Pages

Thursday, September 29, 2011

RINDU SERINDU RINDUNYA... MALU SEMALU MALUNYA


  السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


RINDU SERINDU RINDUNYA... 
MALU SEMALU MALUNYA....


Alkesah malam tadi, selepas solat maghrib... satu panggilan tepon masuk... Aku pun menjawab panggilan itu..... Rupanya dari seorang kawan yang memang ahli UMNO totok... yang amat tak suka dengan aku sebab setiap kali bertemu.... akan berlaku selisih pendapat mengenai kefahaman aqidah.....

Aku selalu mengingatkan sahabat-sahabat ku bahawa apa jua langkah nak diambil ... suluhlah pertaliannya dengan syahadah yang kita lafazkan dan tuntutannya...... supaya kita tidak syirik dalam pengabdian kepada yang Esa. Yang Maha Mencipta.....

Sahabat ni meminta aku bertemu dengannya jam 9.30 malam disebuah restoran mamak. Melihat kepada jam hampir 9 malam.... aku pun segera keluar menuju ketempat yang diberitau.... Setibanya aku disana, beliau sudah berada dengan minumannya.... Aku melihat mukanya agak muram.... Membuatkan aku berhati-hati dalam berbicara......

Kami berbual dalam semua aspek... dan akhirnya melibatkan tajuk NAJIB MENOLAK HUDUD (Kelik Disini Untuk Melihat Video Najib Umum Tolak Hudud) yang menjadikan inilah tujuannya memanggil aku bersamanya.....

"Ustaz, maafkan saya selama ni.... Saya betul2 malu semalu malunya... bukan dengan ustaz sahaja, dengan isteri, anak2, keluarga, jiran tetangga dan seluruh ummat Islam sekarang..., maruah saya sudah tak bernilai", katanya sebak. Aku melihat airmatanya mengalir membasahi pipinya... Aku dapat rasai, sahabatku ini menyesal yang amat sangat.

“Ustaz, saya amat terasa yang semua ahli UMNO dikhianati, dimunkiri, dipergunakan untuk mereka berkuasa, selogan demi agama, bangsa dan tanah air, jauh tersimpang dari matlamat yang diselogankan.. retorik semua tu.. hipokrit belaka..... saya malu ngan anak-anak.. sekarang seluruh keluarga saya telah keluar dari UmNo, saya bersumpah depan ustaz... saya akan terus perjuangkan ISLAM bersama-sama Ustaz”....

Aku terkedu.... amat berbeza dengan pertemuan kami sebelum ini..... aku juga tersentuh dengan nalurinya yang terkesima dari sedutan ucapan Najib berbohong kepada ahli-ahlinya.

“Akhi, ini lah yang ana selalu sebutkan pada anta... Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas رضي الله عنهما mengatakan bahawa Nabi  telah bersabda :

مَنْ تَشَـــبَّهَــا بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

“Barangsiapa yang bersyubhat dengan satu kaum, dia dari kalangan mereka itu”... aku menerangkan....



Akhirnya dia menyatakan pada saya dia amat suka dengan lagu nyanyian Spoon - Rindu Serindu Rindunya..... dia kata dia dah siapkan jawapan kepada persoalan yang dinyatakan dalam lagu tersebut : Jawapannya berwarna HIJAU

Berikanlah Jawapan , Huraikanlah Simpulan 
Biar Tenang Jiwaku Setelah Kasih Lama Berlalu  -  (wahai UMNO)
Tidak Munkin Ku Lupa Perjanjian Kita -  (Demi Agama, Bangsa & Tanah Air)
Bersama MAMAK KELABU Dikala BULAN Sedang Beradu - (Kau menolak HUDUD demi berbilang bangsa)

Mengapa Terjadi Perpisahan Ini -  (Nak tau ke sebabnya?)
Dikala Asmara Melebar Sayapnya -  (Melayu mengharapkan UmNo)
Mengapa Kau Pergi Disaat Begini - (UmNo meninggalkan Islam)
Dikala Hatiku Terlukis Nama Mu -  (Melayu mengharapkan UMNO)
Kalau Memang Tiada Jodoh -  (Aku sekeluarga keluar terus dari UMNO)
Apa Lagi Nak Ku Heboh -  (UMNO RIUHkanlah tentangan terhadap Islam)
Aku Malu Pada Teman, Pada Semua (Maruah aku terhakis pada anak2 & isteri & jiran2)

Rindu... Rindu Serindu Rindunya -  (Rindukan ISLAM Berjaya di Malaysia)
Namun Engkau Tak Mengerti -  (Umno buat tak faham)
Pilu Pilu Sepilu Pilunya -  (Sedih & pedih yang teramat bak sembilu)
Namun Engkau Tak Peduli - (Namun apa yang UMNO peduli)
Mahu Semahu Mahunya -  (Aku mahu Islam diTINGGIkan sebab ISLAM itu TINGGI )
Namun Apa Daya Orang Dah Benci -  (disahkan UMNO MEMANG BENCI ISLAM)

Berikanlah Jawapan , Huraikanlah Simpulan
Biar Tenang Jiwaku Aku Malu - (Wahai UMNO… Biar seluruh Ummat Islam tenang dan aman.)




Saya mula terfikir, berapa ramaikah lagi mereka yang sedar yang diri mereka tertipu????? Ayuh bangun laaaa... keluar segera.... kita bersatu.... atas panji-panji TAUHID.... kita bantu ISLAM ditegakkan di negara bertuah ini.... Kita Ucapkan SELAMAT TINGGAL UMNO...

Insya Allah...

Tuesday, September 27, 2011

HUDUD - ANTARA PERINTAH DENGAN REALITI BERBILANG KAUM?????



الســــلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاتــــه

بســــــم الله الرحمن الرحيم



Aku menjadi semakin keliru dengan pengakuan Pi Em, YAB Dato' Seri Mohd. Najib Razak yang berkata negara tidak perlu melaksanakan hukum HUDUD kerana berpaksi kepada realiti berbilang kaum. Ianya merupakan satu peristiwa yang amatlah malang bagi semua ummat Islam yang menaruh keyaqinan kepada Pemerintah negara untuk melaksanakannya sempena perkataan Nabi ﷺ yang berbunyi :


اِسْــــلاَمُ يَعْلُوْا وَلاَ يُعْلَى عَلَيـْـــه
"Sesungguhnya Islam itu tinggi, Dan Tiada yang lebih tinggi daripadanya".


Isu yang menjadi terlalu lama bertembung diantara dua identiti yang mengaku menjadi pejuang agama, bangsa dan tanah air. Isu HUDUD yang ada diantara ummat Islam menjadi keliru dan celaru. Mereka menjadi ianya sebagai sebagai sesuatu yang remeh dan tidak menjadi keperluan sedangkan ianya adalah bersumberkan kepada 2 sunnah yang Nabi  
  sebut dalam hadis sahihnya:



تَرَكْتُ فِيْكُمْ اَمَرَيْنَ لَنْ تَضِلُّوْا اَبَدًا اِنْ تَمَسَّـــكْتُمْ بِهِمَــا كِتَـابَ الله وَسُـــنَّةِ
"Aku tinggalkan atas kamu 2 perkara, kamu tidak akan sesat selamanya selagi kamu berpegang dengan keduanya - Kitab Allah (al-quran) dan sunnah ku".


 Firman Allah dalam Surah An-Nisaa : 87

وَمَنْ اَصْـدَقُ مِنَ اللهِ حَدِيْثًـا

"Adakah sesiapa yang lebih benar perkataannya dari Allah"




Firman Allah dalam Surah An-Nisaa : 122
وَمَنْ اَصْـدَقُ مِنَ اللهِ قِيْلاً


"Adakah sesiapa yang lebih dipercayai perkataannya dari Allah"


Dalam kontek kemelut pergeseran kepentingan antara peribadi atau kumpulan dengan kepentingan ISLAM itu sendiri, tanpa disedari oleh ummat Islam sendiri, mereka cuba menangkis tuntutan ummat Islam dengan memberi alasan yang berpandukan aqal mereka yang cetek, yang dirasuki iblis atau kilauan barat, mereka mengaku HUDUD adalah hukum ALLAH tetapi terpaksa ditolak atau tidak dilaksanakan kerana berPAKSI kepada realiti masyarakat berbilang kaum.

Persoalan ini seolah-olah Islam itu tidak tinggi. Isu ini bertepatan dengan lafaz taqlid yang disuarakan oleh dua komponen parti pemerintah yang akan mengugut untuk meninggalkan Parti Pi Em sekiranya HUDUD dilaksanakan. 


Kelik disini untuk lihat LAFAZ TAKLIK MCA & Gerakan

Hasil dari ucapan 2 pemimpin dari parti berbangsa China yang tidak Islam ini, pemimpin pemerintah seolah-olah serentak menyerang ummat Islam dengan berbagai-bagai tuduhan.... diantaranya

1.   Dato' Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UmNo mengatakan Jemaah Islam PAS menjadikan HUDUD sebagai senjata

Kelik disini untuk melihat tuduhan Dato' Ahmad Maslan

2.   Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam berkata jika sebelum ini Pas disergah DAP dan akhirnya mengalah, isu yang ditimbulkan semula ini juga tidak akan ke mana kerana Pas takut kepada DAP.

Kelik disini untuk melihat tuduhan Dato' Seri Ali Rustam

3.    Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata hukum Hudud masih belum sesuai untuk dilaksanakan di negara ini.

Kelik disini untuk melihat komen TPM

4.   Dato Paduka Mashitah Ibrahim mempersendakan HUDUD amat memilukan hati ummat Islam kerana keberaniannya tumpang menyesatkan ummat Islam dalam menendang Perundangan Islam ke bakul sampah.


5.   Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib telah mengisytiharkan bahawa HUDUD sememangnya hukum Allah tetapi berpaksikan kepada realiti masyarakat berbilang kaum, kerajaan menolak HUDUD.

Kelik disini untuk melihat YAB Pi Em menolak HUDUD


Persoalannya : Kemanakah menghilangnya semua ulama lima bintang??? Apa pula pandangan YB Menteri Jamil Khair Baharom? Kemana perginya ulama-ulama UmNo yang beria-ria nak berdebat dahulu????? Entah la... mungkinkah temolok dah penuh, mata pun layu dan kuyu, dibuai penghawa dingin... tertidor sehingga tak sedar mereka juga menghadapi sakit mental yang hebat....


Bukankah sistem Pemerintahan Dalam Negeri tertakluk dengan perintah ayat ini. Dengan wujudnya sistem ini akan terlaksanalah hukum-hakam sebagaimana yang dituntut dalam firman Allah: Surah Al-Maidah 5: Ayat 49

وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُصِيبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ




“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanya sanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasiq.” 


Kunci kepada penyelesaian terletak pada surah Ali-Imran : 102 - 105

يَـآيُّهَـا الَّـذِيْنَ ءَامَنُوا اتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَـاتِهِ, وَلاَ تَمُوْتُنَّ اِلاَ وَاَنْتُمْ مُسْــلِمُوْنَ(102) وَاعْتَصِـمُوْا بِحَبْلِ اللهِ جَمِيْعًا وَلاَ تَفَرَّقُوْا, وَاذْكُرُوْا نِعْمَـتَ اللهِ عَلَيْكُمْ اِذْكُنْتُمْ اَعْدَاءً فَاَلَّفَ بَيْنَ قُلُوْبِكُمْ فَاَصْـبَحْتُمْ بِنِعْمَتِـهِ اِخْوَنًــا, وَكُنْتُمْ عَلَى شَــفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّــارِ فَاَنْقَذَكُمْ مِنْهَــا, كَذَا لِكَ يُبَيِّنُ اللهُ لَكُمْ ءَايَـاتِــهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُوْنَ(103) وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّــةٌ يَدْعُوْنَ اِلَى الْخَيْرِ وَيَـأْمُرُوْنَ بِـاالِمَعْرُوْفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ, وَأُلَـــئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُوْنَ(104) وَلاَ تَكُوْنُوْا كَالَّذِيْنَ تَفَرَّقُوْا وَاخْتَلَفُوْا مِنْ بَعْدِ مَاجَاءَتْهُمُ الْبَيِّنَــاتُ, وَأُلَـــئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ عَظِيْمٌ(105)

“Wahai orang-orang yang berIMAN, berTAQWAlah kamu kepada Allah sesungguh TAQWA, janganlah kamu mati, melainkan dalam keadaan ISLAM yang sebenarnya {102} Berpegang teguhlah kamu dengan TALI ALLAH, dan janganlah berpecahbelah, Ingatlah kurnia Allah atasmu, ketika kamu dahulunya bermusuh-musuhan, lalu diperteguhkan Allah akan hati2 kamu (didalam agama Allah), sehinggakan dengan kurnia Allah itu kamu menjadi saudara, dan kamu dahulu berada ditepi lubang neraka, lalu diselamatkanNya kamu daripadanya. Begitulah Allah menjelaskan keterangan-keteranganNya kepada kamu semua supaya menuruti JALAN YANG BENAR {103} Adakanlah diantara kamu umat yang mengajak kepada KEBAJIKAN, menyuruh mengerjakan yang BENAR, dan melarang dari membuat yang SALAH, mereka itulah orang-orang yang beruntung.{104} Dan janganlah kamu menjadi serupa dengan orang-orang yang telah berpecah belah dan berselisih faham sesudah datang kepadanya bukti-bukti yang terang, mereka itulah yang akan memperolehi SIKSA YANG DAHSYAT {105}



Saturday, September 24, 2011

HE STORY ATAU HIS-STORY = SEJARAH - MANA SATU YANG BETUL






 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



HISTORY ATAU HIS-STORY?


Kecoh & Riuh Seluruh Negara gara-gara Muhammad Sabu (Mat Sabu - gambar kanan), Timbalan Presiden PAS mengatakan Mat Indera salah seorang pejuang kemerdekaan. Ramai juga yang menjadi gila kerananya.



Sejauh mana relevannya ucapan Mat Sabu dan sejauh mana pulak tidak. Gara-gara menegakkan bebang basah, 'history' bertukar menjadi 'his-story' atau 'they story.'  menjadi terkedu kepada ramai generasi baru dan lama


Bukan sahaja orang awam yang belajar sejarah negara bertahun2 dahulu yang jadi cempelang, PROFESOR-PROFESOR 'His/Her Story' pun sama-sama turut cempelang.... Masing-masing dengan story masing-masing....

Persoalannya apakah sejarah boleh di'story'kan mengikut cita rasa seseorang, puak, kumpulan atau siapa-siapa rasa ianya hebat dan berpengetahuan? entah laaaa



Mari la sama-sama kita lihat 'they story' or 'his story'
Professor Dato' Zainal Keling dengan bangganya men'story'kan yang negara kita tidak pernah dijajah.... Lagi pening laaa kepala budak2 yang belajar sejarah. Setelah setiap tahun pada 31 Ogos, negara menyambut hari 'kemerdekaan' sekarang tup tup Profesor Zainal Keling kata "negara tak pernah dijajah".

PROF Dato' Ibnu Keling, maaf Zainal Keling kata menurut fakta sejarah Tanah Melayu (Malaya) tidak pernah dijajah tetapi hanya dinaungi oleh British saja. Perjanjian Pangkor 1847 tidak mencatat dalam perjanjian British akan menjajah Tanah Melayu, sebaliknya ditulis sebagai melindungi.


Saya ingin tanya profesor yang mahir sejarah dan bukan keturunan Melayu asli itu, apakah yang dilakukan oleh British semasa mereka melindungi Tanah Melayu dalam tempoh itu mereka tidak melaksanakan kerja-kerja menjajah Tanah Melayu.?


Apakah dengan ini almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bukan laaa 'Bapa Kemerdekaan'????? Apakah hanya sebuah lakonan pementasan bangsawan yang telah dilakukan oleh almarhum YTM Tunku dan Raja-raja Melayu semasa melaungkan kalimat "MERDEKA" pada 31 Ogos 1957 yang lalu???? entah laaa

Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu secara rasminya telah diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman tepat jam 9.30 pagi pada 31 Ogos 1957. Bertempat di Stadium Merdeka Kuala Lumpur, pengisytiharan kemerdekaan ini dibaca di hadapan Raja-Raja Melayu dengan disaksikan oleh 20,000 rakyat tempatan, 26 perwakilan asing serta 21 tetamu khas. 


Selepas membaca Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, Tunku mengangkat tangan dan melaungkan ‘MERDEKA’ sebanyak tujuh kali dengan penuh semangat dan laungan itu mendapat sambutan daripada hadirin dengan pekikan gemuruh sehingga menggegarkan suasana stadium. Majlis diteruskan dengan acara menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu oleh Angkatan Tentera Laut diiringi lagu kebangsaan “Negaraku’ dan bedilan meriam sebanyak 101 das. Acara penuh emosi disambung dengan laungan azan sebagai tanda kesyukuran berakhirnya sebuah penderitaan yang panjang. Peristiwa ini juga menandakan lahirnya sebuah negara bangsa yang merdeka dan berdaulat.

Agak-agaknya munkin benar kata Profesor ni, British hanya datang buat 'LAWATAN SAMBIL BELAJAR' je.... Sambil-sambil mengawal ekonomi ..... he he he he  

Apa yang menjadikan kemusykilan, British menerima kekalahan Jepun bagi pihak mewakili Orang-Orang Melayu... British banyak membantu orang Melayu mengenali cheese, hot dog, steaks dan makanan2 barat... syukur sangat kan kan kan...


Kemana menghilangnya perjuangan Orang-Orang Melayu sebelum penubuhan UmNo 1946???? Kenapa Jepun menyerah kalah kepada British??? Bukan kah kita mempunyai askar yang hebat seperti Leftenent Adnan dan lain-lain....????
Apa yang nak 'he story' kan agaknya???? Kemana dan kenapa PKMM, API, Hisbul Muslimin menghilang????? Banyak 'his story' perlu diungkapkan dan disingkapkan..... BUKAN DIAUTAKAN DAN DISOROKKAN.....

Dato' Dr Mohamad Abu Bakar yang berpengalaman selama 20 tahun sebagai Professor Sejarah di Universiti Malaya menempelak professor kangkung sebagai 'Juling'..... makna juling ni - pandang ke lain... nampak yang lain... sedihhhhhhhhhh.............

Thursday, September 22, 2011

Dimanakah Asalnya Lagu Negara Ku

الســـلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاتـــه


بســـم الله الرحمن الرحيم






Lagu Negaraku merupakan ciptaan Malaysia

Negaraku, tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup, bersatu dan maju,
Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan,
Raja kita, selamat bertakhta.
Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan,
Raja kita, selamat bertakhta
-Negaraku





Lagu ni sebenarnya bukan sepenuhnya ciptaan rakyat kita. Liriknya merupakan hasil gubahan Saiful Bahri, yang diambil daripada Lagu Rasmi negeri Perak - Allah Lanjutkan Usia Sultan.



Sultan Abdullah merupakan pemerintah negeri Perak pada waktu itu telah menjalani hukuman dibuang negeri ke Kepulauan Seychelles oleh British kerana telah didakwa bersubahat membunuh Residen British, JWW Birch. Semasa dalam buangan, Baginda dikatakan telah banyak mendengar lagu yang popular pada waktu ituLa Rosalie.


Setelah pulang ke tanah, air, Baginda telah mengambil lagu ini sebagai Lagu Rasmi negeri Perak dengan liriknya digubah.



'La Rosalie' adalah hasil ciptaan Pierre Jean de Beranger yang berasal dari Perancis. Lagu ni sangat popular pada ketika itu sehinggakan telah banyak versi dicipta termasuklah versi Hawaii dan sebagainya.


Lagu ini telah dipersembahkan di sebuah Opera (Indonesian Bangsawan) di Singapura pada tahun 1940. Oleh kerana popularitinya yang sangat, sebuah melodi yang sama telah diberi sentuhan baru di Indonesia dan diberi nama Terang Boelan (Terang Bulan).


Oleh sebab itulah lagu Terang Bulan mempunyai identiti yang serupa dengan Lagu Negaraku kerana kedua-duanya diambil daripada melodi 'La Rosalie'. Jadi tak usahlah kita bertengkar siapa tiru lagu siapa.

Soekarno kemudiannya telah meminta rakyat Indonesia supaya tidak menyanyikan lagi lagu Terang Boelan kerana mirip kepada lagu Negaraku.


Terang Boelan/Terang Bulan



Apa pun ianya telah kita praktik kan sejak lama dahulu.... 
الســـلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاتـــه

بســـم الله الرحمن الرحيم


SELAMAT DATANG KE GERUP TENTERA SEMUT

SEMUT ADALAH ANUGERAH ALLAH SEBAGAI MAKHLUK YANG BERSATU DAN BERAKHLAK. WALAU PUN KECIL, SEMUT BERSATU DALAM SEMUA HAL... DICIPTAKAN ALLAH SUPAYA MANUSIA MENGAMBIL IKTIBAR SUPAYA MEMENTINGKAN KEMUSLIHATAN BERSAMA.


DARI SINI, KITA MELIHAT SEMUT ITU BERPESAN KEPADA SEMUA BANGSA SEMUT YANG TIDAK BERPAKSI KEPADA SEJENIS BANGSA SEMUT.... ADALAH JELAS MANUSIA LEBIH HINA DARI BINATANG SEMUT KERANA BERJUANG ATAS DASAR KEBANGSAAN ATAU BAHASA MODENNYA NASIONALISMA, TIADA KEPENTINGAN DIRI, HASUT MENGHASUT, FITNAH MEMFITNAH....

Firman Allah dalam surah An-Naml : 18

قَالَتْ نَمْلَةٌ يَآ أيُّهَا النَّمْلُ الدْخُلُوْا مَسَـــاكِنَكُمْ لاَ يَحْطِمَنَّـكُمْ سُــلَيْمَانُ وَجُنُوْدُهُ وَهُمْ لاَ يَشْـعُرُوِنَ  

"Berkata seekor semut : Wahai semut semua, masuklah kamu kedalam tempat-tempat kamu, nanti kamu dipijak oleh Nabi Allah Sulaiman dan tentera-tenteranya, sesungguhnya mereka tidak menyedari akan kehadhiran kamu".


Perbualan Nabi Allah Sulaiman عليـــه الســلام dengan seekor semut :

Nabi Sulaiman : "Wahai Semut.. Berapa banyak kah makan yang kamu perlukan untuk sebulan?"

Semut : "Wahai Nabi Allah, sebiji beras."

Nabi Sulaiman pun mengurung semut dengan menyediakan sebiji beras bagi mencukupkan sebulan makanan keperluan semut. Setelah sebulan Nabi Sulaiman membuka kurungan semut. Baginda amat terkejut kerana semut telah membohonginya kerana beras berbaki separuh.

Nabi Sulaiman : "Wahai semut. kamu berbohong kepada ku. Kamu kata sebiji beras sebulan, kenapa masih berbaki separuh."

Semut : "Wahai Nabi Allah, Allah tidak pernah melupai hambaNya, manusia selalu terlupa. Aku amat bimbang Tuanku melupai aku. Aku berpuasa sehari dan berbuka sehari kerana bimbang sekiranya Tuan ku terlupa dan aku kehabisan makanan".

Nabi Sulaiman tersenyum mengenangkan kekuatan IMAN sang semut dan bersyukur kepada Allah yang Maha Mencipta.

Insya Allah... sama-sama lah kita mengambil pengajaran dari kisah yang Allah paparkan.......