Social Icons

Pages

Saturday, December 31, 2011

POLIS MENGGANAS DI UPSI MALAM 01/01/12... BENAR KE?????


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



POLIS MENGGANAS! MAHASISWA DIBELASAH, DITANGKAP DALAM TRAGEDI BERDARAH UPSI?????

Tanjong Malim, 1 Jan : Tatkala seluruh dunia khususnya orang ramai di Malaysia sedang lena dibuai mimpi indah dan bergembira menyambut ketibaan tahun baru 2012 Masihi hari ini, lain pula ceritanya sekumpulan mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris. 

Awal pagi tadi, hampir 100 mahasiswa yang mengambil keputusan meneruskan aksi himpunan aman di hadapan UPSI semata-mata ingin menuntut pihak universiti menggugurkan kes Adam Adli, telah dibelasah dan dipukul sehingga menyebabkan beberapa siswa cedera parah dan luka di badan. 

Tragedi berdarah itu menurut sumber berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi tadi dan berpunca akibat ‘kedegilan’ kumpulan mahasiswa terbabit bersurai setelah diarahkan berbuat demikian oleh pihak polis. 

Diberitakan hampir 20 anggota polis dan FRU telah dikerahkan turun untuk mengekang pergerakan mahasiswa selain puluhan lagi ‘Special Branch’ yang berkeliaran sekitar himpunan sejak petang semalam. 

Dua buah trak FRU juga ditempatkan di sana sejak malam semalam. 


Safwan koma dibelasah 

Menurut sumber, tragedi berdarah awal pagi tadi berlaku setelah Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), Muhammad Safwan Anang tidak mengendahkan arahan pihak polis supaya bersurai. 


Mahasiswa yang hadir dari sekitar Lembah Klang dan UPSI teguh berdiri di hadapan sekumpulan anggota FRU dan polis dengan mengangkat beberapa kain rentang dan melaungkan beberapa kalimah keramat mahasiswa. 

Namun, seketika kemudian, setelah beberapa kali arahan pihak polis tidak didengari, pihak polis mula bertindak agresif dan meluru ke arah kumpulan mahasiswa terbabit. 

Diberitakan kira-kira lapan orang polis dan ‘Special Branch’ telah memukul Muhammad Safwan namun berjaya ditarik keluar oleh rakannya. 

Safwan, 22, yang juga Timbalan Presiden GAMIS terpaksa dikejarkan ke Hospital Slim River untuk mendapatkan rawatan lanjut dan pemeriksaan mendapati beliau telah mengalami patah tulang di bahagian kiri pipi.

Safwan kini sudah sedar daripada koma dan sedang dirawat di hospital ditemani beberapa rakan mahasiswa. 

Selain Safwan, beberapa siswa juga dilaporkan berdarah teruk dan cedera akibat dibelasah dengan kejam oleh pihak polis.

Tujuh belas siswa ditangkap 

Sehingga kini, dilaporkan hampir tujuh belas mahasiswa telah ditangkap dalam pergelutan itu termasuk aktivis yang menurunkan bendera Datuk Seri Najib, Adam Adli. 

Antara yang dikenalpasti telah ditangkap polis adalah Timbalan Presiden PMIUM, Amir Nabil, Adam Adli (UPSI), Haziq Abdullah (KAMI), Syukri Razab (SMM), Shukri Kamaruddin, dan beberapa siswa Universiti Malaya, UniSEL serta kampus sekitar Lembah Klang. 

Tiada tangkapan dilakukan terhadap mahasiswi namun dikhabarkan ada beberapa provokasi telah dilakukan pihak polis terhadap mereka. 

‘HADIAH’ TAHUN BARU YANG ‘SUPRISE’ . Kain yang penuh dengan darah 

Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd Taufiq dalam kenyataannya jelas kecewa dengan apa yang berlaku awal pagi tadi. 

“Inilah hadiah tahun baru terbaik dan ‘suprise’ yang pernah saya terima. 

“Saya kecewa dengan sikap polis yang seperti dicucuk ubat pelali, sangat-sangat bodoh ketika membelasah rakan-rakan saya tadi (pagi tadi). 

“Dengan tidak sedarkan diri dan tanpa kawalan iman, ramai aktivis berdarah dibelasah dan terpaksa dikejarkan ke hospital. 

“Mengapa kami diperlakukan sebegini rupa? Adakah kami lebih teruk daripada ribuan lagi rakyat yang sedang berseronok malam ini? Mengapa mereka yang tidak diperlakukan sebegini rupa?”, soalnya yang turut menyatakan kesemua mereka ditahan di Balai Polis Tanjung Malim. 

Beliau juga menyatakan beberapa wartawan yang sedang membuat liputan juga dipukul walaupun sudah ditunjukkan kad lesen kewartawanan mereka. 

Manja’ bertukar kepada ‘benci’ 

Kumpulan mahasiswa tidak gentar berhadapan dengan sekumpulan FRU. Terdapat juga sesetengah pihak menyifatkan tindakan pihak polis awal pagi tadi adalah kesinambungan kesan daripada himpunan BEBAS 17 Disember lalu di Kuala Lumpur. 

Ketika himpunan itu, pihak polis terlalu ‘bermanja’ dengan mahasiswa sehingga dikatakan membantu melancarkan perarakan mahasiswa sehinggalah terjadinya kejadian turun bendera di PWTC yang membuatkan pihak polis kebingungan. 

Mungkin atas alasan itu, mereka tidak mahu kejadian serupa terjadi di UPSI, membelai mahasiswa dengan kasih sayang dan senyum. 

Sejak awal petang lagi, trak FRU sudah ditempatkan di UPSI dan menjelang tahun baru, jumlah anggota ditambah kerana yakin mahasiswa pasti tidak akan berganjak walaupun amaran sudah dikeluarkan semalam.






SHAHRIZAT, AWANG ADEK PATUT CONTOHI DATUK ROBERT PHANG


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ





SHAHRIZAT, AWANG ADEK PATUT CONTOHI DATUK ROBERT PHANG

NONEBekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Robert Phang hari ini menasihatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin supaya mencontohi tindakannya dan meletak jawatan apabila berdepan dengan tuduhan rasuah.

“Ketika saya berada dalam lembaga penasihat SPRM, saya telah membangkitkan banyak penyelewengan terhadap bekas menteri besar Selangor, Datuk Dr Khir Toyo dan bekas pengerusi MAS, Tan Sri Tajudin Ramli, kemudian seorang penulis blog menuduh saya beri rasuah untuk kontrak kerajaan.

“Saya menawarkan diri untuk meletakkan jawatan daripada lembaga penasihat itu kerana SPRM perlu menjalankan siasatan.

“Saya tidak boleh berada dalam lembaga itu, atau orang akan kata saya cuba mempengaruhi siasatan,” katanya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibunegara hari ini, Phang berkata begitu juga yang sepatutnya dilakukan oleh Shahrizat dan Awang Adek, iaitu dengan meletak jawatan.

Katanya, kedua-dua mereka perlu berada di luar kerajaan sehingga dibersihkan daripada tuduhan tersebut, kerana kehadiran mereka boleh menjejaskan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.



Berita sangkutan :

DETIK COUNTDOWN TELAH BERLALU... 2012 MENJELMA.... AKIBATNYA SEPTEMBER NANTI.


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



DETIK COUNTDOWN TELAH BERLALU... 
2012 MENJELMA.... AKIBATNYA SEPTEMBER NANTI.


AKU AMAT BIMBANG SETIAP KALI TAHUN BARU MENJELANG.... SAMBUTAN 'COUNTDOWN' AMATLAH RIUH DENGAN PESTA... PESTA = PERGILAH ENGKAU SEORANG TEMPAT ASI (MAKSIAT)
Pesta Sambutan Tahun Baru 2011 yang lalu.. 
Beratus remaja Islam ditangkap mabuk dan bersekedudukan dihotel2.

APAKAH PERISTIWA SETAHUN LALU PADA DETIK YANG SAMA MENGHASILKAN KEGEMBIRAAN PURA-PURA INI AKAN BERULANG......

APAKAH SEKOLAH HAMIL KAT MELAKA DISEDIAKAN UNTUK NATIJAH SAMBUTAN PESTA????

AKU AMAT TIDAK MENGERTI DENGAN SUASANA DAN FENOMENA INI......

APAKAH ADA DIANTARA IBU BAPA AKAN MENERIMA PANGGILAN TELEFON DARI ANAK2 MENGATAKAN TIADA KENDERAAN UNTUK PULANG???? APAKAH IBU BAPA AKAN MEMBENARKAN ANAK2 GADIS MENGINAP DIRUMAH KAWAN 'PEREMPUAN' MEREKA????

J
UJURKAH ANAK2 MUDA HARI INI DENGAN IBU BAPA MEREKA???????



Menteri ni menganjurkan PESTA BERA Julai 2011 yang lalu... HEBATTTT

TERLALU BANYAK PESTA DISEPANJANG TAHUN... DALAM 2 TAHUN SUDAH MEMERIAHKAN ANAK LUAR NIKAH LEBIH DARI 152 RIBU BAYI TAK BERSALAH....
BILA ADA PESTA... AKAN ADA LAH ARTIS.... ARTIS PULA JADI RUJUKAN... 


PESTA... MEMANG SERONOKKAN.........


YA ALLAH... SELAMATKAN UMMAT ISLAM DAN NEGARA INI DARI GEJALA MAKSIAT YANG SEMAKIN BERLELUASA.... AMIN YA RABBAL 'AAALAMINNN...





HKL DITIMPA MUSIBAH DIAKHIR TAHUN 2011 - UBAT HILANG RM1JUTA


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ




HKL DITIMPA MUSIBAH DIAKHIR TAHUN 2011 - UBATHILANG RM1JUTA

31/12/2012 BERITA TV3 JAM 8MLM - HOSPITAL KUALA LUMPUT KEHILANGAN UBAT2 DARI SETOR SIMPANANNYA.


2 ORANG TELAH DITAHAN MENGIKUT KATA DATO SERI MOHD BAKRI ZININ, PENGARAH JSJ PDRM.

SIAPAKAH MAKHLUK YANG ZALIM INI… ??? SANGGUP MEMBUNUH BEGITU RAMAI PESAKIT???? SIAPAKAH YANG MENGAJAR MEREKA????

APAKAH TERLALU BANYAK SKANDAL DALAM NEGARA YANG MENELAN BERNILAI BERJUTA2 RINGGIT… MEMBERIKAN AJARAN KEPADA MEREKA UNTUK TIDAK MENZAHIRKAN TIADA PERASAAN KEMANUSIAAN….

ENTAHLAAAAA….


DETIK 12.01 - 01/01/2012 - BERMULA SAMAN TALI PINGGANG BELAKANG


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ




DETIK 12.01 - 01/01/2012 - BERMULA SAMAN TALI PINGGANG BELAKANG



Kuala Lumpur: Bermula esok, tiada alasan boleh digunakan pemilik kenderaan di negara ini sekiranya didapati gagal menggunakan tali pinggang keledar depan atau belakang.

Ini kerana, tempoh pengecualian tiga tahun akan tamat bermula jam 12 tengah malam ini (1 Januari 2012).

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Hesdey Ahmad berkata, selepas tempoh itu, tindakan menyaman pemilik kenderaan akan diambil pihak berkuasa.

“Kita percaya, ramai pemilik kenderaan akan memberi pelbagai alasan termasuk tidak tahu ia sudah dikuatkuasakan.

“Berikutan itu, kita ingatkan bahawa penguatkuasaan terhadap penggunaan tali pinggang keledar belakang sudah bermula 1 Januari 2009 dan pengecualian tiga tahun itu hanya membabitkan kenderaan didaftarkan sebelum 1 Januari 2005 atau kenderaan tidak dilengkapi dengan kemudahan tali pinggang keledar.

“Justeru, bermula esok, tiada lagi kompromi pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi pemilik kenderaan yang gagal mematuhinya,” katanya.
“Jadi, sekali lagi kita ingatkan orang ramai bahawa pihak berkuasa akan mengeluarkan saman jika mereka masih berdegil dan tidak mahu memasang tali pinggang mulai esok,” katanya. – hm


Nota… berhati-hati menjaga wang anda dari menjadi 

Friday, December 30, 2011

PAKATAN CAT FLAT RM360 RIBU, PM JANJI RM1.2 JUTA


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

PAKATAN CAT FLAT RM360 RIBU, PM JANJI RM1.2 JUTA

GOMBAK, 30 Dis: Kerajaan negeri Selangor berjaya menyelesaikan kerja mengecat semula Flat Samudera dengan kos RM360,000 berbanding janji Perdana Menteri yang memperuntukkan RM1.2 juta untuk projek yang sama.

Sehubungan itu, PAS kawasan Gombak menyelar tindakan Umno Gombak yang masih memanipulasikan isu kerja mengecat semula Flat Samudra.

Salehuddin Mohd Nasir, YDP PAS Kawasan Gombak berkata, PAS Kawasan Gombak merasa hairan terhadap tindakan Umno Gombak yang terus menerus mempolitikan isu ini.

Menurut beliau, isu ini telah pun selesai apabila kerajaan negeri Selangor telah bersetuju memperuntukan sejumlah RM360 ribu untuk tujuan tersebut dalam Majlis Pelancaraan Program Ceria (fasa kedua) baru-baru ini.

Jumlah ini jauh lebih rendah berbanding dengan jumlah anggaran peruntukan yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatan beliau ke Gombak tempoh hari, iaitu sejumlah RM1.2 juta.

“Mungkin cat tersebut diimport daripada luar negara untuk membantu rakyat di situ,” kata Salehudin (gambar), yang juga seorang penceramah agama terkenal.

Jelasnya lagi, kerajaan negeri Selangor bersetuju untuk membiayai 80% daripada jumlah RM360 ribu tersebut, manakala baki 20% (RM72 ribu) juga telah diselesai tanpa perlu ditanggung oleh penduduk setempat.

Hasil permufakatan bersama Baki RM72 ribu tersebut telah berjaya diperolehi daripada pelbagai pihak yang terlibat, iaitu Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) ADUN Gombak Setia, Persatuan Penduduk, Ahli Majlis Perbandaran Selayang Zon Gombak, katanya. 

“Walaubagaimanapun kita tidak akan menolak sebarang bentuk sumbangan yang ingin dihulurkan oleh penduduk Flat Samudera kearah kebaikan bersama,” katanya.

PAS Gombak juga mencabar Umno Gombak untuk turut menyumbang kearah kebaikan penduduk Flat Samudera.

“Sumbangan yang diminta pun jauh lebih kecil daripada wang RM1.2 juta yang Perdana Menteri janjikan,” kata Salehudin.

PAS Gombak juga bersyukur kerja-kerja mengecat Flat Samudera dapat di selesaikan dibawah pengurursan kerajaan negeri Selangor setelah hampir 20 tahun tidak dicat semula.
                                     
Walaupun baru hampir empat tahun Pakatan Rakyat memerintah tetapi ia dapat diselesaikan berbanding dengan kerajaan sebelum ini, ujarnya.

LEMBU NFC : KERBAU TIPU LEMBU NFC RM1.76 JUTA


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ





LEMBU NFC : KERBAU TIPU LEMBU NFC RM1.76 JUTA

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Datuk Shamsulbahrin Ismail hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menipu pengarah syarikat National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail, membabitkan jumlah RM1.755 juta.

Beliau membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain petang ini.
  Ahmad Zamzani membenarkan Shamsulbahrin, 45, dari Bukit Jelutong, Shah Alam, diikat jamin sebanyak RM300,000 dengan seorang penjamin dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

Beliau menetapkan 31 Jan depan untuk sebutan semula kes.

Bagi pertuduhan pertama, Shamsulbahrin didakwa menipu Mohamad Salleh iaitu dengan sengaja menjanjikan suatu perkhidmatan rundingan dan nasihat bertujuan memperdayakannya sehingga mendorong Mohamad Salleh bersetuju membayar wang perkhidmatan kepadanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Samsulbahrin Resources Sdn Bhd itu didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Bukit Tunku di sini, pada 6 petang 20 Nov lepas.

Bagi pertuduhan kedua pula, Shamsulbahrin didakwa menipu Mohamad Salleh dengan memperdayanya hingga mendorong Mohamad Salleh menyerahkan cek-cek berjumlah RM1.755 juta.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan Solaris, Mont Kiara, di sini pada 25 Nov hingga 6 Dis lepas.

Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

ENG HIAP BOON DAN 439 AHLI MCA TUTUP 2 CAWANGAN


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ




PAS PELAWA PEMUDA MCA PULAU PINANG SERTAINYA




PULAU PINANG : Pemuda PAS mempelawa bekas Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon dan 439 ahlinya menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di negeri ini untuk bersama-sama menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum akan datang.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah berkata, beliau merasakan masa untuk bersama MCA dan BN memerintah telah berlalu kerana terlalu banyak penyelewengan berlaku melibatkan wang rakyat.

Eng Hiap Boon (gambar) dan anggotanya meletakkan semua jawatan dalam parti itu beramai-ramai  semalam ekoran hilang kepercayaan kepada kepimpinan MCA dan BN.

Tindakan mereka mengakibatkan dua cawangan MCA di negeri itu dibubarkan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di George Town, Eng berkata, beliau dan rakan-rakan seperjuangannya amat kecewa dengan pemimpin parti yang menurutnya sedang berdepan dengan isu moral dan tidak beretika dalam kepimpinan mereka.

Perbalahan dalaman parti, tambahnya, semakin buruk dan para pemimpin pula didakwanya enggan melibatkan diri dengan akar umbi atau berkhidmat kepada rakyat secara ikhlas.

Tindakan Eng Hiap Boon pasti memberikan tamparan hebat kepada pucuk pimpinan terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang seakan sudah bersedia dengan kekuatan baru untuk merampas kembali Pulau Pinang daripada Pakatan Rakyat.

Langkah drastik itu juga memberikan kekuatan baru kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk teruskan usaha menyakinkan rakyat dengan berbagai skim batuan hasil lebihan perbelanjaan kerajaan tanpa melihat lagi kebelakang.

“Sebagai Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Pusat saya menyeru beliau dan ahlinya menyertai DHPP di Pulau Pinang bagi membantu memperkuatkan PAS sekaligus memperkemaskan jentera Pakatan Rakyat yang sedang diperlekehkan oleh Umno dan BN.”

“Dewan Pemuda PAS yakin ia satu perkembangan yang positif terhadap Pakatan Rakyat di negeri ini, “ jelas Husni dalam kenyataannya.

Dewan Pemuda PAS sendiri katanya, cuba mencari jalan mendekati mereka dengan sokongan DHPP Pulau Pinang bagi menerangkan betapa pentingnya perlawaan tersebut.

Ia amat wajar kerana Malaysia amnya Pulau Pinang kena di selamatkan daripada jatuh semula ke tangan Umno dan BN yang ketagih kuasa.