR di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini.

Dalam laporan polis itu, Shamsubahrin didakwa berkata beliau menerima mesej dan tekanan dari Salleh yang memintanya supaya kes NFC dengan pihak polis ditutup.

Salleh, melalui panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS), mendesak saya untuk memberi rasuah kepada polis untuk menutup kes itu.

Dalam laporan itu, Shamsubahrin mendakwa beliau telah dilantik oleh NFC sebagai penasihat korporat dan perunding untuk membersihkan masalah dalaman NFC.

Beliau menambah bahawa telah bertemu dengan pihak polis untuk membantu siasatan mereka tetapi memaklumkan kepada Salleh bahawa beliau tidak akan memberi rasuah.

NFC dituduh menyalahgunakan pinjaman mudah RM250 juta oleh kerajaan dengan berbelanja ke atas aset mewah dan bukannya terhadap projek pusat ternakan lembu di Gemas, yang ditugaskan.

Ditanya jika PKR mempunyai bukti dalam bentuk SMS itu, naib presiden PKR N Surendran berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyimpan telefon yang mengandungi mesej berkenaan.

Beberapa telefon telah dirampas dari Shamsubahrin dan semua telefon kemudiannya dikembalikan kecuali satu. Yang disimpan oleh SPRM adalah telefon yang mengandungi bukti  penting ini.

Ia di tangan pihak berkuasa tetapi kita mempunyai rekod, kita mempunyai salinannya,” katanya.



Sumber KLIK DI SINI







KELAB TAAT SUAMI: JAMIL PATUT AJAK HASSAN ALI


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


KELAB TAAT SUAMI: JAMIL PATUT AJAK HASSAN ALI

KOTA BHARU - Kerajaan akan memantau secara berterusan pengisian program Kelab Taat Suami (KTS) bagi memastikan pertubuhan itu tidak menyebarkan ajaran yang bertentangan dengan agama Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, langkah itu perlu sebelum pihak berkuasa boleh mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan tersebut.

Mereka bergerak atas nama macam2. Kita tak boleh bertindak sebarangan melainkan ada bukti yang lebih jelas dan nyata, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan watikah pelantikan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), di sini semalam.

Pihak berkuasa baru2 ini menyerbu satu program KTS yang dikatakan bermatlamat menangani gejala seks dalam masyarakat dengan mengaitkan nama Rasulullah secara langsung dengan isu seks.

Mengulas lanjut, Jamil Khir berkata pergerakan kumpulan itu yang berselindung di sebalik badan bukan kerajaan turut menyukarkan pihak berkuasa mengesan aktiviti mereka yang dilihat merendahkan martabat umat Islam.
Awat hang tak ajak Asan Ali sekali... Pujawang Triniti IMR tu

Mengenai cadangan pengambilan imam sebagai jawatan tetap, Jamil Khir berkata, perkara tersebut dalam pertimbangan kerajaan ke arah penambahbaikan dan meningkatkan kualiti imam di seluruh negara.

Beliau tidak menolak kemungkinan cadangan itu menjadi kenyataan memandangkan kebanyakan imam kini mempunyai pendidikan tinggi hingga ke peringkat universiti dan wajar diberi tempat yang sama sebagaimana penjawat awam yang lain.


Sumber KLIK DI SINI

MALAYSIA BOLEH - BILAKAH AGAKNYA????


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ




MALAYSIA BOLEH - BILAKAH AGAKNYA????

هل تعلم أن مجلس الشعب المصري الحالي يوجد به !!!
 
اكثر من 140 عضوآ من اعضائه من حملة القرءان الكريم

   اكثر من 100 عضوا يحمل الواحد اكثر من 10000 حديث
اكثر من 180 يحمل اكثرمن نصف القراءن 
اكثر من 170 عضوآ يحمل درجة الدكتوراة في مجالات مختلفة
....اكثر من 50 عضوا لايمتلكون سيارة
أكثر من 350 عضوآ تعرضوا للاعتقال لفترات مختلفة تتراوح بين 6 اشهر إلى  9 او 10 سنوات
ما رايكم فى نوابنا 2012!!؟

Did you know that the current Parliament is!!!
* More than 140 members of members of the Holy Quraan campaign
* more than 100 member holds more than 10000 Hadith
* and more than 180 more than half the links holds
* more than 170 member holds a PhD in different areas
* more than 50 members don't have a car ...
* more than 350 members were detained for periods ranging from 6
  months to 9 or 10 years,
What is your opinion in our parliamentarians 2012!!?


Tahukah kalian wahai teman-teman,

Majlis Rakyat Mesir (parlimen Mesir) sekarang ini memiliki :
* Lebih 140 orang ahli Parlimen yang hafiz Quran.
* Lebih 100 orang ahli Parlimen yang hafal lebih 10,000 hadith
* Lebih 180 orang ahli Parlimen yang hafal lebih daripada setengah al-Quran.
* Lebih 170 orang ahli Parlimen yang memiliki PhD dalam pelbagai bidang kepakaran.
* Lebih 50 orang ahli Parlimen tidak memiliki kereta.
* Lebih 350 orang ahli Parlimen pernah dipenjarakan bagi tempoh antara 6 bulan sehingga 9/10 tahun.

Apa pandangan kalian berkenaan Parlimen Mesir 2012?




DATOK HARON DIN SAH BERTANDING PRU13: PAS PERLIS


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



HARON DIN SAH BERTANDING PRU13: PAS PERLIS

KANGAR - Pas Perlis mengesahkan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din akan bertanding pada pilihan raya umum ketiga berturut2 sekali gus mengetuai Pas negeri itu dalam usaha menawan Perlis dari tangan Barisan Nasional (BN).

Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin berkata, pengesahan itu dibuat bagi menutup desas-desus pelbagai pihak mendakwa Haron Din tidak akan bertanding lagi pada pilihan raya umum (PRU) kali ini disebabkan masalah kesihatan.

Menurutnya, Pas Perlis sudah mengemukakan tawaran bertanding PRU kepada tokoh pengamal perubatan Islam itu sejak setahun lalu dan baru menerima jawapan positif beberapa minggu lalu.

Haron Din bersedia bertanding buat kali ketiga walaupun dua kali tertewas dalam PRU terdahulu dan Pas bersedia menyerahkan mana2 kerusi yang dirasakan sesuai untuknya.

Bagaimanapun, saya yakin beliau akan menawarkan diri untuk bertanding di Parlimen sahaja dan mampu menang pada kali ini berdasarkan sokongan padu ditunjukkan rakyat Perlis, katanya pada sidang media di Kompleks Pas Perlis semalam.

Hashim berkata, Pas menaruh keyakinan penuh mampu menawan Perlis kali ini berdasarkan trend sokongan padu ditonjolkan rakyat sehingga ramai pihak yang berebut2 menyampaikan sumbangan kepada parti bagi persiapan PRU.

Menurutnya, trend itu merupakan sesuatu yang tidak pernah dijangka apabila boleh dikatakan setiap hari ada sahaja yang datang berjumpa dengan pemimpin Pas negeri untuk menyampaikan sumbangan sehingga kadang2 mencecah ribuan ringgit.

Hashim turut menyifatkan Pas dan Pakatan Rakyat (PR) kini mendapat jaminan padu rakyat bukan Islam Perlis untuk bersama2 mereka setelah bosan dengan pentadbiran Kerajaan Negeri sedia ada.



Sunday, January 29, 2012

PENYEMBUR MATA MAHATHIR BEBAS....


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



PENYEMBUR MATA MAHATHIR BEBAS....

KOTA BHARU - Mahkamah Tinggi di sini melepas dan membebaskan ahli perniagaan Datuk Nik Sapeia Nik Yusof daripada pertuduhan menyembur bahan pemedih mata ke arah Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2006.

Hakim Datuk Mariana Yahya membuat keputusan itu selepas mendapati majistret yang mendengar kes itu telah terkhilaf daripada segi fakta dan undang2 dengan menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap Nik Sapeia pada 14 Januari 2010.

Dalam penghakimannya, Mariana berkata Majistret Azman Mustafa telah khilaf daripada segi fakta dan undang2 apabila mensabitkan Nik Sapeia dengan pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Tugas perayu adalah menimbulkan keraguan terhadap kes dan perayu telah mewujudkan keraguan tersebut, katanya.

CERITA SELANJUTNYA KLIK DISINI

Sejurus keputusan itu dibacakan, Nik Sapeia dilihat mengalirkan air mata dan memeluk panel peguamnya yang diketuai Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah, anggota keluarga dan penyokong yang memenuhi galeri awam mahkamah.



TERKENANG PERISTIWA NI, MAHATHIR KUTTI PUN PERNAH MERASAKAN PEDIHNYA MATA KENA SEMBURAN WATER CANON KAN? ITU LAH YANG DI GUNAKAN UNTUK MENAFIKAN TUNTUTAN RAKYAT SEMASA BELIAU MENTADBIR NEGARA DAHULU.

AGAK-AGAK AJI NAJIB AKAN MERASAINYA MACAM MAHADEY TAK… HE HE HE… TIADA YANG MUSTAHIL BERLAKU….. 

HEBAT!!! HASSAN ALI ADA RAHSIA PEMIMPIN PR


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



HEBAT!!! HASSAN ALI ADA RAHSIA PEMIMPIN PR

SHAH ALAM - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali menggesa Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya mempunyai bukti penyelewengan dan salah laku melibatkan beliau.

Menurutnya, beliau sendiri tidak mengetahui bentuk penyelewengan yang didakwa Azmin sebagai rahsia yang kini berada dalam tangan Pakatan Rakyat (PR).

Sebaliknya, Hasan mendedahkan beliau juga mempunyai bukti2 kukuh berhubung salah laku pemimpin PR, menerusi pemberi maklumat dalam gabungan tersebut.

Bukan niat saya untuk mengaibkan sesiapa, tetapi andainya saya ditolak ke dinding, barangkali maklumat2 tersebut boleh dijadikan senjata ampuh mempertahankan diri.

Ini kerana sesetengah daripada maklumat tersebut boleh mengundang keaiban kepada individu dan parti, kata beliau dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Azmin mempunyai rahsia berkaitannya dan akan dedahkan kepada rakyat sekiranya Hasan terus menyerang kepimpinan PR.

Hasan berkata, sebagai ahli politik, beliau tidak mampu mempetahankan diri daripada serangan dan fitnah kerana ia perkara biasa dalam dunia politik.
 CERITA SELANJUTNYA KLIK DI SINI

HA HA HA HA ... AWAT LA BENGONG SANGAT ORANG TUA NI…. KALAU GILA TALAK… RAYU LA… TEMPOH ADA 30 HARI… KALAU NAK JADI MUSUH… KITA TAK HERAN KAT HANG…. RAYU UNTUK RUJUK KEMBALI KE PAS, BUKAN JAWATAN EKSKO… JAWATAN TU KETENTUAN PAS KEPADA YANG BERAKHLAK… SEKURANG2NYA TAHU MENGHORMATI JEMAAH.

KALAU HANG PERASAN HEBAT SANGAT… HANG BUKA RAHSIA TU… BIAR SEMUA ORANG KENA… AKU AMAT PANTANG KALAU ADA RAHSIA NAK TUTUP2 PULA… SYUBHAT TU WAHAI PUJAWANG IMR OI…..

ORANG2 TAU MENGATAKAN ‘ANJING TAK MAKAN TAHI, MENGHIDU IA’, AKHLAK PUJAWANG 3 IN ONE, ISLAM, MELAYU & RAJA… AQIDAH TRINITI ALA HASSAN ALI YANG DISOKONG OLEH MUFTI HARUS SANA SINI… HE HE HE

HANG KENA TAU LA… HANG DI PECAT KERANA AKHLAK HANG MENINGGALKAN JEMAAH. KEPUTUSAN JEMAAH YANG HANG TAK SETUJU, HORMATI LAH KEPUTUSAN KOLEKTIF… RASULULLAH PUN MENERIMA KEPUTUSAN KOLEKTIF KECUALI WAHYU. NAMPAK SANGAT YANG SEBENARNYA HANG JAHIL AGAMA…..




HASSAN.. HASSAN… AKU SEBENARNYA DAH MALAS NAK BELASAH HANG NI… HANG DAH BENGONG SANGAT DAH… TERASUK DENGAN PUJIAN YANG MEMBODOHKAN HANG… BAIK HANG DUDUK DIAM2.. ITU LEBIH BAIK…